CLICK HERE

Friday, July 24, 2015

Raya 2015 Part 2

Assalamualaikum.

Raya tahun ini boleh dikatakan raya yang sangat awesome bagi aku. seriously, selalunya setiap kali raya aku mereput kat rumah sambil jeles tengok gambar orang ziarah menziarahi gelak ketawa selfie bersama kawan-kawan lama. Aku nak jugakkk macamtuuu. haha. Tapi disebabkan rumah aku kat hujung dunia dan tak reti drive pulak tu maka hahh mereput jelahhh kau kat rumah tu.

6 syawal.

Nenek, busu zaini n family datang rumah.

Irish datang rumah kite lahhh. dia senyapppp je. Tak menangis langsung, haha best gila main dengan dia. Hopefully kalau aku ada anak nanti tak kuat melalak macam aku masa kecik2 dulu kekeke.

7 syawal.

Beraya dengan bebudak sharodz pulakk haha. Ummi bgtahu aku dia nak datang, tapi dia buat surprise bawak Ani ! hahaa. Sejak habis sekolah sampai sekarang aku tak pernah lagi jumpa Ani. Huwaaa rindu gilaaaa dah 5 tahun kot tak jumpa. Time aku form 4 n form 5 aku duk sebelah ani dalam kelas. Ani pandai math, dia lah cikgu aku. Kimia pon dia terer jugakk, dia slalu ajar aku jugakkk. Rindu nak suruh ani ajar aku sebab dia penyabar, aku tak paham 100 kali, 100 kali jugaklah dia akan explain pada aku. hihi.
Kalau nak throwback kenangan ngan sorg2 memang tak habislah entry aku.

Macam biasalah, kalau ada syud campur ummi campur ani memang bising gilaa lah. Aid tengah tido pon komplen kawan ko tu datang memekak gila ! haha. Ktorg berborak memang tak pandang keliling, mana2 rumah pon bila dah berkumpul tak boleh nak control volume suara masing2. hahaha.

 From left : ummi, yana, syud dan Ani!
Aku rasa rumah aku bergegar tadi dengan ketawa diorg semua wkwkwk,
Thanks girlssss.

Yang paling sengal, aku cerita ngan Ummi aku pergi rumah faris haritu. Tetiba dia pon nak pergi jugak lol. Sebab diorg satu kuliah kat USIM. Diorg paksa aku ikut sekali. Bengong gila aku pergi raya rumah faris dua kali kot. Malu aku dibuatnya. hahaha. Semua ummi punya pasal, sabor jelah aku. serius weh ni lah pertama kali dan kedua kali dan terakhir aku pergi raya rumah dia. hahaha. Tapi kitorg singgah rumah dia kejap je, dalam setengah jam.
Wargh Ummiiiii. 

Lepas rumah aku, kitorg singgah rumah Rus kejap, dekat je ngan rumah aku. Datang mengejut, just nak jumpa bersalam-salaman dan bertanya khabar je hahaaa tu pon membebel lagi sampai nak dekat sejam LOL.

After rumah Rus, ktorg ke rumah Sab pulak kat Lendu. hihi first time pergi rumah sab ! padahal bukan jauh, alor gajah je pun. Thank you sab, macam biasa sambung lagi memekak kat rumah sab pulakk.

Photoshoot depan rumah sab. Picture by mak Sab. Mak dia sporting, nampak pokok sawit, suruh ambik gamba sebelah pokok sawit. Nampak bunga kertas, suruh ambik gamba sebelah bunga kertas. Mak dia tanya mana satu kajol haih. Masa aku form 4, sab yang mulakan nama kajol kat aku.
Sengal kan semua kengkawan aku? LOL.




Destinasi terakhir, rumah Peah kat Tanjung Keling. Ni paling jauh, kitorg sampai rumah Peah pukul 6.45 ptg haha. Maghrib datang beraya anak dara ni oii. Lepas maghrib kat rumah Peah, balik daa. Ingatkan nak pergi rumah Bong, tapi dah lambat sangat. Aku pon first time drive memalam, risau lah jugak. 
Dari rumah peah dah pukul 8 malam. 

Peah(paling kanan sekali) dulu zaman sekolah badan besar, sekarang kurus gila lagi kurus dari aku ! haha. Aku ingat lagi, peah nak pinjam baju kurung aku masa sekolah dulu, dia try baju aku tapi tak muat. Sekarang ni aku rasa aku yg tak muat baju dia pulakk wkwk. Peah cantik gilaa, kulit dia pon cantik putih gebu OMG kitorg semua jeles dengan dia lol perempuan. Tapi kalau nak cantik itu kan menyakitkan. Contohnya peah tak makan nasi untuk kurus memang kena ada keazaman yang kuat, haih bilalahh nak macamtu jugak. hihi.

Lepas hantar Yana and syud balik rumah, pukul 9 baru sampai rumah haha. Beraya sakan kemainnn. 

Mungkin ada part 3 pula hehehe.

Tuesday, July 21, 2015

Raya 2015


Long post for #raya2015.

1 Syawal.

Macam biasa, lepas berbaju raya, bersalam-salaman. bermaaf maafan. berselfie selfiean.
bergaduh gaduhan. bermakan makanan.
dah selesai semua di atas pergi rumah uwan pula. Tak pergi kubur sebab ehh tetiba hujan. 

Hasil selfie depan rumah :




Our Zahraa pleated jubah from @rayyanhaya !
Follow ig @rayyanhaya for more beautiful jubahs ahaha.
Ibu tak sempat jahit baju tahun ni hihii.
Baju ni jugak untuk majlis kawen acik nanti hihi. kalau pakai flowercrown boleh jadi flower girls lol, anyone tahu mana nak dpt flowercrown ? haha.


Amer dengan aid. Baju raya sama saiz tanpa seluar hahaha. Membazir beli satu set bukan engkorang pakai ponn. Tengok muka sour dak aid. 
dia merajuk sebab tak cukup tidur haha. 
 To amer : Duit raya kitorang mano ?! Amer cakap tahun depanlah duit raya lol giler.

close up sikit muka sour.


Nampak tak ibu ktorang, macam sebaya tak ? hahahaha.

sweet and sour selfie. 
sebab semua buat muka sweet, senyum je. Tapi aid kekal sour.

Pinky sebahagian family uwan !
Sama dengan langsir :P

Malam, balik rumah nenek dan ramai2 berkumpul kat rumah cik aim kat krubong.

sebahagian family belah ayah.

Cucu nenek esah hihi.
Tapi ni baru 3 family, ade yg lom balik lg. 


2 syawal.
Beraya 3 rumah je pastu pergi ambik gambar kat studio alor gajah macam biasa. 
Gambar di previous entry :D

kitorang empat orang with ibu,
ambik gamba kat rumah orang -,-



Aid with his favourite. Tak habis2 main kucing, tak boleh nampak kucing mesti nak dukung lah, cium lah. rimas aku. haha. 


3 syawal.

Sedara sebelah ayah ngan ibu semuaa datang rumah. 
Tak ketinggalan bebudak geng intern mamee haha.

Thankyou janette, desmond and fatin !
Desmond macam YB, aku ingat YB mana lah datang tadi lol.
Desmond macam biasalah talkative gila dengan suara kuat dia umpama pakai microphone tuh haha. aku lagi suka org banyak bercakap ni, sebab aku diam maka tak boleh masuk dengan orang diam jugak. Kalau dengan orang friendly banyak cakap, baru aku boleh masuk pastu terjebak skali dengan dia haha.

Thank god kak fatin, desmond ngan janette banyak cakap. so tak awkward lah dengan diorang hihi. 
Akhirnya janet si budak sarawak dah kenal kuih almond london, acar timun, kuah kari dan macam2 lagi makanan orang melayu lol. Sengal gila janette main sebut je nama lauk tu. Ikan masin dah jadi ikan bilis, kari dia sebut asam pedas. Bolehlaaa janette oii.

