CLICK HERE

Saturday, September 29, 2012

Jalan-jalan buat kerja gila ^^


Assalamualaikum.

actually entry ni dah lama peram dalam draft. harini baru bole publish sebab masalah connection.
biasalah kan. unisza hotsipot sedut bak kata anis :P
kejadian berlaku seminggu yang lepas ^^
Kalau tak buat kerja gila, bukan geng kitorang namanya. Hewhew.
Pada suatu petang yang hening lagi membosankan, tetiber aku teringin sangat nak ke pantai.
Dan kebetulan, esoknya ada dua kelas je dan dedua kelas dibatalkan. Kiranya kitorang cuti lahh untuk hari Ahad tu. So, masa untuk berjimba lah kan? Hehehek.
Lalu cadangan aku diterima baik oleh geng2 lain yang memang suka buat kerja gila.
Kitorang akan ke pantai UMT dengan berjalan kaki ! kekeke.

Muka masih bahagia sebab eksaited nak pegi pantai.

Percaya atau tidak, kitorang berjalan kaki selama satu jam setengah ! start jalan dari pukul 5, sampai pantai pukul 6.30 petang. Nampak dekat tapi memang jauhhhhh giler. Lol. Not sure the real name of le pantai. but rasanya that’s
TOK JEMBAL. Yeahh pantai tok jembal. Tak kisahlah tok jembal ke tok jambul ke kan. Asalkan pantai.

Kitorang jalan ikut pintu belakang unisza, pastu menyusur tepi jalan.
Jalaaaaaan lagi sampailah pintu masuk UMT. Pastu jaaaaalan menjelajah UMT.

on the way,
buat muka tak malu jalan tepi jalan. Dah Nampak signboard UMT dahtu !

Tetiber rasa UMT lagi best dari unisza. Unisza sangat sunyi sepi. UMT sangat meriah.
UMT ada pantai, unisza takde. Keluar pintu belakang UMT tu, ada macam2 gerai.
Ada macam2 kedai. Bebas keluar masuk. Jalan depan sikit dah jumpa pantai. ohh syoknyaa !
Unisza pulak, jangan haraplah nak berjalan keluar sebab unisza sangat luas.
Memang patah kaki lah jawabnye kalau nak jalan ke pintu keluar.
Tapi kelebihan unisza adalah, jeng jeng jeng. Waktu maghrib unisza dan umt sangat berbeza.
Waktu maghrib kat umt still ramai orang lagi keluar masuk. Tapi kat unisza waktu maghrib dah lengang. Yang kelihatan cuma para lelaki soleh nak ke surau atau masjid. Kekeke.
Dan hostel unisza much much more better ! luas dan selesa. Heheh. Agaknya lengang sebab ramai selesa duduk bilik lah kot lol.
Setiap universiti ada kelebihan masing-masing. Toksah gaduh
U aku ade ni, U korang hado ? meh aku perli sikit bebudak kat group yang sibuk nak menangkan u masing2.

UMT yang santek ! wahhh gituu . kemahen puji lagi -.-
dah datang tempat org, mesti lah puji.takkan nak kutuk plak kan. 
karang ada yang kena halau pulak.

Nasib baik ada 2 orang kawan Dayah , budak UMT yang guide kitorang. Sebab kitorang dok tahu
pong jalang(read: jalan) nak pegi pantai bila dah masuk dalam kawasan u tu. Kahkah.
Kalau diorang takde, memang dah tercangak-cangak ler kat dalam tu :P
Thanks gurls :)


taddaaa ! inilah pantai yang kemahen teringin nak pergi tuu ! ahaks

Duduk tepi pantai lebih kurang setengah jam je sebab nak dekat maghrib. Tak elok lah yer, perempuan keluar waktu maghrib :) Kitorang hampir nak jalan kaki balik semula sebab tunggu punya tunggu takde van. Kaki melecet ohhh.
Dan kebetulan time tercangak tunggu van tu lahh, jumpa Aswanis dan beberapa orang budak kmm. Wahh wahh wahh memang kecik betullah dunia ni, kan?

