CLICK HERE

Friday, November 23, 2012

Exercise buat pertama kali.

Assalamualaikum.

wahh memang baguih lah pepagi jumaat yang penuh barakah ni kami berempat
tetiber bermimpi di siang hari.
Pukul 6.30 pagi dah bangun ( sesuatu yang luar biasa kalau ianya berlaku di hujung minggu ).
lepas solat subuh, terus bersiap dengan kasut semua.
Pukul 7 pagi dah start berjogging !
This is not real us ! Kalau le real us, lepas subuh terbongkang balek, lagi-lagi
hujung minggu yang aman lagi mendamaikan ini :)



First time try benda alah ni semua semenjak dah 3 bulan lah jugak kat unisza ni.
Kalau pergi petang, penuh dengan bebudak lelaki je.
So agak segan lah nak main hayun hayun goyang badan apa semua kat situ.HAHA.
Tapi oleh sebab kami pergi waktu pagi dan majority semua lelaki masih membongkang kat bilik,
haruslah semuanya perempuan saja kat situ.
ohhh syok gilaa.
terasa semua lemak yang ada pecah lalu berderai. amboi over.

Lepastu pergi kafe, melantak.
Lepastu balik bilik, ZzZzzzzZzzzzz.

Bagusss, memang bagusss.

Wednesday, November 21, 2012

Oda Bumi Anbia.


Assalamualaikum.

Izinkanlah aku bercerita

Sebuah kisah yang telah engkau tahu
Dari kaca TV dan dada-dada akhbar
Kau sendiri melihat dan mendengarinya,bukan?
Penganiayaan satu bangsa terhadap
satu bangsa yang lain
Beginilah apabila kemanusiaan
Di penghujung kewarasan



Merengkok tubuh mungil
Di atas pasir berbumbung langit
Entah apalah dosanya
Rebah dihinggap peluru tak bermata



Berkawat lasykar angkuh
Dibalik jentera perisainya
Berselendangkan senjata
Tiada belas nuraga nun di hatinya


Dunia bagaikan pejam mata

Serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa
Sedangkan mungkar ber-raja..oh
ohh mengapa?..ooh



Netzarim,Khan Yunis,Gaza,Jenin,
Nablus dan sepanjang tebing barat
Hari demi hari
Lasykar angkuh ini
Terus mengganas mencari mangsanya
Kanak - kanak atau orang tua
Tidak mengapa
Pada mereka sama sahaja!!!



Mengalir darah merah
Diatas bumi suci Anbia
Laungan Intifada
Bergema membakar semangat perjuangan
Sampai bila..?
Sampai bilakah penindasan dan kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus
menyaksikan pertumpahan darah?
Sampai bila rakyatnya harus terus
terkapai- kapai mencari keadilan dan kebebasan



Aku sendiri menanti jawapnya....





Friday, November 16, 2012

Tamat...

Assalamualaikum.


Tadi pergi umah atam nak tengok baby. Tapi baby kecik sangat
lagi, nak pegang pon takut.
so amek lah gamba dengan abang baby, amca omeyy!

ACTUALLY ENTRY NI SAJE JE NAK KASITAHU, 
esok pagi dah nak balik terengganu lepas seminggu cuti mid sem.
Yang langsung macam tak terasa cuti.
ADEHHH,
petang ahad ada microbe test. Dahlah duk umah study pon tunggang
terbalik pepaham jelah kan -.-

so, wish us luck in our first microbe test! 
yeahh, foodtecheroes bolehhh! ><





Monday, November 12, 2012

Family.

Assalamualaikum.

Tadi ayah belanja ini ! bersempena dengan ?
nothing.
sebab kami semua ni bukan senang tau nak berkumpul ramai-ramai.
kalau budak sekolah cuti, budak u tak cuti.
vice versa.
so masa ni lah yang paling sesuwaiii sekali berkumpul beramai-ramai.
sebab semua orang ada. Aku ngan amer cuti midsem pastu kebetulan budak sekolah 
pun dah start cuti akhir tahun ( cuti paling dinanti masa zaman skolah dulu ! ).

candid ! ><

sometimes, we argue, we fight. We even
stop talking to each other at times. But in the end..Family is family.
The love will always be there. alhamdulillah.
Thankyou Allah for giving me such a great happy family.
and,
When I look at my life, my greatest happinesses are family happinesses. 

Sayangilah keluarga anda. Kerana mereka begitu berharga.
ewahh macam iklan.

Sunday, November 11, 2012

Hukum contact lens.


Assalamualaikum.

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;


1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu A’lam.



Terbaca dari sebuah blog dan dikongsikan di sini.
Sebab aku pakai contact lens lah.
So takpayah pelik lah kalau kejap aku pakai speck, kejap tak pakai speck.
Rabun aku ni agak teruk jugak. Umpama orang buta jugak kalau tanpa speck.
ohh satu nikmat dariNYA telah ditarik. Bersyukurlah pada siapa yang mampu melihat dengan
jelas sejelas jelasnya.

