CLICK HERE

Monday, May 27, 2013

Busu's wedding @ Terengganu


24 Mei 2013.
Busu Zaini kahwin akhirnya, pakcik terakhir yang kahwin.
Eh? ada lagi sorang pakcik tak kawen lagi.
Acik cepatlah kawen eh, kalau boleh pilih orang Terengganu supaya sumorang datang sini lagi LOL.
Takpun orang jejauh lah, utagha ka, boleh kita pi konvoi reramai haha.


uwan ada sekali :D


Aku rasa Terengganu ni dah jadi rumah kedua bagi family aku.
Mana tak nya, tetiap tahun datang sini. Tahun sebelumnya hantar amer, tahun yang sama jugak datang untuk bercuti. tahun lepas hantar aku, tahun ni busu kawen. Kalau fikir lagi, tahun depan amer pulak konvo inshaallah. Tak ke tetiap tahun datang sini ? sampai kan Terengganu yang jauh gila
ni rasa macam dekatt je kan sebab dah datang bebanyak kali ? HAHA.

Bak kata aid, ''bosanlah asyik pergi terengganu je'' =,=

Selamat pengantin baru Busu ;)
Semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

Dah lama tak pakai baju BORIA macamni. Bayangkanlah malu gila
pergi pasar payang pakai baju sama. Kalau hari raya takpe jugak :D


Ini kali kedua aku pergi kenduri kahwin di Terengganu.
Sebelum ni pegi majlis kat rumah Kak Ana.
Memang takde meja, makan kat kerusi je Hihihihihi.
Makan layan diri je, takpayah kendarat pun. makan pun guna pinggan kertas dan cawan kertas jeh. Jimat.
Lagi satu, majlis di sini tak semeriah majlis kat Melaka. Kalau kat Melaka,
amboi sebatu lagi dah dengar muzik rock berkumandang.
Seminggu sebelum majlis makcik makcik dah duduk merewang
sambil bergosip isu terkini.



Sekian sahaja update terkini.


Alhamdulillah, alhamdulillah.
Berakhir sudah segala tok nenek test kuiz apa semua.
akhirnyaa dapat tarik nafas lega fuhhh.
Tinggal final exam je sekarang ini :)
Minggu2 terakhir memang busy gilaa, setiap hari stay up. setiap hari bangun awal. setiap hari sakit kepala. setiap hari tension. 
setiap kali weekend bukan berehat, tapi study sebab banyak test.
Akhirnya dapat jugak menulis di sini hewhew.
Mana2 bloggers yang tag qila untuk join segmen saya mintak maaf bebanyak
sebab tak join. 
ohoi dah kenapa ayat bajet howt ? :P






Monday, May 13, 2013

3 wishes !

susah tau takk nak cari gambar ibu sorang2. Mesti ada org terselit kat sebelah haha:D

To ibu,
Selamat Hari ibu.
Selamat Hari Lahir.
Selamat Hari Guru.

Terima kasih sebab sudah melahirkan, menjaga dan mendidik kami semua dengan
 sebaik-baiknya.
Tak terbalas rasanya jasa2 ibu dekat kitorang.
Ibu lah yang paling terbaik didunia ini !

Ibu, Happy Birthday !
Stay healthy, stay beautiful, stay young !

Ibu, Happy Mother's Day !
You are the best and awesome mother in this world.
I wish i can be a mother like you in future. 

Ibu, Happy Teacher's Day !
Ibu yang garang, akak selalu menangis kalau belajar ngan ibu dulu.haha
Tapi garang ibu itu lah yang meletakkan where i am now !
Thankyouu.

Ibu, I love you so much more than anything in this world.
I'm never say it in person but i really meant it ;)

akak sentiasa doakan ibu dan ayah diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu.
May Allah bless <3 font="">

p/s Doakan akak berjaya, nanti akak dah kaya akak bagi hadiah hihihihi


Friday, May 10, 2013

Lesson for today

Moga Allah sentiasa pelihara dan melindungi saya, awak, dan semua
dibawah rahmatNYA.
Belajar redha dalam mengharungi ujian, cuba menjadi bahagia,
walau sedang berduka, sebab aku tahu cintaNYA di situ melalui ujian yang aku lalui.

Fasa pertama dalam menghadapi cabaran hidup sudah mula
aku lalui di dunia ini yang penuh tipu daya.
Silap percaturan, terumbang ambinglah diri.
Salah perhitungan, binasalah aku.

*senyumpahit*

Today is the last day for jamadil akhir !
sekejapnya masa berlalu ..
Jom hargai setiap detik yang ada ini sebelum ianya berlalu pergi :)

Thursday, May 9, 2013

Matrikulasi

aku nak share beberapa perkara di matrik.
Sebab juniors dan adik2 ku baru saja dapat tahu tentang kemasukkan ke matrikulasi.
Kalau dah taktahu nak masuk mana sangat, masuk je matrik haha !