Tetiber rasa nak nangis kepenatan. Haha tu lahhh ! nak pi pantai sangat kannn ?
tapi Alhamdulillah, tetiber satu van datang dan kitorang mintak pakcik tu hantarkan sampai unisza. Rasa macam pakcik tu turun dari langit pastu tolong kitorang pun ada. Haha.
Dan memang terasa lagi nak menangis terharu sebab pakcik tu cakap, free je. Takyah bayar. Tapi kitorang rasa tak sedaplah pulak kan, bayaq lah sikit.

dah maghrib baru sampai kawasan U!
Anak sapo lah ni oiii. Maghrib baru nak balik . hishhh.
Solat kat surau depan foyer tu, pastu terus beli nasi bungkus.
Balik bilik, booommmm !
memang taubat nasuha nak pergi pantai jalan kaki lagi. Saje nak jalan kaki,
kekonon nak feel lebih. Feel hapenye, buat melecet kaki je -,-


Happy Birthday, dear Wahida :P

Assalamualaikum.

yeahh, we were having our midnight party tepat pukul 12 malam
pada 28 sept 2012.
besday Wahida :)


kitorang plan last minit. plan time kelas prof .
hahah. nampak tak , tak senonohnye tuhh ? ><
akibatnya, kena attack dengan prof sebab bersembang dalam klas lol.

Dayah dan Piya 'ditugaskan' ke bandar kuala terengganu untuk ke mydin MALL :P
beli kek apa semua sebab aku ada lab setiap khamis.
diorang je yang free.
 BOSAN TAHU TAK PERGI KAMPUS KOTA HARI KHAMIS .
tetiber aku jadi baikkk je. alim2 kucing gituuu. hahah.

dan malamnya, kitorang plan nak celebrate kat bilik aku tapi
wahida taknak datang bilik aku. penat aku mesej dia,
duk cipta macam2 alasan. hoho.
lastly, kat bilik dia jugaklahh kitorang celebrate.

Berborak sampai pukul 2 pagi. ekceli nak borak lelamer lagi tapi kesian
kat wahida dah mengantuk sgt. balik bilik aku, sambung borak lagi. haha:D

wahida terharu sehhh. keke.

Happy Birthday dear. May Allah bless u always. friendship forever :)



pic wahida je yg ada memandangkan kitorang semua
malas nak pakai tudung apa sumer hoho.



Saturday, September 22, 2012

'jenjalan' kota lama duyong


Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ni internet sangatlah lembab. Mula-mula masuk dulu tenet laju, bila dah lama-lama lembab pulak. Nampak tak permainannya tuh ? -,-



Okay jumaat lepas kitorang ke KOTA LAMA DUYONG. Kekonon nak carik bahan untuk buat research.
Malangnya, kitorang pergi hari jumaat dan kota lama duyong tuh tutup setiap jumaat.
Aisehh. Nasib baik boleh ambik gambar kat luar tu. Pastu intai2 lah dari luar hape bende
Yang ada kat dalam tu. Sadis sungguh -,- Pastu temu bual pakcik penjaga kota tu.



Actually kitorang dah plan nak pergi mydin. Yelahh kat teganu ni mana ada tempat lain lagi nak pegi.
Pegi mydin jelahh . takpun Giant -,-
Tapi pakcik Rashid, pakcik yang bawak van tu pulak ajak kitorang pergi jamuan raya.
Makk aihhh malu gilaaa kot. Tapi kata pakcik Rashid, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kehkeh.
Makanan kat situ sesedap kott. Nasi dagang, nasi beriani, kuetiaw, mee goreng, sate, pudding, buah, cendol,koktail, aiskrim. Pehh memang heaven giler makan
Sampai tak habes. Nasi dagang sedap gilaa kot . ikan besaq naa.  Dah lama tak makan ikan.
Hari2 duk makan ayamm je. Keke.
pastu time nak balik dapat pulak satu beg dengan dida lamnya ada dadih dan ada 3 bekas kuih raya.
                                     Pehhh Alhamdulillah murahhh sangat rezeki. Kihkih.