Kak ain dan azie pon ada datang petang tu tapi tak sempat ambik gambar. Diorang pon nak balik cepat huhuu. 

 cucu-cucu uwan !
aku kira ada 31 orang wooww. 

Malam, ada BBQ. Thanks for the yummy foods alhamdulillah !
Jangan timbang berat tau sebab nanti hilang mood raya hihi.

4 syawal.

Sambut birthday amer, pastu amer bertolak balik kemaman.


malas nak pusing gambar.
macam biasa lah ayah mesti taktahu umur nak letak kat kek, nama amer pon salah eja kahkah lol.
Happy 23rd birthday amer ! Moga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungan Allah swt. seriously cepatlah kawen, aku nak anak buah sehh. Bosanlah takde baby boleh buat main. Aid tu baby besar ! hahaha.


5 syawal.

Beraya dengan bebudak matrik ! Actually plan asal cuma aku, mira dengan zuhaira aje. Tapi aku sesaje tanya kat wasap siapa nak join. Yelahh ktorg classmate matrik ramai orang KL ngan johor so mcm jauh plak nak ajak diorang skali. Tetiba alia ngan ika from muar nak join. Otw dari muar ke melaka tu pulakk, diorang singgah ambik Wankarim kat merlimau.

so ktorang semua berkumpul kat rumah zuhaira dulu kat Paya Redan. Aku kena ajak dak liah sebab nak suruh dia tolong tengokkan maps haha. 
Then, ktorg gerak ke rumah aku. Diorang semua cakap Perghhh jauh gilo umah ko. Hahh sekarang ko tahu tu sebab aku malas keluar rumah. hahaha. ni dah datang sekali mesti malas nak dtg lagi kecuali kalau ada antara ktorg kawen. haha.


Enam orang jeh, hopefully satu hari nanti kite dapat reunion 25 orang satu kelas ! huhuu.
Topik perbualan ktorg semua throwback je zaman matrik haha. Rinduu gilaa matrik, zaman paling besttt.


Kitorang singgah rumah faris, dia ni classmate ktorg dulu. Tapi dia masuk matrik kejap jeh. Diorang macam segan gak nak datang rumah dia sebab tak rapat haha. Tapi aku still ade contact kadang2 lgpun aku kenal adik dia, junior skolah aku. Yang tak boleh blah dia tak ingat zuhaira tapi zu yang banyak borak haha. 
Dekat gila rumah faris dengan rumah aku, tak sampai 10 minit je. Tak sangka lol.
Nasib baik si faris ni banyak cakap kalo tak krikk krikk je lah.


Aku tak puas lagi borak dengan Zuhaira uwaaa bila nak jumpa lagi niii. Aku tak ingatlah aku penah tulis kat blog ni pasal bestfriends aku kat matrik. Aku tak ramai sangat kawan yang rapat kat matrik dulu, tapi zuhaira aku paling rapat dalam kelas. Mana2 pergi mesti nak sama2, ada org cakap kitorg kembar lol tang mana yang sama aku taktahu. mungkin asyik melekat berdua kot. 
Impian ktorg dulu nak masuk unisza sama2 tau, amek foodtech/dietetik haha. Tapi dia takde rezeki kat unisza, dapat food service kat uitm.
Zu dah habis final year, skrg tengah tunggu final result. Kalau lulus, berjaya lah kau tamat degree pergh aku doakan kau cepat2 dapat kerja seterusnya membelanja aku hahaha. Tak lupa jugak aku doakan kau dapat jodoh cepat2 sampai skrg kau single apahalll. hahaha. 

