Monday, June 24, 2013

3 in 1

Assalamualaikum.

Disebabkan lama tak hupdate, aku pun jadi malas. 
Dah kenapa internet kat rumah ni pun asyik terputus-putus je. Nak download korea pun asyik tergendala je pergh sabar jelah.
Blog ni pun hambar je rasa. 
Maka 3 peristiwa digabungkan dalam satu entry jelah, senang cerita.
sebab tu title entry 3 in 1 haha.

Pertandingan badminton dan futsal, sports planet (tah betul ke tak nama ni)

Buat julung kalinya, seorang Qila telah mencemar duli masuk pertandingan badminton. Dengan sukarela pulak tuh.
Yang tak boleh blah aku main dengan bersungguh-sungguh. Tapi kalah jugaklah kahkah. Aku partner dengan Piya. Siap sedondon tapi takdok orang ambikkan gambar pergh. 
Untuk futsal jadi penyokong je, adeh sakit urat tangan main badminton ni.
LOL.


Gambar paling mahal. 

Tapi gambar ni lagi mahal + eksklusif, aksi bergaya khas dari Mirul kahkah.


Gambar ni mahal jugak sebab memaparkan aksi mummy tendang bola menggunakan kasut aku HAHA.


Khidmat masyarakat, Pantai Mengabang Telipot

Yang ni pergi pantai kutip-kutip sampah sambil mengumpul pahala 
sekiranya dibuat dengan ikhlas.
Lepastu makan, main-main ambik gambar pastu balik. Ohyeahh aktiviti ni hanya first and second year je yang involved.
Tapi banyak main2 je, masing2 jadi budak tak matang :P

first and second year.

Tak matang 1

Tak matang 2

Tahannn... Tahannn... HAHA.






Annual Dinner, Terengganu Equestrian Resort(TER)

farewell dinner untuk final year students.
Bosan lol.
nasiblah gua tak tertidur kat meja pasal tak habis2 karaoke =,=
Letak gamba jelah.


Tempat majlis tu dekat dengan masjid terapung, so solat maghrib kat sini pastu jalan kaki pergi TER.



Pasangan kontroversi HAHA.

Time semua tengah sibuk dengan majlis kat dalam, kitorang bertiga 
bosan gila lepastu
keluar ambik gambar. Takde orang langsung time ni haha.


Terima kasih, Prof ;)
Prof no longer our dean's faculty sobs.


Lastly,
Tamat sudah setahun pengajian saya.
Inshaallah akan masuk tahun kedua pula.
Wuu cepat sangatt masa berlalu ;(
Had sooo much fun + tears + happiness untuk 2 semester ini.

:)






Saturday, June 22, 2013

Cuti semester bermula.


HOLLA.
Exam dah habis, berjimba dah habis, semua aktiviti fakulti dah habis.
Alhamdulillah.
Aku pun telah selamat tiba di Melaka yang berjerebu teruk ini.
Turun je bas perghh aku di Cameron Highlands atau di Melaka ?
Terus tanya driver bas adakah beliau tersilap destinasi ? lol.
Takpayah nak Cameron sangatlah kan, bau asap kott jerebu ni. Sungguh tidak sihat. Jangan keluar rumah yer masing2. Duduk bertapa di rumah hihi.

So sekarang ini kami akan memulakan cuti semester. Inshaallah sampai lah bulan 9 nanti.
Heavennnnnn.

 poker face dari #Fantasticfour

Love this picture :)

Selamat bercuti kawan - kawan sekalian.
Jumpa lagi 2 bulan sekiranya diizinkan Allah di rumah baru kita hewhew.

P/s
Nak kerja tapi malas. Taknak kerja tapi nak kerja.
Do u know that kind of feeling when sometimes u want to do it, sometimes u dont want =,= Itu namanya budak cerewet sedang dalam dilema.
Sungguh aku cerewet, gaji sikit taknak kerja tapi ayah cakap pengalaman itu yang berharga, bukannya duit. 
Kesimpulannya.... 
Tengoklah macam mana dak qila kerja ke tak kihkih.


Saturday, June 1, 2013

sem 2 dah habis


Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Tamat sudah sem yang sibuk, yang banyak assignments, yang banyak dugaan,
yang paling tak cukup tidur, paling segala paling.
Tinggal final exam je, dan doakan kami dapat result warna berterbangan lols.
(translation : flying colours =,= )

sebenarnya dah beberapa hari tamat kelas terakhir tapi aku sibuk
memberangankan diri sambil layan korea sambil daydreaming sambil tidur puas-puas. Sempat lah juga aku demam siap selsema sehari dua.
Nasiblah tak teruk, it's good i got flu sebab boleh rehat puas2 sebelum musim studyweek yang sebenar-benarnya bermula hihi.
Konon lah kau. Kononnnnn.

To foodtecheroes, Goodluck ! :)
And to all my families, buddies, friends, followers, readers dan
silent readers sekalian haha,

wish us luck :D


Jadual final exam :-



TARIKH
SUBJEK
10 JUN 2013
( ISNIN )
UBI 3022
ENGLISH FOR COMMUNICATION II
16 JUN 2013
( AHAD )
FDS 3023
ANALYTICAL ORGANIC CHEMISTRY
17 JUN 2013
( ISNIN )
UBC 3012
BAHASA MANDARIN
18 JUN 2013
( SELASA )
FSE 3243
NUTRITION AND HEALTH
18 JUN 2013
( SELASA )
FDS 3102
GENERAL PHYSICS
19 JUN 2013
( RABU )
FSS 3033
FOOD MICROBIOLOGY