CLICK HERE

Thursday, November 20, 2014

Projek koku : Be leader


Assalamualaikum.
Sabtu - 15 November 2014.
Projek koku khidmat masyarakat “Be Leader” di SK Kuala Besut.
Untuk projek ni, bukan kitorang yang pilih tapi dah ditetapkan oleh pihak UniSZA sebab tak cukup budget. Dan koku khidmat masyarakat gabung sekali dengan koku badminton. How save, good job unisza hahaha.
Tapi yang tak boleh blah dan paling lawak adalah, kitorang (fasi ) ada 100 orang, murid sekolah darjah lima ada 20 orang je ! lol. Sepatutnya ada 70 orang tapi yang lain2 tak datang. Sebab aktiviti yg dijalankan hari sabtu. Kalau aku jadi bebudak sekolah  pon malas nak datang, dahlah nak tambahkan tragic, hari tu jugak hujan lebat tak berhenti henti hahaha.
Tapi overall best jugaklah. Ada 17 games, dan group aku ada 6 fasi, 2 murid haha. Kitorang lah main lebih2 nampaknya. Dan disebabkan hujan lebat, aktiviti tu sampai tengahhari saje, lepas habis main game, ambik2 gamba dan penyampaian hadiah. 


Our group ! Nampak tak lawak di situ, kalau aku jadi budak tu, 
takut sebab ramai sangat fasi haha.
Ada sorang budak laki nakal tu cakap, "Bakpe fasi lagi rama dari murid nih!" haha.

 Budak yang satu group ngan aku ni comel gila. Konfem hensem bila dah besar nanti haha. 
 
Gemuk macam aid hehehe.

 Group aku dapat no 5 dari 6 group haha. Failed betul sukaneka ni ceewahhh. Tapi untunglah bebudak  group aku tu sebab hamper bahagi 2 je..Rugi sapa tak datang :P




Apa pun good job para kakak kakak dan abang abang yang dah reka macam2 game. I guess they not really create the game, sebab kebanyakkan game tiru dari running man. Haha. Bagus2. Really fun! Tapi tak berapa syok sebab hujan dan murid tak ramai.
Okay bye nak buat report plak -,-

p/s – Musim Tengkujuh yang sejuk dan membuatkan orang malas asyik nak tido je haha. banjir di Kuala Terengganu sangat teruk..Famous unisza ngan UMT masuk paper, masuk TV lol. Sampai terpaksa cuti bencana hahha. Alhamdulillah setakat ni kampus Besut tak banjir tapi mungkin kitorang tak boleh keluar bandar sebab banjir kat luar. Tapi risau gak ni, tasik dah penuh ngan air. Kalau hujan tak berhenti boleh melimpah air -,- Apa pun kesian kat kawan2 duduk rumah sewa dan kampus Gong Badak, diharapkan banjir cepat surut. Aminn.

Sunday, November 9, 2014

Update : masih hidup

Annyeong !
Lama pulak rasanya tak tulis belog heheh. Aku pernah berjanji pada diri sendiri yang aku takkan berhenti menulis sampailah bila2 selagi masih ada umur ecewah.
Aku update ni maknanya aku masih hidup lah haha Alhamdulillah. 
Tapi nampaknya tahap kerajinan menulis tu makin menurun seiring dengan peningkatan usia huahua. Sebabnya tak ada benda penting pun nak tulis kat sini sobs ;(
What a boring life. 
Actually sem ni banyak aktiviti cuma kesemuanya berlaku lambat, nak dekat hujung2 sem. Hahh engko tengoklah nanti. Time nak final nanti macam2 program. Macam2 aktiviti.

First, aku dah masuk hostel. Mummy adalah roommate kedua aku selepas Kak Fatin sepanjang kehidupan aku di Universiti ni lol. Sebabnya sepanjang second year aku takde roommate. So far okay je hidup di hostel, kalau bosan petang2 turun main badminton. Sebelum ni rajin jogging tapi semenjak dah beli racket Rm12.90 dari econjaya, dah taknak jogging lagi dahh. Asalkan cergas sikit okay lah ye dak ? Dari terperap je dalam bilik.

Second, dah dapat tempat praktikal alhamdulillah. Punya lah kitorang berserabut hantar resume sana sini, call sana sini. Akhirnya syarikat ini terima juga kami ;) Syarikat apa ? Nanti aku update hahaha. Yang pastinya bukan kat Melaka, tapi kat Nilai. Kitorang bertiga, akan ditempatkan di bahagian R&D, QC/QA dan processing. Takut dan cuak jugaklah, rasa macam tak cukup je lagi ilmu dah kena pergi praktikal. huwaaaa ;(
serious cuak. Tapi harapnya dapat jugaklah tempuh semua cabaran ni kan cehh.

So nak promote jugaklah blog ni, blog ni adalah pengalaman internship senior2 yang lepas. Tapi dah dua tahun tak berupdate. 
Senior2 ramai yang update kat group fesbuk je lepastu. 
Kan best kalau batch kita akan mula kan balik !
InshaaAllah aku buat cadangan untuk mewujudkan satu blog ntok kitorang semua cerita tentang pengalaman kami haha.
So siapa yang curious apa sebenarnya bebudak foodtech ni buat ? bolehlah baca blog tersebut hewhew. Bukan masak2 taww.


Okay nanti guwe update lagi !