CLICK HERE

Thursday, June 28, 2012

konfius! siapa lagi besar ?

Assalamualaikum.

Berikut adalah ke konfiusan yang berlaku ketika aku sedang melipat baju.

 Baju amer ( jejaka 20 tahun)

Baju aid (jejaka 9 tahun)

Perbezaan kebesaran.

Ternyata ke'comel'an aid mengatasi amer.
Actually amer terlalu kurus, aid pulak terlampau sihat.
Kan bagus kalau lemak dalam badan boleh dipindah-pindah sesuka hati. hoho .

Walaupun aid gemuk, suka cubit aku, suka carik gaduh dengan aku,
suka tumbuk aku, suka kutuk aku dengan mulutnya yg bisa adehh,
aku tetap saaaayangg aid.
cehhh. ayat sebenar seorang kakak yang nampak keras luar di luar tapi lembut di dalam.
kahkahkah.

Kekadang lepas kena tumbuk dengan aid, aku bertekad taknak
kawan dengan dia. Tapi tak sampai sehari aku dah mula
bosan dan mula carik gaduh. haha.


The only BABY in our family.

Bangga tak bangga dapat jadi anak bongsu. Dah besar gedabak pun masih
dimanjai, disayangi dan dipanggil BABY. Sebut je
nak apa, semuaaa dapat. Manja kemain.

satu je persamaan aid dan amer yang sangat ketara,
SUKA KUCING.

padahal kitorang yang berempat ni memang tak ahh 
nak manja2 belai2 kucing.

Fine, entry dah terpesong jauh dari tajuk .







Tuesday, June 26, 2012

wanita berbonggol unta

Assalamualaikum.

Kisah benar di kedai jahit siang tadi.
Aku sebagai pemerhati.

Customer(lelaki) : Ni apa ? Letak dekat langsir eh ? (sambil tunjuk pada sanggul palsu yang dipamerkan)

*tyme ni tanpa dapat ditahan aku tergelak. Langsir? agak-agaklaa pakcik!

Penjual : itu sanggul palsu, letak kat kepala.

Pakcik: Ohh, rupanya sanggul tinggi tu palsu ye.
Konon-konon kalau pakai, ade lelaki tegur "uiii. panjangnya rambut awek ni".
padahal palsu rupanya. macamtu rupanyaa...

pastu pakcik tu membebel entah apa-apa ngan bini dia.

sumpah aku tergelak. 

tapi, pakcik tu mengingatkan aku pada sebuah hadis yang
kitorang blajar time form 4 ke form 5, subjek
syariah ke quran sunnah. lupa. Tapi rasanya subjek quran sunnah kot.
Hadis nabi tentang aurat wanita dan sanggul tinggi.

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

na'uzubillah. 
Harap-harap takde orang berminat nak beli sanggul palsu kat kedai tu. 
kahkahkah.


Monday, June 25, 2012

alhamdulillah, sahabat saya sudah berhijrah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, seorang kawan yang rapat dengan aku.
seorang yang freehair. akhirnya mengakui dia sudah bertudung.
dan sangat tidak disangka bila dia cakap,

''thanks weh. selalu bagi tazkirah kat aku tyme kite lunch dinner semua''

ya allah, bila masa pulak aku ber'tazkirah'.
Mana aku tau nak bertazkirah bak ustazah ni kan. Cuma mungkin kekadang aku
ada cakap sesuatu yang mungkin menyentuh hati dia. kot laa.
Sungguh aku tak sempurna, masih banyak kekurangan dalam diri. Sebagai kawan,
kekadang aku menegur.

Bagi aku, aku bukan menegur atau memberi nasihat tetapi lebih kepada
berkongsi. Ya, berkongsi sesuatu yang mungkin mereka tak tahu.
Berkongsi sesuatu yang aku dapat sepanjang 5 tahun bersekolah agama dan duduk di asrama.
Dan entah berapa kali aku nak ulang, aku tak pandai nak bagi nasihat.
Apa yang aku tahu, aku sampaikan. Tapi nak bermanis lidah memang aku tak tahu.
Kesudahannya, aku hanya mampu mendoakan agar Allah bukakan
pintu hatinya untuk bertudung. Dan Alhamdulillah Allah buka 
pintu hatinya akhirnya.

