CLICK HERE

Saturday, February 28, 2015

Internship : #week5


Minggu ni ada 4 budak intern baru masuk department ni, tu yang aku perasan lah. Ada nampak 2,3 orang dak lelaki tapi rasanya bukan QA department. Sini nak kenal budak intern senang jeh, yang pakai baju biasa takde pakai tag - budak intern la tuh haha. 
Dan sorang intern tuh tetiba tegur aku "sharodz eh?" Aku buat muka pelik whatthefrog ada orang kenal aku kat alam mamee yang fana ini. Baru nak kekonon memulakan hidup baru tanpa ada orang mengenali diri ini lol.

 Rupanya dia senior tua setahun jeh dari aku, i feel bad sebab tak kenal senior sendiri, Kak Fatin. Dia cakap, kenal aku plus ingat nama aku ada nisa something ( nickname zaman skolah : qilanisa ). POP jugak dak qilanisa ni, mesti letter adik angkat aku tercicir kot masa skolah dulu,maklumlah adik terangkat ramai sangat hahaha.
Dan salah sorang qa exec bahagian incoming, Kak Azah tetiba tegur aku tanya dulu sekolah mana. Rupanya kak azah pon ex sharodz jugak, dia cakap patutlah macam pernah nampak muka aku lol. Padahal masa kak azah form 4, aku baru form 1 ! Serius aku tak kenal langsung dengan selamba kak fatin dan kak azah boleh cakap kenal aku.  Bila dah jumpa ex sharodz kan, automatik lah bahasa pon tukar ikut tradisi sharodz. Bahasakan diri masing2 - Oghang(ni budak sharodz mesti paham haha)
Aku memang susah nak ingat orang, kecuali orang2 yang ada meninggalkan kenangan dan kisah yang bermakna pada aku cewah pebenda kau.

Untuk aktiviti minggu ni, aku tolong lab assistant buat kerja kat lab kalau kerja aku dah siap. For new product, moisture belum stable. I mean morning production tak ikut spec, petang karang ok plak, malam karang tak okay balik. Hahh macamtu lah. So skrg aku kena buat study apa masalah pada product tu. So kita syak first - fryer temperature. So hourly or every two hours i need to monitor the oven temperature. Then kita syak pulak mungkin humidity dan room temperature yang mempengaruhi moisture ( Tak semestinya tapi tak mustahil ) . Dan kita tambah lagi, check water activity. So letak 2 sample, one sample in container, another sample outside the container. Kita nak tengok ada influenced pada moisture atau tidak.
Tapi projek ni aku tak habis buat lagi.
Actually im getting bored buat moisture study hahaha lol.
The steps annoyed me even simple je pun. Simple sampai aku bosan haha. grind sample until we get homogenous sample dan masuk dalam moisture analyzer. Bila everytime kena grind grind grind continuosly, otak aku pon rasa nak tergrind skali kahhhh.



Staff purchase.  ni aku share dengan Farah, kitorang bahagi dua. Kalau tak, ada 6 bundle snack ! Buncit dak aid makan kopok je keje dia.
Masa aku sekolah rendah dulu, selalu belikan aid keropok ni. Tapi dulu 20 sen je, sekarang dah 30 sen. staff purchase dapat lebih kurang separuh harga.

Nutrigen dan yogurt macam biasa, setiap jumaat. siapa nak kirim angkat tangan ! haha
2, 3 hari keje sedut nutrigen je.

Angpau RM 10. hehe




okay babayyyyhhh.

Sunday, February 22, 2015

Cerita Cuti !!


Ko tahu tak that feeling masa sekolah menengah dulu, esok dah nak kena balik asrama ? Hahh exactly my feeling right now walaupun aku dah bertahun habis sekolah. Lepastu siang tadi aku tidur mimpi aku masuk asrama waddeheckk la haha. Sebabnya esok ( isnin )
hari last cuti sempena CNY. lepastu back to normal life,
habiskan sisa2 praktikal ( SISA KO CAKAP ?! ADA LAGI 20 WEEKS KO TAHU ? )
hiks malasnya lahhai. I need something or someone or somewhat ( ?) untuk menaikkan kembali semangat aku. 

