CLICK HERE

Tuesday, August 28, 2012

bye bye :(

Assalamualaikum.


insyaallah this is the last entry before i'm going to terengganu. woahh excited, tapi
dalam masa sama sedih + takut + macam2 rasa bercampur baur.
entah macam mana lah nak harung hidup berjauhan dengan family kan.
so last sunday hari bebudak balek hostel, last jumpa nunun ngan liah. dak amal balik minggu ni,
sharodz kan. keje nye asyik balikk je. haha.
pastu ntah bilanya nak cuti, bulan 11 kot. tu pon kalau jumpa diorang lagi.

4 tahun di teganu, hmm hmm hmm.
tak tahulah nak describe feeling ni cemana. pastu kena struggle plak tu sebab
kos aku agak tough ntok diterima otak aku.

homesick ? insyaallah tak hewhew. sebab aku dah biasa duduk
asrama, tapi mungkin perasaan ni jadi lain sikit bila dulu duduk asrama balik setiap
2 minggu tapi kali ni balik setiap 2 bulan atau dalam 2 bulan tu tak balik langsung-langsung. LOL.

aku dah tengok gamba, hostel baru unisza memang awesome. macam homestay ohh.
dah namanya hostel baru,kan. harap2 aku dapat hostel baru, lebih
eksaited nak harungi hidup merantau cehh.
harap-harap jugak dapat roommate yang okay. dan haraplah dapat roommate yang
duduk jejauh jugak, biar fefeeling sama-sama.
taknaklah roommate orang kelate, teganu, pahang yang umah dekat2 tu.
karang mereka balik bikin aku sedih je. kahkahkah.

dan haraplah minggu orientasi okay je. takde nak ragging apa sumer.
unisza kolej islam kalau nak ragging jugak aku tak taulah woii nak cakap apa.
haraplah wifi okay, supaya dapatlah aku menghupdate belog paling koman pon seminggu sekali.
yeahh, i love to share what happens in my life with this lovely blog.
kalau takde orang baca, tak kisah sebab ibu boleh bacaa. so aku bolehlah hupdate blog yang mengatakan aku okay je *kononlah kan.
haraplah classmates okay.
haraplahh takde apa2 masalah besar yang mendatang.
haraplahh semuanyaaaa okay ,
insyaallah, aminnn :)

so, kepada rakan-rakan seangkatan lepasan matrik 2011/2012,
selamat menyambung degree kengkawan semua.
kita paling muda kat uni nanti oii, kat group kakak2 abang2 ramaiiii :P. seniorrr semuanyaa.
harap tak kena buli. hahak.
we're lucky dapat sambung degree di usia 19 tahun, 
alhamdulillah :)

belum orientasi lagi, tapi tak sesabar dah nak update blog pasal
orientasi lol.

Friday, August 24, 2012

bakal perantau^^

assalamualaikum.

okay, jom bajet nak jadi perantau lah konon sebab first tyme nak merantau
sejauh ni. duk skolah 5 tahun kat melaka. matrik kat melaka.
plkn kat mersing tapi 3 bulan je. tak terasa pun kat mersing sebab bukan boleh keluar2 outing 
apa sumer. pendek kata tak pernah duduk sejauh ni dengan family
seumur hidup. untuk empat tahun plak tu.

dan even aku cakap aku tak kisah dapat unisza,aku bajet happy je kan,
seriously pernah terlintas dalam fikiran.
''kalau aku letak upm food tech first choice, agaknya mesti aku dapat upm.takyah pegi
unisza''.

dan kenyataan tu semakin kerap berlegar dalam fikiran tauu,
bila lagi dekat2 nak daftar ni. bila duk terfikir sensorang mesti terlintas perasaan menyesal tu.tak tau kenapa! mungkin hasutan syaitan atau mainan perasaan
yang sesajer je nak menghasut aku. biar aku jadi seorang yang tak bersyukur, seorang yang
tak boleh terima ketentuan tuhan.

tapi bila fikir balik, siapalah aku nak melawan ketentuan tuhan.
tak baik tau berkalau-kalau ni. haippp!
kalau aku letak upm first choice sekali pun, tapi Allah tak berkehendakkan aku
untuk ke upm, memang tak dapat jugak, kan?

''Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk
bagimu,Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui''
surah Al-Baqarah ayat 216

masih ada rasa sikit terkilan dalam hati.
tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya. aku tak kisah pun nak gi jejauh,
kengkawan ramai. yang kat umt berlambak, kat unisza pun ada je.
tapi maybe life kat unisza tak macam life kat u lain kot, sebab fakulti terbesar ,
fakulti islam. so pepaham lah :)

tak ready lagi nak hadap segala macam kimia, math, bio apa sumer. wahh!
pastu kalau ada kuiz, ada exam memalam mesti tension.
study kimia sampai nak nanges.
pastu kena buat presentation. lagilahh tension.
pastu time nak kena submit assignment, tyme tu laahhh wifi cam hape je.

pastu kalau barang2 habis, kena pepandai beli sendiri. selama ni
ibu yang belikan. pastu kalau demam, pepandai lah harung sendiri. aku jarang demam tapi sekali demam sakit teruk macam nak meninggal lol. sampai kurusss ><
pastu sabtu ahad manade orang datang melawat. pastu pepandai lah beli tiket bas
apa sumer. semua lahh kena buat sendiri. 
dah lama tak naik bas. naik bas tyme skolah dulu pon mesti ada teman, padahal
dari MC ke alor gajah , sejam je kot.

see? memang akan berdikari lahh aku lepaih ni.
itu lah hikmahnya,
mungkin aku jadi lebih berdikari dan lebih matang lepasni.
hahahaaa:D

itu saja coretan seorang bakal perantau.bye.






Monday, August 20, 2012

Diari Raya 2012

Assalamualaikum.

bila dah ada diari ramadhan, haruslah ada diari raya jugak.heuheu.
first raya kat Lubok China.
Dah 2 tahun raya kat Lubok China, pastu ayah cakap sampai bila2
raya first kita kat LC lol. sebab nak raya kat rumah sendiri dulu. tak kesahlah
even kat lubok ni kemeriahan raya tak terasa pongg.
pergi kubur, pastu pegi umah uwan salam-salam ape sumer.
pastu balik rumah, TIDUR. haha.
pastu bebudak kecik entah cucu siapa ''semekom kami datang nak rayaaa''
hambek kau.
bukan susah, kasik air. suruh makan kuih. kalau air tak habis tak dapat duit raya.
*sambil buat muka jahat, isi air yang dah tawar penuh2 harharhar
kembung perut budak tu nak habeskan

bila diorang nak balik, hulur lah duit raya. 
bebudak tu nak duit raya je tuu. kalau tak buat hape nak datang raya, ye dak ? huahua.
pastu kalau dedulu bebudak datang yang tak kenal ni kasik seringgit dah cukup, tapi
zaman skang ni takkan nak kasik singgit lagi, kan. paling koman pon
kasik dua hengget.

takbir raya di malam raya kat rumah hj hasan :P

 sesi lakonan bersalaman oleh aid. 

aid gemuk sangat sporting. tahun lepas dan tahun sebelumnya melalak
di pagi raya sebab kena pakai baju melayu.tahun ni takyah dipaksa, dia dengan
sporting nye pakai baju melayu.


first raya. bergambar di 'studio'
rumah aku ada studio. jangan memain. 

the gediks girls.
yang boys mesti tension sebab these girls asyik memekak
tak kira dalam kereta atau kat rumah.
pastu bergaduh lols.




sesi fotografi.

raya kedua kat Bukit Piatu.
tak banyak gambar, malas dah nak snap gamba bagai.
raya pertama kat bukit piatu best sebab nampak suasana raya,
pagi lepas subuh jalan dari rumah ke rumah salam-salam. dapatlah singgit dua. haha. pastu masjid depan rumah tu je.
so dapatlah kitorang dengan bahagianya pergi solat sunat hari raya
dengan jalan kaki je.

tu saja cerita raya untuk dua hari ni.
sebab raya 2 hari je yang meriah, masuk raya ketiga dah pakai baju tidur balik dah.

selamat hari raya.

p/s- raya minggu ketiga dah beraya kat terengganu !
can't wait for that.
will miss the home, the family, will miss everything!



Friday, August 17, 2012

raya ^^

Assalamualaikum.

salam 28 ramadhan :)
28 ramadhan sudahh, that means last terawih tonight.tapi bukan last ibadah ^^
sedihnyaaaa :(
tak tau lah kenapa sedih nak meninggalkan bulan ramadhan tahun ni.
perasaan nak raya pun kejap ada, kejap tak.
nak ucap selamat hari raya pun malas. huahua.

trend di facebook : tangkap gambar sendiri edit2 sikit kasik ucapan pastu 
tagged kat ramai2 orang. 
sebab dah trend, maka aku terima jela walau rimas dengan notificationssss yang
tak berhenti. luckily ada butang 'unfollow post'.
baik juge abe mark ni.LOL.

tahun ni satu kad raya ponn tak dapat. haha.
apa nak heran, aku sendiri tak terfikir nak kasik kad raya kat orang.
zaman moden. kuih raya pon dah moden.
baju pon makin moden. moden-moden pun, harapnya masih
mengekalkan syariat islam dalam berpakaian.
tudung menutup dada, baju tidak ketat dan jarang. sebab selalunya aidilfitri je,
akan ramai yang pakai baju kurung moden ketat dengan alasan raya
'setahun hanya sekali. apa salahnyaa. time ni laa nak 
berfesyen bagai'.

