CLICK HERE

Saturday, November 26, 2011

a day ;)





alhamdulillah untuk harini . hewhew .
salam 1433H .
semoga kita menjadi lebih baik dari sebelumnya .
aminn :)

Friday, November 25, 2011

first week :)

cerita minggu pertama,di semester yang baru ,semester 2 .

1)Jadual 

untuk sem 2 , subjek 
agama islam dan kemahiran dinamika takde , digantikan dengan subjek
kokurikulum . 2 jam seminggu . yang lain-lain masih macam biasa .
jadual pun ubah lah sikit-sikit . Dan lecturer pon dah bertukar .
Tapi ade jugak kuliah , tutorial dan amali yang masih mengekalkan
lecturer yang sama . depends laa pada lecturer atau jadual tu .
so far oke lah . tapi masih cuba menyesuaikan diri dengan lect yang baru .
macam pelik pulak sebab sem ni , banyak subjek yang diajar
oleh lecturer lelaki . 

ini jadual baru kitoranggg :)

2)praktikum S32T5

sem lepas ada 22 orang , tapi untuk sem ni dah tinggal 21 orang .
sebab si Aizat pindah . menggapai cita-cita katanya . haha .
so goodluck Aizat . dengan pemergian Aizat maka tinggal 3 ketul aje kaum adam
dalam kelas tu . Well , awal entry aku pasal kmm aku dah cerita 
pasal ketidakseimbangan alam di sini di mana perempuan lebih ramai dari lelaki .
perempuan mendominasi sepenuhnya kelas itu ! kehkehhh .

dan aku juga bukan lagi penolong ketua praktikum,
diganti dengan Yoyo.Aku rasa Yoyo lebih layak sebab dia tegas dan berani
nak marah atau tegur sesiapa saja,tak macam aku.
Lagipun aku pemalas haha !

3)assignments
yes , first week aku dah dapat assignment .
untuk presentation Bio aku dapat tajuk kingdom protista , berganding bahu bersama
Anith , Daniel dan Ika .
untuk english , ada lah kerja promotion and some survey based
on our title . Macam sem lepas , aku bekerjasama 
dengan Nadia , Zuhaira dan Zulaikha .
Dah malas nak tukar group . amali kimia , aku still dengan 
Nadia . amali Biology , aku masih berjodoh dengan Zuhaira .
setakat ni , itu jelaa . 
Dan aku masih lagi bekerjasama dengan Aswanis untuk fotostat
nota math :)

Seriously beban mula terasa . Untuk sem ni ,
sc komp ade 4 topic , math ade 10 topic , biology ade 10
topic dan kimia ada 13 topic . Dan makin berat dan susah .
serius .

aku masih cuak dengan result sem 1 aku .
siapa dapat pointer 1.5-2.0 , masuk program dua tahun .
Bawah 1.5 , kene tendang , babai !

Allah je yang tahu rasa hati aku ni .
Duhai hati , kuatlah engkau . seringkali aku mengingatkan diri ,
aku masih ada DIA yang mendengar setiap doa aku .
kuatkan hati , kuatkan semangat .yakinlah siapa yang berusaha pasti berjaya .
don't lose faith on Allah .

p/s- entry berjela . lega hati aku dapat menulis :)







Wednesday, November 16, 2011

welcome semester 2 !


praktikum S32t5 :)


Ezy , Nad , Ada :)

Di kmm memori tercipta 
walau seketika terjalin kasih kitaaa..lalala

tamat sudah semester 1 .
ahlan wasahlan semester 2 yang pastinya lebih mencabar .

mencabar kerana adanya subjek kokurikulum .
sebab aku tak suka koku.
mencabar kerana syllabus lebih banyak dan berat.

tapi,insyaallah aku bukan lagi penolong ketua praktikum
kot . sebab aku tak cukup kuat untuk
hadapi dugaan demi dugaan . cehhh . poyoo .

oke lah . kepada rakan seperjuangan ,
teruskanlah perjuangan kita bersama yer . demi agama , bangsa dan negaraaa .
rela berkorban apa saja...lalala

stop la weh.
kbye .






Sunday, November 13, 2011

novels lagi !



novel baru .
sedang sibuk menghabiskan pembacaan.
konfem kalini ceritanya best .
hehe .

Friday, November 11, 2011

11.11.11

aku tak perasan pun harini berapa haribulan.
Sampailah aku bukak facebook ,
rata-rata sibuk cakap pasal 11.11.11.tarikh ni dikatakan unik
dan senang diingat.

tapi ada apa pada tarikh itu ?
aku tertarik dengan this words,


Tak perlu berbangga dengan tarikh hari ini . Berbanggalah dan bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada sayyidul ayyam hari ini . Bayangkan tarikh yang cantik hari ini menjadi tarikh kematian kita tambah lagi dengan jatuhnya pada hari Jumaat . Cantik lagi kita mengingati jika Allah panggil menghadapNya pada hari ini , kan ? Wallahualam .
credit to maizan:)


harini ramai yang kawen . Tarikh cantikk kan .
Tahun depan orang akan sibuk dengan 12.12.12 pulakk .
nasib baik sampai bulan 12 je .
kalau tak,adalah pulak 13.13.13.
ngeh3.

entry ni takde motif pun . Sekadar nak buat kenang-kenangan
di tarikh cantik ini.
Sekurang-kurangnye aku hupdate belog dari aku melepak
takde bende nak buat .


