CLICK HERE

Sunday, December 25, 2011

December Holidayy :) part I


akan di update coming soon ,
sekiranya rajin dan masih mempunyai banyak tenaga .

Sunday, December 18, 2011

becoming birthday of me :)

sodap ehh ..

becoming 18 next week , insyaallah:)

kek ape tah ? pelangi ?ibu buat,atam hias.

acik(1312)imran(2012)aku(2212)mirul(2112)ntah mcm mane liah boleh tersesat,besday die 2411

birthday aku minggu depan , hari Khamis .
First time , aku takde kat rumah sambut besday .
yelahh , biasanya waktu cuti .
inilah masanya aku nak tengok sesiapa yang ingat birthday aku .
kehhkehh .

doakan aku panjang umur dan diberikan rezeki yang
melimpah ruah sudahlahh . 
hewhew .

siapa baca belog ini , sila komen dengan meng wish aku .
jangan lupa doakan aku sekali .
*tak malu mintak wish*
pangggg!

bye !








Friday, December 16, 2011

the making of...english project ;)



for da english speaking quiz ,
group aku jual healthy products .
Untunglaa ade nadia yang jadi supplier produk Zhulian . Kalau tak
meroyan lah kitorang tak tau nak jual ape .

thank you kepada mira dan yoyo yang jadi  pelakon ntok group kitorang .
really appreciate it .

ni video lepas sejam lebih aku edit .
penat woo .
siap akhirnye . alhamdulillah .
walau agak kelam kabut sikit , yelahhh . baru nak cuba-cuba
edit video .
even aku pelajar sc komp kott . bab edit video tak blajau lagi .
saborr .

video


dan dan jerk aku jadi director .
ehh betul la tu .
skrip pon aku yg sediakan . fuhh , harap-haraplah
ade penerbit atau pengarah filem tengok
video ni . untung2 dapat aku jadi pelakon pulak lepas ni .
*erkkkkkk*

p/s-busy siapkan projek ni . tapi agak enjoyy .
nak buat slideshow lah pulakk!!


Saturday, December 10, 2011

novel sengal ;)

macam biasa kalau aku beli novel baru , akan diupdate kat sini .

novel ni best giler , lawak giler ,
bodoh giler . tak logik pon ade jugakk . 
Aku rasa novel ni sesuai kalau kita baca utk hilangkan tension .
Tak payah pikir laa jalan ceritanya yang cam bangang sikit .
Puteri Laila sbg heroin , Hasrul sbg hero .

kelakar gile kott . aku tergelak-gelak meroyan sorang2 baca novel ni .

Jalan citer tak logik , penggunaan ayat yang gile kelakar .
Ringan le kepala , kisah cinta yang tak terlalu
berat atau jiwang-jiwangan sangat .

Sinopsis:
Puteri Laila Megat Kamarulzaman anak orang kaya.Dia playgirl ,
lebih 50 lelaki die permainkan.Puteri Laila jugak seorang yg sombong dengan kekayaan die.
Dia selalu terserempak dengan Hasrul dan malang sentiasa menimpa bila jumpa lelaki tu.
Takdir tuhan,bapak Puteri Laila jatuh bankrup.Dan die dapat tahu Hasrul tu ade
pertalian darah dengan dia.Bapak Laila lari,amanahkan hasrul jaga Laila.
Sejak tu,laila terpaksa hidup susah dengan hasrul.Tinggal kat rumah Hasrul yang macam
kandang lembu,makan tak sedap,toilet uzur,blablabla.Dia terpaksa
jadi orang miskin padahal selama ni dia memandang rendah pada golongan bawahan.
So,apa jadi seterusnya?

ahhh , beli sendiri laa novel ni .
Ada pengajaran sikit la.

Pengajaran dalam cerita ni,
jangan terlalu meninggi diri atau bongkak dengan kenikmatan atau kelebihan yg diberi tuhan pada kita.
Bila-bila masa ianya boleh ditarik balik.Jadilah hambaNYA yang sentiasa bersyukur .

nota penulis : Tak lama lagi ada drama adaptasi dari novel
Gemersik kalbu di tv3! dan jugak drama adaptasi dari novel Bicara Hati di Astro .

Nampaknya trend yang makin hangat di Malaysia adalah
membuat drama atau filem adaptasi . petanda apakah ini ? ada seseorang pernah berkata ,
ini adalah tanda dunia sudah hampir ke penghujungnya atau dengan erti kata lain ,
tanda2 awal kiamat . waallahua'lam.