  • semua pelajar wajib duduk asrama walau rumah kau sebelah matrik je
  •  satu bilik 4 orang. Setiap satu floor ada cerek dan iron.Kalau nak bawak sendiri punya, kena pandai sorok sebab memang tak boleh bawak pon.Kalau kena denda padan muka.
  • Satu bilik agak besar juga bersyukur lah oi. Setiap orang dapat katil single, almari dan meja belajar.cukuplah tu, dari kena belajar atas lantai. Meja study agak besar jugak.
  • Takde yuran bulanan. Time daftar je bayar Rm400, then setiap bulan dapat elaun Rm250. best kan? 
  • ada washing machine, nak basuh baju secara manual pun boleh. Kalau dapat matrik dekat ngan rumah cam aku ni, kumpul seminggu punya baju,basuh kat rumah haha
  • peraturan agak ketat, tapi takdela seketat peraturan sekolah, kalau dah biasa duk asrama paham maksud aku
  •  Pergi kuliah wajib berbaju kurung bagi perempuan, berkemeja bagi lelaki.Rasanya tie tak wajib kot? kasut bertutup tak kisah kaler apa pun (ppuan). Lelaki kena pakai kasut kulit hitam tak silap aku. sorry tak ingat. Yang ppuan sukahati nak pakai tudung apa pun. bawal,shawl,apa-apalah tapi jangan over sangat. ko nak blaja ke nak pi shopping complex ?
  • kelas dari pukul 8 pagi - 4 petang.Rehat depends pada jadual, 12 tghari-2 ptg atau 1-2 petang. sangat pack, especially kos sains
  • kelas dipanggil praktikum. satu praktikum ada lebih kurang 20-25 org. Kuliah macam kat U tu, ada lebih kurang 7 praktikum. Time tutorial dan lab baru lah blaja ikut praktikum
  • Untuk sains, ada 3 modul.

                                  modul 1 - bio, fizik, kimia, math
                                  modul 2 - fizik, sc komp, kimia, math
                                  modul 3 - kimia, math, sc komp, biology

