Monday, December 3, 2012

Pesta Konvo unisza

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah juga
akhirnya saya menghupdate belog ni.lol.
dah seminggu tak dapat line, memang tension sebab ada 2 report yang nak kena hantar,
next week ada public speaking, presentation apa semua.
cemana nak copy paste dari encik google haha!
Finally dapat jugakk. Berkat kesabaran students unisza lah kot. lol lagi skali.

Ehh, back to the main point.
Unisza baru sahaja konvokesyen kali ke -4 . Baru kali keempat uolls.
Baru sangat lagi unisza ni kalau nak compare dengan U laen,
dah konvo kali ke beratus ratus.-.-
In Shaa Allah konvo kali ke 8 would be our turn pulakk. aminnn.
tak sesabar nak graduate kahkah. Final exam sem 1 pon belum lagi .

Sempena pesta konvo, Fakulti Teknologi Makanan ( FTM ) ada sewa booth.
Dan kami, first year students ni diarahkan untuk
membuat dan menjual coklat, dengan dibantu ahli ftm lain. Ohh sounds great, right ? huhu.
Bajet untuk semua bahan2 tu agak tinggi dan kami kena berusaha sedaya upaya untuk
dapat balik modal dan keuntungan. Yang sedih, diri sendiri buat tapi nak makan kena bayar jugak.
Baru ingat nak makan free haha.
Coklat sedap dan mahal woo :P




 Bekerjasama membuat coklat. nyummmmyyy.

 Actually senang je tau nak buat coklat ni, lagi2 dibantu oleh teknologi yang makin moden 
sekarang ni. Mula2 potong coklat tu kecik2 pastu cairkan dalam
choc molding machine. Then letak coklat tu dalam bekas pelbagai bentuk.
Kemudian masuk dalam chiller selama 15 minit, siap !
lepastu bolehlah hias. Hias ni aku tak buat maklumlah tangan kaku dan tak berseni haha.
 Bolehlah aku buat bisnis coklat cuti sem ni nanti, erk ? kehkeh.
Kalau bajet banyak, boleh letak kismis, kacang ke dalam tu. Lebih sodap ehhh.

Taraaa ! Beratus coklat siap untuk dijual.
Lepastu kami packing coklat ni ikut jenis dan saiz lepastu
bincang harga nak letak berapa hengget untuk dapat modal balek.
aku bukan otak bisnes -.-

Ini paling schuweeetttt. kehkeh.

Gerai FTM :)


I'm happy to get this wonderful experiences, even 
penat gilaa nak menapak sebab pesta konvo ni dibuat agak jauh, dekat padang
golf dan berdekatan pintu belakang. Patah kaki iolls ni tauu.

Kami shift dua kali je. First shift time baru mula2 nak bukak gerai,
second shift last day dan waktu tengahari. Tak ramai customers lah jawabnye -.-
Tapi kalau duty malam, memang raaamai gilaa customers.
Sebab kami bukan jual coklat semata, kami jugak jual
marshmallow with coklat, strawberry with choc, grapes with chocs, fingers biscuits with choc,
triffle dan pelbagai lagi. PROMOTE !

Apahal aku baru nak promote sekarang ? Pesta konvo dah habes woi.
ohh hahhh jangan salahkan aku. Salahkan unisza hostspot keyh.

Alhamdulillah laku jugaklah sampai kena restock bebanyak kali.
Tapi berapa keuntungan iolls tak tahu keyh.

sekian.










1 comment: