CLICK HERE

Wednesday, August 24, 2016

Burger King's Management Trainee interview

Assalamualaikum.

And today is my first job interview with burger king as restaurant manager, at shah alam. After training lah jadi manager nyer, so skrg utk jawatan management trainee.
I just applied for jobs last week, after coming back from Japan. (And im so lazy to continue with my Japan entries haha). Alhamdulillah, I got 4 job interviews already, and I turned down 3 jobs interview and only going to BK's interview. I have my reason for turning down those interviews, it is because all of the workplace located at around KL, Selangor, Klang blablah. Im not familiar with the area and I need ayah to drive me there teeheee. And i cannot make ayah take a leave 4 times in a week just because of my interview ! If only I live in KL......My friends who are staying around KL and selangor easily get jobs because there are job opportunities everywhere, i cant deny that fact. especially with our course which i admit, easily get jobs! Go foodtech ! 

And there is me still hope that i can get stable job around melaka ha ha ha. Someone said to me, "ada ke kerja kat melaka tu?" LOL okay then but Im always believe with "rezeki ada di mana2". InshaaAllah, never give up and always put trust in HIM. And of course never stop working hard to send my resume everywhere! (Jangan nak hairanlah tak dapat panggilan interview kalau awak hantar resume kat 2, 3 tempat je. Kena hantar 2, 3 ratus tempat kihkih).

Luckily ayah like a bos senang apply cuti LOL kahkah. Kalau kerja macam cikgu ke, doktor ke jangan haraplah nak suruh ayah hantar ewah ewah doktor kau. And honestly i just went to this interview to get some experiences, so that i will not get panic next time hahaha. And of course i dont really make preparations, on the night before interview, i just read some 'typical interview questions' and some of my lecture notes about GMP, halal, HACCP, food safety lah etc. I just think it is shame to myself and my university if i cant answer typical easy questions about foodtech kahkah. I dont want interviewer look at me like "eh budak ni apehal food security pon taktahu, pebende yang dia belajar 4 tahun. Kata fresh graduate tapi tak fresh pon". LOL. Eh not that i dont know lah, its just i have too much in my mind that i cant even remember about what i learned just few months ago kekeke alasan. 

Okayh nak share cerita interview harini.

Ktorg bertolak at 6.30 am from home and ngam ngam je sampai pukul 9 pagi. Im quite panicked when at 8.45 am, we still stucked in traffic jammed. Omo that was horrible, i just cant imagine if i need to work around KL, stress dengan kerja ditambah dengan stress terperangkap dalam jammed ! That is why i need a job around melaka only, hehe. Melaka jammed jugak tapi takdelah teruk sangat based on my practical experience la.

And interview kat restoran tu je, santai2 je, thank god! Ada lebih kurang 20 orang yang interview harini, and aku sesi yang pertama. Aku tengok senarai nama, ada sampai sesi pukul 11 pagi. Sempatlah berkenalan dengan calon2 lain ewah. Mai, Zul dan pikah. They are so talkative ! Memang peramah sangat, that is one of criteria for fast foods management team. Aku je tak seperamah diorang, tapi senang je nak masuk dengan orang2 macamni actually. Tak boleh blah, aku tak dapat pon apa2 email, maybe BK terlepas pandang. Aku cuma dapat mesej je, so macam gelabah bila tengok orang lain keluarkan borang, aku takde borang hahahaha. Luckily Mai ada borang lebih, so time tu jugak aku terhegeh nak isi borang luls.

Takde turn interview pon, siapa sampai dulu, dia lah yang pergi dulu kan. So aku punya giliran yang last antara berempat tu. Mula2 zul, lepastu mai, lepastu pikah. Masa tunggu turn tu, tetiba aku rasa berdebar dan takut. Hahaha. Seriously aku tak rasa takut sikit pon sebelum tu sebab i just want to gain some interview experience only, i didnt expect to get this job. Dahlah memang tak prepare sangat. 

And macam biasa, iv dimulakan dengan dia suruh aku memperkenalkan diri dalam bahasa inggeris. Bila sampai part aku tinggal kat melaka, dia terus potong, melaka katne? eh eh tetiba terus berborak pulak LOL. Aku nampak dia tulis kat borang penilaian aku kan, good in english bhahahaha! Tahu tak the words in english yang aku sempat sebut ialah : My name is Aqilah. Currently I live in Melaka...tetiba dia menyampuk. Hah lepastu terus speaking malay je uolllssss. Sebab lepastu dia mintak resume dia baca resume jelah. Sijil2 semua langsung dia tak tengok.

And soalan dia cuma, apa experience yang aku ada. Aku cakap tak pernah kerja fast food. Dia tanya praktikal buat apa, aku cerita2 sikit2 pengalaman intern aku lepastu dia cakap,

"QA tu saya tahu, tu kerja office tu. Tahu tak kerja fast food ni susah dan penat, takde cuti, weekend tak cuti, kena kerja shift balik 2-3 pagi, kena maki dengan boss, kerja macam nepal. Awak masuk je saya suruh cuci longkang, cuci periuk, kutip sapu sampah tengah2 jalan tu hah. Saya bukan nak takutkan tapi itu adalah realiti". 

Bila dia cakap macamtu maybe muka aku ketara kot berubah. Berubah macam aku takut2 nak kerja fast food haha. Ya, aku tahu. Kerja fast food ni fizikal dan mental kena kuat. Tapi taktahu kenapa, aku teringin nak cuba, sementara muda ni takde salahnya pelbagaikan pengalaman. Lagi senang nak mintak kerja kat tempat lain bila dah ada pengalaman (lol ada niat dah nak tukar kerja, baru iv). Dan dia cakap aku menepati kriteria sebab lulusan foodtech tapi kelemahan aku ialah takde pengalaman dan aku jelas takut2 LOL. Tapi lepastu aku cakap, maybe saya boleh try dulu sebab belum cuba belum tahu lol.

Bila aku cakap macamtu, dia gelak2 pastu terus tengok pointer aku. 
"Hahh ni budak pandai. Confirm lari ni kalau tak tahan sebab senang dapat kerja. Kalau awk grad dengan pointer 2.1 ke, 2.3 ke mesti awk stay sebab takde kerja" . Bhahaha she knows well. Tu ayat interviewer tau bukan aku punya ayat, ada je yang grad 4flat pon still tak dapat kerja, orang cakap social skill tu lebih penting dari pointer. Siap cakap "hekelehh apalah gunanya pointer tinggi2 kalau nak bercakap pon terketaq". Dengar sini ya saya nak bagitahu, yes social skill itu penting tapi pointer itu penting jugak untuk first impression oleh employer! Sebelum disenarai pendekkan untuk interview, of course mereka akan tengok pointer dulu okeh. Yang tak habis belajar lagi tu jangan nak percaya dengan seniors korang yang cakap macamtu, jahat betul punahkan semangat orang. Teruskan je goals korang. Pointer penting k. Kalau tanya aku, aku takkan cakap macamtu, bagi aku pointer itu sangat penting sambil kita perbaiki apa yang kurang pada social skills atau communication skill kita.
Bila dia tanya kenapa aku dtg interview ni, aku cakap dengan jujurnya aku cuma nak pengalaman interview because this is my first job interview. (Jangan tiru jawapan ini jika anda benar2 memerlukan kerja lol) Sebab kemungkinan untuk anda ditolak tu memang tinggi lah kalau bagi jawapan cenggini hah.

