CLICK HERE

Tuesday, August 30, 2016

Japan 2016 part 4: Kawaguchiko


Hehehello Assalamualaikum. 
Untuk hari yang ketiga, kami ke Kawaguchiko ! Kawaguchiko ni adalah salah satu tempat tarikan pelancong untuk tengok gunung fuji. Harini pergi satu tempat je, sebab Kawaguchiko ni terletak agak jauh dari Tokyo. Kitorang decide nak baik bas ke sana, sebab lagi murah dan jimat masa sikit dari naik train. Kalau naik train 3 jam, naik bas 2 jam. Tapi sebenarnya, bila dah naik bas tu, keadaan trafik mana boleh dikawal. So sebenarnya naik bas ke naik train ke sama je jarak perjalanan sebab aku rasa nak dekat 3 jam jugak naik bas! Cuma kalau nak jimat sikit, naik ler bas hmm.

Kalau naik bas, ada 2 tempat yang kita boleh naik dari Tokyo. Dari Shinjuku atau Shibuya. Mula2 kitorg check bas dari Shinjuku, dah habis ! Agak runsing jugaklah haha sebab dahlah tak booking. Nasib baik ternampak pulak lagi satu tempat dari Shibuya so malam sebelum pergi tu baru booking. Macam pelik jugaklah kenapa bas dari Shinjuku habis, tapi bas dari Shibuya banyak pulak ! Siapa dari Tokyo nak ke Kawaguchiko boleh reserve bas kat sini - highwaybus . Reserve tu tak payah bayar pon so better reserve lah daripada jadi macam ktorg. 

Tapi bila kitorg nak ke tempat menunggu bas tu, baru tahu kenapa hmmm. Berpusing jugaklah cari lepas keluar dari Shibuya station tu. Naik tingkat atas, turun bawah balik. Eh salah, pusing balik. Tanya2 orang, baru jumpa. Tempatnya agak tersorok jugak. Sabor jelah nasib baik sempat naik bas. 


Beli tiket bas pergi balik. Dari Tokyo pukul 11.15 pagi, nak dekat pukul 2 ptg jugak sampai ke Kawaguchiko station. Mereput je dalam bas. Dan beli tiket balik pukul 4 petang. Bayangkanlah ada 2 jam je kat sini, harini memang paling kelam kabut. 

 Sorry bad hijab day haha. Sampai je terus kelam kabut pergi toilet dan ambik wudhuk siap2.

 Lepastu kelam kabut pulak cari sign untuk ke Kawaguchiko lake. Dah jumpa, dari station ke lake kawaguchiko tu adalah sejauh 800m. Macam dekat, tapi bila berjalan kaki pepaham lah! Memerlukan 10-15 minit jugak. Dalam kelam kabut tu pikir nak naik bas ke, sewa basikal ke blabla. Last2 jalan kaki jelah.



 Sampai pon. 

 Mula2 ingatkan gunung ni ialah gunung fuji, so fefeeling dah sampai lah. Bila tengok kat maps, rupanya bukan lol tah hape gunung ni.

 Kawaguchiko lake, lake ini ialah salah sebuah dari 5 buah tasik yang mengelilingi gunung fuji.

Solat dulu bila terjumpa tempat sunyi.

Dan buat pengetahuan anda, di Kawaguchiko terdapat banyak sangat tempat2 menarik untuk pelancong. Tapi kitorang tak sempat sebab ada 2 jam ke kat sini! Akhirnya kitorang decide untuk naik bas. Ada 22 bus stop, dan ada jadual bas. Tunggu jelah bas tu dekat bus stop. Dan untuk tengok gunung fuji, perlu pergi ke bus stop yang terakhir iaitu no 22. Kitorang berada di bus stop no 9. Masa tu dah pukul 3 pm, dan bas ktorg ke Tokyo pulak pukul 4 pm. 
Masa tu aku geram jugaklah dengan adik aku sebab ketegaq sangat tak dengar cakap orang. Aku memang taknak naik bas tu sebab memang tak sempat. Last2 dengan terpaksa aku naik jugak bas tu, pukul 4.25 pm sampai ke bus stop yang terakhir. Dan next bus adalah pukul 4.40 pm. Dalam masa 15 minit tu bersiar lah kejap,
Dapatlah tengok gunung fuji ! Tapiii dengan keadaan cemas sebab takut tertinggal bas. 

