CLICK HERE

Thursday, July 25, 2013

Diari ramadhan 5 : online shopping


Kalau anda takde masa nak shopping, take a look at these two chosen websites. By me. hahaha.
online shopping ni best tau, tidak perlu bersusah payah bersesak dengan manusia, hanya duduk santai di rumah sambil menunggu posmen datang hantar barang anda.
Like a boss gittewww.





Me got one from thepoplook untuk hari raya! free shipping dan pantas pulak tu. harini bayar lusa dah sampai. haha nama pun pos laju kan. Kalau lembab haruslah ditukar nama kepada pos lembab agaknya.

kedua-dua websites kat atas ni ada sertakan sekali ukuran setiap baju yang diorang jual. So takdelah masalah takut tak dapat saiz yang sesuai dengan badan kan. Ambik jelah pita ukur then ukur badan memasing senang cerita. Baju kat sini cecantik sampai rasa nak beli semua haha. Kalau tak caye, sila tengok sendiri.
Btw artis2 dan bloggers terkenal pun pakai baju dari kedua websites ni. So kalau nak fefeeling glamours tu bolehlaa try beli satu uollss.

Aku tengok kat fb baaanyak sangat orang berjualan baju raya online. Makin rancak dan makin menjadi-jadi pula sejak nak raya ni. Tapi hati2 agar tidak tertipu yer kawang kawangg.

Tudung bawal kangaroo murah, follow IG @gadies_hijau.

Happy shopping everyone !



Tuesday, July 23, 2013

Diari Ramadhan 4 : Life update

Assalamualaikum.

Secara rasminya, aku telah kembali menjadi seorang penganggur. selepas hanya bekerja selama 15 hari tolak 2 hari ponteng = exactly 13 hari.
Gaji agak masyuk lah juga :D nasib baik tak kerja kat peladang, gaji ciput je ceh ! haha.
Bukan aku yang nak berhenti, tapi kitorang yang part timers ni diberhentikan kahkah. sebab kerepek dah cukup untuk hari raya ni, maka hanya pekerja tetap je yang diperlukan  sekarang ni. Dia cakap memang target hujung bulan baru habis buat kerepek tapi tak capai target sebab blablabla. Ada lah masalah dia, pedulik lak aku kan haha.Tapi okaylahh atleast aku ada experienced dan takdelah 100% masa aku hanya kat rumah je.
Haihh kembali lah aku krikk krikk krikk kat rumah =,=

 result sem 2 dah keluar :)
Alhamdulillah kali ni nama aku termasuk dalam dean's list :)
aku bukannya nak kejarkan DL tu. Aku cuma harapkan result aku ada peningkatan je. Menunjukkan pada diri sendiri yang aku dah berusaha. Tapi tipu lah kalau cakap tak happy kan dapat DL. siapa yang tak happy. Tapi kalau boleh aku taknak berusaha semata-mata kerana inginkan penghargaan manusia. nauzubillah.

It's not easy actually to get this result. I put a lot of efforts to get it. Much more efforts than sem 1 haha sebab macam mana fikir pun still ada rasa kesal tak usaha sungguh2 time sem 1. entah macam mana boleh tersasar seketika tahhh. My bad ;(

 sebab aku bukannya 'naturally born genius', which myself memegang konsep 'kau usaha, kau berjaya.kau tak usaha,hancuslah kau'.
that's me :)

Apa pun, bagi aku. result sem lepas yang aku dapat jadi pembakar semangat untuk terus berusaha, result kali ni pulak aku dapat sebab Allah nak uji aku. Adakah aku akan tetap berusaha dan bertawakkal kepada Allah selepas aku diberikan kejayaan.
setiap sesuatu yang diberi Allah itu ada sebabnya.

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang berjaya.
Yang tidak mendapat keputusan yang diharapkan, Allah ingin menguji kita. Sejauh mana kita menerima keputusan itu, how far we put trust in HIM, dan adakah kita bersyukur kepada Allah.

Alhamdulillah.

selamat beribadah.

Sunday, July 21, 2013

Diari Ramadhan 3 : 12 ramadhan

Alhamdulillah. 
pejam celik pejam celik dah masuk ramadhan ke 12.
rasa macam sekejap sangat masa berlalu.
Ramadhan kali ni pun banyak dihabiskan dengan buat benda yang sama setiap hari dan 
tahun ni rasa macam berkualiti sikit cuti aku.
Siang pi keje, malam tarawih. Masa rasa sangat pantas berlalu. 
tinggal 18 hari je lagi sobsob. 