Dan macam2 lagi lah dia tanya2, dia explain time training kena buat apa semua. Awal2 tadi tu dia takutkan aku, bila dah last2 tu, dia macam 'pujuk' aku balik. Dia cakap kerja teruk tapi kerja macam biasa buat kat rumah je, takdelah sampai kena panjat bumbung. ewah tadi awal2 cakap nak suruh aku sapu sampah cuci longkang lap tingkap kerja macam nepal! tetiba takdelah teruk sangat pulak. hahaha. And dia cakap kena la belajar hidup bersusah, tetiba dia story plak pasal pengalaman dia yang merantau. Bermula dari motor je, tidur kat kaki lima sampailah sekarang dah ada rumah sendiri kereta sendiri. So inspired me to learn more about the value of life.

Dan bebel dan bebel lagi. Awal2 tu dia macam tak nak terima aku la sebab zero experience tapi dia cakap dgn kelulusan yang aku ada blabla, kemungkinan utk aku memberi masalah tu kurang lah. Akhirnya dia cakap hire aku Alhamdulillah. My first job interview started very well. Smooth sangat, Allah mudahkan segalanya. Sebenarnya bila first interview dah berjaya, ianya akan memotivasikan lagi diri aku. Rasa permulaan kehidupan untuk memulakan kerjaya bermula dengan baik. Cuma aku still berfikir dan masih beristikharah, aku taktahu nak accept atau tidak.

Dan actually dalam tempoh training tu je pon dah banyak yang aku boleh belajar, flow dia camni. Mula2 jadi kuli buat semua kerja seminggu, then selebihnya akan belajar tentang pengurusan restaurant dengan manager situ. Seminggu sebelum habis training, aku dipertanggungjawabkan untuk buat semuanya sendiri, kawal shift, make sure semua datang kerja, blabla lah hape bende semua buat sendiri. Great experience kot ! Jadi kuli dan jadi bos. Dia cakap kalau aku mampu habiskan sebulan setengah tu memang aku akan jadi kuat lah kiranya lol. Lepas training aku akan dihantar ke mana2 outlet yang aku nak, so kemungkinan besar untuk dapat kerja dalam melaka itu tinggi! Jujur jugak aku cakap saya apply sebab saya nak kerja melaka, tak payah susah2 fikir cari rumah ke apa. Duit pon save kihkih. Aku pon penat dah melongo kat rumah. haha. Gaji pon not bad, sesuai lah dengan fresh grad yang blur takde pengalaman apa2 ni.

Sebenarnya...hati ini masih malas nak kerja KAH! sila lempang diri sendiri. Adakah aku terima kerja ini? Nantikan update wkwkwkwk.

Bye!


Saturday, August 20, 2016

Japan 2016 part 2 : Amazing Tokyo

Assalamualaikum. 

Cuba sedaya upaya untuk update blog selagi masih ada ruang dan peluang sebelum busy dengan benda lain dan juga terlupa maklumlah dah tua.

Untuk first day di Tokyo, kitorang cover tempat2 yang menjadi tarikan pelancong. Yang paling femes lah kiranya. Actually banyak jugak tak dapat cover, sebab bandar Tokyo ni besar, berkali kali ganda lebih besar dari bandar KL tu. Canggih pulak tuu, metropolitan kann ahaks. Contohnya tak dapat pergi Roppongi, Ginza, Yokohama etc sebab mula2 memang nak masukkan dalam itinerary tapi hmm tak dapek lah nak. Kena tinggal terus kat tokyo agaknya kalau nak pusing satu tokyo haha.

First destination, Shibuya.
Apa yang famous di sini adalah Hachiko statue dan juga Shibuya crossing. 


Infront of Shibuya station.


 Shibuya crossing. Dua kali kot crossing, siap buat video tapi bila tengok balik. Tah hape2 je video kitorg buat. malas nak upload kahkah.

Orang lain cross, kite pon cross jelahh. Taktahu yg ramai2 crossing tu sebenarnya macam kitorang yang saje2 je atau memang diorang nak cross time tu hahaha.

Shibuya crossing ni merupakan laluan pejalan kaki yang paling tersibuk di dunia ! Ianya juga adalah lokasi penggambaran untuk filem Fast and Furious: Tokyo Drift (yeke. Tak minat pon filem2 aksi ni) Setiap kali lampu merah je, orang dari pelbagai sudut kiri kanan depan belakang akan melintas secara serentak. memang daebakkk ! Time ktorg pergi ni tak ramai sangat orang, sebab maybe masih awal kot. So tak berapa thrill hahaha. Katanya untuk mendapatkan shot yang paling terbaik adalah dari tingkat 2 starbucks. Tapi malas lah kan, baik aku google je. Aku bukan photographer pon wakaka.

Gambar google.
Honestly taktahu apa yang special. Mungkin tak menghayati, setiap kali ke tempat tumpuan pelancong je, mesti aku akan fikir, apa yang best nye sampai orang ramai sangat, aku tengok takde mende ape pon. bhahaha. 

Seterusnya, ke Hachiko statue. 
Ni pon beratur orang nak bergambar. Bila lepas sorang2 habis bergambar, cepat2 menyelit masuk. Aku dah tengok english version cerita pasal Hachiko ni. Memang sedihh sangat2 serius memang menangis tengok filem ni. Mengisahkan tentang seekor anjing yang sangat setia bernama Hachiko. Setiap hari Hachi akan tunggu tuan dia, seorang professor bernama Hidesaburo Ueno pulang dari kerja kat Shibuya station. Memang semua orang yang kerja kat station tu kenal dah Hachiko, dia takkan balik selagi tuan dia tu belum sampai. One day, professor tu meninggal ketika sedang bagi lecture. Hachiko masih setia tunggu tuan dia balik. Selama 9 tahun Hachiko tunggu tuan dia kat Shibuya train station, yela manalaa dia tahu tuan dia tu dah mati. Alahaii sedihhhh :( Sampailah akhirnya Hachi mati. So tugu tu dibuat sempena memperingati Hachiko, seekor anjing yang setia.



