Wednesday, July 30, 2014

Raya 2014

Raya 2014 paling takde perasaan haha. 
Nak kata takde mood tu taklah juga. Tak baik tau takde mood di hari raya. Hari raya kan tanda kemenangan umat islam selepas sebulan melawan hawa nafsu di bulan ramadhan. so sambutlah juga walaupun sederhana hihi. Jangan tak sambut langsung.

Gambar pon macam tak banyak jer, gambar dengan sedara mara takde pon sebab jumpa kejap je lol. 

Girls. 
Gamba banyak tak jadi.
Ibu banyak snap gambar kabur. hahaha. Tahun depan sewa photographer =,=

Full siblings.
Hahh kan dah cakap kabur tapi aku suka gamba ni haha.

upload lagi sekali sebab dak amer senyum dalam gambar ni wkwkwk.
Sebelum salam suruh cameraman snap detik bersalaman itu. Kira ikhlas ke idokk tuh ? haha.

ajak uwan berselfie. hihihihi.

ibu, amal, ayah.

Tak pergi beraya pon. Petang balik Bukit Piatu haha.

Gambar satu family takde, biasanya kitorang ambik gambar kat kedai ;)

Raya kedua kat Bukit Piatu. Beraya lah 2,3 rumah. Pastu pergi shopping kat JJ.
hahaha. Kitorang jalan berempat jeh.
Masuk guardian duit dah habis bhahaha maklumla ppuan :P
Nasib baik saki baki duit pegi Penang haritu tak habis guna siap pegi keluar duit, beli baju haha. 



anak dara sapo lah ni. Orang beraya dia sibuk shopping.
Macamlah duit raya banyak nau haha.

Raya ketiga, kembali pakai baju tidur update blog kat rumah luls.
Raya keempat ke Peladang lah kiterrr.

Kawan-kawan ramai yang duduk jauh so memang taklahh nak datang rumah.
tunggu aku kawen baru engkorang nak datang rumah aku kan.
Fine.













Wednesday, July 23, 2014

Part Time work Part III : Iftar

Assalamualaikum. 
Just quick update.
Memandangkan InshaaAllah Isnin ini adalah 1 Syawal dan start hari Khamis/Jumaat dah ramai balik kampung, diorang ajak berbuka sama-sama. Dan since aku orang Melaka tak balik kampung jejauh, haruslah aku kembali berkhidmat untuk peladang hari raya ketiga nanti lol. Padahal aku dah nak berhenti kerja, tapi kena extent sebab kekurangan pekerja. Aigooo aigoo dont know what to sayy.
Apa pun kite enjoy jelah setiap detik setiap moment. Sekarang mesti rasa penat tapi benda ni semua lah yang akan dikenang nanti. Kumpul sebanyak mana pengalaman untuk dikenang. hihi.
 Sepatutnya kitorang bertujuh tapi tetiba Nisha tak jadi join, Kak Shida nak berbuka kat umah nenek dia dan Tika pulak kena gastrik lol.
So just kitorang berempat jelahh. Aku, Kak Azie, Ain, dan Anis. 
Kitorang ajak yang girls je, yang boys tak ponn. Leceh je bhahaha.


Rasanya kalau aku berhenti seminggu lepas raya, aku tak sempat jumpa bebudak yang balik kampung jejauh. Sedih lah jugokkk heheh ;)
Kitorang baru nak rapat sebab aku lambat mesra haha.

Apa pun,

Selamat Hari Raya Aidilfitri uolls.
Maaf Zahir Batin.