CLICK HERE

Monday, November 23, 2015

Chiang Mai Mobility Program 2015 : Day 1

10 Nov-17 Nov 2015.

5th student mobility program between our faculty and
Faculty of Agro Industry, Chiangmai University, Chiangmai, Thailand.

mula-mula aku just nak buat satu entry je, dan cuma masukkan tmpat2 yang
kitorang pergi sepanjang seminggu kat sana. Tapi bila fikir semula, baik
aku buat by day so that aku lebih mampu untuk throwback dengan lebih mendalam
cewah. Cuma this way agak lambat sikit lah. Biar lambat asalkan ada memori lol.

My family hanta ke KLIA2 tengah2 malam huhuu. sepanjang malam tak tido hoii.
Pukul 10 paksa mata suruh tido tapi tak boleh tido. Pukul 12 dah bertolak dari rumah, 
sampailah check in pukul 4.30 am memang tak tido langsung. 

First time naik flight katekooo. Dapat tepi tingkap pulak tu.
Tapi i didnt feel anything, because im too sleepy 
and tired. Lepas tangkap gamba awan ni haha gamba awan yang penting, terus ZZZZZZZZZ. perjalanan lebih kurang 2 jam setengah.

safely arrived at chiang mai airport, alhamdulillah. students and staffs
of Chiang Mai University (CMU) yang sambut ktorang huhu. so masa ni perkenalkan
diri/ice breaking sikit2. They are soo friendly and nice.  Nama diorang pepanjang dan pepelik bagi kita lah, tapi biasanya kami panggil nama2 pendek like namfon, pun pun, eve, lin, june, namthip dan sebagainya..tak dilupakan Dr somchai, dr pia and their staffs like Pi Aui and Pi tai. LOL im trying so hard to remember their names right now. 
Kalau mereka lagi muda, kita tambah 'nong' depan nama mereka, kalau lagi tua kita tambah 'p'..contohnya nong eve dan p'aui. so mostly their students lagi muda dari kami, so supposed aku panggil diorang for example 'nong linn' (sebut dengan slanga thai sikit haha).

ktorang adalah group yang kedua, first group already arrived sehari sebelum.

selfie with this beauty in the bus, okay i looked like a potato here lol.
On the way to our hotel, Dr Somchai asked us to sit beside CMU students. 
Forgot her name already, but she's very friendly. She doesnt speak fluent english
yet she always tried to talk with me. sokay lah, i dont speak english well too, my grammar
sucks and i know it but like i care ? kahhkahh. Banyak jugak yang aku borak dengan dia.
about study, weather, random stuffs, foods and so on. cewahh padahal aku ngantok gilorr.
Tapi susah jugaklah nak faham dia sebut ape sebab pronounciation dia tu pelik siket.


Hotel penginapan, Sirinart Hill.
Taklah mewah mana, hotel bajet tapi i give 5 stars to this hotel ! hahaha.
sebab luas dan selesa, duduk berdua je, yang penting hari2 aku ngan piya layan 
cerita superman return. huwaaaa miss that time already :( 
PIYA KO RINDU TAK, NAK LAYAN SUPERMAN RETURN KAT TV SIRINART HILL ?!! HAHAHA.

Ktorang diberi masa setengah jam je untuk turun semula. kelam kabut jugaklah iron baju korporat semua. Dan tak sempat mandi pon, i bet everyone tak mandi ! hahaha. Bas CMU sangat unik, pakai kipas  jer, takde aircond bagai hehehehe. 

Lunch and lepastu solat zuhur + asar. im not sure apa nama tempat ni, tapi lorong ni penuh dengan kedai2 makan muslim dan halal. Masjid pon dekat2 situ jugak.

The restaurant owner. Like a typical makcik in our kampung, but she was speaking in thai with us lol. Kitorang hanya mampu nganga je hahaha. Satu2 nya benda yang ktorang boleh paham dan boleh jawab adalah bila dia beri salam :P

Arrived at faculty of agro industry, CMU.

aktiviti2 kat sini adalah welcoming speech, sesi memperkenalkan diri, sesi belajar sikit2 bahasa thai dan bahasa melayu(for them) and presentations by their master students and
presentation from UniSZA staffs and students. seriously mengantuk sangat2 sorry hahaha sebab sepanjang malam tak tidur dan tak rehat. Muka masing2 dah jadi poker da aku tengok haha. Luckily ada rehat untuk hi tea, kalo tak memang time presentation entah apa aku sebut pon taktau sebab kepala dah pusing pusing lol.

