CLICK HERE

Saturday, May 23, 2015

Internship : #week17

Assalamualaikum.

Dear Diary, this week im so tired because we ( me with my forever nerdy partner zhi zhao lol) need to do inspection for soups and seasonings that using zig zag cutter. Actually after they put the seasonings in the cup/packet, barulah nampak ehhh kenapa ada serpihan2 plastik. Rupanya machine tu ada problem, cutter dah tumpul so serpihan plastik akibat tidak dipotong dengan betul dah masuk dalam mi. LOL dahlah plastik warna hijau, silap2 org ingatkan vegetables rupanya plastik haha. So all the soups and seasonings yang guna kan that one machine must be on hold and check semula.

So here we are ! selama 3 hari bebbb aku dengan zhi zhao duk buat inspection dalam soup store. Banyak giler containers nak kena check, nasib baiklah aku ppuan kahkah so aku takdelah kena angkat container tu, tapi kesian jugaklah kat zhi zhao sebab dia yang kena angkat semua container. Kekadang ada QI si rajesh ngan manoj tolong skali. Kitorang kena check EVERY container (dahlah banyak nak mampos seriously rasa nak mampos betul2 hahah) . Mana yang ada problem, kita akan lekatkan on hold sticker dan catat kan sstn number for every container. So that kita akan inform pada seasoning department for further action, most possibly diaorang akan rework semula. 

So minggu ni memang buat benda tu aje, tengahhari sampailah petang. HAHA. Dan kitorang buat checkweigher checking once again, to confirm that our result from last checking valid lah kann. 



FRUSTTTT.
IM SO SAD ! NAK IKUT IBU AYAH AMAL AID PI MEKAH.
Tapi disebabkan aku tak cuti bulan 12 time cuti sekolah, kena tinggal lah jawab eh. Ibu cakap pelajaran lagi penting takleh ponteng kelas huwaaaaaaa
I KNOW MY TIME WILL COME ONE DAY INSHAALLAH BUT STILL IM SO SAD.
tapi takpe, aku gi korea taun depan, exo infinite vixx oppas, kitaryo ! 
mmuah ciked LOL
dah bye.



Friday, May 15, 2015

Internship : #week16


Sambung projek minggu lepas :
Aku dan Zhi Zhao continue monitor and record noodle cake temperature. Then, kitorang sibuk pulak buat moisture test, water activity test dan microbe test serta sensory test. Untuk semua test tu aku yang settle kan sebab dah memang aku duduk kat lab kan. Zhi Zhao pergi merayau cari panelist untuk buat sensory test. Then kitorang summarized kan semua sekali dari awal sampai akhir projek good stock inspection haritu. Alhamdulillah settle juga walau manager bagi masa 2 hari je. terkejar jugaklah nak siapkan semua test tu, padahal sample banyak gilers. Bukan setakat sample noodle cake, seasoning pon kena buat test dan take pictures of the seasoning's condition sama ada masih elok atau tidak. Lepas submit, ada jugak yang kita kena retest semula certain samples. 
Then alhamdulillah settle, walau actually aku malas betul kalau buat keje ngan zhi zhao because he is nerd. kahkah. Bosanlah. Kadang2 benda tu simple tapi dia nak jugak complicated kan. But he is a nice person, kalau dia buat apa2 dia akan share dengan aku, dia tak kedekut ilmu cuma im quite bored with his nerdy hahaha.

Next, checkweigher checking. Lagi sekali aku dengan Zhi Zhao =,= 
Dah memang tak boleh lah cari partner lain. Hanya kitorang berdua je interns bahagian online. haha. Checkweigher line B ada problem, so we both need to compare the weight when the products were weighed using that line's checkweigher and normal static checkweigher. Aku pon taktahu cemana nak explain kan apa yang kitorang buat, tapi memang complicated gila sebab product tu melalui checkweigher very fast, so ktorang kena took video of the reading and compare the reading using another weighing balance.
OK DAH AKU TAKTAHU NAK EXPLAIN CEMANO.
I know what im doing but i cannot explain it in the way that other peoples yang tak familiar with that machine to understand.
Yang penting penat gilo sebab kena amik 10 kali reading untuk 3 samples, pastu took video untuk 15 reading.