Actually kalau nak plan ke Kawaguchiko, kena plan dari awal nak ke mana. And ada discount pass jugak untuk 2 hari, boleh naik turun bas tu ke setiap destinasi yang kita nak pergi. Bas tu akan mengelilingi kawasan tu. Kalau tak beli pass tu, kena bayar lah ikut harga dekat screen depan bas tu. Memang agak mahal sikit lah.


Dalam cemas, alang2 dah sampai tu ambiklah jugak gambar sambil dalam hati berdoa jelah supaya tak kena tinggal bas. Belakang tu gunung fuji ! Memang susah nak nampak gunung ni dengan jelas sebab biasanya ia akan ditutupi awan.


Memang cantik sangat2 tempat ni sayangnya dapat singgah kejap je. 

Dapatlah tengok gunung fuji tu hahh.

Terjumpa cafe soft ice cream time tunggu bas. 

Memang sedap ! Makan kelam kabut sebab dalam bas tak boleh bawak makanan hahaha.

Bila bas dah sampai, kelam kabut masuk dalam bas. Dahlah penuh macam sardin ! Dalam kelam kabut tu terpotong lah barisan lalu ade pelancong mana tah marah2, "we wait here first!". Geram gak masa tu lepastu ktorg terus beratur barisan belakang sekali. Hammbekk tak boleh cakap baik2 ke puih! Tapi nasib baik jugak, kitorg masuk lambat dalam bas, so dapat duduk depan pintu. Senang nak keluar kan. 
From point 22, ke point no 1. Point no 1 ialah kawaguchiko station ! Cemas masa tu hanya tuhan yang tahu, bayangkan lagi 15 minit je pukul 4 pm tapi baru sampai station no 16 macamtu la. haha. Sebenarnya sempat je kalau bas tu straight je terus ke point no 1, tapi bas ni macam bas lompat2. Dia akan berhenti setiap point, sebab ada orang nak turun dan ada orang nak naik. Memang lambatlahhh, dengan orang nak turun terhegeh bayar tambang lagi haha. 
Akhirnya, kitorang stop kat point no 9, tempat ktorg naik mula2 tadi. Kitorang decide untuk berlari je ke kawaguchiko station, bayangkan berlari sejauh lebih kurang 1 km LOL. Penat masa tu macam nak pengsan, dahlah ada bukit2 lagi. Masa tu dah pukul 4 pm, tapi ktorg berlari sambil membawa harapan bas tu delay sikit, so adalah nasib ktorg walaupun kebarangkalian untuk bas itu delay adalah sebanyak 0.000000000001% sebab public transport di Jepun sangat punctual ! Takde makna macam bas Perdana yang selalu aku naik tu, kadang2 siap tunggu lagi sape yang lambat lol.
Akhirnya sampai di kawaguchiko station pukul 4.04 pm. Memang tak nampak bayang langsung dahh hahaha. Lalu ktorg pon bermenung lah di station tu kena tinggal bas hahahaha! So terpaksa beli tiket baru, tiket train dah habis. Terpaksa beli tiket bas jugak, tapi tiket bas ke Tokyo station, pukul 5 pm. Mereput lah menunggu selama sejam.
Memang pukul 4.50 pm macamtu bas sampai, sharp pukul 5pm tak lebih tak kurang dia gerak. Dahsyatt betul.

Masa tu rasa sakit hati betul, tapi sekarang rasa macam tu semua pengalaman lah. Ada jugak benda nak diceritakan kat anak cucu nanti, nenek dulu tertinggal bas kat jepun, berlari kau ! Dan pengajarannya, kitorang tak plan jadual perjalanan betul2. InshaaAllah next time maybe boleh plan bebetul lah. Tapi takpelaa asalkan dapat jugak bergambar depan gunung fuji tu haha.

Tapi Kawaguchiko tu memang best, tenang je tempatnya. Time tepi tasik tu, sejukkk je. Memang best lah kalau nak bersantai-santai.

Sampai Tokyo station pukul 8 pm, jalan pon agak jammed jugaklah. Ambik train, straight ke Gyotoku. Sampai Gyotoku, jalan kaki dalam 7 minit macamtu pergi makan sushi untuk dinner. Harini sepanjang hari tak makan, pagi sebelum bertolak je makan kat rumah.