Tamat pukul 5.30 petang (6.30 petang waktu Malaysia).
Tapi pukul 6 dah gelap, pukul 6.30 pm dah macam pukul 8 malam. First day aku solat subuh pukul 6.15 am, tapi dah terang benderang subuh gajah rupanya aku. lepastu second day dan seterusnya baru lah bangun kul 5 untuk subuh.

welcoming dinner at Jen Pao restaurant. Restaurant ini adalah halal, pemilik nya berasal dari cina. Ramai jugak nampak chinese muslim makan kat sini.

Too much foods, alhamdulillah ! sedapp sangat sangat. Start dari sini, we learned that first, for each restaurant that we went, they served sky juice/air masak first. second, they eat a small amount of rice with a big portion and varieties of side
dishes ! mula2 dia serve nasi, we were like "wei sikitnya nasi dahlah lapar alahmak ai". Tapi lepastu tetiba tak berhenti henti dia serve
side dishes/lauk pauk. Aku rasa adalah lebih kurang 7-8 jenis lauk pergh dahlah semua sedap. Rasa nak menangis sebab sedap tapi tak mampu nak makan lagi hahaha. 
ala-ala korea lahh, nasi sikit lauk banyak. mungkin sebab tu diorang cantik dan kurus ? air masak + nasi sikit = perfect ! haha.

Besides restaurant, ada kedai jual makanan2 like dried fruits, cenderahati etc. 
Start dari sini aku dah craving dried mangoes. serius asyik terbayang je dried mango tu hahaha tapi aku tak beli pon. nampak sedapp sangat, yang popular kat sini adalah dried fruits especially longan tapi aku paling suka mango. yummmm mmg sedappp
*sambil kunyah dried mango ;P *

actually i thought all dried fruits sold there are natural which no sugar added. But once i taste it, i was like "mak ai rendam dalam air gula setahun ke ape". Hanya mango dan longan je yang aku boleh tahan, yang lain memang manis kalau makan banyak boleh sakit kepala kahh. 

After welcoming dinner, balik ke Sirinart Hill untuk ZZZZZ. Best sangat tidur malam tu !
Yang pastinya, makanan thai membuatkan usus besar aku berfungsi dengan sangat baik, tetiap malam
aku auto LOL perlu ke tulis kat sini.

Second day part will be updated soon if i have time.


Disclaimer : some of the pictures used here are not personally taken by me. I put my own link because im doing the editing myself, thank you ! 







Thursday, November 19, 2015

CONGRATULATIONS !

Assalamualaikum.

A BIG congratulations to my big lil bro,
AID ! 

tak surprise pon, dah bole agak aid dapat 5A,
Alhamdulillah :) Aid memang selalu dapat no 1 dalam kelas, pernah
ada parents lain tanya, Aid pergi tuisyen ke.
sebenarnya, Ktorang adik beradik tak pernah
pergi tuisyen kecuali diwajibkan sekolah sebab ibu sendiri yang mengajar ktorg kat rumah.
Aku ingat lagi, masa kecik2 dulu aku sangat benci belajar dengan ibu sebab ibu garang giler kalau mengajar lol.
Asyik kena marah, kena cubit sampai menangis-nangis. semua orang akan
menangis kalau belajar dengan ibu. Aid anak bongsu, kurang sikit kena marah tapi
ade lah jugak  kena marah mana boleh lepas haha.bila aku kena marah, biasanya
ayah yang akan pujuk, bagi kata2 nasihat :D
Tapi berkat didikan ibu dan ayahlah, Alhamdulillah. ktorang adik beradik semua berjaya, inshaaAllah.
Harapnya kami adik beradik semua akan kenang pengorbanan dan jasa2 ibu dan ayah,
dan tak lupa doakan mereka dalam setiap doa kami :)

Aid yang booncit, selamat masuk asrama, semoga kurus :D


Also big congratulations to my school classmate,
Khairunnisa Ayop for her wedding! Nisa adalah yang pertama kahwin dalam
batch kami, sedih jugaklah sebab aku tak dapat pergi nisa nikah
haritu, huhuuu ;(
Nisa satu klas satu dorm dengan aku time form 1, dan sekelas ngan aku time form 4 dan form 5. so mmg agak rapat jugaklah dulu, masuk kawad sama2, member sama2, blabla. Rasa macam tak percaya nisa dah kawen, terbayang-bayang balik benda merepek benda tak matang yang kitorang buat haha tup tup dah kawen diaa. rasa cepat sangat masa berlalu. 





Monday, November 9, 2015

I Love Home.

Assalamualaikum.