Friday, December 9, 2011

result sem 1


6 . 12 . 2011

Alhamdulillah , bersyukur pada Allah yang Maha 
Mendengar dan Maha Melihat setiap usaha dan doa aku .
mungkin dah memang rezeki aku .
Alhamdulillah .

serius , aku tak expect pon dapat pointer gini !
aku yang jawab exam , aku tahulah aku jawab macam ntah hape2 jerk .
aku just bertawakkal jerk .
dan pasrah . hewhew.
then bila dah dapat sesuatu yang
sangat lebih dari yang aku target , rasa nak sujud syukur depan hep .
hehe .

dan alhamdulillah , bebudak study group aku semuanya
result gempakkk .
tahniah yer korang ! Nanti kiter study sama2 lagi tauu ntok sem 2 nii .
hikhik .

ape pon , kuasa DIA yang memberi aku rezeki ni .
oh ya , tahniah qilamajed .
die dapat 4flat ! *saje gebang *
pegi serbu blog dia . mana tahu dapat badi die ,
kehkeh .

p/s- aku still tak tau nak jadi apa di masa depan .
ape pon tak bolehhh !
teruk bebenor aku ni .

azam baru , nak mengekalkan apa yang aku dah dapat sekarang .
kena lipatgandakan usahalahh nampaknyaa .




Monday, December 5, 2011

My little bride | Korean Movie Review


Tentang seorang budak perempuan 16 tahun bernama Bo Eun yang kena kahwin dengan 

sorang playboy bernama Sang Min. Sebab wasiat atuk dia lah yang suruh diorang 

kawen.Lawak lah juga sebab nanti laki dia si Sang Min tuh akan jadi cikgu dia kat sekolah dia 

sendiri. Dalam masa sama si Bo Eun ni ada plak minat kat laki lain. Comel kot laki tu. Hero dia

  ni takdelah hensem tapi time dia jadi cikgu ramai tergila-gilakan hero tuh. haha


Dan alahh mesti sumorang dah dapat agak apa endingnya, ye dak ? kehkeh.

Sangat typical.


K ni cerita dah lama, time ni Moon Geun Young masih kecik lagi,
comel jeh. Tapi bila dia dah dewasa ni aku dah tak minat lak tengok muka dia.
heheh.

secret garden | korean drama review


Cerita secret garden ni sungguh lah popular. semua org cakap best sampaikan aku terpengaruh lalu menonton drama ni. wahh gituu kan. Tapi tak best pun ;(  Betullah org cakap,
minat masing2 berbeza haha. 

Cerita tentang Kim Joo Woon ( Hyun Bin ) tertukar badan dengan Gil Ra Im ( Ha Ji Won ).
Joo woon ni orang kaya berlagak lah apa semua kan. Gil Ra Im plak stuntwoman miskin lah lebih kurang.roh diorang tertukar lepas minum air ape benda ntah lepas masuk kat dalam satu taman misteri nih.Sejak tu macam2 berlaku. Diorang akan tertukar badan setiap  kali hujan.
Setiap saat yang genting je, mesti badan tertukar aptb.

Lawak lah juga, tapi bagi aku lebih banyak babak bosan dari babak yang lawak.
entah apa yang dia banyak merepek aku pun taktahu haha.
Pastu banyak pasal oska dengan ex awek dia dulu. k aku tak minat dengan si oska ni. nak tengok my fair lady pun tak jadi sebab ada dia. haha.babak yg ada oska yang ni aku skip sebab aku malas nak tengok haha.

k pelakon dia semua dah tua2 lah.
Untuk makcik2 je kot drama ni kuang3.
Tapi pelakon yang berpengalaman lah. Best2 lakonan diorang.

Cuma aku tak minat ler kot.
Storyline okay, just banyak babak yang lembab termenung sana sini.Paling tension
time hero si Joo Woon tu asyik berangan heroin dia ada kat sebelah dia.
Lepastu jalan kaki serentak. k sapa dah tengok paham lah apa yg aku cuba sampaikan haha.
Lama plak tu dia termenung aiseymen.

still, cerita ni okay lah. Kan aku cakap minat masing2 berbeza huihui.

Citer korea memang banyak yang suka buat tertukar tukar roh eh ?