Kat Shibuya jugak, ktorang ke Tourist information centre dan tanya kat mana boleh beli Tokyo metro pass. The staff suruh kitorang ke BIC Camera store untuk purchase. Kena tunjuk passport sebab diskaun pass ni untuk pelancong saje. Kelebihan pass ini ialah, dengan hanya 1,200 JPY (RM 48) untuk 48 hours, kite boleh naik all tokyo metro and Toei Subway lines. So untuk 2 hari jalan2 kat Tokyo, bolehlaa saving sikit kan. haha. More info can visit Tokyo Metro Discount ticket.

Next, Harajuku.
Yang paling menarik kat Harajuku ni semestinya street fashion di Takeshita street. Orang cakap, setiap Ahad akan ada ramai bebudak remaja akan cosplay pakaian pelik2 macam anime, lah ape2 la, aku taktahu pebende haha. Tapi time ktorg pergi takde pon ! Maybe sebab awal lagi kot, jumpa sorang je makcik pakai pelik. haha. Diorang ni lagi happy kalau pelancong2 nak bergambar. 


Ni lah makcik pelik tu haha. Ramai gak nak bergambar dengan dia.

Tokyu Plaza Omotesando. Unik sebab dia ada cermin2 macamtu. Ktorang naik eskalator tu lepastu turun. Taktahu lah plaza tu ada apa, baju2 lah kot, fashionista stuffs maybe.

Sambil selpie menyelpi (RIP my bahasa)

 Banyak jugak shopping complex tapi tak masuk pon lah. Nak kejar masa lagipun mahal nak oi. Mak jemah tak mampu.

Jalan2 sepanjang takeshita street, and masuk kedai candy. ramai betul orangg, kena beratur.


Macam kain tuala. Nasib baik tulis candy tu haha.

Tapi sebenarnya ktorang aim cotton candy kaler2 ni je hahaha. Harga 600 JPY (RM 24).

And tak lengkaplah kunjungan ke Harajuku kalau tak try crepe. Banyak betul kedai crepe.

 Dan macam2 perisa crepe yang ada. Mostly restaurants/stalls kat Jepun ni mesti akan ada display makanan macamni. Look real ! Nampak sedapp sangatt. Aku suka tengok cara diorang display.

Banana chocolate crepe. Sedaplahh jugak, tak terlalu manis sangat. Krim tu pon tak muak bila makan. Harga 390 JPY (RM 16).

Dan kitorang shopping sikit2 lah dekat Daiso hahaha. Daiso sini kira murah lah sikit sebab hanya 100 JPY (RM 4) satu barang. Daiso kat Harajuku  4 tingkat woi. Dapat beli green tea, I love japanese green tea ! Rasa sedap lagi dari brand BOH yang slalu aku minum. Adalah jugak masuk dan tengok kedai2 lain, beli coklat sikit dengan mask (to repair sunburnt skin kononlah). Souvenirs agak mahal kat sini.

 Infront of Harajuku station.

Penghujung Takeshita street.
Takeshita street ni cuma satu lorong jalan yang penuh dengan manusia dan macam2 kedai ada ! Banyak jugak baju2 dan fesyen2 macam pelik2 tu. Macam hantu pon ada hahaha. Banyak dijual fesyen2 yang macam anime, gothic laa ape la. Barangan dia pon banyak yang pelik2 ape tah. 

Masa ni, dah penat gilers dengan panas membahang lagi. So kitorang jalan kaki lagii ke Tokyo Cami Mosque. Masjid paling besar di Japan. Paling besar di Japan, tapi kecikk je sebenarnya (yelah sebab masjid Malaysia kan besor2 belaka). So dapatlah solat kat sini sambil meregangkan kaki haha.


Bawah masjid tu, ada gallery. Ada laa pameran sikit2 and ada jugak cenderamata kalau nak beli. Jumpa jugak dengan sorang akak indonesia, dia tegur ktorg. Lepastu borak2 sikit, dia siap add fesbuk and ajak ambik gamba sama2. Sila ke Jakartaa, kata akak itu. Setiap islam itu kan bersaudaraa.



Next, ktorang ke Shin Okubo, Japan's Korean Town. Pergh memang heaven datang sini sebab aku bolehla tahan layan kpop jugak kan hahaha. Setiap kedai banyak betul jual kpop merchandises, sebut je group apa. Exo, infinite, vixx, seventeen, IOI, snsd, suju, BTS, semua ada hahaha. Tapi even aku layan kpop, aku tak pernah membazir beli kpop merchandise baik di Malaysia mahupun di Jepun. Tak sefanatik itu. Tapi best jugaklah masuk kedai2 dengar muzik, boleh tahu lagu siapa lol. So ktorg masuk kedai2 kpop tu tengok2 jelah cuci mata.
Selain kpop, korea juga terkenal dengan barang cosmetics ! Banyak betul barangan dan kedai2 cosmetics! Dahlah comel2 cute, geram tengok. haha. Dan shopping sikit mcm losyen, mist dengan mask tu pon grab yang ada offer hahaha. Kalau kat korea lagi murah kk cosmetics (ish bila la nak pi korea).

Comellllll sgt hand cream ni macam nak gigit2 je haha. Dan banyak lagi benda comel2 and bau sedap gilers tapi bila convert brg2 selalu beli mcm aloe vera tu, lebih kurang sama je dengan harga kat Malaysia, cuma tak membeli sebab takde peruntukan untuk cosmetics haha.

Next, ktorang gerak ke Asakusa. Kat sini ada sensoji temple, taktahu lah temple pebende haha. Ambik gamba kat luar je, malas nak masuk. Ramai bangatt pelancong (tetiba terjangkit akak indon tadi). Sepanjang jalan nak ke temple tu jugak, kiri kanan penuh kedai jual cenderamata. Hahh, tempat ni lah paling sesuai kalau nak beli souvenirs sebab sini je paling murah. Murah2 pon mahal jugak haha. Tapi sbg kenangan beli jelah fridge magnet dengan keychain sikit. Ktorg beli 2 buah fridge magnet dengan 3 biji handphone keychain yang halus tu je dah berharga 1100 JPY (RM 44). Tak silap aku satu fridge magnet tu dalam 350 JPY (RM14) la paling murah.


 Ramai beratur nak masuk dalam temple ni..

 Dah penat sepanjang hari jalan kaki.

 Malas nak google sensoji temple ni pebende sebenarnya. Adelah tu kepercayaan2 diorang kan. Datang sini pon sebab tempat tumpuan pelancong wakaka.

 I found another foods display ! Hari first je eksaited tangkap gamba, lepastu bersepah kedai ade display macamni, lama2 pandang je dah malas nak snap gamba haha.

Kenapa pakcik patung ni macamni..Dia nak tahan apa sebenarnya..Again malas nak ambik tahu. Time ni macam takde feeling sangat sebab dah penat.