Semalam besday amer, tapi dia pergi keluar sampai subuh baru balik =,=
so kitorang celebrate lah harini, sebelum dia balik bangi.
Kebetulan kawan dia pun ada sekali. 
Kesian dak amer, jarang sambut besday dia sebab dari kecik dah duk jauh kahkahkah.

selamat hari jadi amer ;)
sweet 21, semoga menjadi insan berguna ;P
Gambar empunya kek takde sebab eksklusif. tidak boleh sewenang-wenangnya ditampilkan di khalayak =,=

p/s - Kalau unisza tak buat hal, inshaallah esok result sem 2 keluar. Entah kenapa aku tak rasa apa-apa pon ntok result kalini. Agaknya sebab takde masa nak fikir haha. Bajet busy benor. Bila tgk memasing bising2 pasal result kat fb n twitter baru teringat.
Kalau result okay, iolls update :P Tak okay pun iolls akan update jugak.

Selamat beribadah !

Tuesday, July 16, 2013

Diari ramadhan 2 : puding icecream oreo

Annyeong !

Actually aku teringin nak buat puding oreo ni sebab akak2 kat tempat aku kerja tu sibuk borak pasal puding oreo, puding oreo. Sampai aku terfikir, eh macam sedap je. Lalu aku terliur lah di bulan puasa ni. Kalau tak try buat, tak dapat rasa. Kalau malas memang kempunan lah aku. Lalu aku merajinkan diri menggoogle. Zaman moden lah kata kan. 

Terima kasih kepada akak-akak tempat kerja yang rajin bercerita macam2 hal masakan. Sampai aku terpengaruh sekali.
Harini diorang bincang pasal nasi ayam pulak. Kalau tetiber aku nak masak nasi ayam mahu terkejut agaknya ibu aku kekeke.

Walaupun aku tak suka bab2 masak, tapi aku suka baca myresipi.com haha. banyak cara nak buat puding oreo ni, ikut kreativiti dan tahap kerajinan masing2. Macam tahap aku ni, yang paling simple sekali ler,tak kuasa aku nak buat berlapis dengan milo lah, horlicks lah. Masuk perut akan digest jugak seterusnya menjadi feces. lol. 
Alasan malas dan tak reti sebenarnya kahkah.

Aku plan nak buat waktu malam tapi harini habis kerja awal lah pulak, maka dengan eksaitednya balik je rumah terus try buat.
Hasilnya ?


Yang belah kiri lebih gelap sebab oreo dah terhancur lebih banyak berbanding 
belah kanan lol.

Aku buat puding oreo ni sensorang jer tauu. Kalau tak sedap/tak berapa nak jadi kira ampun jelah kan. Aku turun ke dapur pun kira hebat dah tu kahkah.
Tapi takleh buat selalu, sejak kebelakangan ni aku main makan je semua benda tanpa menghiraukan kalori. Kalau lepas raya aku gemuk mahu menangis aku nak diet balik haha.

 Aku main agak-agak je buat benda ni, maklumlah first time nak try haha :D
Masak agar-agar. Letaklah gula sesedap rasa. Pastu blender kan 6 scop aiskrim  + esen vanila + susu cair + sebiji telur. Krim biskut oreo pun aku blender skali nak elak membazir haha. Pastu campurkan dengan agar2 tadi. Then masukkan oreo yang dah dihancurkan. Kacau-kacau, siapp. Letak dalam peti ais. Tunggu beberapa jam dan bolehlah dimakan.

Mula2 seram jugaklah menunggu jadi ke tak puding aku ni, maklumlah aku ada pengalaman buat puding lembik sehingga aku jadi malas nak buat puding lagi lepastu.
haha.


Hasilnya ?


nyummmyyy. sedapp tauu, tak manis sangat pun. aku takde niat nak puji diri sendiri tapi dah memang sedap terpaksa lah aku jujur huhuhuh.
Gula tak banyak sangat aku letak, oreo dengan aiskrim tu dah manis. Gula ni bahaya tau, kalau terlebih ianya akan diconvert kan kepada fat. Nanti gemuk. Maka kurangkanlah gula dalam masakan kahkah.