Dengan mira pun aku rapat jugaa, sebab kitorang selalu study sama2. Ingat lagi time study week ktorg mesti duduk kat surau. 5.30 pagi dah bangun, pergi surau. kitorg study sama2 sampailah petang. Iye ke study ? hahaha. 

bebudak muar dah balik so tnggal ktorg jelah selfie. Harap dapat jumpa lagi tahun depan, inshaaAllah :)


Ini cerita setakat 5 hari beraya ni :D
Tahun ni syok sikit beraya sebab aku dah pandai drive hihi kalau taktahu jalan pakai waze, pakai maps. kalau ada org ajak beraya aku anytime boleh join kekeke. Cuma tahun ni takde plak bebudak skolah ajak beraya, tahun lepas kemain rancakk. Mungkin ramai tak free tahun ni sebab diorg ramai yang tengah busy final year. Tahun depan aku plak busy kott :D

Tapi cuti sampai bulan 9 ni rasanya tak mereput sebab dak liah ada kat rumah so ada kawan nak ajak melepak. Anytime kalau bosan, start kete pegi jalan2 jyeahhhh.
hihi.

Bye !



Monday, July 20, 2015

Dulu vs sekarang : Raya version


Enjoy dulu gambar baru dan gambar terobek hihi. entry sebelum ni telah dipublish secara tak sedar lol. tak habis update lagi :P




terpaksa tutup muka selekeh aku hahaha.



AND LASTLY,






Mana satu gambar paling win ? hihi.

Bye.

Sunday, July 12, 2015

Internship : The End !

Salam 25 Ramadhan ;)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya aku berjaya menamatkan  semester 6 selama 24 minggu bersamaan 6 bulan bersamaan tepat 23 ramadhan, 10 July 2015. Syukur kerana Allah memberi kesihatan yang baik pada aku sepanjang internship ini. (Ni macam ayat translate je acknowledgement dalam report lol)

Minggu last, aku still buat projek OPRP2 dengan Zhi Zhao. Sampai hari last kott aku collect data hahaha. Tapi aku buat jelah, sebab kesian kat Zhizhao buat sorang2. Dan ada intern baru dari Unimas, Sin Pei. Dia adalah pengganti aku, so sepanjang minggu ni aku diarahkan untuk pass semua kerja aku kepada dia. Gen Y oven temperature, OPRP2, slurry weight, fried noodle cake weight, standard product display, used BHT, sachet weight consistency etc antara kerja aku. haha banyak takk, setaraf dengan exec dah rasanya lol. So aku sibuk ajar dia. Agak susah nak explain pada dia sebab dia course kimia. So many terms which only budak foodtech blaja yang dia tak familiar. Kalau budak foodtech senang sikit nak ajar, contohnya sebut OPRP, CCP, beza antara water activity dan moisture content dah paham ecewah iye aje ko paham. Kalau terlupa maklumlah blaja sebab nak exam je, atleast that terms tu dah familiar.

I got present from Zhi Zhao, Pei Hua and Koh !
Thank you so much, terharu gila hihi. Diorang mula2 nak ajak makan macam biasa kalau ada intern nak habis. Tapi kan bulan puasa, so diorang bagi present instead. Thankyouuu. Baik sangat diorang ni, I wish you all the best too ! 

Ni present dari kak fatin, dah lama dia bagi. Tapi aku baru guna sebab nampak gambar family ni terbiar atas laci solek sampai putih kena bedak hari-hari loll. Kak fatin bagi sebelum dia habis intern bulan 6 haritu. Terima kasih banyakkk ! 

Apehal lah korang ni baik sangatt. Terharu lah cemnii. hiks. 

Ni pulak present dari aku kepada mereka semua! Tak sangka seronok jugak buat benda ni, since I have lots of time now, haha. Hadiah aku tak seberapa pun huhu tapi atleast ada something sebagai tanda ingatan dan terima kasih. sorry buruk sikit den tak pandai bungkus bungkus hadiah ni, tapi puas hati sebab dapat buat sendiri haha.

From left: kak usha, kak ain, Sin Pei(new intern)
Janette takde pulakk sebab ada training. 
Ni je yg sempat aku ambik gamba, ni pon pandang kamera, senyum 2 saat. lepastu masing2 pegi continue buat keje masing2 haahhh. Nampak tak busy dan stress nya kerja kat mamee ni hahahaha :P 

Bye mamee. I will always remember all memories here. 
But I dont think we will meet again,  tak sanggup rasanya kahkah.

