CLICK HERE

Sunday, November 24, 2013

sukaneka pemadam 2013

Hollaa ~
22 november 2013.
Quick update. Sejak dah ada instagram ni blog makin terabai hohoho. Fesbuk bukak pun sebab nak download notes and nak tahu perkembangan terkini exo/ infinite/ super junior je muahaha.
*exo n infinite menang MAMA 2013 woahh*

surprisingly, aku update blog ni guna unisza hotspot dalam bilik. OMG, mana datang wifi tetiber ni haha. baguslah jugak. Makin lama makin maju kampus Besut ni.
Tahniah ler.

Actually benda ni takde apa pun. tapi nak jugak diabadikan kat sini. 
Untuk koku sem ni, kitorang satu kelas ambik koku PEMADAM.
ya, bukan pemadam pensel tu. pemadam dadah ape bende entah haha.
Kalau kat kampus tembila ni tak banyak pon koku yang kitorang boleh pilih. Entah macam mana boleh pulak nasib kurang baik dapat koku pemadam.
Ehh nasibler.

 kumpulan Gempak. Macam gempak je kann. haha








Lol malas nak tulis caption. Overall memang best dan tahniah pada kawan2 sekelas yang dah bersusah payah buat semua ni.
Dan group aku menang no 2 sukaneka lolololll. Rasa tak matang tetiber haha.

Next projek ke rumah orang tua2 pulak.
For those yang still wondering apa kaitan pemadam dengan lawatan ke rumah org tua. Apa kaitan dengan sukaneka. sebenarnya ada kaitan tau.
Bila kita sibuk dengan sukaneka dan lawatan sana sini, kita akan terhindar dari perkara2 negatif contohnya dadah. HAHAHAHA lollll.
sem depan baik ambik khidmat masyarakat je =,=

p/s selamat menghadapi musim sejuk ! 
rasanya penggunaan elektrik pun dapat dikurangkan sebab kipas dah tak bukak laju2 lagi. Dan mungkin penggunaan air pun dapat dikurangkan kot. Untuk sesiapa yang malas nak mandi. 
Maklumlah musim sejuk =,=


Monday, November 18, 2013

usaha dan persaingan

Ucapan tahniah dari exco akademik.
Inilah sebab aku kena berusaha lebih.
Untuk bersaing dengan kawan2 sekelas yang maha bijak hahaha. Tapi ofcoz lah bersaing secara bijak juga. Bantu antara satu sama lain bukannya bersaing dengan cara menjatuhkan orang lain.
Alhamdulillah ya Allah.
Sedang berusaha untuk dapat yang lebih baik. Bukan senang. Tapi tak susah selagi berusaha dan letak keyakinan pada Allah.
Moga kita tak lupa tujuan menuntut ilmu semata -mata kerana Allah.

Short update. Ni pon aku update pakai fon je sebab malas bhahaha. Btw aku dah ada roommate. Tidak lagi keseorangan.lol. tapi lagi best kalau duk sensorang haha.

Thursday, November 7, 2013

I hear your voice


Must update ! Very good drama. i didnt watched it because of the casts.
The first episode got me hooked(ahh ni yang tak best sebab kerja banyak terbengkalai haha). I like how the drama started with a not-so-gentle story line. The first episode served as an introduction to what kind of people the main characters are. With that single episode, you already kinda know what the story is all about. 

And what I love most - how they play the flashbacks that connect everything beautifully.

It asks and helps you to think. To judge yourself and look into your own morality when it comes to concepts like justice, hate, revenge, love and many more. 
I was totally impressed with the storyline :)

 It’s nice to know how Korean Laws goes, and it feels like I am studying Korean Law myself.

But I still didnt understand why Min Joon Gook only 10 years in jail even after he was found guilty killed soo ha's dad.
And it's quite funny when all of the cases involved only handled by the same judges, prosecutor,lawyers, public defenders. hehe.
Macamlah takde lawyer lain oiii. Tapi aku pahammm. Dah nama pun cerita. Konfem lah ketidaklogikan tu banyakk haha.

Highly recommended for law students especially :P
 its not easy to be a lawyer since you might have to defend guilty people because that's your duty.

Our life is not even long enough to love each other. So, dont spend our life hating someone.

Knowing that you're wrong, yet still insisting that you're not - That's self abuse. Living like that, one becomes alone without anyone being on your side. And
I found out a person who can reflect and apologize is a great person -Park Soo Ha

 janganlah takut pada kebenaran. Akui salah dan silap diri kita sendiri walaupun kadangkala ianya menyakitkan.

Best drama ever. thumbs up.

p/s- sebenarnya dah taktau nak update pasal apa. update je sementara ada masa haha.
we only have less than two month before our final. 
Ya Allah cepat sangat masa berlalu.

Sunday, November 3, 2013

midsem break @ Kelantan

Assalamualaikum.

Since when belog aku dah jadi macam blog travel, asyik penuh dengan story jenjalan je. Adakah ini bermakna aku sedang dalam fasa menikmati kehidupan ini sepuas-puasnya ? lol. 