                                       tengok dak wa makan sampai terangkat sudu haha!

Pakcik Rashid saaangat baik. Dia mintak duit tambang rm3 je padahal kitorang dah berjalan sana-sini.
Tapi tak sampai hati pulak kan, kasi je rm5 setiap orang. Saya doakan pakcik Rashid murah rezeki, dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik selalu dan sentiasa
Di bawah lindungan Allah swt selalu. Aminnn.
Dan shopping mydin. Ntah hape2 yang kitorang angkat nak menghabiskan duit. Hoho.
*bajet banyak duit
Hari yang sungguh memenatkan. Keluar 9 pagi, balik nak dekat
Pukul 6 petang. Hoho.
Insyaallah nak start buat kerja kursus yang sangat menyemakkan kepala ni -,-

Tuesday, September 18, 2012

ini namanya pengorbanan ^^

Assalamualaikum.

masa : 1 p.m ketika matahari tegak dan terik atas kepala .
siap berpayung hah, kalau tak dah pengsan
manahan kepanasan. fuhhhh.

lepas habis kelas hubungan etnik, kelas prof pukul 2 petang dibatalkan.
maka kami berempat dengan gigih meredah
panas terik ke book garden untuk mendapatkan sebuah buku titas. haha.
dahlah tersalah jalan, kitorang pilih jalan yang jauhhh dan yang paling memalukan, kat jalan tu
kitorang berempat je macam orang gila jalan tengah2 panas.
student yang berkereta pandang pelik kat kitorang dan ada yang gelakkan kitorang.
aisehh. nasiblah kann.

book garden unisza terletak di hepa,
sangat jauh nak jalan tapi kami gigih. kehkeh.
maklumlah, namanya pon student. kena berkorban lebih sikit, ye dok ?
book garden tutup pukul 4 , sebab tu kitorang pegi tengahari haha.

tu diaa unisza book garden.

eksaitednya dapat pegi sini first time, pastu dalamnya macam popular.
almost semua benda ada. terubat sikit rindu pada popular hehe.
ada banyak novel, tapi novel piya yang aku pinjam ni pon takde masa nak baca.
toksah berangan lah kan nak beli novel baru.

memang konfem pergi sini paling kerap pon sebulan sekali.
memang tak larat oii nak jalan.
ini namanya pengorbanan ^^




Saturday, September 15, 2012

[pictures] sambutan raya FTM

Assalamualaikum.

malam tadi, 30 syawal. hari terakhir untuk beraya-rayaan.
maka, fakulti teknologi makanan menyambut raya dengan meriahnya. hehheee.
ada makan-makan( ini paling best !) , persembahan dari band
dan persembahan dari setiap batch. persembahan kitorang berterabur habis!
ohh tak lupa jugak ada majlis anugerah dekan sekali.

congratulations seniors!
berazam untuk jadi macam seniors yang cecantik dan pepandai. ehh ? hehe

our gang ! from left : dayah, wahida, piya and me.

aku rapat dengan diorang tiga orang ni lahh. nak pergi makan sama2, nak buat report sama2,
nak gi klas sama2. pendek kata kami sentiasa berempat.
tapi kami rapat jugak taw dengan bebudak ftm yang lain.hekhek.
dayah orang penang, loghat penang dia tu membuatkan kitorang terpengaruh.
belaja kat teganu, balik melaka cakap penang lol.


our BIG FAMILY.


sekor kumbang dikelilingi bunga :D

ini baru BIG HAPPY FAMILY.

 2 siswa, 38 siswi. 
bukan batch kitorang je tau yang lelaki pupus, batch yang sebelum ni pon
satu batch lelaki tak lebih dari 5 orang.
so jamuan malam tadi memang dipenuhi oleh perempuan je ^^

pantun popular oleh prof che lah,

dua tiga kucing berlari,
selamat hari raya aidilfitri .

thankyou shiero for the pictures!