Akan diberi time pendaftaran, ikut result spm masing2. 
Tapi jangan risau, contohnya dapat modul 2 tapi tak minat fizik, boleh je tukar ke modul 3.
  •  Ada 2 program untuk sains - program satu tahun dan program dua tahun.
Mengikut result spm juga, kalau addmath tak kredit, even dapat 7A pun, akan diberi
program 2 tahun. program satu tahun boleh buat permohonan tukar ke program dua tahun
kalau rasa-rasa tak mampu nak catch up dalam masa setahun je. Pendapat peribadi aku, kalau dapat program dua tahun baik ambil dip je then sambung degree. Lagi banyak advantages tapi depends laa pada diri masing2
  • Ada kuliah dan tutorial ( untuk jurusan sains, ada lab)
  • satu semester ada 2 kali je exam, ujian pertengahan semester ( UPS ) dan peperiksaan semester program matrikulasi ( PSPM ) . UPS - 10% , PSPM - 80 % , kuiz dan lab report - 10 % . Carry mark tak banyak sangat, so kena skor lebih pada final. 
  • Banyak kuiz ! depends pada lecturer jugak, kalau aku dulu habis je satu topik ada kuiz blerghhh. 
  • setiap kali pspm, kena dapat atleast 2.00, kalau kurang dari 1.5 kena buang matrik, kalau dapat antara 1.5-1.99 akan ditukar kepada program dua tahun ( untuk program setahun ) . kalau program dua tahun diberi amaran kot. maaf kalau silap. Tapi untuk pelajar akaun, takde program dua tahun so akan terus dibuang kalau bawah 2.00.
  • kena rajin, siapa malas - K.0 lah engko kihkih. Jangan risau, kalau study bebetul takkan kena tendang punya lahh. caya lah cakap akak ni kihkih. Biasanya yang kena tendang tak ramai pun, ada dalam 1,2 orang je. rilekss
  • Ada subjek tambahan - kokurikulum, kemahiran dinamika,agama islam. Semua ni takde pointer pun, just ada gred . semua subjek ni diambil pada salah satu semester je.Nasiblah praktikum korang tu dapat koku apa, aku dulu dapat kawad.Kalau koku lain tak busy sangat, kawad busy sikit kot. sikittt je 
  • Tak payahlah nak aktif sangat duk matrik ni.haha. Tapi kalau minat sukan tu bolehlah participate untuk kakom. Dapat pengalaman. Kalau rajin lagi bolehlah join badan dakwah  atau pembimbing rakan dinamik ke, apa-apalah. Kalau rajin.
  • Jangan ponteng kelas selalu, nanti takleh ambil final exam. Lagipun rugi kalau ponteng kelas, datang matrik setahun je belajar lah. Jangan duk malas sangat
  • Jangan bercinta haha. Ada kawan aku duk sibuk bercinta asyik ponteng kelas, akhirnya kena repeat matrik. sayang kan? Nak bercinta tunggu masuk U dulu ehem. Nak lagi senang, jadilah forever alone. Eh ?
  • sabtu ahad boleh outing. hujung minggu boleh balik rumah, nak balik tetiap minggu pun boleh. Tapi kalau kolej ada aktiviti, takleh balik. Nak balik jugak, pepandai lah menyorok dalam kereta. hihi 
  • Takde buku rujukan pun takpe, aku tak guna langsung buku rujukan kahkah. Biasanya lecturer akan bagi notes. Kalau dia tak bagi, pepandai lah cari dari kuliah lain, atau boleh je beli reference book. Kat koperasi ada jual. Atau salin je notes dalam kuliah.Kat matrik takde buku teks macam kat skolah
  • Laptop tak digunakan sangat. Aku dulu tak bawak laptop pun pi matrik.Tapi siapa yang takleh hidup tanpa laptop boleh je bawak tapi kena ambil surat kebenaran dari Hep.Nak bawa tab, ipad ke apa-apalah pun boleh.Tapi kena pandai jaga.Banyak juga kes2 kecurian kat matrik ni tauu.
  • Handphone boleh bawak, nak main msj dengan pakwe dalam dewan kuliah pun boleh.Maklumlah, ada org boleh separuh mati kalau tak msj dengan pakwe dia
  • English paling banyak assignment haha. Ada presentation, research. Tapi bestlah, melatih kita untuk kat U nanti. Subjek lain, depends pada lecturer. Tapi biasanya takde, tutorial je banyak. subjek english pun takde pointer gak, just ada gred
  • Muet-ambil kat matrik. Advantage masuk matrik ni, kita akan practice muet time english class. Siap ada buku lagi, so takpayah nak pergi ambil kelas kat luar, kena bayar lak tu !
  • Pergi surau tak wajib. Tapi better pergi lah, atleast setiap malam jumaat. Jangan tak pergi langsung ! 
  • Kat matrik takde prep macam kat skolah. Malam bebas, nak study ke nak pergi library ke. atau nak tidur je pun bolehhh ! kalau ada discussion bolehlah buat kat bilik2 tutorial atau kat mana2 tempat yang selesa.
  • ada wifi. nak online dalam kuliah kalau bosan pun bolehh. Tapi fb, twitter boleh buka lepas pukul 5 ptg. Youtube diblock terus.
  • Tak boleh bawak kenderaan sendiri. Jalan je guna kaki, tak jauh sangat pun bilik tutorial-kuliah-bilik. Jalan kaki boleh juga bakar kalori haha
  • kalau kat kmm dulu wajib pakai kad matrik. ahh bencikkk kiteww.
  • setiap petang bolehlah pergi riadah yer. Aku tak pernah beriadah, petang tidur jee. typical me. ada gym, padang bola sepak dll . Gunakanlah sebaik-baiknya hihi
So nak masuk matrik ke takk ? HAHA. Fikirlah baik2 okayhh.
Kalau tanya aku semestinya aku jawab matrik paling terbaik hewhew.
especially KMM sebab dekat sangat ngan rumah. Eh ?

beberapa gambar di matrik,

Ohh kat matrik lelaki memang pupus tauu esp modul 3 hehe

Lab.

Main untuk hilangkan stress. Ini time study week ;)

My bilik. Buruk sikit kat kmm ni hehe.Maklumlah matrik pertama di malaysia.

study group di library. ahhh damnn ! miss this moment !

presentation

Main basikal bersama time koku




Banyak dah ni aku list kan. Itu saja untuk perkongsian.
Kalau ada apa-apa soalan, bolehlah tanya di ruangan komen/chatbox/pm saya di fb/twitter lolololollll. Inshaallah saya akan jawab apa yang saya tahu. Cuma untuk menolong, dulu aku nak masuk matrik macam2 bloggers aku tanya. Sebab ramai jugak juniors yang tanya, cuma aku takde masa nak buat entry macamni. 

Yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari Allah juga tapi disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. 
Bye !


Sunday, May 5, 2013

PRU 13


Entry ini tiada kaitan dengan politik lol.
Cuma membazir je snap gambar tapi tak diupload kahkah.
Aku malas dah nak upload gambar kat fb, 
kalau upload kat sini just family dan kawan2 rapat je yg baca so lebih 
secure lah kan ;)
It's not like my fb acc hanya kawan dan family je arghh nanti kalau ada 
masa akan ku delete org tak dikenali.