Kedai ramen. Kecik je kedainya, dua tingkat dan ada ruang untuk bersolat. 

Kos 3 mangkuk ramen dengan sepiring ayam goreng adalah 2900 JPY (RM 116). Satu mangkuk paling murah lebih kurang 700 JPY (RM 28). Hahh sebab tu untuk entry budget, aku tak masukkan makanan dan souvenirs sebab ianya adalah option depends pada budget yang ada. Nak jimat, jadi kedekut dengan tidak membeli apa2 souvenirs/tidak makan di kedai hahaha. Ayam goreng tu sedap, ramen tu seriously aku tak boleh terima, weird taste. hahaha. Tapi aku habiskan jugaklah sebab lapar and sayang kalo membazir. Liah tak habis banyak pulak tu, sejak itu makan kat mana2 kedai ktorg share je. Tamak nak sorang satu tapi tak habis luls.

Last destination, ktorang gerak ke Tokyo skytree. Boleh tengok pemandangan seluruh Tokyo bila naik atas ni. Memang dah plan tak nak naik atas pun sejak awal. First, sebab mahal. Second, korang boleh tengok pemandangan seluruh Tokyo secara percuma di Tokyo Metropolitan Government Building di Shinjuku. Mengapa berbelanja lebih sedangkan ianya hanyalah benda yang sama. Tengok benda yang sama je pon. But our bad, memang plan nak pergi building tu tapi hari Ahad bangunan tutup and esoknya boleh pergi tapi ktorang macam tak sempat dan terlalu penat. So....Ktorang pon tak check awal2 bila bangunan tu tutup.

On the way ke Tokyo Skytree, jalan2 kat taman pebenda da aku pon taktahu (even masa tu kaki rasa nak tercabut dah) Kononnya tunggu malam sikit, so cantiklah kan bila tengok skytree tu pada waktu malam haha. 


 Excuse mokcun's face. Nampak tak atas bangunan tu, macam bentuk tahi ! haha 
selekeh je.


Ktorang cari banyak tempat nak cari best shot. Mula2 sampai kat satu tempat tak cantik. Melintas jalan. Jalan lagi. Jalan jalan jalan. Kalau datang Jepun stamina kena tinggi ! 


Selfie feat angin kuat. Nasib baik tak hujan.
Ktorg jadi macam manusia pelik je, demi mendapatkan shot yang terbaik siap duduk2 atas jalan, diri tengah2 jalan. Orang pandang pehall lahh bebudak nii. Tapi takpelah bukannya orang jepun tu kenal ktorg pon bhahaha.


Bergamba bergamba dan lepastu bolehlaa balik. Sampai rumah makan maggi sobs.
Balik dah malam, tapi still rasa macam selamat jugak sebab orang sentiasa ramai. 

Okay will continue with amazing Tokyo part 2 next entry, bye !

Satu entry ambik masa 3 hari sebab buat sikit2, laptop aku dahlah selalu jammed! Damn ! Apa pun laptop ni banyak jasa pada aku, 4 tahun habiskan degree dia lah setia menemani buat assignment. tengok movie. buat fyp. screen rosak saat2 genting. hahaha! emotional.


Read previous entry : Hello Japan







Thursday, August 18, 2016

Japan 2016 part 1 : Hello Japan

Assalamualaikum.

Flight ktorg ke Tokyo Haneda pukul 2.30 pm, and taktahu lah time tu memang tak ramai orang kot. Sunyi je after masuk kat gate perlepasan tu. Liah looked excited maklumlah first time naik flight wakaka.

Sunyi ! Takde orang time ni. 


Jumpa wani kat famous amous, thank you belanja cookies ! haha. Moga makin murah rezeki. Siapa yang nak fly tu, sebelum masuk boarding gate singgah lah famous amous kk. Sebut nama qilanisa, nanti wani bagi diskaun hahaha (k tipu je).

Alhamdulillah flight tak delay ke apa2. Dalam flight kebanyakkannya orang Jepun, ada lah jugak beberapa group orang Malaysia. Kat Jepun ramai jugak jumpa orang Malaysia tapi ramai jugak yang macam sombong, ada jugak yang senyum balik kat kita. Yelaaa yang bercuti ke Jepun tu kan orang kaya2 gitu. Mana tanding ktorg rakyat bawahan ni. Kat Harajuku jumpa Malaysian hipster gila dengan spek hitam dan kamera mahal sangkut kat leher (tapi shopping kat daiso gak), tu mesti geng2 insta famous hahaha. Ktorang je rileks ambik gamba pakai henfon je guys, liah paling win pakai henfon buruk. Nasib fon aku gambar oke la, bolehla nampak rupa orang dari takde wakaka. Hashtag bersyukur apa adanya haha.


In flight meal, Nasi lemak Pak Nasser. Sedap! Ke sebab aku tengah lapar kot semua jadi sedap haha. Dalam flight, tidur. Bangun. Tidur. Makan. Tidur lagi. Sempat gelakkan orang kerusi sebelah. Ada sorang mamat jepun ni hensem gilaa, melting jugaklah dibuatnya, sekali dia tidur ternganga nganga, penat aku dengan liah gelak. Sorry bang, and thank you jadi hiburan ktorg luls.


Alhamdulillah selamat sampai Jepun lebih kurang pukul 11 malam. Lega sangat ! Rasa lama sangat nak sampai. Aku expect sampai dalam pukul 8 macamtu. 

Kat immigration takde apa2 masalah Alhamdulillah, kat kastam pon okay je semua. Maybe sebab takde declare apa2 kat borang kastam tu. Yela bukan ade mende sangat bawak dalam beg, setakat baju je, makanan pon tak banyak. So time isi borang tu aku tick NOOOOO je semua so senang lepas kat kastam tu haha. Nasib baik dia percaya je kan, takdelah dia nak bukak check beg ke apa semua. 

Kat Arrival Hall terus jumpa nunun. Kejar train pukul 11.20 pm, maka lari2 lah jugak. Nasib baik sempat singgah toilet, sebab aku memang taknak guna toilet dalam flight. Geli wei bhahaha.

Sebelum naik train. Ni je gamba yang ada haha.

Sampai Gyotoku station, jalan dalam 5 minit sampai rumah. Okay time to sleep.

Continue next entry, bye !


Read previous entry : Itinerary, tips dan budget

Wednesday, August 17, 2016

Japan 2016 : Itinerary, tips dan budget

Assalamualaikum and hello everybadeyyy !

I would like to share about my trip to Japan, Alhamdulillah ! Nanti aku update lah entry setiap destinasi kami cewah InshaaAllah. Laa ni busy mencari kerja, dah taknak tangguh lagi. Banyak dah masa haku terbuang semata-mata untuk trip ini heheh. Mood update entry pon belom datang pahal tah malas sangatt.