Entahlah, 
Atleast im home, entah2 dah kerja nanti jarang boleh balik rumah. So i need to appreciate this time as much as i can. Maklumlah orang cakap, bila di depan mata tak dihargai. Bila dah jauh baru menghargai. Pebende ko merepek.

K ni sesaja nak update sebab lama tak update story selain cerita praktikal aku yang macam hado ke takdo tu.

Birthday nunun. Happy 20th birthday !

girls talk (baju biru tu sibuk je ngan budak pempuan )
 sambil 'exercise' kat luar rumah. 
Lahh sangat kan exercise tuu.

Otw ziarah nenek, singgah asar kat masjid cina. 
Semorang pinjam baju ibuuuu.

abaikan muka ala makcik dak liah.

Dinner nasi arab.
quite weird without ayah, ayah not fully recovered yet, 
so amer (the silent yet heartless driver) yang bawak ktorang.
I read it somewhere -  we are busy growing up not realize that 
our parents are growing old.
Moga ayah cepat sembuh :)


so harini semua dah pulang ke 'sangkar' masing2 tinggal dak amal nak balik esok. Pastu tinggal lah aku ngan si gemuk gaduh tak sudeh kat rumah.



Did you spend time with your family ? ;)




Saturday, February 21, 2015

Internship : #week4


Very boring week, to the point that im regretting my choice to do my internship here.
serious talk haha. 
 So much things that i dont like here, but i dont talk to anyone about it. aku just assumed that aku bukannya tak suka, cuma aku belum mampu menyesuaikan diri. 




Saturday, February 14, 2015

Internship : #week3


Minggu ni aku buat moisture study untuk produk X vs mamee. Produk x ni dipercayai adalah competitor terdekat mamee. Ko ghase ? haha lol. So aku kena check moisture content, water activity dan oil content untuk 2 perisa from produk x, untuk 3 different expired dates. Expired date berbeza, maka of course oil content, moisture content and water activity pon berbeza kan..Ada lah jugak result yang tak berapa nak jadi so aku kena buat semula sampai lah my exec berpuas hati. 

Mamee monster snack juga ada produk baru, production baru jalan minggu ni, so semua orang sedang agak busy. Managers pun semua turun ke production ntok this new product. Maka aku pon terpaksa independent, beberapa hari jugak aku tak dapat projek atau kerja baru kahh. so aku dah duduk kat lab tu, tolong lab assistant macam biasa lahh. Setiap satu atau dua jam akan ada dough, soup, flour, seasonings, finished products etc yang perlu kita check moisture, water activity dan oil content. For oil content, aku prepare aje, nak buat sendiri belum reti haha. Lab assistant jugak akan check oil hourly, kalau dah tak follow spec, oil yang diguna kena tukar. yang ni memang lab assistant yang experienced check, bebudak intern memang taklahh dia nak bagi haha.
Dan aku jugak prepare produk ntok sensory. Buat sensory memang best kalau ada geng, kalau kena buat sensorang krikk krikk jelah. Nak makan pon malas. 

Dan aku ada jugak 2, 3 kali masuk production line. Ambik sample untuk produk baru tu pastu rushing balik lab, check moisture. Kalau tak follow spec cepat2 bgtahu exec. Untuk production harini tetiba je moisture tak follow spec padahal dah packing haha. Orang lab dah pening kepala dan kecohh takut org atasan mengamuk, bila dah jadi macamni telan jelah kan kalau kena marah kahh. Bukan aku yg kena marah, exec lah kena marahh. Aku awal2 tengok jam waktu balik dahniii, cabuttt hahah.

Apa pun minggu ni not so much different with last week, aku still key in data macam biasa, susun documents macam biasa =,=


Setiap jumaat jugak, lori nutrigen datang ! Murah lah dari harga kat pasaran, so aku borong lah. Duit ada rm20 je tapi banyak jugak air dapat beli. Next time bawak duit bebanyak, beli satu carton teruih hahha.

Bye !