Tapi aku buat terlampau banyak ler pulokk, tah sapa nak makan taktau lahh. Kat rumah ni bukan ada orang pun =,=

Senang kan ? sebab senang lah aku try buat. Kalau leceh, takdo makno den nak buat. hahahah.
btw nak guna icecream perisa apa pun boleh jer, i love vanilla ! 

selamat berpuasa sambil menternak lemak lol.

Saturday, July 13, 2013

Diari Ramadhan 1 - pengalaman first time kerja


Ramadhan kali ini agak bermakna berbanding ramadhan tahun-tahun lepas.Sebab first time aku bekerja. rasa sendiri kesusahan mencari duit. Yelah kan asyik hidup senanggg je, sekali sekala blajo ler hidup susah sikit ye dakk.
Dan memang bekerja itu susah. Bagi aku haha.

Aku kerja kat kilang kecik, kilang rempeyek. Untuk hari raya ni diorang dapat banyak tempahan, so kiranya aku kerja untuk sepanjang bulan puasa ni jelahh. Tauke tu pun orang taman aku juga, so adalah jugak jumpa kawan lama =,=
Aku kerja bahagian packing je, kiranya kerja aku ni senang je lah. 
Pagi2 datang kerja, keluarkan beratus-ratus balang dari plastik, susun blabla.Pastu tunggu kerepek siap dimasak. Masukkan aje kerepek tu dalam balang. Dalam sehari adalah dalam 200-300 balang kerepek. Pastu yang reject tu aku kena timbang 500g, then sealed it. As simple as that. Kerja sama2 ngan aku adalah dalam 3-4 org lagi.

Kerja ni dengar macam simple hek elehh apa yang penatnya ! 
tapi penat gilee tau sebab dahlah kena berdiri,lenguh kaki iolls ni tau. pastu kena angkat dulang kerepek yang dah siap dimasak, kena angkat balang lagi, time bulan puasa pulak tu. Bila berterusan buat selama 8/9 jam penat lah jawabnya.
Dahlah bahagian packing tak ramai orang, tu pun dia tanya aku boleh datang malam tak ? Pergh mati hidup semula pun takkan sanggup aku nak datang malam. Aku tak sededikasi itu okay. Nasib baiklah ada alasan, rumah saya jauh kat Lubok cina. memang tak saya nak datang. Alasan kukuh :P
Lagipun malam nak pi tarawih, rugi lah setahun sekali je ramadhan tapi tak pegi tarawih kan.

First day pergi kerja aku dah malas nak datang lagi and i was like what the heck am i doing lagi best tidur kat rumah, this is not me ! hahaha tapi bengong kau takkan tak datang lagi. mengada giler lah kan, bukan kena kerja berat pon. So i just endure it. 
Sepanjang kerja tu, aku senyapp jelah, aku datang untuk kerja bukan untuk bercakap. 
Lagipun segala topik yang diorang borakkan bukan level aku. Level aku ni dia ada up sikit *flip hair* hahaha.
I mean aku ni masih bujang suci gituw, diorang semua makcik2/akak2 yang dah kahwin. So perbualan diorang engko pepaham lah. 
so, di sini aku dapat kenal pelbagai lagi perangai macam2 manusia yang tak pernah aku jumpa sebelum ini dalam hidup aku.
*ada maksud mendalam nih :P *
Nak cakap lebih2 pun malaslah aku kan, tak memasal blog suci aku ini jadi medium umpatan. Bulan puasa pulok tuh heheh.

 Yang paling sengal first day kerja aku siap pakai blouse + jeans + handbag kebaboomm sangat kau macam nak pi shopping. Lepastu malu sendiri bila tengok semua orang selekeh2 pakai baju buruk dengan seluar tidur je haha.
So esok dan hari seterusnya aku pakai tshirt taknak blouse bagai. Tapi takdelah selekeh, imej sbg seorang gadis dan mahasiswi unisza perlu dijaga 
kahkahkah.

Dan hari keempat bekerja baru aku tahu rupanya nama kerepek yang aku duk isi hari2 dalam balang tu rupanya nama dia REMPEYEK. haha.
selama ni aku sebut kerepek, kerepek.
bandar sangat ler kan, rempeyek pun taktahu =,=

Dan dah seminggu aku kerja, so far okay lahh. Kalau ikutkan hati dah taknak aku kerja lagi dah, tapi taknak lah juga terlalu manjakan diri. Yang tak boleh blah sebab nak siapkan juga rempeyek tu sebelum raya, seminggu kerja takde cuti. Nasib baik sabtu ahad separuh hari je. Dan secara jujurnya aku taktahu gaji berapa -,- Nak tanya segan. Tapi harapnya berbaloi dengan tulang empat kerat aku yang julung kali digunakan secara maksimum ini. heheh.