Trip ni kitorang sisters 3 beradik je, kesian amal tak ikut hahaha. Takpelah ko pi lain kali jelah. First time jugaklah without our parents ke luar negara. Dahla from Malaysia aku dengan liah je, serius seram jugaklaaa hahahahaha. Tapi Alhamdulillah everything went well syukur sangat2.

First, itinerary dan budget.

10 hari 9 malam itinerary (Details akan dibuat next next entry haha)

Sabtu, 6 August 2016

Flight from KLIA2 to Tokyo at 2.30 pm. Sampai Tokyo Haneda airport pukul 11 malam macamtu. Sakit jugaklah pinggang duduk tegakk je luls.

Ahad, 7 August 2016
  • Shibuya (Hachiko statue, shibuya crossing)
  • Harajuku (Takeshita street)
  • Tokyo Cami mosque
  • Shin Okubo - korean town
  • Asakusa (sensoji temple, makan ramen, souvenirs)
  • Tokyo skytree
Isnin, 8 August 2016
  • Ueno (lotus park, ameyoko, ueno park)
  • Nippori (shopping japanese cotton haha)
  • Akihabara (electronics and gadgets)
  • Odaiba (rainbow bridge, statue of liberty, ferris wheel, gundam robot model)
Selasa, 9 August 2016
  • Kawaguchiko (sightseeing mount fuji)
Rabu, 10 August 2016
  • Tokyo Disneyland
Khamis, 11 August 2016
  • Going to Osaka by flight, sleep at Osaka airport
Jumaat, 12 August 2016
  • Kyoto (Arashiyama bamboo groove, Fushimi Inari Taisha)
Sabtu, 13 August 2016
  • Umeda sky building floating garden observatory
  • HEP Five Ferris wheel
  • Osaka Science Museum
  • Osaka museum of housing and living
  • Jalan2 sekitar Dotonbori
  • Tombori River cruise
Ahad, 14 August 2016
  • Osaka Castle museum
  • Tsukenkaku tower
  • Tempozan Giant Ferris wheel
  • Cruise ship santa maria day cruise
Isnin, 15 August 2016
  • Going back to Malaysia

Untuk budget, ramai je tanya budget berapa, sebenarnya ktorg takdelah buat bajet sangat pon. Maybe sebab duit parents kot, kalau duit sendiri tu mestilah lebih tahu budget kan bhahaha. Yelaaa pasni kumpul duit sendiri bole jalan korea plak muahaha. Umrah plak tunggu pegi dengan suami wakaka (tu pon kalo aku kawen lah lol)

10 hari 9 malam budget (for one person) :

1. Tiket Air Asia from KLIA2 - Tokyo Haneda Airport, Osaka Kansai - KLIA2 = RM1,399
(Actually kalau time promotion boleh dpt murah lagi. Kurang dari 1k kata backpackers yang dapat pegi dengan murah)

2. Tiket flight Tokyo - Osaka = 6,666 JPY (RM 264)

3. Kos penginapan di Osaka 3 malam = 9,000 JPY (RM 356)

4. Osaka amazing pass = 3,000 JPY (RM 118)

5. Tokyo Metro subway pass = 1,200 JPY (RM  47)

6. Tokyo disneyland ticket = 7,400 JPY (RM 293)

7. Tiket bas pergi balik Shibuya-Kawaguchiko = 3,600 JPY (RM 142)
Tapi kitorang terlepas bas, beli tiket baru. Melayang 5,000 JPY utk 3 orang haha.

8. Luggage storage at Namba station (coin locker) = 700 JPY (RM 27)
Makin besar locker, makin mahal harga. Kalau muat, share lah satu coin locker tu untuk beberapa beg

10. Transportation cost = 8,000 JPY (RM 316)
(Top up kad suica lebih kurang 8,000 JPY sorang. Tapi kad suica ni boleh guna untuk beli barang kat vending machine and convenience stores. Kitorang selalu jugak touch kad ni sesedap rasa hahaha so exact amount untuk transport aku malas nak kira, kalau nak tahu betul2 berapa harga transport boleh refer hyperdia - baca tips bawah) 

Total budget adalah : RM 3,000 apabila dibundarkan untuk seorang (Tak include kos makanan, souvenirs dan penginapan di Tokyo sebab ktorg stay rumah nunun kat Tokyo) . Kalau nak betul2 makan dan membeli bole tambah lagi RM 2,000 kot hahaha.

Few tips. Sebenarnya tak layak pun nak bagi tips, so kira ni aku share jelah pengalaman aku. Lain org lain pengalamannya, lain dugaannya, ye dak. Aku share jugaklah website2 yang aku bookmark as references. Kot2 pasni ktorg nak pergi lagi boleh refer je entry lama gituu haha. Kalau my family yang lain nak pergi lepasni boleh refer blog I jew mihmihmih. Orang lain nak refer pon bolehh.

1. Jepun negara bermusim, so kena lah tahu jugak tarikh yang kita nak pergi tu time musim apa. Janganlah time summer ko pi bawak coat tebal kejadahnye pengsan pulakk haa dehydration. Atau winter ko pi pakai baju nipis tak ke frozen dibuatnya. Selain tu ada banyak juga masa2 yang sebolehnya kita elakkan because of high crowds contohnya golden week, summer school holiday atau rainy season. Boleh tengok sini - When to travel to Japan. Contohnya kalau hujan tu kan membazir kalau ko pi disneyland bayar mahal2 lepastu banyak attractions yang tutup.

2. Transport. Boleh gunakan kad ala2 touch n go, banyak jenis kad ni. Ada suica, pasmo etc. Kita just top up je kad ni, and setiap kali nak naik train tu just touch and lepastu go. haha. Boleh je kalau nak beli tiket tapi leceh la. kalau 5 kali naik train, 5 kali la ko kena pi beli tiket. Better beli je kad ni utk melancarkan perjalanan. Kalau beli barang di convenience store dan nak beli air kat vending machine pon boleh jugak guna ya kad suica ni.


Mesin untuk top up kad suica. Ada english version, ikut ja arahan. Kalau takde tu mintaklaa tolong pak guard yang jaga kat setiap station tu. Diorang tolong je InshaaAllah haha. Kalau diorang tak paham english buatlah bahasa isyarat. Tunjuk duit, tunjuk mesin dia paham kot bhaha. Tu aku pernah baca kat blog travel, dorang communicate guna bahasa isyarat je.


Setiap kali nak guna train, touch card/masukkan tiket dalam mesin tu. Ada 2 kali touch, time nak masuk and time nak keluar.