Ape tah nama kedai ni, of course takde sijil halal tapi nunun bagitahu senior diorang pernah tanya ada tak bahan2 yang tak boleh dimakan tu arak ke apa2, diorang cakap takde. So bolehlaa makan. Murah je sushi ni, sepiring 90 JPY. Campur tax 8%.

Order bebanyak. Lapor ni.

Alhamdulillah kenyang akhirnya. What a disaster day ! Haha. memang sedap gilerss sushi ni, sebab kitorang ambik yang goreng. Yang mentah tu takdelah ambikk tak lalu tekakk. Sedappp tetiba rasa nak makan lagi plak haha. Cuma sushi ni tak boleh makan banyak2 lah, rasa loya pulak haha.

Okay tu je cerita untuk hari ketiga ni, will continue with next entry.


Monday, August 29, 2016

Japan 2016 part 3 : Amazing Tokyo Part 2

Assalamualaikum.

Hai mesti ramai yang ternanti-nantikan entry jepun saya kan bhahaha! bajet hot sikit. Sorry aku ni ade mood jugak, kalau malas tu memang malas sepanjang tahun. Kalau rajin, satu malam 2,3 entry pon boleh buat. So inshaaAllah akan cuba untuk habiskan mana yang sempat sebelum start kerja. Nanti dah kerja lagilah malas.

Untuk hari kedua ni, masih lagi pusing sekitar Tokyo. Masih menggunakan kad subway 48 hour pass. Tapi ada certain tempat tak boleh pulak nak pakai kad ni. 

First destination, Ueno. Kitorang ke Ueno Park dan Lotus park. Takde apa yang menarik pon sebab ueno park ni lagi cantik dan memang terkenal kalau musim bunga, sebab time bunga sakura mengembang memang cantikk ! Disebabkan kitorang pergi time summer, memang rasa macam jalan2 kat hutan rekreasi sungai udang je lah hahaha.



 serba sedikit sejarah bunga teratai dan tentang penubuhan tempat ini ewahh. Tak paham pon, membongak je.





Sakura di ueno park.
Tapi kalau anda datang ketika musim bunga, bersiap siaga lah dengan crowds yang sangat hebat ni. Boleh ke nak menikmati keindahan bunga dengan orang ramai macamni hahaha. Baik datang je waktu summer lepastu google jelah macam aku ni wakaka.



 Taktau pebende. Again malas lagi nak cari sejarah tempat ni haha. Tapi macam inari shrine kat kyoto.


 Bolehlah nak tinggalkan jejak ke ucapan ke love story ke hape kat sini.



 Jumpa panda. Comey je dia.

 Memang besar ueno park ni, takde lah habis jalan pon. Mana yang rajin dan larat jelah. Ni pon baru first destination dah berpeluh haha.



Di ueno, jangan lupa ke Ameyoko ! Best wei sini, banyak makanan halal dan bolehlah kalau nak beli souvenirs macam baju tshirt i love japan tu. Ramai jugak jumpa malaysian kat sini. Ada 3,4 kedai jual kebab dan ayam yang halal. Pandai je bangla tu cakap melayu. Tak ingat dia cakap apa, terima kasih, ke selamat datang macamtu la haha.

Ameyokocho! Memang tak sabar2 nak sampai sini, sebab nak beli sandal. Kaki mak dah tak sanggup pakai kasut. haha.

 Sini macam pasar2 gitu lah. Macam2 barang dijual, ktorg beli tshirt i love japan tu untuk amer dengan aid. Sehelai tshirt 1000 JPY (RM 40). Ada jugak beli keychain. Beli ayam, beli kebab amboi oke lah kalau nak berbelanja kat sini. Tapi kelakar pulak jumpa seluar gajah thailand aku beli kat chiangmai tu, bila convert kat jepun RM 70 kot! Aku beli kat chiangmai sehelai RM10 je haha. Sejibik pulak tu. Kalau tahu aku borong kat chiangmai tu jual kat jepun ha ha lawak nye kau ni.


Orang cakap kalau ke jepun tak sahlah kalau tak try green tea ! Katanya japanese green tea sedap ! So ktorg beli lah green tea ice cream ni. Mintak 2 je icecream, atuk tu salah dengar. Dia buatkan 3 cawan, terpaksa beli 3 lol. Padahal dah cakap jepun dengan atuk tu, alahai belum lagi keluar english aku yang berhabuk ni, mau atuk tu bagi 10 cawan pulak nanti hahaha!