Friday, December 2, 2011

short update

debaran yang tidak berkesudahan ,
sejak sebulan yang lalu dan ianya makin kuat memalu hati
apabila hanya tinggal kurang 3 hari saja .
Setiap masa , setiap saat , setiap ketika teringatkan result
yang menentukan antara hidup dan mati .
*hiperbola*

p/s-minggu ni banyak kuliah batal . seronok merewang-rewang seluruh
kolej tanpa arah tujuan . lepak-lepak sambil
borak-borak dan kalau keinsafan menjelma , buatlah
discussion . 2 presentation untuk minggu depan ,
english dan biology .

for english , kena jadi promoter untuk healthy products . aww .
macam mana i nak tarik pembeli dengan berSPEAKING ?
kena latih lidah awal-awal jangan bagi terbelit .

ahh sudah . ni short entry . takde niat nak buat ianya menjadi
longggg entry . 
kbai .



Saturday, November 26, 2011

a day ;)





alhamdulillah untuk harini . hewhew .
salam 1433H .
semoga kita menjadi lebih baik dari sebelumnya .
aminn :)

Friday, November 25, 2011

first week :)

cerita minggu pertama,di semester yang baru ,semester 2 .

1)Jadual 

untuk sem 2 , subjek 
agama islam dan kemahiran dinamika takde , digantikan dengan subjek
kokurikulum . 2 jam seminggu . yang lain-lain masih macam biasa .
jadual pun ubah lah sikit-sikit . Dan lecturer pon dah bertukar .
Tapi ade jugak kuliah , tutorial dan amali yang masih mengekalkan
lecturer yang sama . depends laa pada lecturer atau jadual tu .
so far oke lah . tapi masih cuba menyesuaikan diri dengan lect yang baru .
macam pelik pulak sebab sem ni , banyak subjek yang diajar
oleh lecturer lelaki . 

ini jadual baru kitoranggg :)

2)praktikum S32T5

sem lepas ada 22 orang , tapi untuk sem ni dah tinggal 21 orang .
sebab si Aizat pindah . menggapai cita-cita katanya . haha .
so goodluck Aizat . dengan pemergian Aizat maka tinggal 3 ketul aje kaum adam
dalam kelas tu . Well , awal entry aku pasal kmm aku dah cerita 
pasal ketidakseimbangan alam di sini di mana perempuan lebih ramai dari lelaki .
perempuan mendominasi sepenuhnya kelas itu ! kehkehhh .

dan aku juga bukan lagi penolong ketua praktikum,
diganti dengan Yoyo.Aku rasa Yoyo lebih layak sebab dia tegas dan berani
nak marah atau tegur sesiapa saja,tak macam aku.
Lagipun aku pemalas haha !

3)assignments
yes , first week aku dah dapat assignment .
untuk presentation Bio aku dapat tajuk kingdom protista , berganding bahu bersama
Anith , Daniel dan Ika .
untuk english , ada lah kerja promotion and some survey based
on our title . Macam sem lepas , aku bekerjasama 
dengan Nadia , Zuhaira dan Zulaikha .
Dah malas nak tukar group . amali kimia , aku still dengan 
Nadia . amali Biology , aku masih berjodoh dengan Zuhaira .
setakat ni , itu jelaa . 
Dan aku masih lagi bekerjasama dengan Aswanis untuk fotostat
nota math :)

Seriously beban mula terasa . Untuk sem ni ,
sc komp ade 4 topic , math ade 10 topic , biology ade 10
topic dan kimia ada 13 topic . Dan makin berat dan susah .
serius .

aku masih cuak dengan result sem 1 aku .
siapa dapat pointer 1.5-2.0 , masuk program dua tahun .
Bawah 1.5 , kene tendang , babai !

Allah je yang tahu rasa hati aku ni .
Duhai hati , kuatlah engkau . seringkali aku mengingatkan diri ,
aku masih ada DIA yang mendengar setiap doa aku .
kuatkan hati , kuatkan semangat .yakinlah siapa yang berusaha pasti berjaya .
don't lose faith on Allah .

p/s- entry berjela . lega hati aku dapat menulis :)







Wednesday, November 16, 2011

welcome semester 2 !


praktikum S32t5 :)


Ezy , Nad , Ada :)

Di kmm memori tercipta 
walau seketika terjalin kasih kitaaa..lalala

tamat sudah semester 1 .
ahlan wasahlan semester 2 yang pastinya lebih mencabar .

mencabar kerana adanya subjek kokurikulum .
sebab aku tak suka koku.
mencabar kerana syllabus lebih banyak dan berat.

tapi,insyaallah aku bukan lagi penolong ketua praktikum
kot . sebab aku tak cukup kuat untuk
hadapi dugaan demi dugaan . cehhh . poyoo .

oke lah . kepada rakan seperjuangan ,
teruskanlah perjuangan kita bersama yer . demi agama , bangsa dan negaraaa .
rela berkorban apa saja...lalala

stop la weh.
kbye .