3. Discount card. banyak gilaaaaa discount pass untuk pelancong. Aku sebelum pi sana puaslah aku baca dan pahamkan satu2 fungsi pass tu. So kalau nak jimat, korang buat research la eah tentang discount pass di Jepun. Aku nak attach skali link dah tak ingat da mana2 link. Contoh discount pass yang kami guna adalah Tokyo subway 48 hour pass dan Osaka amazing pass . Setiap function pass yang ktorang guna ni akan ku cerita di lain entry so stay tuned bhahaa (macam ado org bace je ko ni perasan). 
Tapi memang kita akan dapat penjimatan yang sangat hebat wei kalau guna pass ni so janganlah malas buat research. Ni aku sendiri yang buat research utk discount pass, nunun pon taktau pada mulanya kekekeke. Tapi kalau korang kayo tak pedulik lah berapa pun harga, sukahati lah. Cuma diorang dah nak bagi discount, yang pi bayar full price tu jadahhnye.


Osaka amazing pass yang sangat terbaik ! Kalau takde kad ni, konfemlaa tak masuk punye banyak2 tempat kat Osaka. Dengan kad ini, hanya 3000 JPY untuk 2 hari. Boleh masuk ke lebih 28 tempat di Osaka secara percuma dan free ride subway new tram and bus sekitar Osaka. Dan baaanyak lagi tempat dan restaurant yang dapat diskaun kalau guna kad ni. Tapi ktorg pergi yang free entrance jelah hehehe tu pon tak banyak tempat yang dapat cover. Kalau purchase kad ni, dapat guide book sekali, siap peta semua. Ikut je guide book tu. Recommended ! Boleh beli kat tourist information centre kat Kansai airport.

4. Bahasa. Okay ni aku pass. Semua komunikasi terletak pada nunun sebab dia paham Japan. Kebanyakkan depa memang tak boleh speaking english so pepandai lah nak communicate kalau tak pandai ckp jepun haha. Tapi yg kat tourist information centre atau kat airport tu kebanyakkannya boleh leerr cakap english. But dont worry, kebanyakkan signboard ada tulisan rumi so boleh paham la hahaha. Kadang2 english diorang macam susah sikit nak paham.
And even english sign diorang macam banyak salah jugaklah. Contohnya aku penah nampak "SMORKING AREA".


Baca ayat no 2 tu..
 Apa pun aku bukan nak condemn lah. Bagus lah sebab banyak gak tempat yang ada english, at least diorg peka dengan pelancong2. Still boleh difahami, okey lah tuu. English aku pon tunggang langgang bhaha. Nak cerita je pengalaman akuu gituu.

5. Untuk kos tambang, jadual train dan line apa nak kena naik, station apa nak kena turun dan sebagainyaa, boleh refer www.hyperdia.com. Hahh ni yang aku cakap tadi. Dari situ kita boleh agak kos transport kte berapa, dan boleh plan jadual perjalanan kita sebab siap dengan arrival time semua skali lahh. And janji jepun ni bukan macam janji melayu, beli tiket bas pukul 8 malam, pukul 11 malam baru sampai, nama je bas cepat express tapi lembab bhahaha. Mereka sangat menepati masa, satu sikap yang sangat perlu dicontohi. Guna google maps pon boleh jugak.

Seriously memang pening sebab banyak gilaaa line ! Actually kalau betul2 ikut maps tu InshaaAllah tak sesat. Nunun dah biasa guna, so jaranglaa sesat. Kalau aku buat sendiri betul2 pon kalau ikut maps boleh je kot haha. Kalau pasni nak pi Japan lagi atau pergi ke Korea yang system sama macamni boleh try sendiri kehkeh. Cuma possibility untuk sesat tu memang tinggi hahaha.


Contoh aku guna hyperdia, aku nak pergi ke Harajuku from Gyotoku. Taip je departure kat Gyotoku and arrival kat Harajuku. Lepastu dia akan keluar bebanyak routes, pilih jelah nak routes yang mana. 

Ni kalau guna google maps. Kalau line tu lain kaler maknanya kena tukar train.
Kat Gyotoku station cari Tozai line, sampai Otemachi station tu tukar plak ke Chiyoda line. 

So biasanya kalau nak ke satu2 tempat tu memang akan 2, 3 kali tukar train. Nanti dalam train tu ada la suara akan beritahu kita dah sampai station mana dalam bahasa jepun and english. So alert lah, atau kadang2 ada screen kat atas dinding train so kita tahu la kita dah sampai station mana. 

6. Makanan. Kitorg tak bawak banyak sgt makanan sebab ktorg memang plan nak lunch kat luar. Dinner je masak sendiri (rajin ke tu). Kat osaka malas masak so makan luar jugak. Tapi bawaklah jugak sardin, roti, biskut, maggi, makanan2 dalm tin. Kalau yang plan nak jimat kan kos makanan bolehla bawak sambal kering, serunding, beras, susu, bawang, halia lol ke apa2 lah. Kalau ada bajet lebih bolehla makan luar tak payah memberatkan beg huhu.

7. Mulai 1 Julai 2013, kita dah tak perlu apply visa ke negara Jepun lagi. Kalau kita pemegang passport biometric dan menepati piawaian ICAO standard (pemegang passport yang dibuat selepas Feb 2010), kita akan diberikan VOA (visa of arrival) sebelum masuk ke Jepun. Katanya untuk menarik lebih ramai lagi pelancong hahh tak payah la susah2 apply visa. Welcome to Japannn.
Sebab ramai yang masih ingat Jepun kena apply visa. Tak payah dahh okay.

Other entries will be up soon, InshaaAllah.

Bye !


Read previous entry : Pengalaman di Jepun 2016


Tuesday, August 16, 2016

Pengalaman di Jepun 2016

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berpeluang menjejakkan kaki ke Jepun selama lebih kurang 10 hari. Dapat cover Tokyo dan Osaka. Banyak sangat pengalaman yang aku dapat. Terasa tahap kematangan diri ini meningkat satu level lagi lol. Alhamdulillah best jugak dapat tengok tempat orang. Dapat tengok gaya hidup orang Jepun yang memang terkenal dengan budaya dan sikap disiplin yang tinggi. Sejauh manakah kebenarannya ? kahh.
Sementara menunggu untuk entry lain, aku list kan beberapa perkara baru/pengalaman untuk dikongsi bersama ewah. 


1. Panas.

Seriously penat berjalan kaki dengan musim panas. Panas di Jepun adalah panas dan lembab so memang sekejap je dah berpeluh MasyaaAllah tuhan je yang tahu hahaha. Pukul 5 pagi dah terang benderang macam pukul 8 pagi dan pukul 9 pagi tu dah panas terik macam pukul 12 tengahhari. Subuh pukul 3-4 pagi, and ktorg biasanya keluar rumah pukul 9-10 pagi sebab tido balik lepas subuh lepastu malas nak bangun awal haha.