Masalah ktorg ni selalu tak habis sebab tu selalu beli share je. Bayangkan aku kena habiskan tiga2 ni sebab nunun ngan liah cakap tak sedap. Aku suka green tea, so sedap ! Rasa green tea jepun lain tau dari green tea yg slalu aku minum. Dia pahit sedap lol. Lagi satu, air green tea diorang memang takde gula, pure gila.

Dapat free green tea ! Lawak gila mula2 takut nak minum takut kena bayar LOL. Dahlah termembazir 900 yen kat icecream tadi. 900 yen dah nak dekat RM40 yer untuk 3 cawan icecream hahaha.

Beli buah apa ni taktahu. Mula2 ingatkan anggur pastu harga murah jugak dalam 500 JPY, tapi rasa dia lain dari anggur. Sepanjang jalan makan buah ni, sedappp je makan sampai sakit perut haha.

Jalan dalam 5 minit dari ameyoko tu, ada masjid. Selesa sangat masjid ni, dahlah takde orang. So macam biasa dapatlah solat sambil meregangkan kaki.


Toilet dan telekung pon ada. 

Next, ktorg gerak ke Nippori. Apa yang menarik di sini ? Of course syurga japanese cotton! Banyak sangat kedai jual kain2 cotton, tah hape2 alat menjahit lah pebende lagi banyak sangatt. Tapi yang paling famous semestinya kedai kain tomato. Tak sure berapa tingkat, tapi aku rasa dalam 5 ke 6 tingkat tah ! Pergh penuh sangat dengan kain, cantik2 pulak tu !

On the way ke Tomato, ada kedai yang ala2 kedai sakan tapi japan version haha. Kitorg masuk, adui tak tahan mak, kebanyakkan baju2 dan barang dia semua bawah 1000 JPY. Ktorg pantang nampak benda murah, maka grab lah baju, topi, stokin hahaha. Ada jumpa 2 kedai murah, memang best lah. Mana boleh lalu je tanpa grab, mesti kena grab haha.

Nampak tuu signboard kedai tomato.

Kain cotton ni bukan jenis yang keras tu, kain dia sangat best dan lembut ! Sesuai kalau nak buat baju kurung ke, blouse pon boleh. Yang keras tu pon ada, tapi kalau nak buat baju belilah yang lembut2 ni. 

Ktorg tak beli pon. Cuma belikan buah tangan untuk org2 tua. Haha untuk uwan, untuk ibu. Lain kali lah kalau aku nak beli nanti aku kirim je kat nunun. Kain chiangmai tu pon ade je tak jahit lagi. Lagipon aku pon dah takde pakai baju kurung ke apa, memang kalau beli taktahu simpan buat pekasam berapa lama haha.


Untuk harga pulak, kalau dah namanya kat Jepun semua benda memang mahal lah. Haha. Tapi kainnya berkualiti, berbaloi lah duit. 

Next, ke Akihabara. Mula2 macam malas nak pergi, sebab akihabara ni tempat barangan elektronik! Ianya adalah syurga buat penggemar gadget, anime, gundam lagi tah hape tah japanese stuffs. Ktog tak minat pon, tapi saje jelah nak pergi memandangkan masih awal. Ktorg plan nak sampai ke Odaiba nanti waktu nak dekat maghrib, pemandangan lebih cantik.


Banyak sangatt barang2 anime. Sebab tak minat lalu jelah, tengok2 cuci mata. Harga barang2 elektronik pon tak sure lah, tak tengok harga pon. Tapi ada yang cakap, barang elektronik dan gadgets kat sini separuh harga dari harga Malaysia.

Kalau nak solat, boleh cari kedai bernama Laox. Kat tingkat 7 ada ruang solat k ! Sebab nunun tak boleh solat jamak, so setiap waktu ktorg cari lah tempat utk solat.

Menyesal pulak saya tak grab awak ni cik Mon ! Mahal membazir je, macam aku cakap sebelum ni kedai rm 2 pon ada patung macamni kahkah lagipon rasa tak sesuai pulek nak beli patung2 camni. haha

Singgah beli pablo, japanese cheese tart. Sedap ! Dua kali jugak ktorg beli, lagi sekali ktorg beli time kat osaka.

Next ktorg gerak ke Odaiba. 

Yang hebatnya, train ke odaiba ni tanpa pemandu! Ianya adalah automatik. 

Tempat orang bersiar-siar je sambil bergambar.