Happy Anniversary yang ke 23 ibu dan ayah !

baru tahu harini anniversary ibu n ayah 
lepas baca blog ibu.
kih3.



Wednesday, November 9, 2011

jpj test :)

hello ^^
hari ni aku jpj test setelah sekian lama menunggu .

mula2 , buat bahagian 2 .
 Alahh yang turun naik bukit , parking2 tuu .
aku turn yang ke 7 , dan aku orang pertama yg
failed . malu toksah cakap le . Ramai org duk menengok kat tepi tu .
maluuu aku . 

then , bahagian 3-on the road .
 Terus pegi kat parkir kereta .
Beberapa jpj tengah tunggu dalam kereta .
Aku tengok2 dulu , pilih jpj hensem . haha .


Time aku bawak kete ,
Jpj tu senyapp je . Die sibuk dengan henset die . Bagus2.
tenang aku nak bawak kete . Takdelah bebel2 .
Tapi aku kire untunglaa pasal dapat jpj yang hensem baik .
kasik aku lulus .ngeh3.
tak payah lerr aku nak ulang bahagian ni .


So, next week aku kene repeat bahagian 2 .
Insyaallah , mintak2 lulus lahh kan . Malas aku nak menempel
lagi kat zapcity tu .


p/s- aku musykil ,semua jpj tester mesti pakai spek hitam eh ?

Monday, November 7, 2011

cuti , cuti , cuti

sangat ingin nak update belog tiap hari .
Tapi takde idea .
cuti kali ni sangatlah kurang best .
tinggallah aku sorang2 kat rumah nanti sebab musim cuti
sekolah tak start lagi .
Masuk aje sem 2 , barulah diorang stat cuti skolah .
damn ! cengginilah nasib dak matrik .
jangan masuk matrik ye adik2 . bukan best pun .
cuti tak banyak . kehkeh .

semalam barulah aku teringat . spm dah tak lama lagi .
atau dah start ? ehh tak taulah aku .
baru teringat nak wish bekas-bekas adik angkat .cehh .
aku playgirl penyayang waktu skolah dulu sebab ada ramai adik angkat .
hewhew.


gudluck spm ye adik-adikku . semoga berjaya .
nanti boleh fly ke London , mesir , 
UK , ehh mane2 jelah yg kau nak pegi .

jgn jadi macam akak ni hah , gi Londang yo .
kalau nak jugak masuk Londang ,
tak taulah den nak cakap cemano .
kehkeh .

kita yang merancang , Allah yang menentukan segala-galanya .
tak bolehlah nak cakap sangat kan .

pengalaman sendiri ,

''aku lepas spm ni , aku tak nak hadap lagi dahh subjek bio . serius ni .
aku fobia blablabla ...''

ehh , ape dah jadi ? kau ambik jugak medic .
medic tak perlukan bio kah ? hanya perlukan math ntok mengira
COV value atau sekurang-kurangnya menyusun karyotype DNA ?lol.

''aku takkan masuk matrik . matrik itu , matrik ini , blablabla ..''

tapi di matrik , tetiber ,
ehh ? ni bukan si minah ke ?
dulu kemain cakap tak nak masuk matrik blablabla .

so , siapa kita nak halang qada dan qadar yg telah
ditentukan olehNYA ?

eh , aku dah merepek la pulak .
padahal nak cakap pasal cuti aje tadi .
bila dah menaip , tak boleh berhenti la pulak .
 novel baru .
tahniah pada aku sebab kali kedua aku beli novel tak best dan
tajuknya pun cinta pandang kedua . lol .
















Saturday, November 5, 2011

salam aidiladha


Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

sumber : pakcik google :)


salam aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat .



Friday, November 4, 2011

tag ,

aku di tag . oleh cik bong .

soalannye adalah :

1#dalam hidup ni , apa yang paling kau nak tapi kau tak dapat dapat?

mr right  .
banyak yang aku nak dalam hidup ni .
Tapi aku nak jadi hambaNYA yg bersyukur .
alhamdulillah ntok semua yg aku ada .

2#kalau diberi peluang , apa yang betul2 kau nak dan kau akan betul2 hargai ?? 

apo erk ? tah le . aku akan menghargai
kalau aku dihargai . 
*tak tau nak jawab ape


3#kau hargai setiap detik waktu tak sepanjang kau hidup ? apa yang membuktikan jika kau kata ya ?

ya , aku sangat menghargai setiap detik waktu hidup aku .
buktinya , i'm happy wif
my life now . aku ada family dan kawan2 yg sentiasa 
di sisi aku .

fuhh . sumpah . mencabar .
sebab aku tak reti kalau pasal kehidupan lah , jiwa dan raga lah ,
kehkeh .

thank you Bong ek .
lain kali tag aku lagi .
hehe .

Thursday, November 3, 2011

update

alhamdulillah semester 1 dah pun habis .
Tadi last paper , kimia . 
tak mawu citer pasal exam sebab sekarang dah masuk
fasa tawakal . hehe .

cuti 2 minggu saja .
Tak rancang apa2 pon ntok cuti ni .
next week jpj test . gilee ah .
pspm dah habis , jpj test pulakk .
muet pon tak habis lagi .

dan awal2 unit kimia berpesan , hari first amali kimia minggu pertama sem 2,
kite buat eksperimen nombor 2 ye .
sila siapkan jotter book .

tak boleh merungut .
ini namanya pelajar . bersusah2 dulu , bersenang2 kemudian .

p/s-gerun dengan result pspm 1 .