35 degree celcius di Kyoto. Kulit muka aku pedih gila even dah pakai sunblock pon tak function dah rasanya haha.

6 am. Terang macam pukul 8 pagi dah. 



2. Helpful and friendly Japanese peoples

Jepun kan sangat besar, kadang2 ktorg sesat jugak. And setiap kali sesat tu mesti bertanya kat orang, and they are very helpful! Dahlah muka senyumm je. Baikk sangat. Kalau sesiapa datang Jepun nak mintak tolong kan, sesat ke ape ke. Tanya je kat orang station tu hahaha. InshaaAllah diorang sangat membantu. Setakat ni tak pernah sekali pon kami dilayan dengan muka masam atau macam malas nak layan. Kat Disneyland haritu, ktorg nak solat and staff kat situ sangat baik and bagi ktorg solat je tepi2 tu. And takde pon yang pandang pelik. Diorang lalu pandang gitu je. Seriously aku suka dengan orang2 sini. Diorang tak ambik tahu hal orang lain dan muka senyum je especially Disneyland staffs ! Nanti aku cerita about their staffs in disneyland entry hehe.

3. Bersih.

Susah sangat nak tengok sampah bertaburan tepi jalan. Bersih sangat sangat sangat. Padahal tong sampah susah nak cari kot! Panas jugak hati aku ni kadang2 susah nau nak jumpa tong sampah terpaksa pegang sampah atau simpan dalam beg hahaha. Kat osaka je macam kotor sikit. Bukan kotor lah cuma ada sikit2 nampak sampah. Tapi sampah tu bole dikira dengan jari la. Sikitt sangat. Boleh dikatakan masih sangat bersih.


4. Berdisiplin.

Setiap kali nak naik train ke ape ke. Mesti beratur. Takde pon yang bertolak tolak ke menjerit tak sabar ke. MashaaAllah kagum sangat. Macam mana nak didik masyarakat kita supaya jadi macam ni? Ewah ko kenapa macam menteri plak nak pikir masalah masyarakat dan negara. Luls

Setiap kali naik eskalator, kena beratur sebelah kiri. Kiri untuk org malas macam kitorg hahaha, kanan tu untuk orang yang nak cepat. Tapi Kat Osaka, kanan untuk orang malas, kiri untuk orang yang nak cepat. Kenapa macamtu taktahu plak aku. Maybe lain tempat lainlah budaya nya. 

5. Pemandu yang sangat berhemah.

Setiap kali nak melintas jalan, mesti pemandu akan bagi pejalan kaki jalan dulu. Biasanya kita nak lintas jalan mesti la akan tunggu kereta lalu dulu kan. Tapi kat sini mesti pemandu kereta akan berhenti kan kereta and bagi laluan kat ktorang. Terharu sangat haha padahal masa tu lampu merah untuk pejalan kaki. And even kat jalan sempit pon diorg takkan hon orang yang jalan tengah2. Ada sekali tu aku tengok sorang laki ni jalan tengah2 tapi ada kereta kat belakang dia. Kereta tu takde pon hon2 suruh ketepi woi tapi dia sendiri yang ambik laluan ke tepi sikit.

6. Barang mahal

Sebenarnya bukan barang mahal, nilai ringgit malaysia sebenarnya yang amat rendah berbanding dengan duit mereka. Dengan include tax lagi 8%. So macam tak best lah nak shopping2 sangat ponn. Jepun bukan macam indon, pergi 1 beg pulang dengan 3 beg. Biasanya orang datang bukan untuk membeli belah pon. Contohla nak beli patung doraemon harga yg kecik besaq tapak tangan aku tu dah 500 yen. Kadang2 rasa macam kejadahnya wei mahal sangat bila convert dah dalam rm20, kat kedai dua hengget belakang rumah aku pon ada benda ni hahaha. (Ok tipu je belakang rumah aku mana ada kedai). Kiranya kalau nampak orang indon kat jepun mesti yang betul2 kaya haha.


Terpaksa beli sandal paling murah kat Ameyoko macam pasar2 je sebab kaki aku sakit takleh pakai kasut. Tapi bila convert duit Malaysia dah RM 80. Pasar je weiii adoh. Belum masuk shopping mall lagii.


7. Toilet

Toilet takde paip ! Hahaha. Yang paling worst bila few places yang takde washlet pon. Guna tisu je aiyakk. So pergi mana2 biasanya aku bawak botol kosong kot2 nak guna toilet tetiba takde air pulakk. Toilet yang ada washlet tu aku dah terbiasa guna, nak tak nak terpaksa jelah. Takkan 10 hari tak guna toilet wakaka. Tapi bagusnya tak pernah pon aku jumpa lagi toilet yang kotor, toilet yang tak flushhh yerk even kat public toilet pon bersihh.
Lepas membuang, tekan butang dua atau tiga dari kiri kat tepi tu. Nanti air keluar automatik. Boleh adjust the water pressure, nak kuat ke perlahan. Yang lawak ada certain jamban yang siap keluar macam tangan kayu nak tolong cuci ! Bengong susah2 je nak tolong haha. Yang butang muzik tu boleh tekan kalau nak absorb bunyi time membuang. Kot2 la jenis kentut kuat tu tekan la muzik tu takdela orang sebelah dengar hahahahaha. Canggih la plak jamban dia. Tak sesuai aku haha. Tapi jamban yang ni okay lah ade jugak air. Yang takde air tu memang takleh blah.

8. Solat

Solat je di mana2 tempat yang sunyi. Hahaha. Sebab tak bole expect la ada banyak surau ke masjid sepanjang jalan. Yang penting solat, jangan sebab susah nak cari masjid tiggal solat plak. Pengalaman jugak tu solat merata haha. Tapi rasanya 2 kali je aku solat tepi jalan. Kat kawaguchiko and disneyland. Alhamdulillah makin lama diorang makin peka dengan keperluan muslim. Contohnya di akihabara, ada ruang solat di kedai elektronik Laox. Di Ameyoko, ada surau yang selesa. Di airport narita, haneda dan kansai semua ada surau. Kat certain kedai2 makan muslim pon depa ada Sediakan ruang untuk solat. Di namba tourist info centre pon ada surau. Tapi kat disneyland ktorg solat je tepi2 tu sebab takde surau. Ada yg cakap boleh ke info counter nanti diorg bagi ruang solat cuma tempat besar ktorg malas nak cari haha. Kat tokyo pon ada masjid yang terbesar, Cami mosque.

Masjid di Ameyoko. Nama je masjid, tapi kecikk je. Alhamdulillah ada jugak kan tempat solat yang selesa. Sebab honestly tak khusyuk solat tepi2 jalan haha. Terasa ada 1000 mata memerhati wakaka.