Sunday, November 13, 2011

novels lagi !



novel baru .
sedang sibuk menghabiskan pembacaan.
konfem kalini ceritanya best .
hehe .

Friday, November 11, 2011

11.11.11

aku tak perasan pun harini berapa haribulan.
Sampailah aku bukak facebook ,
rata-rata sibuk cakap pasal 11.11.11.tarikh ni dikatakan unik
dan senang diingat.

tapi ada apa pada tarikh itu ?
aku tertarik dengan this words,


Tak perlu berbangga dengan tarikh hari ini . Berbanggalah dan bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada sayyidul ayyam hari ini . Bayangkan tarikh yang cantik hari ini menjadi tarikh kematian kita tambah lagi dengan jatuhnya pada hari Jumaat . Cantik lagi kita mengingati jika Allah panggil menghadapNya pada hari ini , kan ? Wallahualam .
credit to maizan:)


harini ramai yang kawen . Tarikh cantikk kan .
Tahun depan orang akan sibuk dengan 12.12.12 pulakk .
nasib baik sampai bulan 12 je .
kalau tak,adalah pulak 13.13.13.
ngeh3.

entry ni takde motif pun . Sekadar nak buat kenang-kenangan
di tarikh cantik ini.
Sekurang-kurangnye aku hupdate belog dari aku melepak
takde bende nak buat .


Happy Anniversary yang ke 23 ibu dan ayah !

baru tahu harini anniversary ibu n ayah 
lepas baca blog ibu.
kih3.



Wednesday, November 9, 2011

jpj test :)

hello ^^
hari ni aku jpj test setelah sekian lama menunggu .

mula2 , buat bahagian 2 .
 Alahh yang turun naik bukit , parking2 tuu .
aku turn yang ke 7 , dan aku orang pertama yg
failed . malu toksah cakap le . Ramai org duk menengok kat tepi tu .
maluuu aku . 

then , bahagian 3-on the road .
 Terus pegi kat parkir kereta .
Beberapa jpj tengah tunggu dalam kereta .
Aku tengok2 dulu , pilih jpj hensem . haha .


Time aku bawak kete ,
Jpj tu senyapp je . Die sibuk dengan henset die . Bagus2.
tenang aku nak bawak kete . Takdelah bebel2 .
Tapi aku kire untunglaa pasal dapat jpj yang hensem baik .
kasik aku lulus .ngeh3.
tak payah lerr aku nak ulang bahagian ni .


So, next week aku kene repeat bahagian 2 .
Insyaallah , mintak2 lulus lahh kan . Malas aku nak menempel
lagi kat zapcity tu .


p/s- aku musykil ,semua jpj tester mesti pakai spek hitam eh ?

Monday, November 7, 2011

cuti , cuti , cuti

sangat ingin nak update belog tiap hari .
Tapi takde idea .
cuti kali ni sangatlah kurang best .
tinggallah aku sorang2 kat rumah nanti sebab musim cuti
sekolah tak start lagi .
Masuk aje sem 2 , barulah diorang stat cuti skolah .
damn ! cengginilah nasib dak matrik .
jangan masuk matrik ye adik2 . bukan best pun .
cuti tak banyak . kehkeh .

semalam barulah aku teringat . spm dah tak lama lagi .
atau dah start ? ehh tak taulah aku .
baru teringat nak wish bekas-bekas adik angkat .cehh .
aku playgirl penyayang waktu skolah dulu sebab ada ramai adik angkat .
hewhew.


gudluck spm ye adik-adikku . semoga berjaya .
nanti boleh fly ke London , mesir , 
UK , ehh mane2 jelah yg kau nak pegi .

jgn jadi macam akak ni hah , gi Londang yo .
kalau nak jugak masuk Londang ,
tak taulah den nak cakap cemano .
kehkeh .

kita yang merancang , Allah yang menentukan segala-galanya .
tak bolehlah nak cakap sangat kan .

pengalaman sendiri ,

''aku lepas spm ni , aku tak nak hadap lagi dahh subjek bio . serius ni .
aku fobia blablabla ...''

ehh , ape dah jadi ? kau ambik jugak medic .
medic tak perlukan bio kah ? hanya perlukan math ntok mengira
COV value atau sekurang-kurangnya menyusun karyotype DNA ?lol.