Walaupun cuti sekejap je, tapi dapat meluangkan masa bersama keluarga itu dah cukup membahagiakan. cewah.

ibu yang rajin
Lucky us because our ibu sangat rajin. 
Suddenly i feel bad for my future kids sebab aku tak rajin macam ibu LOL.
Tapi balik ni memang tak dapatlah nak kekonon dietnye. 
Makan je semua, balik dah lah sekali sekala. Kalau diet siapa yang rugi ? kahh.

kek batik yumm.

chocolates yumm.

muffin yumm.

..dan macam2 lagi.
Terima kasihh ibu ! ><

Aid, adikku yang tembam

alahai dak tembam, sedih betul aku. Nanti dia nak pi umrah aku tak dapat balik, result upsr keluar pun aku takde kat rumah. Bila aku balik cuti bulan 1, dia dah masuk asrama pulakk. huwaaaa kitty cat jelly tembam ku. kuruslah hendaknye engkau masuk asrama nanti wkwkwk.


Letak gamba aid banyak2 sikit nanti rindu hahaha.

"kucingku yang gebu, segebu badanku".
24 jam asyik main kucing sampai demam2. Dahlah berlambak lambak kucing jalanan kat rumah ni adoi. Kitorang tak boleh marah kucing dia, nanti dia merajuk. sebab,
marah kucing=marah aid.


amal si budak mengada

Dak amal bawak 2 org kawan bermalam kat rumah sempena cuti Deepavali. Kebetulan aku memang nak keluar beli barang, so bawaklah diorang ikut sekali. Macam biasa tempat wajib pergi mesti lah JJ. haha, aku ngan liah siap dah hafal selok belok JJ, dak liah punya perangai asyik menghasut aku. Setiap kali pergi mana boleh balik dengan tangan kosong pulakk kan. =,=
Tapi kali ni kitorang singgah The Shore sebab dak amal bising nak pegi. Aku tak sampai hati pulak kalau tak bawak dia, lagipun aku memang teringin nak pergi pun kahkahh. 

Semua barangan mahal2 belaka kat sini. Kita rakyat marhaen ni lol hanya mampu membeli belah tingkap saja (window shopping haha). 
Satu-satunya tempat yang mampu adalah kat Mr DIY hahaha. 
Tagline Mr DIY bagi aku adalah - "walaupun takde bende nak beli, bila masuk dalam tu mesti rasa nak beli barang".

Paling popular kat sini, Skytower. Aku rasa tak berbaloi kalau bayar RM18 untuk naik skytower. setakat nak ambik gamba jo, kalau pelancong tu lain lahh. haha.

Amal and friends. 
Goodluck spm yer adik-adik. Ada lagi 6 paper, tapi aku tengok diorang ni tak bukak buku pon hahaha. release tension lah eah.

That's my update tentang 'cuti midsem' aku.
Walaupun nak ke Chiangmai, tapi rasa excited tu takde pun sebab banyak keje! Sampai je unisza hari rabu depan, terus kena submit proposal dan ada presentation. Aku tak bawak laptop so kena siapkan jugak semua keje sebelum ke Chiangmai. 

ape pon, let's enjoy Chiangmai Mobility program, UniSZA 2015.
Semoga Allah permudahkan semuanya ;D

Thursday, November 5, 2015

Midsem !

Assalamualaikum.
Sibuk sangat tetiba je dah ada kat rumah, bercuti mid sem heheh.
Macam biasa lah, nak jugak update blog hahaha. 
Bagi aku menulis blog ni adalah salah satu terapi aku untuk menghilangkan stress ke, time sedih ke lol. Nampak tak besar peranan blog ni ntok aku LOL.

Class Photoshoot


Foodtecheroes, tapi tak cukup. Ada yang tak join sesi bergamba ni. aigooo.

En tarmizan's farewell party

wajib selpie.


En tarmizan akan sambung study ke german, so ktorang buat farewell party ntok beliau. En tarmizan dah mengajar kami semenjak semester 2 ke 3 tah. Byebye en tar, all the best and tq kerana mengajar kami heheh. Dia mengajar memang best dan sempoi, tapi untuk subjek en tarmizan aku tak pernah dapat A kahh ! Nampak sangat engineering tak ditakdirkan untuk aku ceh alasan je. Malas tu mengaku jelah. K.

Piya's besday celebration @ Bukit Keluang

Taktahu lah setiap kali besday piya mesti pegi pantai. hahaha ni dah kali kedua, kebetulan je kot. 
Gigih buat surprise, gigih pergi pantai musim hujan pulak tu. Aiyo.
To piya, Moga dimurahkan rezeki, diberi umur yang panjang dan bermanfaat and, May Allah bless you always !