Tuesday, September 11, 2012

semusim bersama seabad terasa.

Assalamualaikum.

9 sept 2012.

yeahh ini kira macam orientasi kecil-kecilan.
ntok kite-kite je budak foodtech.
hewhew.
kakak dan abang fasi sangat baik dan sporting.
sepatutnya harini dah start kuliah tapi kitorang pergi ice breaking dekat
taman panorama, terengganu.
tak tahulah aku taman hape benda nya tu, macam taman rekreasi lah kot.
so kat sini kitorang diperkenalkan pada dekan,timbalan dekan, para pensyarah,
kakitangan apa sumer lah yang terlibat dalam fakulti teknologi makanan.



dekan fakulti, prof che abdullah abu bakar.
orangnya sangat baik dan penyayang, suka buat lawak pulak tu.
paling best, aku dapat group dengan prof untuk mentor mentee.
yuhuu boleh bodek2 nak markah lebih lah eh ?
kekekeke.
prof ajar kitorang subjek intro to foodscience and tech for this semester.

sesi ice breaking.

 our class. 38 siswi, 2 siswa. omnomnomnom.
untunglah automatik si azim teruih dapat jadi ketua.

we love foodtech !

still belum kenal habis bebudak dalam kelas tu.
agak janggal sebab kat matrik dulu semua sebaya, kat sini ada kakak.
maksudnya lepasan dip atau stpm yang lebih tua dari kita.
so sebelum nak berborak kena tahu umur dulu. kalau lagi tua, panggil lah akak, ye dok ?
kuikui.
sebab kelas kitorang 40 je, maka tak dapatlah nak kuliah dalam dewan
kuliah utama. huu. baru teringin nak belaja dalam
dewan. nak tidurlah tu lol.

nak jenjalan kat terengganu pehlisss tapi takdok masa lagi.
haihhh.

Sunday, September 9, 2012

Minggu mesra siswa :)

Assalamualaikum.

daftar 3 sept, dan alhamdulillah pendaftaran berjalan lancar.
sebab datang cepat kot, pukul 8 dah terpacak kat situ tapi nombor giliran aku 107 :P
tapi kejap je pon nak tunggu tu. tak lama pun.
 petang lepas selesai semuanya, ada taklimat. macam biasalahh. malam ada taklimat lagi dan lagi.

hari kedua
pendaftaran akademik. time ni paling aku bengang sebab aku kena tahan,
tak boleh masuk dewan. sebab ada salah faham dengan fasi pasal sign.
kat kad kitorang patutnya kena ada sign yang menunjukkan kitorang tak ponteng taklimat malam sebelumnya. tapi aku takde sign tuh sebab fasi cakap, tak sempat. maka aku dikatakan ponteng padahal aku dengan muka skemanya awal lagi dah masuk lol.
so dibawak jumpa timbalan dekan. baru 2 hari dah jumpa timbalan dekan, kau hado ? hewhew.
tapi buatpe nak takut, bukan aku buat salah pong.
alhamdulillah timbalan dekan sangat baik. cakap pun lembut je, tak marah pun. kasik nasihat.
dan dia terima explanation aku. tanpa banyak soal. kekekee.

riadah . bukan riadah pun actually. duduk je borak-borak. ahahak.

hari ketiga
taklimat lagi kat dewan gimnasium. sampai melecet kaki,
sampai hangus kulit sebab asyik berjalan je. jauh pulakk tu. malam solat maghrib dan isyak kat
masjid unisza. naik bas.
dan malam nya ada persembahan.best lah jugak tapi yg tak bestnya, sokongan pada persembahan tu. aku tak tau diorang ni anti sosial ke hape. bagi ar sokongan sikit.
malas nak cakap lelebih.