''aku takkan masuk matrik . matrik itu , matrik ini , blablabla ..''

tapi di matrik , tetiber ,
ehh ? ni bukan si minah ke ?
dulu kemain cakap tak nak masuk matrik blablabla .

so , siapa kita nak halang qada dan qadar yg telah
ditentukan olehNYA ?

eh , aku dah merepek la pulak .
padahal nak cakap pasal cuti aje tadi .
bila dah menaip , tak boleh berhenti la pulak .
 novel baru .
tahniah pada aku sebab kali kedua aku beli novel tak best dan
tajuknya pun cinta pandang kedua . lol .
















Saturday, November 5, 2011

salam aidiladha


Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

sumber : pakcik google :)


salam aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat .



Friday, November 4, 2011

tag ,

aku di tag . oleh cik bong .

soalannye adalah :

1#dalam hidup ni , apa yang paling kau nak tapi kau tak dapat dapat?

mr right  .
banyak yang aku nak dalam hidup ni .
Tapi aku nak jadi hambaNYA yg bersyukur .
alhamdulillah ntok semua yg aku ada .

2#kalau diberi peluang , apa yang betul2 kau nak dan kau akan betul2 hargai ?? 

apo erk ? tah le . aku akan menghargai
kalau aku dihargai . 
*tak tau nak jawab ape


3#kau hargai setiap detik waktu tak sepanjang kau hidup ? apa yang membuktikan jika kau kata ya ?

ya , aku sangat menghargai setiap detik waktu hidup aku .
buktinya , i'm happy wif
my life now . aku ada family dan kawan2 yg sentiasa 
di sisi aku .

fuhh . sumpah . mencabar .
sebab aku tak reti kalau pasal kehidupan lah , jiwa dan raga lah ,
kehkeh .

thank you Bong ek .
lain kali tag aku lagi .
hehe .

Thursday, November 3, 2011

update

alhamdulillah semester 1 dah pun habis .
Tadi last paper , kimia . 
tak mawu citer pasal exam sebab sekarang dah masuk
fasa tawakal . hehe .

cuti 2 minggu saja .
Tak rancang apa2 pon ntok cuti ni .
next week jpj test . gilee ah .
pspm dah habis , jpj test pulakk .
muet pon tak habis lagi .

dan awal2 unit kimia berpesan , hari first amali kimia minggu pertama sem 2,
kite buat eksperimen nombor 2 ye .
sila siapkan jotter book .

tak boleh merungut .
ini namanya pelajar . bersusah2 dulu , bersenang2 kemudian .

p/s-gerun dengan result pspm 1 .






Saturday, October 8, 2011

#nothing

ini entry aku yang last .
Insyaallah , aku tak balik rumah lagi sampailah exam akhir semester
menjelang . ececeh . 
Muet pon dah tak lama lagi dahhni .
berabuk le aku speaking nanti . haishhh .

aku memang tak nak balik minggu ni tapi oleh sebab roomate aku
balik dan majority classmates aku balik , aku pon
balik je ar . Nanti hujung minggu aku akan keseorangan .
aku nak makan dengan siapa , nak belaja dengan siapa .
wuuu .

ape pon doakan le pspm 1 (peperiksaan semester program matrikulasi ) .
tak silap aku tu lah kot maksud pspm . 
tu pon tak tau .
goodluck pspm kepada
S32T5 , pada roomate aku , wing 2A , 
pelajar kuliah S32 , ex sharodz di kmm , kmpp , kmp .
ahh , senang cerita sesiapa yang dekat matrik 
ar . Goodluck .

Friday, October 7, 2011

Dugaan


Aku juga manusia , ada hati dan perasaan dan kadang-kadang
akan melakukan kesalahan juga .
Amatlah tak wajar aku dimarahi dan disumpah seranah hanya
sebab kesalahan aku yg sangat kecil .
Sebab kau juga ada melakukan kesilapan , malah lebih besar
kesilapan kau daripada silap yang aku buat itu .
perlu ke aku dimarahi ?
kadang-kadang aku rasa aku tak mampu nak memikul amanah 
yang makin terasa berat di bahuku . sebab aku tahu , lebih\
ramai lagi yang mampu pikul amanah ini . Ya , aku pengecut .
aku diam . aku pendam . aku sakit hati .
dan kau juga dah hilang rasa kepercayaan kepada aku . Pedih sekali
rasa hati ni bila orang dah tak percaya pada aku . 
aku tak tahu apa salah dan silap aku yang buatkan kau berubah .
aku ambil keputusan , 
aku akan mendiamkan diri .
no matter what happens !

