CLICK HERE

Tuesday, September 16, 2014

Rumah sewa

Assalamualaikum.

First time dalam hidup aku ecewah belajar berdikari. Duduk kat rumah sewa yeay ! Seronok lagipun tinggal satu sem je kan..Next sem dah pergi praktikal, then final year dapat hostel huhu. So kalau nak merasa, inilah peluangnya ye dakk. Hidup di rumah bersama kawan-kawan hahha.

Dah minggu kedua tapi still agak rileks walaupun ada assignment di first class bakery technology haritu lol. Start minggu ketiga konfemm busy dahh okayy. Sebelum busy baik aku update pasal rumah sewa ni haha.

Alhamdulillah nasib kitorang baik. Kenapa nasib baik ? Sebabnya kami dapat rumah yang besar selesa lebih dari cukup ;) Sewa ada lahh sikit tapi affordable lah jugak. Takdela kami ni makan maggi je setiap hari lol. Rumah 3 bilik, 2 bilik air, fully furnished. Masuk bawak badan dan baju je. Then kami duduk berlima je pulak tuh. Memang mewah lahh. Ada satu bilik kosong terlebih lagi plak tuh haha. 
Point yang tak best ialah agak sunyi sebab duduk 5 orang je huhu. Tak gempakkk. Tapi still okay lah, buatpe nak gempak2 kan. Privacy sikit time nak study. huhu. 
8 km dari U, tapi okay je sebab mummy n kak una ada kereta, so transport takde masalah pun.

So far memang best, housemate aku lak rajin aje nak ke dapur haha. So aku ni walaupun taklah pandai masak, still turun dapur gak ah sebab takkan orang yg sama je nak kena masak kan haha. Benda yang simple je lah pun. Nasi goreng, telur goreng, goreng hotdog ke apa ke. Lagi senang beli kari ayam ready to eat, panas kan aje lol. Lagipun kitorang memang tak pernah keluar malam sebab kawasan rumah yang agak gelap, for safety memang kitorang stay je kat rumah setiap malam. 
Yang lawak kitorang macam family lah pulak. Masak sama2, makan sama2 kat meja makan lol. Kat rumah pon tak gitu, makan bersepah-sepah. I mean kalau lapar, makan. Makan lak dalam bilik haha.

Pastu aku siap beli badminton untuk bersukan kekonon petang2. Halaman rumah besor buatpe nak bazirkan haha. Haritu jenjalan pusing kampung tetiba jumpa orang gila lepastu tak berani nak keluar rumah dah. Main badminton jelah setiap petang..Takpun main dengan kucing angkat bernama Soul di halaman rumah. Bukan aku lah. Bebudak rumah ni suka sangat kat kucing haha.

First time aku guna washing machine yang semi auto hahaha.
Nasib baik shiro ajar kan, kalau tak terpaksa pula search youtube 
"tutorial menggunakan semi auto washing machine" haha.

 Housemate ;P

awal2 je rajin siram pokok lepastu tetiba rasa membazir air lak. Nanti melambung pula bil air kahkah.

Paling penting, 
kitorang sangat berjimat cermat. Maklumlah kena bayar bil api air sendiri..kalau kat rumah lampu kipas terbukak 24 jam takde kisah pon hahaha.
Tapi kat sini, 
nak mandi kejap je pun tutup lampu kipas bilik.
Pastu ada aircond tak pernah bukak pon.
Kedekut atau jimat tuh ?
Lol.

Okay next entry pulak,
See ya !


Thursday, September 4, 2014

welcome sem 5 !

sem 5 subjects ;)
Tak sedap plak baca dalam bahasa melayu.
Masalahnya tak keluar pula bahasa omputih -,-
haha.
*klik untuk tumbesaran kalau engkorang berminat nak tengok haha*

So malam ini malam terakhir di rumah selepas bercuti panjang warghhh selama 3 bulan.
*regangkan badan*
InshaaAllah akan bertolak pulang ke Tembiland ( nama glamour unisza kampus tembila ) esok malam.
Kami duduk rumah sewa. Mungkin cerita pasal rumah sewa akan kuceritakan di entry yang lain di lain hari sekiranya free.
Banyak benda dah berlaku sepanjang 3 bulan ini, dari kerja part time. Kenal kawan baru. Kenal macam2 perangai orang. haha :D

i loikeee this. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, mengajar aku supaya berhati-hati dalam memilih kawan, mematangkan diri dalam membuat keputusan. Ini baru sikit. Banyak lagi keputusan yang aku perlu buat di masa depan.
ecewah ayat novel panas dari ovennn.

Taktahu nak merepek apa.
Wish me all the best !
Bestnya dah jadi big senior ! haha.

Monday, September 1, 2014

throwback : MMS UniSZA 2012


Throwback !
segalanya masih segar dalam ingatan ecewah.
Macam baru semalam je daftar, sekarang dah masuk third year. Rasa macam tak percaya pun ada haha.

Daftar,
 taklimat di gym unisza,
jalan tengah2 panas,
 kena tahan dengan fasi sebab takde sign,
water confident,
taman panorama,
jatuh cinta dengan abang fasi ( lol ),
larian siswa siswi sihat,
ponteng qiamulail,
dapat nametag kaler kuning tapi sorok2 masuk khemah nametag kaler biru sebab takde kwn,
jumpa kawan baru ( lupa dah nama dia. kawan time MMS je lol ),
selfie/tidur/memekak dengan piya dan anis dalam dewan,
dan banyak lagii !


Jumaat ni balik unisza sudahhh. 
Wahai unisza aku rindukanmu. K tipu je bye.