Sebab, kawan aku ni aku tengok baik je.
Solat tak tinggal dan banyak juga pengetahuan agamanya. Tapi mungkin nasib
tak menyebelahi dia. Dikelilingi oleh sanak saudara dan ibunya yang semuanya freehair.

Pernah dia bertanya pada aku, minta nasihat aku macamana nak
kuatkan hati dan dikuatkan imannya. katanya,

''Aku tak nak mak aku segan kalau dia tak pakai tudung, tapi anak dia pakai tudung plak''

"macamana aku nak pakai tudung kalau sedara mara aku semua tak pakai tudung.
Yang pakai tudung pun makcik-makcik je''.

Aku tak tau nak cakap ape. Lebih kepada mendengar,selebihnya
aku kata pada dia, berdoa pada Allah agar dikuatkan iman dan berdoa agar ibunya berubah satu hari nanti.
Pakai je tudung, mana tahu ibunya terbukak pula hati bila tengok
anaknya dah bertudung. Tentang saudara mara pulak, kalau diorang menyindir atau
gelakkan, biarkan. Yang penting Allah tahu niat kau.
Aku doakan kau bertudung satu hari nanti.

Alhamdulillah. Doa kesemua mereka yang sayangkan dia diterima Allah.
Harapnya dia beristiqamah dan dikuatkan iman.
Aku faham bukan senang nak berubah, lagi-lagi kalau environment dia lagilahh
menyukarkan dia untuk berubah.

#cerita pengajaran. Moga aku pun akan mampu berubah menjadi lebih baik.
aminn.









Thursday, June 21, 2012

novel | kejora di langit cinta

Assalamualaikum.


Novel Anis Ayuni yang latest. semua novel anis ayuni aku dah baca.
dan juga novel aku yang entah keberapa. Kalau nak diikutkan, mungkin yang keseratus
something. Tapi tolak yang pinjam akan dipulangkan, pinjam takkan pulang,
kena rampas blablabla tak sampai seratus kot. sedih =.=

sebab tu kena buat entry, bila baca balik baru lah aku teringat,
''ehh dah pernah beli novel ni!"
tapi carik kat lemari takde pon. kemana agaknya? wallahua'lam.
otak aku tak mampu nak memerah ingat balik tah kemana agaknya novel tu semua.

oke stop mengarut. cekidaut the sinopsis:


NUR FARADILA bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa.

Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.

Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya mengaggap lelaki itu sebagai bapa anak muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak Datuk Azlan, Ibrahim Hakimi yang suatu ketika dahulu ‘liar’ berubah baik disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu.

“Ya ALLAH... jadikanlah kejora di langit cintaku hanya untuk dia yang aku sayang.”

Haha, agak-agak faradila kawen dengan siapa ? Mungkin dengan Datuk Azlan,
atau mungkin dengan Khalish ?
Novel kedua Anis Ayuni yang menceritakan kisah seorang guru lepas Gemersik Kalbu.
Overall memang best.
Best sebab berkualiti. maksud aku, dari penulis berpengalaman bukannya novel
dari penulis yang entah dari ceruk mana yang tak habis sekolah lagi, tulis novel pun
banyak kesalahan fakta yang menunjukkan kebodohan sendiri. lol.

Dan untuk novel ni, penulis diajak untuk 
'mengembara' ke tanah suci makkah. Macam novel Anis Ayuni sebelum ni,
'mengembara' ke Turki (Cinta yg kurasa) dan Cairo(manisnya cinta).
Penulis bijak menyusun ayat dan mengadunnya menjadi cerita hingga pembaca
macam terasa-rasa je di sana. ewahh macam gud gud je aku komen. kahhkahhh.

