Wednesday, July 12, 2017

Raya 2017

Assalamualaikum.

Busy baru ada masa nak hadap blog hahaha. Macam banyak je cerita tapi tak terupdate..Tahun ni pengalaman berpuasa dan beraya sambil bekerja. Dan worst gila sebab kitorang ambil crew lepasan spm dan semuanya berhenti sebelum puasa. Bila ada yang datang iv, semua nak cuti lama lama. waddeheck manager pun cuti 2 hari.

Maka terjadilah episod kami lah crew, kami lah manager. BK takde ot for manager, so memang ktorg kerja free jelah. Masuk pagi tapi 8,9 malam baru balik sebab nak cover crew shortage. Customer plak puasa hari first dan second je x ramai, lepastu pergh memang ramai sampai rasa nak mengamuk pun ada. KAMI NAK BERBUKA JUGAK OKAY wakaka.

Episod paling worst masa hari raya ketiga, ada 3 orang crew sahaja apak dia hahaha. Tapi itu semua pengalaman lah ye dak. And sekarang amal tengah cuti sementara tunggu masuk universiti, so dia tinggal dengan aku dan kerja kat aku haha. Ikut shift aku. Mula2 kesian kat amal sebab tak ada crew, dia terpaksa kerja pagi sampai malam. Total ot dia aku kira haritu adalah hampir 50 jam lol. Tapi okay lah ot berbayar, kami manager ni ot free je ahahaha.

Dan peliknya bebudak ni kerja mengikut kawan. Kawan berhenti kerja, dia pun nak berhenti kerja. Kau tengoklah lepasni engkorang dah habis study nak kerja apa semua, celah mana nak mengikut kawan lagi. Malas dah nak fikir pasal masalah crew yang macam tak ada otak dan tunjuk sangat kebodohan tu. Padahal masing2 dah besar, I wonder what you'll be in future (just wait and see). Budak2 sekarang macam dah tak ada adab agaknya. Nak kerja, dah bagi kerja. Bila dah bosan diorang boleh blah macam tu je macam lah kompeni ni bapak diaorang punya. Sebab tu lah melayu tak maju sampai bila2, masih di takuk yang lama. Tapi heboh kata kat Malaysia ni tak ada peluang pekerjaan last last salahkan najib (im not najib's supporter lol). Cuma point aku kat sini ialah sendiri punya salah, tuding jari ke orang lain. Sebenarnya bukan tak ada peluang pekerjaan tu, cuma sikap korang yang memilih kerja dan nak hidup senang je. Hei, bukan senang nak senang okay!

Cukuplah membebel. Sebenarnya hampir setahun dalam bidang ni, kami dah handle beratus perangai manusia hahaha. Kau nak blah macam tu je pedulik hape aku, gaji aku tetap jalan. Cuma kami akan pastikan gaji kau yang tak berjalan. So terima kasih berikan kami tenaga kerja percuma. kehkeh.

Puasa tahun ni juga hanya dapat berterawih 2,3 kali saja tu pun sebab aku balik Lubok China. Kalau time kerja, even morning shift pun kitorang tetap kena stay back until customers berkurangan. Padahal target aku nak solat terawih at least sekali di masjid putrajaya hmm tak ada rezeki. Lepastu tetiba tengok2 dah rayaaa. Seriously tak rasa sangat pun berpuasa tahun ni sebab busy kerja. Baju raya pun sehelai je, tudung pakai ibu punya, hahaha tak kisah langsung dah. Sebab raya pertama dan kedua kena kerja! LOL nasib baik raya first tu pakai baju raya, kalau pakai uniform mahu tak sedih.



Beberapa hari sebelum raya, cari tudung raya kat Downtown. Pergi lepas closing sampai 3 pagi. hahaha. Kesian kat amal takde tudung raya, masa tu crew tinggal beberapa orang je. So memang tak ada masa nak pergi kecuali tengah malam. Pergi lah dengan semua closing crew. (Pergi pun pakai uniform haha)


Malam raya, after closing pukul 12 malam gerak balik ke Lubok China. Sampai rumah pukul 2 pagi. Layan jelah gambar di pagi raya.

Team purple! (Tapi amer beli baju pink hahaha)










Pukul 12 pm, dah gerak balik ke Putrajaya sebab kitorang kerja sobsobs:(
Aku cuti raya ketiga dan keempat. Layan pulak gambar bekerja di hari raya.








Best gila masa raya first ni sebab makan tak berhenti. Masing2 bawa ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi ewah. hoho.
Raya ketiga dan keempat, sambung bercuti.

Semua saudara mara datang rumah. Akhirnya dapat jumpa haider anak pakcik <3 font="">
omey sangat budak kecik nii.


celpie dengan haider. muko masam yo haha.

cak !

kelly budak jeles.



Lepastu raya keempat duduk mereput kat rumah. Tak keluar mana2. Tak tahu kenapa malas sangat padahal Ummi ada ajak datang open house rumah dia haha. Plan asal, raya kelima baru start kerja dan balik Putrajaya. Malangnya aku kena relief ke Wangsa Maju so malam tu jugak balik Putrajaya. Gila aku dah tak nak ingat lagi sebab sakit hati je. Diorang punya pasal, dah menyusahkan orang lain. Nasib baik aku tak keluar mana2 hari tu. 

Tamatlah cerita raya. Haritu ktorg ke Semenyih sebab Jina jemput open house rumah dia. Datanglah dengan opening crews dan housemate.



Nak edit gambar pun malas dah. hahaha. 
Busy bhai dengan auditor tah bila nak masuk hawau betol.

Thats my hari raya story.

Till we meet again tatataaaaa. bhahaha.