Kat Bukit Keluang ramaiii sangat orang, lagi2 hujung minggu. Dipercayai kerana Bukit Keluang telah menjadi viral, ramai pendaki2 yg datang menawan Bukit keluang. Aku tengok siap dah bertambah tambah gerai kat situ, ada bertambah aktiviti2 air macam banana boat, siap ada kedai cenderahati. 
Lepasni ade lah pulak keychain "bukit keluang" lol. 
Dulu kitorang pegi krik krik bunyi cengkerik je. gerai pon tak sebanyak sekarang.
Kitorang celebrate kejap je, lepas ambik2 gamba balik dah sebab tak selesa orang ramai.







Ni lah definisi sebenar, makin tua makin tak matang. siap tiup belon segala kahkah. Gigih aku dengan mummy tiup belon dalam kereta, lepastu malu nak bawak keluar. Last2 tebalkan aje muka tu hahaha.

Selama ni kan students pantai timur hanya mampu gigit kuku je tengok kawan2 kat kl panjat bukit broga, eleh bangga lah tu. Tapi jangan risau kawan2 pantai timur, kita pon ada jugak ! Bukit Keluang heheheh. Ktorg belum berkesempatan lagi nak hiking Bukit Keluang, inshaaAllah akan sampai juga ke puncak tunggu jelahh. hehehe.
Sedikit gambar google Bukit Keluang :


Tak silap aku macam nampak papan ni dah roboh haha. Ni gamba tahun bila taktahu.

Puncak Bukit Keluang.


Faculty Dinner (FBIM)

Tema black and white, bertempat di Manor Beach Resort, Besut. Ni lah aku nak buat confession sikit, sejak dari aku first year sampai lah laa ni nak habis daa pun. Ni lah first time buat kat tempat yang daebak hebat sikit lol. 
Dewan memang cantik sangat, even agak kecik sikit. 

Tengok juniors ramai je yang ikut theme, tengok kat meja2 final year, jadi rainbow macam2 kaler.

Sampai sekarang aku tak faham kenapa "parental advisory explicit content"  tertulis kat button tu. Apa kaitan ? Random sangat .

Tablemates.

Food tech - Final year students.

Taktahu lah kenapa malam tu tak ambik banyak gamba sangat, aku pon malas nak upload gambar sebab banyak gamba yang gelap2 belaka. 
Macam biasa lah, annual dinner kan. Ada majlis anugerah dekan, anugerah khas, anugerah prince and princess, persembahan dari first year students etc.
Tahniah kepada semua yang ambik anugerah, ktorang foodtech final year dapat jugak naik pentas ambik anugerah dekan lol. Padahal sem 6 kite pergi praktikal, takde pointer pun, tapi they said kite bagi hadiah tapi tak dapat sijil anugerah dekan.
Hahh jadi lah tuu. wkwk.

Okay dah tu je. 
Kitorang masih macam ni buat masa sekarang, tak habis2 dengan mayokin trials, sibuk dengan itu ini untuk ke Mobility program Chiangmai inshaaAllah minggu depan, tak lupa jugak busy writing fyp proposal dan test2 yang berlambak.
aiyoo.
To juniors, nikmati masa yang ada sekarang ni sepuas-puasnya nanti dah final year dapat bernafas pun kira bersyukur lah kah. 



SELAMAT BERCUTI SEMUAA !

selalunya lelaki yang kacau perempuan, tapi ktorg gegirls ni yang selalu kacau budak lelaki dalam kelas. nasiblaa hahaha. aptb.

source : fb.




Sunday, November 1, 2015

SPM 2015

Short update, just wanna wish
Goodluck and all the best to my youngest sister, AKMAL KHALIDAH . 
very lorat mengada girl, do your best.
Pastikan 11A dalam genggaman, you can do it ! 

Goodluck juga kepada semua adik2 sekolah SMKA Sharifah Rodziah, dan semua adik2 yang akan menduduki SPM 2015. 
(entah taktahu ade adik skolah  baca ke tak blog ni)

Sebenarnya kerana kesibukan, aku pun lupa amal nak spm. Tiba2 je ibu hanta gambar aid berenang mandi kolam kat mersing. Rupanya diorg semua pi tengok amal kat sana, aiyooo. tiba2 je dah masuk bulan 11 dah pun lol.


Orang cakap muka kitorang sebijik. Dah adik beradik, mestilah muka sama. Dah tu? takkan nak sama ngan muka ko pulak ? wkwkwk.

p/s
sibuk goodluck kat orang, diri sendiri pon tak habis lagi baca untuk test esok.


"selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa, selalu ada jalan pertolongan bagi mereka yang berusaha, selalu ada yang terbaik untuk mereka yang bertawakkal, inshaaAllah".

"Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah-Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"

Bittaufiq wannajah ! 
Aja aja fighting !