hari keempat
taklimat lagi. petang, ada larian siswa siswi sihat.
malam, majlis penutup. seronok !
dan majlis penutup berakhir pukul 11 lebih. pukul 12 lebih, 5 fakulti bertolak ke kem merang.
fakulti teknologi makanan salah satunya ^^
 kem merang tu actually memang pusat kokurikulum unisza. aku ingatkan diorang sewa 
tempat tuh khas ntok buat kem ni.
sampai sana, tidur dalam khemah. bestnyaa. satu khemah 5 orang.
pukul 2 pagi baru tidur lepas solat isyak apa sumer.
pagi esoknya, pukul 4 dah bgn. latihan kecemasan kunun.
terpisat bangun dengan selebet nye. haha.
pastu ada qiammulail :)

malam penutup dan larian siswa siswi sihat .

hari kelima
latihan dalam kumpulan dengan bebudak fakulti dari pagi sampai tengahari.
lepas solat jumaat dan lunch, jungle trekking.
2.4 km je taaapiiii ! sangat curam. tak penah aku jungle trekking dengan jalan curam macamtu.
kat plkn pon okay je lagi. tanah licin sebab hujan.
lepas jungle trekking, water confident.
paling memalukan sebab nak pergi seberang berpaut pada tali. nak balik semula,
kena berenang sendiri. macam siot aku dahlah tak pandai berenang.
akibatnya, aku terkapai tengah laut padahal diorang dah sampai darat dah. haha.
dann memang segan giler, entah sape yg tarik aku akhirnya.
memang aku tak pandang pon muke budak tu sebab segan punya pasal. ucap terima kasih pon tak.
warghhh maluuu.
btw kitorang pakai safety jacket. bukan berenang macam tu je :P
kalau tak dah lama aku 'jalan' dahh.

gambar orientasi di kem merang takde sebab henfon sentiasa dalam khemah,
malas nak bawak. takut cicir atau basah kena air.

laut tempat aku terkapai. lol

the khemah. best lah tido dalam khemah reramai. hehe . even tak cukup tido.

hari keenam
perjumpaan bersama fakulti, pukul 9 malam.
maka aku tidur je sambil online kat bilik. aku takde roommate, roommate sebelum ni
budak dietetik, kena pindah kampus kota lepas orientasi.
fakulti teknologi makanan ada satu je kos, iaitu kos sarjana muda teknologi makanan.
 fakulti kitorang fakulti paling terkecil.
fakulti terbesar pulak fakulti kontemporari islam. ramai ustaz ustazah dohh. hewhew.
batch aku ada 40 orang, dengan 38 SISWI dan hanya 2 je SISWA.
dah pupus kot lelaki ni. haha.
dan ada budak dari kedah, perlis, kelantan, terengganu, melaka, KL, selangor,
sabah, johor, negeri sembilan. seluruh malaysia ada lah ! ada chinese sorang. ada budak thailand sorang.
rojak. satu malaysia! 

penat, best, memalukan.
semuanya bercampur baur. hehe.
tamat sudah orientasi.
bersedia untuk ke kelas pulakk !


Friday, September 7, 2012

welcome unisza !

Assalamualaikum.
baru berkesempatan nak update blog.
insyaallah, lepas ni akan update plak tentang Minggu Mesra Siswa
yang sangat meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis serta banyak
kejadian memalukan yang memang meluruhkan kulit muka aku lol.

dalam proses edit gambar2 orientasi. sementara tu meh nengok
hostel unisza yang ohsem.
satu rumah 5 bilik, satu bilik dua orang. macam rumah lahh.
ntok asrama baru lah. asrama lama still cam asrama biasa.kot.


 duk kat homestay cik timah lagi ! alahhai.
atas sebab-sebab teknikal yang tak dapat nak dielakkan.

tu diaa.
''pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan"

insyaallah,
aminnn.

sedih :(
Terima kasih ayah dan ibu saya sebab dah banyak bersusah
payah kerana saya ^^
me love both of you veryy much <3 p="p">