Kesimpulannya, 
ini lah first and last aku kerja kot. hehehehh. 
Atleast ada lah experienced sebelum praktikal nanti. Manalah tahu time praktikal lagi teruk kan, takdelah aku terkujat nanti.

Itu pentingnya ilmu ;)
 pengalaman ni buat aku nak belajar sampai peringkat setinggi mungkin. Taknak jadi kuli hahaha! 
sengal sengal precious body aku ni tauu.

sekian pengalaman selama seminggu saya. 
Qila yang banyak cakap tapi pendiam kat tempat kerjanya. We'll see sampai bila dak qila pendiam gitu haha.

P/s - 
Tahniah kepada semua lepasan matrik/diploma/stpm yang dapat sambung degree. especially siapa yang dapat sambung sarjana muda teknologi makanan unisza haha! Mula2 akan rasa pehh kenapa aku dapat unisza sehh ! kahkah. Tapi percayalah, lama2 anda akan rasa gembira dan bersyukur. Perancangan Allah itu lah yang terbaik ;)

Tuesday, July 9, 2013

salam ramadhan 1434H

Alhamdulillah alhamdulillah.
Allah masih memberi aku nikmat usia untuk berjumpa sekali lagi dengan ramadhan untuk tahun ini ;)
Let's doing ibadah as much as we can sebab siapa tahu ramadhan ini ialah ramadhan terakhir kann ;)
walaupun ramadhan tahun ini aku agak busy ceewaahhh Allah masih memberi hari malam yang sangat free untuk melakukan ibadah.
Sama-sama lah kita, inshaa Allah ;)

contoh amalan yang boleh dilakukan sepanjang ramadhan dan bulan seterus seterusnya dan semoga istiqamah lah hendaknya huhu :)

p/s-
aku nak wujudkan 'diari ramadhan' untuk ramadhan kali ini, Inshaa Allah.
Entry berantai berupa cerita sepanjang ramadhan.
huhuhuhu. Mood menulis blog kembali diaktifkan ! 
Rasa macam segala kepenatan(tah apa yang penat tak taulah den)
 seakan-akan hilang bila aku lakukan sesuatu yang aku sukai iaitu blogging.

stay tuned silent readers ! :P



Saturday, July 6, 2013

Dah dapat kerja :D

Aku memang berniat nak kerja sepanjang cuti ni.
Nak pengalaman konon kann sebab aku tak pernah kerja sepanjang hidup aku.
Tapi bila mintak kat Peladang tak dapat, aku dah set dalam mind aku,
cuti ni duduk rileks gemukkan badan macam biasa lol.
Tapi tetiber ayah dapat pula cari kan aku kerja lain.
Nak tak nak aku kena jugaklah kerja sebab aku yang gatal-gatal dan heboh dengan ayah sebelum habis final haritu, suruh carikkan kerja. HAHA.
Tapi kerja ni untuk sebulan jelah, sepanjang bulan ramadhan ni aje.
kerja apa ? tunggu lah next entry lol. 

So, tomorrow will be the first day :D
Hope everything will be fine.

Kena bawak kereta hari-hari jugaklah nampaknya ni.
Bosan lah juga sebenarnya bila orang sekeliling sibuk mempertikaikan 
lesen aku. haha.


''fighting!'', kata Ryeowook oppa kepadaku.



Wednesday, July 3, 2013

[sad news] Dramacrazy is shutting down


I just open one of my favourite website which is dramacrazy.net and guess what ?! This
website was already SHUTTING DOWN. Forever.
I never found any other websites that will give me all of korean and japan drama that i want ! This bad news really shocking me to death.
I dont really know what is their reason for the closing of this website since i didnt join the forums there but it seems like due to financial problems ;(
How sad.

And this website closing make my dull holiday more bored, since i didnt get any part time job ( mintak kat satu tempat jer pun ) .
 What to do ?! 

For now, i just need to finish all drama that i have now sobsobs
and waiting for ramadhan :)


So peoples, i didnt know much about other websites since
i'm very loyal to this one website only LOL.
Please let me know about other websites where i can get all korean and japanese movies. Not for watching online and have a small capacity ( less than 2 gb for each movies ). 

HAHA. Dramacrazy really make people crazy.