""takkan ku menyerah kalah , walau mimpiku musnah ,
harapanku hancur , sayapku patah ""

*mood sedih + bengang


Saturday, October 1, 2011

Majlis Amali Kemahiran Dinamika

last week ,
berlangsung majlis ini :


amali etika makan dan etika di 
meja makan . makanan ala barat lah konon .
aku dahlah tak reti makan guna sudu garpu pisau segala .
kampung giler . HAHA .

nasib baik ada budak kat 
meja aku tu agak terer bab etika makan . die yg ajar kite org 
semua . hehe .

so far agak best . ada persembahan blablabla .
ade anugerah puteri idaman lahh , jejaka tampan lahhh ,
segak bergaya lahh , cantik menawan lahh.
macam-macam daa .



 ini sup cendawan yang tak sedap
tapi saya makan sampai habis sebab sayangkan
rm50 saya :)


sedap tapi
tak kenyang . serious .
dahlah lapar , tak makan tengahari , kononlah nak makan
banyak - banyak time majlis ni .
balik kolej , terus carik kafe . ngeh3 .

sepanjang pagi aku ngan roomate bukak youtube ,
carik cara pakai shawl yg paling gorjes .
kononlah kan .
tapi tak sempat . hanya 10 minit ntok bersiap lepas
solat zuhur sebab bas bertolak pukul 1.20 ptg .
akhirnye main tarik aje shawl yg paling senang ntok dipakai 
dan lilit ikut sesuka hati aku je . 

 pemenang jejaka segak bergaya dan cantik menawan .
jejaka yang 3 dari kanan itu budak group MAXEL aku ,
dan dia sangat hensem . dan comel . serta hensem .
ehh melampau kau yer :) haipp !


ini classmate saya , Ina .
die pemenang ratu kebaya . 
dia cantik dan salah satu classmate saya yg sangat suka pakai
bermacam-macam gaya tudung .
tudung bawal pon die boleh modenkan . tarik depan ,
tarik tepi , tarik tengah dah jadi macam shawl .camane caranya ?
Hanya Ina yang tahu . ngeh3 .

ini classmate saya juga , Mira .

itu sahaja entry kalini .
yang lain tu , jgn kecik hati aku tak masukkan gamba .
ikutkan hati , aku nak masukkan semua .
hehe .

thanks for da memory uolls semua !







Friday, September 23, 2011

1#

first time aku balik rumah kejap je .
balik petang , esok pagi balik kolej semula .
Sebab aku nak print banyak benda .
dan nak siapkan banyak benda .
tensii .
exam is around da corner .
do pray for us .

Thursday, September 15, 2011

salam satu malaysia :)

assalamualaikum .
Salam sejahtera , salam perpaduan , salam satu malaysia .
amboi over.

sesungguhnya saya sebagai rakyat malaysia sangat bersyukur kerana
dilahirkan di Msia negara yang 
bebas dari sebarang bentuk penjajahan . Moga negara kita , negara Malaysia
akan sentiasa aman dan damai , dan akan semakin bertambah 
maju .
Marilah kita menyambut Hari Malaysia pada 16 Sept ini
dengan penuh rasa kecintaan pada negara .

oke , aku dah puas berpatriotik .

sebenarnya , aku nak cakap ni je ,

TERIMA KASIH MALAYSIA . 
KERANA KAU LAH AKU DAPAT BERCUTI DARI KE KULIAH ESOK PAGI .
terima kasih msia kerana mengurangkan tension aku .
kbye .

Saturday, September 10, 2011

thanks girls !

Minggu yang happening . 
sebab lovely roomates overnight kat rumah aku .
Seha je yang tak ikut sebab die ada hal lain .
mulanya aku nak bawak classmates aku tapi masing2 nak balek
rumah , ade hal . Then aku offer roomates aku .
Tak sangke Ezy ngan Nad nak ikut , padahal mula2 skali 
Ada sorang aje yg nak ikut .Ape lagi , aku angkatla tiga2 skali blek umah .

 from left : ezy , Nad , Ada 



untonglahhh dapat pegi dataran keris Alor gajah ! 