Friday, February 6, 2015

Internship : #week2

Tak terasa langsung 5 hari kerja haha.
Dua hari aku keluar lewat 15 minit lol sebab kerja banyak sangat. 
Aku perhatikan pekerja2 kat department tu takde pon yang balik awal, diorang semua balik tak kira waktu, kalau kerja sampai malam tak habis, maka sampai malam lah bertapa kat ofis atau kat production. Cuma aku ngan Farah ( intern ) je yang balik tepat pada waktunya hihi. sebab kitorang berdua duduk jauh, Farah duk masjid tanah. Aku lagi lah jauh, kat Lubok cina, hujung dunia katakauuu.
Aku kena balik awal, paling lewat pon 5.45 pm dah kena keluar. Sebab dengan jalan jammed lagi, keluar tepat 5.30 pm pon aku sampai rumah nak dekat kul 7. Terus terkejar nak solat asar. Tapi dah ulang alik selama 2 minggu tak terasa jauh macam mula2 dulu haha. Tapi still jauh gila cuma bila dah terbiasa, pepatah melayu cakap "alah bisa tegal biasa " gituu.

So minggu ni aku duduk kat office, key in data, susun fail dan documents. Sampai naik muak pula aku haha. Banyak gila bertimbun timbun sampai serius aku tak rasa pon masa tu berlalu. Tengok2 je eahh dah kul 1 nak rehat dahh. Sambung balik kerja, tengok2 je ehh dah nak kul 5 haha. Nasib baik ada 2 executives baru masuk, so komputer dan ruang office yang selama ni aku guna (bajet exec) diberi pada diorang. So aku continue buat kerja kat komputer dalam lab. Yay ! Bosan gila duduk luar, dahlah duduk dengan manager, executives semua. Aku sorang je budak intern kat situ, ko ghase awkward giler tak ? haha. So officially aku akan duduk lab jeh, boleh lah tengok diorang buat kerja, bersembang dan takdelah rasa stiff dan awkward asyik buat kejeee je duduk kat depan tu haha.

Disebabkan aku kalau boleh nak expert dalam semua benda sepanjang aku praktikal ni lol, aku ikut lab assistant, Kak Ain pergi buat sensory. Diorang akan buat sensory 2 hari sekali, pagi dan petang. So petang semalam aku free tetiba je takde keje, aku follow kak ain. Woahh best giler pergi sensory kahhh. sebab boleh tumpang makan sekali lol. Untuk sensory, akan ada panel2 yang akan datang untuk test sample makanan tu dan bagi rating, komen lah apa yang kurang, termasin, terpayau atau terlebih ke dengan product tuh. 
Dan untuk masak maggi tu, boiling time and water used mesti accurate tau haha. Kat bungkusan maggi tu kan ada tulis berapa ml air, dan time untuk boil the mee. So untuk sensory memang kena betul2 ikut arahan tu, so dia sukat air betul2 400 ml dan set stopwatch betul2 3 minit hehe. 
Lepas habis je panel2 semua buat sensory, banyak gila lebihan makanan. Apa lagi kenduri lah sikit haha. Kak ain cakap, lepas sensory memang buang je semua makanan tu sebab dia pon dah muak agaknya haha wargh membazir gila ! 

Balik rumah, aku cerita ngan ibu ayah apa kerja yang aku buat, nape takde pon terasa macam aku bakal jadi food technologist, tak terasa pon bakal jadi QA executive lol.  Then ayah cakap, itu semua pengalaman. praktikal ni cuma nak mendedahkan kita pada dunia pekerjaan saja. So bila ayah dah cakap macamtu, aku teringat balik Dr K pernah cakap dulu sebelum kitorang pergi li. Point nya sebijik dengan apa yang ayah cakap, haha.
"Praktikal ni bukan lah awak dah jadi food technologist, tak semestinya awak akan buat kerja yang memang betul2 dalam bidang awak. Ini cuma nak mendedahkan awak kepada dunia luar, macam mana dunia pekerjaan itu actually ".

End of second week !
Minggu ni cuti 2 hari wohooo. Mereput lah duduk dalam bilik tengok movie kahhh.