Kat Terengganu di mana-mana saja ada replika ni. Macam-macam bentuk.
Kreatif ngatt !
saya cadangkan buat kat Melaka jugak eh?



Kemeriahan PRU 13 di Terengganu.

Lokasi : Kampus kota uniSZA.

Actually baaaanyak lagi replika tapi tak sempat snap je.
Haritu kitorang pusing keliling Ganu
( Takdelah keliling sangat, yang dekat2 unisza je Batu Rakit, wakaf tengah dll )
macam2 replika ada. comelllll. 
Sukaaa ngatt !
seriously first time tengok benda ni, sebab kat Melaka takde pun ? hihi.
Sempat ambik gamba yang biru je, yang hijau putih warna2 lain tak sempat pun :P




Selamat mengundi.

buatlah PILIHAN yang BIJAK dan BETUL. undilah seseorang CALON itu berdasarkan AKHLAK & PERIBADI beliau dan TELITILAH MANIFESTO parti yang ingin dipilih. INGAT, setiap undi anda, ada nilai DOSA dan PAHALA, mengikut KESAN yang akn berlaku kpd negara. walau apa BANGSA pon calon itu, lihatlah PARTI yang diwakili dan MANIFESTO parti tersebut, adakah ianya membawa IMPAK yang BAIK, untuk kita buat pilihan untuk UNDI.

Yang tak mengundi juga yang untung sebab dapat tumpang sekaki
sekali bercuti :D

p/s - 
lambatnya aku buat entry ni ? masing2 sibuk perang politik, tapi aku sedang berperang dengan diri sendiri sebab argghh assignment banyak tak siap lagi !



Wednesday, May 1, 2013

Sayangi mereka :)

Rasa dah lama pula tak update belog hihi.
Selain takde idea nak update apa, sem ini juga terlalu busy.
Kerja tak habis-habis, selagi tak habis sem 2 selagi tu lahh
berlambak kerja =,=

Tapi busy pun, sempat juga aku meluangkan masa join program ni. Cehh.

27 April 2013.
Program ''sayangi mereka'' anjuran kelab We Care Malaysia telah diadakan di Pusat Penjagaan kanak-kanak terencat akal Midin, Terengganu.
lebih kurang 45 min dari uniSZA.

Okayy we r not even members tapi erm urm biasalah. Kitorang suka buat benda yang agak
lain sikit, main menyelit-nyelit je mana2 asalkan bahagia lol.
Sebenarnya aku malas nak join tapi bila fikir balik aku tak pernah lagi join mana2 aktiviti
sepanjang kat sini sebab malas ! ,
ada baiknya aku join. Ada pekdahnya juga dari duk melanding kat bilik
hujung2 minggu macamni kan :P

 Fantastic three. colony tak cukup lagi sorang hahha.




actually i was expecting to see some babies and playing with them kononlah kan.
Tapi rupanya ? Ada lebih kurang 12 org penghuni, and they actually around 20-40 y/old ! 
maybe most of them acting like children so 
nama tempat tu pusat penjagaan kanak-kanak =,=




Gambar ni aku ambil dari fb. mintak halal :P

Dengan join program2 macamni, kita dapat selami nasib mereka yang kurang 
bernasib baik.
Dan juga makin bertambah rasa syukur pada Allah tuhan pencipta sekalian makhluk sebab
telah mencipta kita dengan sempurna dan sebaik-baik kejadian. 
Tu pun kadang2 ada rasa tak bersyukur 
dengan apa yang kita ada sekarang ni kan ? #ehhh terasa

Itu sahaja.Ohh ya terima kasih banyak-banyak kelab we care msia untuk pengalaman ini .
Bersama presiden, exco-exconya dan ahli-ahlinya.
Walaupun kami orang asing lol, tapi kami dilayan dengan baikk.
Sorry saya taktahu pun nama korang, typical me .
Ahli kelab ramai chinese and indian, semuanya peramah belaka, tak kira bangsa. 
Takde unsur-unsur racist di situ haha:D

In shaa Allah kalau rajin boleh join program lain pulak.
Aku ni ada mood tau. Kalau rajin, rajin jelah. Kalau malas, memang malas
sepanjang tahun haha.
Kelab apa jadi mangsa kita nak menyelit lepasni erk  ? :P


P/s-
Happy Labour Day dan selamat mengundi !
Ohh hai saya sekarang berada di rumah, menyokong orang kampung mengundi katanya
hehe.
Cuti seminggu, usah dibiarkan masa habis di kampung halaman orang,
pulanglah ke kampung halaman masing2. hihi.