Dan, penulis tak menggambarkan watak utama cantik gilerrr sampai 3 orang minat sekaligus macam sesetengah  novel.kutuk lagi.lol.
kekurangan novel ni, dah boleh agak dahh ending nye.

Arghhh asyik novel ja.

so, memperkenalkan

buku ni best dan banyak ilmu yang kita boleh dapat.

Tapi nak komen lebih-lebih tu tak bolehlah sebab aku tak habis baca lagi,
walau seminggu telah berlalu haha!
insyaallah akan aku baca sampai habis, biar masa yang menentukan. heheh.



Monday, June 18, 2012

life

Assalamualaikum .

Isnin-rabu.

 pegi klas ERT macam biasa. Kekadang bengang jugakk, tunggu
bagai nak rak tup tup cikgu tak datang.
dapat bayangkan perasaan aku yang duduk pukul 11 pagi sampai 5 petang kat situ ?
nasib baiklah kak kathy ade, borak-borak ngan die.
Kekadang macam best je, tengok macam-macam manusia yang lalu-lalang kat situ.
op coz ramai orang hensem kat situ buat cuci-cuci mata.

kekadang kak kathy pegi toilet ke ape ke, ade customer
ingatkan aku penjaga kedai tu.

"Kak, sini ade jual butang baju melayu tak ?"

''Kak, kat sini ada ambik tempahan baju tak ?"

"Kak, kat sini ade buat alter(betul ke ejaan ni.ahh lantak) tak ?"

Selalunya aku akan suruh customer tu tunggu sat, aku panggil penjaga kedai sebenar.
patutnya cikgu bayar sikit gaji untuk aku.hewhew.
Dahlah ade orang muke dah macam doploh lebih panggil aku
akak lagi. wth u tak nampak muke awet muda i.

apa pun. ini lah life aku.
terasa macam masa yang aku ada sekarang saaaangat lapang.
tapi ingatlah orang yang bosan itu sebenarnya adalah orang yang tak bersyukur
dengan nikmat lapang yang dikurniakan padanya.

Demi Masa, sesungguhnya manusia kerugian.
melainkan yang beriman dan beramal soleh.

ingat lapang sebelum sempit.


Thursday, June 14, 2012

sunnah vs adat

Assalamualaikum.

setiap malam jumaat.
Kat surau-surau atau masjid-masjid mesti ada bacaan yassin(mungkin tak semua, tapi kebanyakkannyelahh) Kalau kat asrama plak,
setiap malam jumaat wajib turun surau, sebab ada bacaan yassin.

Kadang-kadang dah macam satu kewajipan pulak baca yaasin malam jumaat.
Sebenarnya, baca yaasin malam jumaat itu adalah ADAT sahaja.
Ya, ADAT melayu kita lahh. 
Padahal boleh je nak baca yaasin tetiap hari pun . Tak semestinya nak kena tunggu malam jumaat 
baru lahh nak baca yaasin.

Surah yang diSUNATkan baca pada malam jumaat atau hari jumaat pula sebenarnya adalah,
surah AL-KAHFI.



berikut adalah copy and paste tentang amalan membaca surah al-kahfi malam jumaat:-

Hadits pertama:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ
Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah. (HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)
Hadits kedua:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ
Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)



Point aku kat sini bukanlah nak cakap jangan baca yaasin malam jumaat lagi. Tidak.
Cuma, bukankah lebih baik kalau kita mengutamakan
yang sunnah dulu, barulah kita mengamalkan yang lain-lain ?
Kalau mampu nak baca dua-dua pun lagi bagus :)
Lagipun surah yaasin bila-bila pun kita boleh baca.

Mungkin ada yang cakap, surah al-kahfi agak panjang.
ya, agak panjang kalau nak dibandingkan dengan surah yaasin.
kalau tak mampu, baca separuh malam jumaat. Sambung selebihnya pada hari jumaat(esok harinya).
Kalau berjaya, alhamdulillah.
Satu lagi sunnah berjaya diikuti !