tutorial kat youtube pon sama. cara-cara lilit shawl. haha.
tutorial tu ajar cara lilit shawl yang tak tutup dada
plak tuu. adehh banyaklah dosa ekau kalau ramai orang mengikut cara ekau tu.
nak ajar org, biarlah yg dapat menyumbang pada pahala .
antara tutorial yang bagus, tutorial Dena Bahrin.
Dia mengajar cara ikatan tudung dan shawl yang menutup dada.
kalau bukak majalah2 pun sama, ada 10 tutorial, hanya satu
yang betul2 menepati syariat islam. aduhh, susah dehh nak pakai shawl ni.
biarlah tak bergaya macam orang lain, asalkan maruah terjaga :P
maka tahun ni jom beraya pakai tudung bawal. hahaha. aku lah tuu-,-

okay lah aku bukan bagus baik sangat pun nak tulis benda2 macamni.
masih banyak yang perlu diperbaiki, masih banyak yang berlubang sana sini.
aku tulis benda yang basic dalam menutup aurat je. 
baju longgar dan labuh , tudung dilabuhkan menutupi dada.
as simple as that.
bukan suruh pakai jubah, tudung labuh terus. kalau mampu macamtu, alhamdulillah :)


selamat hari raya aidilfitri ,
maaf zahir dan batin.
kepada semua muslimin dan muslimat.

p/s- cuba kita tanya pada diri sendiri, berapa banyak amalan yang dilakukan
sepanjang bulan ramadhan ni. jika menemui ajal pada 1 syawal nanti,
sudah cukupkah amalan sepanjang ramadhan ni melayakkan diri kita untuk ke syurga ?
astaghfirullahalazim .




Tuesday, August 14, 2012

ramadhan 2012

Assalamualaikum.

salam 25 ramadhan :)
bulan pose ni memang jarang update blog. maklumlahh...blablabla. 
tak tahu nak update apa.
takkan setiap hari aku nak update aku sahur makan apa, berbuka makan apa.
annoying kot post2 macamtu.
ehh terasa ? sorry, jangan marah. bulan puasa :P


dah 6 tahun tak puasa full kat rumah sebab duduk asrama.5 tahun sekolah+setahun matrik.
Memang heaven lah dapat puasa kat rumah sebulan. hewhew.

entah kenapa tahun ni rasa syahdu nak raya, seakan taknak meninggalkan bulan ramadhan.
padahal tahun sebelum ni kemain tak sabar nak raya.
Mungkin sebab terkenangkan lepas raya nak pegi terengganu belaja, tinggalkan rumah,
takde enjoy lagi. buat hati sedih.  terasa macam, kan best kalau masa terhenti.
i need doraemon noww pehlisss.

okay lah, takkan aku nak upload baju raya, kasut raya, beg raya, spender raya sumer. haha.
kesian kat orang yang takde baju raya langsung,kan.
bila tiba hari raya ni makin terkenang kat kawan gua, Baayah.
entah ada baju raya ke tidak. entah apa khabar dia sekarang.
dia hidup susah tau, hidup aku berkali ganda lagi baik dari dia. nasib masing-masing, kan.
tapi still she's my bestfriend forever. kawan aku sejak dari
darjah tiga ke darjah dua.

mempunyai kawan yang hidup susah,
kita akan makin bersyukur dengan kehidupan kita yang jauh lebih baik
dari mereka.
Ni tidak, nak kawan dengan orang kaya je.
ada kan, orang macam tu. kawan sekeliling dia semuanya yang kaya-kaya je.
kawan kaya dia tu dilayan baik-baik, kawan yang tak berapa nak kaya
tu dilayan macam hape je.
maklumlah, tak setaraf kan.
tapi tak heran pon orang macamni.

di mata Allah kita semua ni sama saja, bukan kekayaan dan kecantikan yang
Allah pandang, tapi keimanan dan amalan kita.

di hari raya begini, beringatlah pada orang2 yang tak berkemampuan.
contohnya macam aku yang tak mampu nak membeli
henset raya. 
selamat hari raya:)




okay tu je diari ramadhan ntok tahun ni.
Moga bertemu lagi, ramadhan tahun depan, insyaallah :)


Wednesday, August 8, 2012

wordless wednesday

Assalamualaikum .

my second baju kurung. harimau bintang lagituww :P

dah buat pegi semayang terawih, selalunya pegi terawih pakai seluar tidur je haha!
hari ni last pegi klas menjahit kat sewing training centre.
sebab tinggal seminggu je lagi, pastu lepas raya memang takk ah aku nak datang.
seminggu lepas raya dah pegi daftar :(
cikgu cakap, nak datang potong baju lagi boleh je. datang anytime :P

insyaallah, semoga ketemu lagi satu hari nanti ( sambil
buat muka suci, kekonon teruja nak jahit lagi satu baju >< )

okay, nak tumpukan perhatian pada borang2 lak.
aku perhatikan semua bz giler, aku dengan ptptn tak isi lagi, borang2
tak lengkap lagi, belum buat pengesahan lagi blablabla.
sekarang ni baru terasa 'bahang' nak masuk u .
ohhh lambatnyaaa aku !