Tapi aku ni agak malas jugak, most of the time pakai speck.
leceh jugok contact lens bagai ni actually haha.
Dan, i'm getting sick got a few same questions dari mereka yang tidak tahu,
''apesal kau tak pakai contact lens yang ada kaler ?''
Karang aku jawab berdosa haram apa semua ko cakap aku berlagak alim lah pulak.haha.
so jawapan selamat aku jawab in terms of medication lah.
Contact lens yang berwarna ada bahan kimia lah, nanti terlekat kat mata lah,ape lah. Tapi sebab utama aku mestilah sebab hukum dalam islam.
Cukuplah colourless kanta lekap saja bagiku, 
asal dapat tengok dengan terang dan jelas sudahlah.

so takpayah lah nak mata warna warni .
Kalau tak rabun pon, toksah lah pakai contact lens tu. Mata yang diberi Allah
dah cukup cantik dah tuuu :)

Thursday, November 8, 2012

chocolate making lab :D

Assalamualaikum.

Kalau haritu buat roti dan kek, kali ni kita masuk lab untuk buat chocolate pulak,
sebab kitorang baru je habis belajar tentang cocoa processing. nyumm nyummmmmm.
Tapi actually bukan kitorang yang buat pon, pembantu makmal yang buat.
Kami ni bukan pelajar kulinari nak belajar pasal masak apa semua. Kami pelajar food technology,
kami belajar tentang proses pembuatan, pengetinan dan pembungkusan makanan.

So jangan nak buat lawak kat twitter,
''Bakal mak mentua tanya study apa dulu, kita jawab foodtech. Lalu bakal mak mentua 
jawab, wahh mesti pandai masak ni".
amboi. tak memasal aku terasa sebab tak pandai masak hahaha.

 ini cekelet murah. 1 kg rm 12. Kalau nak yang sedap macam cadboury tu, mahai lah sikit.
1 kg rm 30 macamtu. 
amboi mahalnya. Tak payah lah buat, beli je terus kat kedai kalo macamtu haha.
Boleh didapati di kedai2 kek.
coklat di atas ni ada tertulis 'milk compound'. Maksudnya coklat ni ada minyak sawit di dalamnya.

Ya rabbi already forgot the name of this machine kehkeh. Mesin memproses coklat lah kot.
Siapa nak buat bisnes coklat, belilah mesin ni taruk satu kat rumah.
senang kerja, kan.
Tak mahal sangat pon, RM 20K je -.-

 Tadah je bekas yang bermacam bentuk tu kat bawah coklat yang mengalir. nyummm.
lepastu rata kan coklat tersebut. ketuk2 bekas tu untuk keluarkan udara katanya.
lepas dah rata, bolehlah letakkan bekas tu dalam proofer selama 15 minit.

Sebelum coklat ni dibawa keluar, ada 2 bekas coklat yang kitorang makan.
Coklat kurang sedap pulak tu kehkeh. Coklat yang melekat-lekat kat mulut tu -.-
Tapi coklat dalam loyang ni teramat lah sedap. ya ampun, time ni tekak pon
dah rasa tak lalu nak makan coklat lagi. Tapi gagah kan diri jugak.
Bukan senang nak dapat coklat free, banyak pulak tu hehe.

Taddaaa. 
Ini coklat untuk group kami selepas 15 minit coklat tu duk bertapa dalam proofer.
Tapi terus terang ku katakan coklat ni tidaklah sesedap cadboury atau coklat yang mahal2 tu.
Guna cekelet murah je nak buat ni.
Dah bagi free, jangan nak demand sangat lah kan :P


chocolates group lain.

Enjoy sangat dapat tengok proses buat coklat ni tapi
lagi best dapat tengok proses buat roti. kenyang, jimat makan tengahari :D

Oh ya, sekarang kami bebudak degree sedang bercuti pertengahan semester selama
seminggu. Dan naik je cuti ada microbe test dan kena submit academic paper.
aduh jangan nak perasan lah boleh berileks kat rumah.

HappyHoliday, Friends !




Saturday, November 3, 2012

Happy Birthday, Piya :)

Assalamualaikum.

A month ago, we had a midnight party for Wahida. Now, it's turn for celebrated
our dearest ( dearest lah sangat ! haha) Piya's besday ><
But her birthday not today, it's on 29 October and today is 3 November haha!
ohh pity Piya. heheh. We can't celebrate it SHARP on that date because we just got back
from our holiday and dont have time to do a surprise party for her.
hehehe kesian.

And we decided to surprise her today because alhamdulillah we dont have any 
schedules today as yesterday on Friday we had Khalifah programmed.
The whole day wehh ! adehh dehh dehh.
sabaq ja laa. dapat ilmu, ye dok ?

le excited Piya ! always ! haha



Happy Birthday, sweet nineteen.
May Allah bless u always.
Prosperity, longervity yaa !
Hope our relationship will be last forever, insyaallah ^^

In friendship, dont you ever saying these two things.
''Thank you'' and ''sorry''.

Have a blast all my dear friends !

okay lah. cannot wait for mid sem break . miss home already padahal baru je balik cuti lol.
and before that, wish us luck in our
ethnic relationship test ! haha.
tak baca pon lagi -.-