Friday, June 8, 2012

June Holiday part 2

Assalamualaikum .
*ini adalah entry yang panjang

Alhamdulillah, dapat juga ku tulis part yang kedua. Maknanya, selamat dahhh sampai rumah.
Perjalanan bermula pukul 10 malam. Ikut plan asal, nak bertolak pukul 4 pagi.
pastu kul 12 malam. Entah macam mana boleh bertolak pukul 10 malam pulak.
Best giler perjalanan pada waktu malam.sejukk.
Entah berapa kali berhenti sepanjang malam.

masih bersemangat dan ceria pada pukul 3 pagi.

Entah macam mana, tertidur akhirnye dan pukul 5.30 pagi(tak silap aku),
ayah kejutkan kitorang semua bila dah sampai kat jambatan Pulau Pinang.
Tengok kiri kanan tidoq balek.
Pukul 6.30 pagi, baru sampai Masjid Negeri Pulau Pinang.
Mandi apa semua lahh. Muke masing2 memang basi giler la kan, tidoq tak cukup.haha.

aku tak taulah kenapa aid suke sangat berposing kali ni .

Lepas breakfast, pergi Bukit Bendera.


*abaikan muke basi dak liah

Harga tiket RM 8 untuk dewasa, RM 4 untuk kanak-kanak.
Dann jangan lupa ya bawak ic skali. Kalau tak bawak ic pun takpe, tapi kena
bagitau ic num kat kaunter. Yelah, mane tau kot2 ade yang tercampak dalam gaung, senang lah nak tau saper tuu. haha:D


Ya allah, ramai gile kot dalam train time nak naik tuu.Dahlah keliling aku ke**ng.
Tak dapat tempat duduk lak tuu.
perghh sabor jelah aku.Time tu rasa macam, argghh!tobat aku taknak
pegi lagi Bukit Bendera. kahkah.

 dari atas.


 Actually, boleh naik sampai atas lagi. Boleh jungle trekking ape semua.
Tapi sampai sini jelahh yang kami mampu.
Masing2 penat dan malas. ayah pun dah pening2 lalat, sepanjang malam bawak kereta.
 aku memang teringin nak naik atas, tapi malas kott.
tinggi giler.


Tapi, memang bernasib baik sebab time nak turun, memang tak ramai orang.
Semua orang sibuk menjelajah, kitorang je yang balik cepat. haha.
Tak sampai 10 orang pun satu train tu !kitorang duduk depan skali,
baru puas hati. Best sangat, hehe:D

 nasib baik dapat duduk..


pastu check in homestay. Homestay kitorang apartmen 3 bilik, dekat dengan
lapangan terbang bayan lepas. Excited tengok kapal terbang mendarat dan berlepas.hua3.

amane homestay.

Memang best homestay ni. Dahlah kat tingkat 4, 
pastu ber aircond, pastu ade astro. Semua lengkap. Tuala, pinggan mangkuk, mesin basuh,
semua ada laa! best . kihkih.

malam, pergi jalan2 carik pasal kat padang kota lama.

Banyak gambar yang gelap2, malas den nak upload. haha:D

Dan, makan nasi kandar. Wajib(kot?) datang penang makan nasi kandar ni.

This is mine. Takde yang special sebab aku tak makan sayur dan benda2 alah tu semua.
Aku makan ayam je. So this is not original nasi kandar.haha.

Day 2

Aid bising nak pergi Toy museum(actually aku pun teringin nak pegi sana haha!)

*gamba google sebab terlupa nak snap gamba pintu masuk

Menurut pembacaan, Toy museum Penang adalah yang paling terbesar di dunia.
Terletak di Tanjung Bungah, infront Copthorne Orchid Hotel.
Pemiliknya, Loh Lean Cheng suka mengumpul toys since 1973.
Lama-lama, toys beliau semakin bertambah dan akhirnya sampai dah boleh bukak muzium.