Tapi air mata aku menitik setitis dua jugak huhuu ;( Tipulah kalau tak sedih. Lepas salam dengan semua orang haritu, masa nak solat asar sebelum balik rasa sedihh sangat haha. Benci nya intern lama2, tengok kan dah sedih :P



That's all. Thank you to all QA department staffs (manager, executives, quality inspectors, lab assistants and interns) at Pacific Food, Mamee Double Decker. May God bless!
Also congratulations to all my classmates for succesfully completed our 6th semester !

The End, now #roadtofinalyear !

Eh, 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.

Saturday, July 4, 2015

Internship : #week23

Salam 18 ramadhan ;)

Alhamdulillah dahh 18 hari puasa..Internship pon tinggal lagi 5 hari je lagi tasabarrrrrr. 

Walaupun nak habis, tapi aku dengan Zhi Zhao masih dengan project OPRP2 kitorang lol. Sebelum ni, ktorg cuma kena record noodle cake temperature untuk satu production line sahaja, tapi sv ktorg suruh pulak record data untuk ALL PRODUCTION LINE. mak aii. Ada production line - A, B, C, D, F, G, I, K. Dan setiap production line atleast kena collect data untuk 2 hari. Dan untuk satu production line which have more than one products - for example, Line G. Ada 2 products - plain noodle dan M.export 85g. Disebabkan berat each of noodle cake itu berbeza, maka kami kena record data 2, 3 kali sampai lah cukup data tuh.

So officially project ni dah 2 minggu hari hari bebb aku ngan zhi zhao ulang alik keluar masuk production line tapi tak siap2 jugak. Minggu depan which is my last week pon aku still kena continue collect data. Yelahh, takkan nak biarkan aje projek tu tak habis. Tidak bertanggungjawab namanya haha dugaan sungguh di bulan puasa ini. Panas kot berpeluh peluh den collect data kat back end tu -pepaham jelah, bahagian steamer/fryer kat back end. Operator bangla yang kerja adjust mee masuk dalam tray tu pon ada kipas sorang satu tau ! lol. Tapi aku cuba buat sebaik mungkin, sebab aku fikir this is my last project so bertahanlah wahai hati, bertabahlah wahai jiwa. Sebab aku seriously always thought im very lucky to get experiences like this. Never thought yang aku akan buat praktikal in a big company which I learned a lot ! Sangat sangat banyak. 
Sambil menyelam minum laa air kan hihi. I mean masa collect data tu, jalan2 lah wondering around kat back end, kat packing line. Observe org buat keje..haha best seh. sebab semua tengah busy kerja, takde sapa pedulikkan kau. 

Tapi yang penat nya sebab di bulan puasa lah..kadang2 aku rasa nak pengsan je jalan2 kat line tu. seriously, haha. Dan first time si skema zhi zhao mengadu kat aku yang dia pon dah malas nak buat projek ni  haha. Hoi kalau ko malas, ko tak fikir ke aku ni lagilah berganda ganda lagi malas dari kauu. hahaha. biasanya dia jenis yang akan buat dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat tak macam aku, awal2 lagi dah feeling aduhaiiii. haha. Tapi kalau orang yang rajin pon dah jadi malas, orang yang sedia malas ni jadi apa pulak nii?! haha. sebab aku dah nak habis intern, aku jadi kuat sikitlah. Kalau tak hurm tak dapek den nak bayangkan macam mano.

Tapi alhamdulillah report aku dah hanta 2 minggu sebelum habis, siap dengan borang completion sekali aku hanta awal-awal. Haha. Malas nak buat last minit, aku tak boleh kalau kerja tak siap. Nanti aku nak tido pon tak tenang asyik mengigau lol. Tengok, dah hanta report legaaa aku. Boleh update blog dengan senang hati, dah bpe minggu tak update angkara siapkan report, boleh beribadah dengan tenang, bershopping dengan tenang dan sebagainya hahaha.



selamat berpuasa !

babai.