Bolehlah sape nak naik cruise ni menikmati keindahan alam. 

Kat tempat orang bergambar laa kau nak dating akak abang oi. Aku dahlah malas nak crop hah duduk jelah ko dalam blog aku ni hah.

Mini statue of liberty. 

Belakang tu rainbow bridge. Tengok sunset time macamni lah cantikk. Subhanallah.



Sambil makan makanan yang dibeli kat Ueno dan akihabara siang tadi sambil tengok sunset. Tapi ada peristiwa lawak berlaku. Time tengah makan ni, tiba2 angin bertiup kuat. Dengan rileknya aku menganggap bahawa biasalah, tepi pantai memang angin kuat macam duduk ganu dulu haha. Time tu aku dah sebut janganlaaa hujann. Lepastu ktorg nampak ada ramai orang lari2. Tapi ktorg menganggap diorang sedang main Pokemon Go! LOL. Tiba2 hujan pergh masin mulutku patutlah orang lari. Nasib baik bukan hujan yang lebat tu. Kalau tak dengan ayam2 sekali dibasahi hujan hahaha. 

Tengah hujan rintik2 tu sempatlah berlari. Lawak gila kelam kabut kemas barang dengan beg plastik berbondong bondong shopping tu. Cari tempat berteduh bawah jambatan sedih ngat haha. Time tu lebat jugak hujan, dahlah takde payung. Aku risau passport basah je time tu. Akhirnya ktorg masuk ke shopping complex seberang jalan, puas jugaklah menahan malu masuk dengan muka sememeh dan baju basah. Gelandangan sangatt hahaha even org situ tak ambik tahu hal org pon, still rasa malu jugaklah haha.

Alhamdulillah hujan tak lama sangat, solat maghrib kat tempat menyusu baby dalam shopping complex tu. So keluar situ nak cari gundam model yang besar kat depan bangunan Diver city. Taktahu lama jugaklah ktorg berjalan, sebab time tu mcm tersesat jugak. Risau gilor sebab ktorg lalu kat tempat2 sunyi, bertiga je. Dahlah da malam kan time tu. Lalu bawah jambatan, atas jambatan la pebende lagi. Dengan angin kuatnya rasa nak tercabut tudung, rasa nak terbang je ewah bajet ringan. Masa tu doa jelah jangan hujan lagi haha mana nak lari.

Time sesat tu, lalu kat banyak bangunan2 yang unik. Cantik dan canggih2 tau bangunan kat jepun ni ! Ada satu bangunan besar tu berlampu, lampu dia menyala ikut muzik yang dia pasang. Alahh macam music square, dia gerak ikut muzik. Memang terpesona jugaklah ktorg kat bawah tu bhahahaha! Rusa masuk bandar sangatt, sampai ktorg wondering berapa agaknya bil letrik diorang kena bayar ! Memang tinggi kot kos untuk buat lampu2 macamtu dengan bangunan yang sangat besar tu kan.

Alhamdulillah berapa lama tah berjalan baru jumpa benda ni. Gundam model infront of Diver City building ! Robot ni bole gerak2 tau. Kat bawah tu ada jadual robot ni bergerak. Kebetulan ktorg sampai, pukul 8.30 kot. So memang dah masa dia bergerak. Yang lawaknya aku ingat dia gerak macam ala2 lawan raksasa ke apa. Rupanya dia gerak tangan sikit, geleng kepala kiri kanan bhahahaha. Puih penat je tunggu. Taktahu lah kalau setiap masa tu dia punya pergerakan lain2 ke apa. 

Depan tu ada gundam cafe. Time ni ramai gila orang sebab macam ada event. Macam fan event. Aku intai2 jugak kot2 infinite ke ukiss buat promotion. Tapi rasanya artis japan kot, diorang macam satu group lepastu ramai perempuan beratur salam2 ambik gamba semua. 
Kat dalam gundam cafe tu ada jual air/makanan2. Ada jugak dijual gundam souvenirs, dah nama pon gundam cafe kan. Ade biskut bentuk gundam la ape bende. Tengok2 camtu je.

Selfie muka penat dan berminyak satu.

Dan akhirnya, pulang ke rumah. Habis dah tenaga sampai rumah nak pergi toilet pon rasa nak merangkak je kalo boleh hahaha.

Will continue with next entry !

Read previous entry : Japan 2016 part 2: Amazing Tokyo