 Moga ikatan ukhuwah yg terjalin
takkan putus walau lepas kita semua dah habis matrik nanti .
sedih pulakk . setahun je kat matrik .
kawan2 kat sini pulakk aku rasa cam dah lama kenal jee .
sayang rasanya dengan segala yg ada kat sini . 
wuuu ~

p/s - aku terpaksa beli 
henfon baru . henfon lama dah mereng .
habis semua num classmates aku hilang sebab aku tak save
dlm sim card . ngee~




Friday, September 9, 2011

raya di kmm

assalamualaikum . 
harini sambutan hari raya KMM . first time sambutan raya
yang sangat bosan . 
Aku tak nampak apa yang RAYA pada sambutan raya lah konon .
sekurang-kurangnya pasanglah lagu raya , ye dak ?

kitorang duduk  mengikut praktikum , pastu dpt mknn . 
makan . ambik gamba . That's all . 
tak taulah apa yang berlaku kt dlm dewan utama . 

lesbo<3



muka-muka tak laku bajet

mira yang lembut , Yoyo gangster <3

menyesal tak bawak kamera . semua gamba tak cantik . 
maklumlah pakai henfon yang mintak dibaling ke lombong .

p/s-harini aku bawak ezy , nad  , Ada 
overnight kat umah aku .


Friday, September 2, 2011

benci

perasaan i :
alamak-esok-nak-balek-kolej-homework-
tak-siap-lagi-minggu depan ada kuiz,alamak tak baca buku lagi-

pastu kelam-kabot . bio tak siap , math
tak lengkap , sc tak usik , kimia berterabur ,
english ? arghhh lantakla . mlm ahad baru buat .
sebab tension sgt ,
tutup buku dan update diary online .
ngeh3.

bencinye . benci . benci . benciii .
i benci perasaan ini .
perasaan ni datang setiap kali cuti lama-lama , 
cuti minggu-minggu , pastu tup tup esok dah nak balik asrama .
sejak i dari form 1 perasaan ni dah kekal ada dalam diri dan ianya 
makin bertambah saban tahun sebab beban kerja makin banyak .
bila laa semua ni nak berakhir . hadoii .

Thursday, September 1, 2011

raya story

assalamualaikum . 

raya pertama . 
bangun pagi . makan . i tak pegi solat sunat hariraya .
salam uwan dan segala sedara mara . pegi kubur .
pastu balik rumah , tido sampai petang . pastu tengok tv . almaklumlah , banyak cerita
menarik time raya , kan ? hehe:D .

itu saja cerita raya pertama i . 
tema raya pertama , biru . 

u olls jgn ingat i upload gamba segala bagai kat fesbuk ,
i beraya oke . i bergaya ambik gamba , pastu terus
tidur .

raya kedua.
harini i beraya sikit berbanding raya pertama .
balik rumah nenek , pegi kubur . salam nenek , salam sedara mara .
then pegi rumah sedara-mara ayah kat bt beruang .
 petang , pegi popular beli novels . kopak duit raya i .
melayanglah jugak nak dekat rm50 . novels punye pasal .
malam , parents i pegi beraya tapi i mls nak ikut .
i teman aid main bunga api .

 tema raya kedua , hijau =)


banyak gile mercun plus bungapi busu belikan .
tapi i tak berani nak main .
i takut api . nyalakan mancis dan lighter pon i takot .
malam raya kedua ni , kitorang bermlm kat umah nenek , bukit piatu .

raya ketiga.
balik rumah . sebelum tu , pegi ambik gamba family kat studio
macam biasa . pastu petang , lepak tengok tv .
ade tetamu , sedara sebelah ayah i . mlm , sambut besday Amca 
kat umah uwan . ade BBQ . makan besa kita mlm ni .
gemuk i . grr . kek sangat sedap .

itu saja raya story i . apa ? tak menarik ?
yelahhh , i tau . i tau .
raya i sangat simple . ahh , i dah tak pedulik .
kerja i sangat banyak tak beres dan dah 
berpusu-pusu mesej masuk bertanyakan pasal 
''qila , keje da siap lom ?''
and pelbagai mesej yg mencengkam jiwa i .
dah 3 hari i tak sentuh langsung buku i sebab sibuk tengok tv
dan enjoys habis-habisan .maka, i dah tamatkan
enjoy i tu setakat di sini saja .
gamba pon 3 je yg i larat nak upload . i dah upload 
separuh dari gamba raya i kat fesbuk .

kalau tak upload , nanti hilang lagi macam dulu .
habis gamba time i sekolah dulu lenyap mcm tu ja .

p/s-transformasi dari aku kepada i .
lebih menjimatkan masa dan tenaga sebab i pemalas orgnya .
babai .