Tiket masuk Rm10 for adult, Rm6 for children.





Dan banyak lagi gambar, dan kebanyakkannya gamba aku je menempel dengan
patung2 tu. comel ohh.
toilet sangat awesome! sesuai lah dengan identity muzium tu
sebagai toys museum. Toilet nye bercirikan zaman purba.
tapi sayangnye, takde paip air ! aku masuk just nak tengok
keindahan toilet je. haha.

Dan of coz, pergi Penang beli jeruk. Jeruk Pak Ali.
memang borong habis-habisan.


Tak dilupakan, laksa penang:)
takmo tanya aku sedap ke tak, sebab aku tak taulah nak cakap sedap ke tak.
biase je. hehe.

badak model baju .

Datang lalu jambatan, balik naik feri.

second time naik feri gedabak yang boleh angkut kereta skali hah.

Dua hari meronda-ronda Penang, bertolak pulak ke Kemunting, Perak.
Lagi skali, duduk homestay.
Nampaknye keluarga en hasan dah tak suke duduk hotel lagi dahh,
nak homestayy je . haha:D


Kat Perak, ada mee udang yang famous di Kuala Sepetang.

dengarnye,penah masuk tv. Jalan-jalan cari makan kot.
patutlah famous, ramai sangat orang.

semua makanan berunsurkan udang.
nasi goreng udang, mee goreng udang, kuetiaw udang dan segalanya udang.
Aku tak taulah ape yang sedap dengan mee udang ni, sebab aku tak makan udang.haha.
aku order nasi goreng tanpa udang:D
(cuba kira berapa kali aku ulang perkataan udang. haha)

shopping giler kat kemunting, pastu esoknye pegi
Taiping. Banyak barang yang berganda murah, mula menyesal.ciss.


Banyak buah woo kat sg perak.
boleh naik atas menara utk tengok keindahan sg perak.
Even penat, nakk jugak naik atas tu.




Taman Tasik Taiping.

Time ni semua dah malas nak berjalan lagi,
nak pergi zoo taiping pun malas. Nak ambik gamba depan pintu zoo pun malas!
penyakit apakah ini ? haha:D
yang semangat aid sorang jer, cian gomok.

Dan akhirnya, sampai rumah pukul 10 malam.
terlepas tengok bunga2 syurga episod akhir.tsk tsk.
3 hari 2 malam yang sangat happening, alhamdulillah :)

















Tuesday, June 5, 2012

June Holiday part 1

Assalamualaikum.
Malam ni, En Hasan's family(termasuk En Hasan skali as driver . haha)
 akan bertolak ke Penang untuk menghabiskan sisa-sisa cuti yang terakhir.
Ini adalah kunjungan kedua kami ke Penang lepas kami bercuti ke sana tahun 2002,
10 tahun yang lepas. aku ulang,10 tahun lepas. hik3.

masa tu Aid pun tak lahir lagi, arwah atuk pun masih ada . kitorang empat beradik semua masih
berskirt atau bergaun (aku start pakai seluar bila dah darjah lima.sebelum tu, memang kitorang semua
hanya berbaju kurung dan berskirt atau bergaun.gegel gilerr, kan? :p)

 ibu sendiri yang buat gaun kitorang, semua pesen sama plak tuu!
so all  En hasan's daughter time tu memang macam boria. kehkeh.

apa-apa pun, amer tak ikut sebab cuti sem U mana sama ngan
cuti budak sekolah. OMG, aku pasti lepasni aku pun akan menerima nasib yang sama
macam Amer. tsk tsk tsk .

insyaallah part 2 akan diupdate lepas balik ke rumah nanti.

Sunday, June 3, 2012

kalau haiwan ada facebook...


Assalamualaikum.

This is copy and paste from one of the post from facebook .
 Can u imagine if animals also have a facebook ? Very funny,maybe
this is their status .






NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…


CICAK : isteriku tersepit pintu!

KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

ANJING:hari ni aku takde suara.alaahh tuan aku bukan kisah pun.dia je tdo aku kena jaga umah dia.rumah kecik bajet ada orang nak masuk,hampeh btul!!malam ni aku nak tdo puas2 haha.

IKAN EMAS:bilala bley makan mknn yg sedap skit.asyik2 biji2 kecik warna warni tu je kasik.hello,i muak okeyyyy!!

KATAK:harap2 malam ni hujan,lama btul x main air hujan,rinduuuu~~

KAMBING:gatalnya badan ni,hmm japgi la mandi.malasla plak ngeee~

BABI : Aku bengang btol la…die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang
disebutnye…wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw… tension2!!


Actually, i think some of the status also have been made by
the humans.haha.
because everything nak tulis dalam facebook, as their status.
everything ! 


example 1,

''harini makan strawberi cicah kopi''

i think don't have to tell the world about what u eat everyday okay.
semua orang makan kot.

example 2,

''bengangnye dengan si A ni.dahlah muka macam @$#^%$&%*&^''

tak pasal-pasal orang yang baca berdosa baca apa 
yang dia tulis.Nak-nak bila ade pulak yang menge'like',
mengapi-apikan lagi si penulis status.

example 3,

''titerw sayang awak.titerw boleh matiw kalaw tak jumperw awak satu hari''

oh god.tak tau nak cakap apa kalau jumpa status macamni.


dan banyak lagi status yang menjengkelkan.
dan biasanya orang2 macamni aku remove ja . wakaka:D

pastu kalau yang hott setap pulak, letak gamba dia yang perasan cun
pastu cakap,

''euwww.gemuknyerr titew''
''euww.buruknyerw muka titew''

padahal dia sebenarnye mengharapkan pujian dan perhatian ! betul tak ? siapa
yang terasa baik mengaku cepat.

lain kali, letak jela gamba cun korang tu and say,

''saya cantik dan comel''

ehhh yang sebenarnya apa yang aku nak sampaikan adalah,

status manusia dan status haiwan di atas,
more or less sama jaa. kehkeh.



peace^^

Saturday, June 2, 2012

bahasa

Assalamualaikum.


Contoh-contoh bahasa annoying yang selalu digunakan:


''wahh,, da lamerw ta jumpa kau '' .  

''wahhh rindu gilerw arh samerw korunk ''

''kenapa ta cakap na datang ?"

''bawu na kol ko''


bila baca, wahh gedik sungguh ayat2 di atas.haha:D

Dulu,aku actually terikut-ikut dengan sesetengah orang 
yang guna bahasa macamtu. Tapi bila lama-lama, aku dah rasa macam, errrr annoying gila kot.
elok-elok perkataan tu ada 'k' yang pergi buang apahal. yang pepandai tambah 'w' tu apehal?Ada sorang classmate aku, dia
suka sgt guna bahasa baku padahal nak kata skema tak punn.gila2 ada laa.Bila
aku tanya, dia cakap dia memang suka macamtu. Dan aku suka baca blog yang gunakan bahasa baku. Bukan skema, cuma tak nak rosakkan bahasa. kepala pun tak pening nak fikir ape bende die tulis ni. Bahasa ape ni=.=  wahhh gitu. patut aku apply sastera ja kot. wakaka:D
Novel sekarang pun bukan macam novel dulu. Bahasa ntah ape-ape je . Haaa, kan generasi
sekarang dah mengikut. Na  nak salahkan sapa lagi. Bila aku baca balik entry aku yang dulu-dulu,wahh annoying giler bahasa aku. macam bahasa mintak pelempang pun ada . haha:D



p/s-aku ingin menyeru kawan2 semua supaya gunakanlah bahasa yang
senang dibaca dan agar anda tidak kelihatan gedik serta mengada .hahaha:D

ewahhh, sesiapa yang cepat sentap tu mesti cakap,
''wahh annoying giler siapa yang tulis ni. pikir bagus sangatlah tu''.

wahhh, apa aku kisah:)