CLICK HERE

Tuesday, April 26, 2016

Maggi Ketam @ Besut

Assalamualaikum. 

Sebelum ni aku pernah update tentang maggi ketam kitorang makan kat Kuala Besut, memang sumpah tak sedap. Actually masa tu bukan maggi ketam, kitorang makan maggi sotong sebab ketam habis LOL. Tapi sotong dahlah tahhape hape rasa plastik liat lepastu maggi rasa apa taktau baik buat sendiri. 

Actually aku rasa maggi ketam ni popular kat Kelantan. Kalau pergi jalan2 kat sekitar Pantai Cahaya Bulan tu memang berderet deret lah gerai maggi ketam. So disebabkan kami teringin nak rasa macam mana agaknya rasa maggi ketam tu, kitorang ke salah satu gerai di Besut (bukan tempat dulu tu!).

Menu yang ada kat sini katanya adalah maggi ketam dan maggi telur sotong saja. Mula2 sampai takde orang, time kitorang nak balik ramai gila orang. Yang paling win tetiba satu bas berhenti ramai sangatt orang. Nasib lah dah habis makan masa tu. 

Maggi Ketam.
Besar gila ketam ! Ni baru lah betul2 ketam katekoo. Harga ikut berat ketam tu, kalau kat menu tulis RM13 tapi kitorang punya lebih kurang RM15 camtu. Ahh berat pulak ko ni ketam. Siap bagi pengepit lagi tu, ada meja tu kitorang nampak siap pakai macam pengetuk ke ape tah. Amboi sangat.

Maggi telur sotong. RM10.

Bolehlaa tahan rasa dia, especially for crab lovers lol. Aku ni nak merasa je, padahal tak pandai makan pon ! Seriously i cant really eat the ketam because rasa macam ade geli geleman sikit kat kaki dia dengan isi2 dalaman tu wkwkwk.
So kesimpulannya aku saje nak merasa dan saje nak membazir LOL. Kalau ibu baca ni mesti ibu pelik dah kenapa aku nak makan ketam, sejak bila suka ketam jemah oi.
Nak order maggi telur sotong lagi aku takut sebenarnya. Sotong pon aku makan yang goreng celup tepung je inikan pula telurnya kahh.

Tapi lawak juga lah sebab tak pandai makan, pastu budak2 ni ajar gigit kaki lah, ape lah. Sekali aku gigit bunyi berderap satu kedai dengar haha! Akhirnya aku give up dan menikmati maggi jelah.

Worth the money kalau anda adalah penggemar ketam! Kalau species2 macam aku ni, boleh balik rumah rebus maggi sendiri.

Bye!



Wednesday, April 20, 2016

Sisa-sisa hidup sebagai seorang pelajar

Hello !


Lama dah tak update. Sebab busy lah apa lagi zzz. Lagipun aku takde mood nak update. Banyak sangat benda dalam kepala cececeh.
Kurang lagi sebulan, aku akan meninggalkan bumi UniSZA. babababai.
Sedih wei, memang best tak payah hadap dah assignments tests ape bende semua tapi lepasni kena hadap life test pulak kan. lagi mencabar :D


VIVA VOCE.
Rasanya dalam tiga minggu jugak hidup dalam keadaan kelam kabut tak cukup tidur apa semua. Minggu pertama hantar thesis first draft, minggu kedua hantar final draft, minggu ketiga dah VIVA! Omo rasanya ni lah saat yang paling menggerunkan bagi setiap pelajar kan wkwkwk. Masa tu aku rasa nak lari je tapi taktahu nak lari mana lalu redha jelah, life must go on. gituee.


Akhirnya, kami group dr syikeen dah Viva! Alhamdulillah :)
Examiner pun okay je walaupun taktahu lah markah tu cemana kan sebab banyak jugak yang salah lol. Tapi yang penting dah dah lepas pun, dua tiga hari jugak lah tidur tak lena hahaha. supervisor kitorang dahlah baik gila, siap bagi duit belanja makan. Rasa malu pulak padahal present tah hape hape. keke.
So goodluck lah untuk classmates yang tak viva lagi, mula2 je nerves. Betullah dr syikeen cakap, bila dah habis viva tu rasa lega lepastu rasa macam viva ni takde ape pun hahha.


Celebrating mommy's birthday.

Happy 23rd Birthday Mommy!
Sorry lah lambat update hahaha. Masa ni time kitorang busy2 jugak rasanya dengan test ke ape tah.
Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan jodoh yang soleh dan diberikan keberkatan hidup dunia akhirat. Love you !

Datin mommy ni sebab 'suami angkat' mommy bergelar datuk hahaha. Boleh pulak suami angkat. Biasalah kitorang memang suka merepek. 