Bonus story :
 i need to calculate and record the empty wrapper of the BHT used everyday and compare it with the daily record whether tally or not. BHT adalah salah satu jenis antioxidant yer. Lepas diorang guna BHT, dia akan simpan BHT wrapper tu. So setiap hari QI akan hantar satu plastik yang berisi empty wrapper. But I found this,


IMPITI REPER = EMPTY WRAPPER . 
I found it funny and cute though. haha
Patutlah selama ni aku punya lahh fikir ape benda impiti impiti, and lastly today i figure it out myself yeay ! Setiap kali aku nak kira used BHT, aku mesti fikir WHAT THE HECK IS THIS IMPITI REPER ?! Nampak sangat nepal tu taram tulis je apa orang sebut. Serabut jugak kepala aku, aku punya tenung plastik tu setengah jam setiap hari untuk fikir apa maksud yg dia tulis ni.

sv : you keep the empty wrapper and send it to office ya.
Nepalist : Wut ?
sv : empty wrapper !
Nepalist : oright           *and write IMPITI REPER*


hehehe. 


P/s
KORANG DAH TRY MAMEE CHEF LONTONG YANG TERBARU ?!
I LOVE THE PACKAGING, BLUE COLOUR !
 DAPATKAN DI PASARAN SEKARANGG !
tapi taktahu sedap ke tak sebab aku sendiri pun belum pernah rasa lagi hihihi.

Bye !


Saturday, May 9, 2015

Internship : Week 14 & 15

annyeong yeorobun !
Rasa macam dah lama tak update maklumlah busy kahh. 

week 14.

Aku just kena update fried noodle cake data etc dan monitor plak seasoning sachets ntok mamee chef lontong. Kalau minggu lepas, aku monitor sachets weight ntok oil paste. So minggu ni diorang packing seasoning plak. Kalau korang pernah beli mamee chef, kan ada 3 sachets dalam tu. Oil paste, seasoning dan condiment mcm udang kering, lada kering etc. Hahh benda tu lah. aigoo. Dan lepastu diorang sibuk dengan external audit, so tolong angkat dan susun2 dokumen yang nak kena check haha.

week 15.

Isnin - 5S Big Cleaning Day. sepatutnya cuti wesak day, tapi digantikan dengan gotong royong ( kena masuk keje kul 7 pagi sebab ada perasmian, dengan mamai kena bertolak dari rumah kul 6 pagi lol) .
so gotong royong lah macam kat sekolah dulu tu -,- cuma procedure ntok 5s kena ambik gambar before and after kita buat cleaning. 

Next assignment - aku dengan Zhi Zhao(another intern from UMS) kena record noodle cake temperature for MNS hot&spicy setiap jam. Penat gilo woi dahlah production line kat tingkat 4, so kitorang take turn lah ntok record temperature tu. 
Apakah itu OPRP ? It is program identified to control food safety hazard in product/process. So in this case, noodle cake temperature must be max 60 degree celcius during cooling(OPRP2).  Tak boleh lebih dari sixty, kalau temperature terlalu panas nanti akan effect packaging, mungkin akan shrink dan juga akan ada lain2 effect we never know anyway hahaha. so actually QI yang buat inspection hanya check bahagian tepi noodle cake tu. Tapi as we know the heat reached last at the centre point (Argh tak ingat pula apa nama point tu, rasanya centre point ke apa, aku pernah tulis dalam exam dapat full mark lol) . Tapi senang cerita macam ni lah, aku check temperature betul2 kat centre hahh kat situ kan paling panas. Dan surprisingly most of the noodle cake temp yang aku check tu lebih dari 60 degree celcius, so kira dah out of spec lah tu.
( ye je kau terkejut).
so actually ni produk baru, so masih didalam proses improvement. Bila dah monitor 2, 3 hari dan dapat data, aku dan zhi zhao akan analyzed the trend. Dan lepastu mungkin kita akan proposed cara nak bagi dia lagi cepat sejuk sebelum dia 'jalan' masuk packaging, increase the blower speed atau kurangkan oven temperature ke kan.
Itulah serba sedikit projek terbaru aku. pening jugak nak buat report ni, kerja makin lama makin bertambah, lagi 2 bulan dah nak habis, dari haritu asyik muka depan je yg dah siap hahaha.