Wednesday, August 24, 2011

everydayy

setiap hari, sepanjang cuti ,aku
tidur , makan ,baca online novel ,
buat tutorial mathematics tanpa menyentuh langsung tutorial biology .
  tapi separuh masa aku adalah berlepak-lepak
dan bersenang-senang .

aku jumpa blog novel online . heavennn .
so , no need to buy novels lagi . 
tapi nafsu nak baca novel dalam bentuk media cetak
 masih menguasai diri .

jom baca -klik sini.




Friday, August 19, 2011

ramadhan di kmm

da first and da last aku menjalankan ibadah puasa
kat kmm . agak best lahh jugak .
tapi sangat penat . kadang2 balik kuliah , rasa nak mati pengsan.
hua3.

berbuka puasa ramai2 satu wing 2A .
sahur tak payah cerita laa . bangun sempat minum air 2,3 teguk aje .
biasanya aku tunggu subuh . lepas subuh , tido balik .
 bangun je dah dengar lagu raya .haha .sebab tiap pagi memang akan dipasang
lagu2 raya .

aktiviti :


1)berbuka puasa satu kelas , S32T5.


aku ngan nadia settlekan semua benda ntok majlis berbuka puasa ni
 dalam masa satu hari je .hehe .
kabut jugakk nak pegi tempah makanan ,air blablabla .
alhamdulillah , akhirnye dapat jugakk kitorg makan sama2 satu kelas
ntok bulan puasa ni . aku nak buat majlis ni sebab jeles
tengok budak klas lain berbuka ramai-ramai . haha .









2)solat tarawih .
aku selalu pegi dengan roomate aku , ezy ngan nad .
kadang-kadang ade ceramah, tazkirah blablabla.
best jugakk lah tarawih kat sini walau surau agakk jauh .

 ezy<3

 nad<3

 ceramah nuzul quran


lastly , selamat hari raya .
tadi sempat ambik gamba beberapa org je .
semua rushing nak balik .
balik raya lahh kata kan . yang tinggal ni budak umah dekat je .

 zu,aku,nadia,ika,syaz,mira

 frenz<3



di kesempatan ni , aku nak ucapkan selamat hari raya
kepada semua muslimin dan muslimat .
walau puasa ada lagi 10 hari ,hee:D

Friday, August 12, 2011

tawakkal ,

aku banyak dengar ura-ura yg ckp result ups teruk .
sana sini org bercakap pasal ups .
aku sekarang tengah risau dengan result ups aku . 
entah lulus , entah tidakk . 
entah cemerlang , entah cukup2 makan je .

lepasni cuti raya 2 minggu , naik je raya
ada 6 minggu kuliah , then terus PSPM .jadual PSPM dah tampal
kat bawah blok tadi . 
sangat cepat masa berlalu . lepastu masuk sem 2 plakk . 
setahun cam tak terasa pon .

sekarang ni , aku hanya mampu bertawakkal je .
dan terus berusaha .
hurmm .

kurang mood .
dah lah harini aku bengang pasal nak keluar pukul 12 tengahari tadi ,
kad aku kene block . WTH , sumpah bengang . 
balek bilik , cara nak lepaskan bengang ialah dengan tidurr . haha . 
bangun tidur , baru otak dapat berfungsi secara normal .
otak aku cakap ,

''kau mesti balik ! usaha sampai dapat ! kau mesti balik !''

dengan usaha aku yang susah payah naik turun hep ,
aku dapat jugak balik . *hiperbola
padahal kad aku kene block sebab aku keluar sebelum pukul 12.30 tgahri .
itu sebabnye ?
aiyoo . 

dah lah . minggu depan kuiz math , listening test ,
kuiz bio . dan baru aku tahu ade exam
p. islam dan kemahiran dinamika naik cuti nanti . grrr .

tawakkal . err , i mean selepas berusaha .
konsep tawakkal , kena berusaha dulu, kan ?
hehe:D