Tapi yang tak bestnya, konon2 nak buat surprise birthday party tapi mommy dah boleh agak. Cisss!

Last lab.

Sem ni tak banyak lab pon, ada 3 lab je utk satu subjek tapi rasa malas nak masuk lab tu punyalah alahaiii. Maybe sebab dah sem 8 kot lepastu dah muak masuk lab buat fyp. Time busy buat fyp lah, nak kena buat lab report. Individual lab report pulak tu haha.
sedih pulak dah last lab kan.

Spend time together !

Haritu kitorang makan kat restoran di Jerteh, Granny's. Konsep kedai ni sangat unik sebab macam rumah. Memang rumah pon, diorang ubah suai menjadi restaurant. I loike! Sesiapa yang datang jerteh wajib singgah sini!

Tapi menu tak banyak pon. Yang popular adalah chicken chop hanya RM6.50 sangat besar dan sangat sedap ! Pergh terbayang pulak chicken chop granny's. 
Air Granny's pun sangat sedap dan unik rasa dia. 
Air soda tambah serai tambah asam boi tambah daun pudina = sedap ! refreshing sangat.

Lepastu ada sorang budak tertinggal..lalu bermimpikan granny's.

Maka kami datang lagi ke sini, waktu malam pulak and still order menu yang sama. Granny's chicken chop and soda. *Rasa nak lagi pulakk sekarang ni*
So i know these two menu yang akan aku rindukan lepas dah habis study ni sobs.

 Lastly, 
last class with prof Hussin. Lecturer utk subjek Food Forensic.
Mesti mommy sedih kan dah tak jumpa prof lagi hehehehehehehehe.




Tinggal sisa-sisa ni je wei!
Viva dah sudah, tinggal nak buat pembetulan dan hantar hard bound copies, then poster presentation dan final exam !
Tak percaya rasanya dah nak habis study, sobs !

Wednesday, April 6, 2016

Minggu Penyelidikan dan Inovasi UniSZA 2016



14-17 March 2016.
Program Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi (MPI '16) merupakan program tahunan anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM).
Telah diadakan di Dewan Perdana, UniSZA kampus Gong Badak.

Objektif:
  • Mempamerkan produk inovasi kepada komuniti setempat
  • Menggalakkan penyertaan pensyarah dan pelajar UniSZA khususnya dalam pertandingan inovasi
  • Proses penilaian bagi mengenalpasti produk inovasi terbaik UniSZA untuk dipertandingkan ke peringkat seterusnya
  • Meningkatkan jaringan (networking) antara kakitangan UniSZA dengan Universiti Awam lain
(copy dari website CRIM) haha.


So para peserta terdiri dari pensyarah dan staf unisza, serta pelajar2 unisza dan juga ada pelajar dari Universiti lain.
Tak silap aku ada lah dalam 60 penyertaan semua sekali.
Dan untuk kami bebudak foodtech, mempertandingkan 7 produk2 food development 
sem lepas.
Macam kitorang produk Mayoking. hahha.

The preparations ( a day before ).


The space given was so limited (berlaga pungkoq lah jawabnya) so we decide to take turns. We divide our works to 3 by 3, morning and evening shift. Settle masalah.



We were so excited with all the decorations and stuffs, end up only that MAYOKING alphabet that we used previously was the only thing that we can put on the board LOL.


Day one.
Judges came and we need to explain our products. blablabla. I was not here during judging time, good job to these three peoples below:



Our booth's main attraction : PUMPKIN!
Ramai yang geram dengan labu ni sebab nampak cantik, ada staf tu buat lawak yang tak lawaknya dengan muka serius dia cakap nanti dia nak curi labu kitorang kah!
Kitorang sapu minyak lah sebab tu nampak berkilat.
This pumpkins end up with given to Kak ana at the end of MPI haha.

No pictures during second shift as im having a bad hijab day kahkah. 

Second day.

Majlis perasmian dan lawatan VIP ke booths. Tak dilupakan few reporters.  






Petang, dah takde orang lalu kami pun mengemas booth. Kami jangka ramai orang akan datang sebab diorang buka kepada orang luar tapi hanya krik krik je maybe sebab weekdays siapa je nak datang. 
Memang banyak gila la produk mayoking kitorang yang membazir.
Kitorang prepare banyak gilos zzzz. End up with kak ana bawak balik sos mayoking tu hahaha.

Third day (last day).



Alhamdulillah, our Mayoking got silver medal !
Also congratulations to all my classmates, from 7 products, we got 3 silver medals and 3 bronze medals. 




Harian Metro, 17 March 2016.
hihihi.

p/s
Very busy with my thesis writing and other assignments right now.
The pictures already edited before, i just added few captions.
No time to write in details, but i will not publish it forever if i dont publish it now.
haha.

May Allah ease !