Next projek - good stock inspection at Tiong Nam Logistics Holdings Berhad. 
Apakah itu good stock inspection ?
Kita buat inspection untuk produk2 yang masih elok (definition aku sendiri haha).
Kalau product yang dah expired/rosak, kita panggil bad stock inspection lah haha.
So Ms Chia (our supervisor) bawa aku dan Zhi Zhao pergi Shah Alam, sebab Tiongnam terletak di sana ! excited pula, padahal berpeluh peluh katekoo buat inspection ada lebih kurang 100 cartons. 

Actually im not sure what is actually this Tiongnam company, why the heck our products were kept there haha so im searching for it. So one of the service that Tiongnam provided is warehousing - besides providing a convenient tax-free storage for goods needing to be exported/re-exported, our warehouses' operations are run by the cutting-edge, high-volume Warehouse Management system, designed to ensure accurate, fast and smart inventory management. copy and paste from Tiongnam website. 
Klik lah sendiri kalau nak tahu :P
So actually customers akan return the good products tapi dah nak expired lagi beberapa bulan. so kita check berapa banyak expired date yang ada, sorting out according to their expired dates dan buat sampling. Samples tu semua nanti kita akan test 
(possibly moisture test, water activity, oil content dan sensory test). 
Dan kalau masih okay kita akan proceed sama ada nak dispose atau jual. Gituu.

Gambar dari google, malas pula aku nak transfer gambar.





Kat situ semua produk pelbagai jenis ada dan kawasannya saaaangat luas, sampai sesat taktahu jalan mana nak keluar, jalan mana nak masuk haha.

Itu saja tentang my 2 weeks story, inshaaAllah will continue next entry.

Okeh bai have a nice weekend everibadeyyyhhhh.


Friday, May 1, 2015

Double Wishes

Belated birthday ntok ayah (14 apr) and becoming birthday ntok ibu (14mei) hehe.
So harini cuti sempena labour day maka aku dengan dua ekor budak menyibuk amal dan liah pergi tesco cheng beli kek. Ibu ngan ayah pergi amik nunun kat kolej, aid tinggal kat rumah sorang2 sebab dia tido kitorang kunci dia hahaha. Actually biasanya kalau kitorang sambut besday beli kek kat baker's cottage aje, tak murah tak mahal dan kek dia sedap. Tapi kitorang konon2 nak buat surprise beli kek mahal sikit double wishes lah kata kan lol.

Pastu aku first time pegi isi minyak, tahu tak tangan aku menggigil masa isi minyak tu kahkah. Pakcik belakang kereta tu sabor jelah tengok budak ni. Selama ni ayah yang isi kan minyak, aku tau bawak je kete tu hehehehehhehehehe. Tapi nasib baik ayah pernah ajar aku sekali, macam mana nak isi minyak lol sangat. tq ayah haha. So first time lah aku bawak budak menyibuks pegi shopping, selama ni aku drive mamee-rumah aje. Tak penah melencong tempat lain, risau juga mcm mana nak parking, mana tempat masuk semua tu hahaha. Nasib baik lah okay je semua walaupun parking senget benget.



Close up

Ibu ngan ayah. 
Semoga terus dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan sentiasa di bawah rahmat Allah swt. 
WE LOVE YOU,
Ape lah sangat setakat kek ni berbanding kasih sayang yang diberi kan;D


Nunun plak beli big apple.


Kenyang makan benda berkolesterol harini, tak makan nasi sebutir pon katekoooo.