9. Kaya dengan vending machine

Sepanjang jalan bersepah sepah vending machine. Dahlah cuaca panas kann. Gatal je tangan nak beli air sejuk hahaha. Kat tokyo punya vending machine bole touch je kad suica pergh lagi syok kan. Kat osaka setakat yg aku jumpa ade slot utk masukkan duit je. Sebotol air paling murah 100 yen (rm4). So berpada padalah membeli jangan jadi mcm ktorg, sehari 4,5 botol beli air. Hurm terpaksa lah kan dah haus nak wat cemana hahaha.

Macam2 air ada ! Mineral water ada yang berperisa, perisa peach dan lemon. Sedapp, untuk menggalakkan orang minum air mineral kot. Green tea kat jepun memang sangat pure, pahitt haha.

10. Menepati masa

Train dan bus semuanya sangat menepati masa! Tak lambat seminit pon. Ktorg pernah sekali tertinggal bas kat Kawaguchiko. Terlambat 5 minit je terus bas tu dah memang lesap hilang dari pandangan. Pergh melayang jugakla duit terpaksa beli tiket baru dahlah penat berlari haha.

11. Ke mana2 saja menggunakan public transport

Ke ceruk mana pon ktorg nak pergi, mesti ada train/bus. Lepastu jalan kaki. Setakat ni semua guna train la kecuali ke kawaguchiko naik bas. Rasa macam dah kurus sikit tapi sebenarnya tak pun hahaha. Dan pengalaman berhimpit himpit dengan orang jepun macam sardin dalam train takkan dilupakan kahkah. Sabor jelahh mak jemah. Dahlaa tinggi2 semua, tenggelam ktorg dibuatnya. Liah lagila lawak, dahla pendek kesian aku tengok kah! Tempat pemegang dalam train tu tinggi sangat sumpah sakit ketiak lol. Liah tak sampai so dia terpaksa je diri tepi pegang dinding wakaka. Dan orang2 jepun semua jalan laju2 aku taktahu diorg nak kejar apa. Ke memang style depa gitu kot haha. Aku suka gak tengok pakaian kerja orang kat tokyo, semuanya sepesen je. Baju putih je semua. Nampak smart gituu. Kat Osaka aku rasa mcm kampung sikit la. Sebab ramai org tua2 dan susah nak nampak org pakai smart2 mcm kat tokyo haha. Yang hensem smart pon ramai kat Tokyo kahkah.


12. Makanan

Banyak je kedai halal. Kena pandai cari la. Ni sebab aku ikut nunun kan. So makan jelah kedai apa yang dia selalu pegi. Kalau air/aiskrim/coklat/makanan lain2 tu kena tgk ingredients la. Kalau setakat buah, sayur, seafoods, no alcohol tu semua makan je. Even takde cop halal. Halal dari segi bebas dari ingredients yang diharamkan la. Contohnya ktorg makan je burger king tapi ambik fish burger. Tu cara bebudak duk oversea makan kalo semua benda nak cop halal nak makan apa haha. Haritu kesian tengok bebudak study kat korea yang kene bash kat fesbuk sebab cakap depa makan babi. Typical malaysian kemain alim bab2 makan babi padahal peluk makwe cium pakwe baju seksi tu tak haram ke agaknya. Kah!

Kennyasia, kedai makan orang malaysia kat Osaka. Ni nasi goreng sambal, 1200 yen (RM40+) Kalo nak jimat, bawak lah makanan satu luggage. Makanan memang mahal. Mahal bagi kita, tapi standard price untuk diorang la.

13.Berdikari
First time without our parents/ada orang dewasa menemani, walau hakikatnya aku ni dah kategori dewasa la haha. kitorang hanya bertiga beradik je, aku liah dengan nunun. Ramai jugak yang terkejut bila aku cakap kitorg pergi bertiga je, ingatkan pergi dengan family. Aku pon risau jugak mula2, even nunun study situ. Yelah kann tempat orang kan. Tempat sendiri pon macam2 boleh jadi. Alhamdulillah semuanya selamat, Allah permudahkan urusan kami. Takde apa2 perkara yang tak diingini berlaku. Ibu pesan selalu solat hajat and perbanyakkan doa supaya Allah melindungi. Lepas beli je tiket flight, memang dah start solat hajat dan berdoa. Kat blog mana tah cakap, bila kita travel ni, pergantungan dengan Allah tu yang penting. Aku risau je dak liah hilang sebab ramai orang haha. Ibu ayah pesan pimpin tangan liah tu hahahaha. Tapi takde lah pimpin pon, cuma aku make sure dia tak hilang dari pandangan. lol. Disebabkan Jepun susah nak dapat makanan halal, pagi2 dah memasak. Walaupun panaskan makanan dalam tin, rebus telur, buat roti telur je, rasa lah pengalaman tu kalau kat rumah jangan haraplah nak masak pagi2 buta. bhahahahah.


Overall jepun memang best cuma yang tak best nya kat tourist spots tu memang terlalu ramai orang. Rimas pulak haahahaa. Lagipun sekarang kan summer break pergh memang dasyat lah crowds. Tahap kesabaran tu kena tinggi sikit sebab kebanyakkan tempat kena beratur kalau ramai orang. Beratur bukan 5 minit. Paling sekejap pon 30 minit. Kat osaka nak naik Tsukenkaku tower kena beratur 70 minit, terus tak jadi nak naik. Tak sanggup makk! Haha. Kat Disneyland pon beratur nak naik attractions dengan keadaan panas macamtu. Pengalaman tarik luggage ke hulu hilir takkan dilupakan, dengan naik tangga subway macam hape jee haha. Penat macam nak pengsan rasanya. Setiap kali rasa penat macam nak pengsan tu, mesti pesan kat liah "kalau aku pengsan jangan lupa angkat aku". Kah.

Disneyland crowds.

Ameyoko crowds.

Osaka.

 Namba station.

Takeshita street, Harajuku.

p/s

My Japan entries will be up soon, stay tuned.  Sekarang ni busy sikit sebab balik je Malaysia terus dapat email interview invitation, Alhamdulillah. Tak ready apa2 pon, sijil2 pon tah mana2 berterabur wkwkwk. Yang paling sengal aku pon tak ingat pernah apply kerja ni sebab memang before fly haritu aku ada hantar dalam 5 applications macamtu kat jobstreet tapi dengan niat saje2 la kekonon. Tak harap pon dapat lah cuma my friends advice better pergi, kalau pergi dapat gain experience interview. OO betul jugak tu kann. Pray for me! Supaya dapat membina kerjaya cepat2 belanja ibu ayah, beli kereta, ada duit sendiri and paling penting dapat apply ilmu foodtech selama 4 tahun ni untuk ummah dan masa depan negara lol. Tapi yang sebenarnya bosan jugak tanam anggur.
Bye.