Okay segalanya bermula bila aku dengan piya teringin nak naik train dari kelantan sebab Besut dah sempadan dengan kelantan. Dipendekkan cerita sebab malas nak taip pepanjang, akhirnya kitorang berempat - me,piya,wahida,wani ikut Ira balik rumah dia kat Pengkalan Kubur. wahh syokk. Seriously tak plan pun mula2 tapi tu lah yang dikatakan manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan heheh.

Hari Khamis takde kelas, so petang tu kitorang dah sampai rumah Ira. Tahukah anda Pengkalan Kubur sempadan sangatt dengan Thailand. Nampak tak sungai tu, belakang rumah ira je. sungai golok tauu. Kawen lari jom awokk! haha. Naik bot bayar rm1 dah sampai Thailand kata ira. hee.

abe askar sentiasa berkawal sana sini sebab sini dah masuk kawasan sempadan. Syukurlah Malaysia masih aman....

Ini bukti kitorang dah sampai Thailand. Ponn boleh kan haha.

Day 2

 Wakaf che yeh. Banyak tudung muroh dehh. Aku dah beli sehelai tudung berainbow riot. Amboi riot sangatt.

Lepak KB Mall. Mas dan Nada pon join sekali. Classmates iolls ramai kelate. Dan rumah diorang dekat2 pulak tuh. syokk engkorang. aku ngan piya berdua je dari Melaka tapi rumah kitorang jauh gakk haha.

Pergi rumah Nur sebab dia jemput makan kat rumah ;)
Terima kasih Nur untuk layanan yang baik dan makanan yang sedapp. heee.

Ini pulak kat rumah makcik Wahida haha sebab makcik dia jemput datang rumah gak petang tu. Macam hari raya pulak hahaaha. Murah rezeki pelancong2 ni :P

Pantai Cahaya Bulan. Duduk menikmati pemandangan katanya sambil menikmati jagung.

since i dont care much. No. I dont care at all pasal bola, aku just lalu depan tu sambil fikir eh artis mana pulak tu semua nak ambik gambar dengan orang tu. Tapi tetiber bebudak ni eksaited gila nak ambik gambar sebab katanya tu pemain bola Kelantan, Indra putra. Lalu aku menyelit je sebelah tu walau tak kenal hahaha.
Tapi memang sabar gila si indra putra ni. sampai kitorang keluar masuk kedai tak habis2 org nak ambik gambar dengan dia. haihhh tu lah sebabnya aku taknak jadi artis. lollllololll jk.

Last day

 Pasar tumpat. Merayau sementara tunggu pengkalan kubur bukak. Pasar ni lebih kurang macam pasar payang. Baru teringat kitorang tak singgah pasar siti khadijah pong :I

Menikmati udang/ikan/sotong celup tepung kat pantai sri tujuh. Sedapp !

Tengah makan tu ternampak plak paddle boat ni hahh. disebabkan masing2 jakun tak pernah naik, try jugak walau panas terik mentari habis sunburn muka.

Okay ini best. Pengkalan kubur - kawasan bebas cukai. Banyak pinggan mangkuk dan cokelat. Murah ke tak aku pon not sure sebab aku tak ambik tahu sangat harga2 barang ni hahaha. tapi murah sikit laa kot dari biasa.

 Mee cambol. Enak bangatt. Taktau nak cakap cemana rasa dia.
Ala-ala yong tau foo kott.
Okay 6 petang. Masa untuk berlepas sobs ;(
Terima kasih Ira dan keluarga. Baikk sangat. Bagi makan, bagi tumpang rumah, 
tumpang kereta, belanja kitorangg etc.
hehehe ini first time tau kite naik train. Malunye kite nak mengaku. Kecik2 dulu mak kite ada gak bawak naik train tapi kite dah tak ingat langsung dahh.

syokk woo. Ini kalau ada train Melaka-Terengganu memang naik train jelahh. Sebab siap ada katil memang best tidur nyenyak. Takdelah sakit belakang naik bas. Lagipun train lagi murah, rm48 tampin-kelantan. Tapi lambat sikit lah, 12 jam haha. setiap katil tu ada langsir, pakcik katil atas aku siap berdengkur tau tak kahkah.

Tak boleh blah kitorang cari surau jalan sampai belakang tak jumpa. Last2 solat atas katil je. Azab sikit lah time pergi toilet, bergoyang kiri kanan. Tension pon ada gak hahaha.

Okay last. Menyesal tak call ibu cakap nak beli coklat. Boleh beli banyak2 sampai seratus hengget kalau ibu hulurkan dana sikit, sayang duit kahkah. 
Tapi ni pon dah banyak woihh. cukupler tu. Tak muat pula baju aku lepas ni hahah.

Okay habis jalan untuk sem ini. Kot lah hehehe.
cuti seminggu tapi kejap je rasa sebab banyak gila kerja, assignment dan test. Dahlah bila balik je mood buat kerja terbang melayang layang dibawa angin malas. haha.
Allah kuatkanlah semangatku.

p/s - Dramacrazy is back ! <3 font="">
aku yang jadi crazy sebab time aku banyak kerja ni lah dia nak buat comeback lol.