CLICK HERE

Sunday, April 20, 2014

Flashback : Telefon ibu

Seriously taktahu nak tulis apa. tapi nak jugak tulis entry.
bersawang dah blog ni huhuuu.

Aku teringat masa aku tingkatan satu di asrama, hari hari mesti telefon ibu. 
Ada lah beberapa kali ada program sekolah, habis program dah lewat petang. Habis program terus mandi dan kena bersiap sedia pulak untuk turun prep. Junior tak boleh turun lambat, nanti senior marah.
Disebabkan aku junior yang baik, aku jarang sekali turun prep lambat. Atau boleh kata tak pernah langsung turun lambat. Aku mandi di laundry tingkat bawah sekali, setiap kali mandi mesti bawak duit syiling untuk call ibu. Lepas sidai kain basahan kat bawah, terus call ibu. Tapi aku tak boleh cakap lama2 sebab nak turun prep. Aku cakap dengan ibu,
"Tak boleh cakap lama ni. Akak dah lambat".
Ada lah beberapa kali aku macamtu haha. Lepastu bila aku balik kampung ibu cakap
"kalau dah lambat takpayahla telefon". Tapi masa tu tetap call ibu jugak.
Walaupun disebabkan dah lambat, aku tak sempat borak apa. 
Cuma telefon cakap "ibu akak dah lambat ni. Bye". LOL.
Mungkin masa tu budak lagi kot :P Naik form 2 call dua hari sekali, naik form 3 sekali sekala. Dah jadi big senior seminggu sekali atau time nak balik je baru call. Dah masuk universiti ibu yang call huhuuu.

sebenarnya cuma nak cakap walaupun saya jarang telefon ibu saya, saya sentiasa ingat dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kebahagiaan dan kesihatan ibu dan ayah saya ;)


p/s - Final dah nak dekat. 




Thursday, April 10, 2014

Repost : tolong ingatkan aku



Assalamualaikum sahabatku... Nak mintak tolong sikit boleh tak?
 Tolong ingatkan aku Andai aku terlupakan Tuhan dalam kelapangan dan kesibukan,dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan aku jangan jadi anak derhaka,mak ayah jangan dilupa usah diluka hati dan perasaan mereka. 
Tolong ingatkan aku supaya ingat pesanan guru bukan sekadar ingatan tapi tarbiyyah berpanjangan.
Tolong ingatkan aku dengarlah dan bacalah AlQuran tika radio penuh hiburan 
tika TV penuh hindustan.
Tolong ingatkan aku  dimana Islamnya zahirku jika aurat didedahkan disingkat, diketat, dijarangkan.
Tolong ingatkan aku jadilah sahabat yang baik, sentiasa memberi peringatan sentiasa menerima teguran.
Tolong ingatkan aku kalau bercinta biar keranaNya. Dalam memilih utamakan iman kelak ikatan dihindari syaitan.
Tolong ingatkan aku hidup ini satu kembara.Kutiplah mutiara dalam perjalanan, moga di sana menjadi bekalan. Tolong ingatkan aku diri ini milik Yang Kuasa KepadaNya diserahkan jiwa Segala-galaNya Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan aku...



Thursday, April 3, 2014

Seminggu : Food Fiesta 2014

Assalamualaikum ! Annyeonghaseyo ! nihao ! Hello !

Harini eksaited sikit sebab dah ada kat rumah dan bersedia untuk menaikkan berat badan sebanyak 2 kg dalam masa seminggu. Caranya mudah saja, makan tidur makan tidur makan tidur haha. Okay back to the main point. Sakit hati sebenarnya kalau nak cakap pasal diet yang tak berapa nak jadi. Hampehh semua sebab Food Fiesta punya pasal. haha. Eh ? 

Ni minggu lepas ke dua minggu lepas punya cerita tah ? Asalkan update dah lah. Mahu bersawang blog gue ini.
Selama seminggu telah berlangsung karnival Food Fiesta di Kampus Unisza
Tembila, anjuran Persatuan Mahasiswa Sains Makanan. Skema nya intro ku, bagaikan mahu 
membuat report pula lol.
Banyak aktiviti yang diorang anjurkan, dan salah satunya adalah students/orang luar boleh
sewa tapak untuk berjualan selama seminggu. Dan aku pernah cakap di sini, yang kitorang kan nak kumpul duit untuk mobiliti program. Maka haruslah peluang keemasan ini tidak dilepaskan begitu saja. wahhh gituuu kann.

Kalau nak cerita satu2 memang taklahh. Tapi secara jujurnya memang penat, dan
dengan test lagi, maklumlah sekarang kan musim test. Nak tak nak kena lah study sikit
ye dak haha. Dan bebudak kelas aku ni rajin gilos tau, bukak gerai pon bawak nota, mana
lagi nak cari students serajin ini di dunia ini. Over pula aku.

Even penat, tapi best sebab kitorang dapat baaaaanyak pengalaman.
Pertama, kitorang pergi deal sendiri dengan pihak Maduria untuk bekalkan fridge dan air gas. Pergi bermeeting kononn diskus dengan manager(kot?) syarikat tu. haha lupo den. Tapi gambar takdok sebab segan haha. OMG sejak bila kitorang pandai menyegan ? :P
Kedua, kerjasama. Teamwork penting sebab nanti kerja mesti banyak bekerjasama dengan orang,takkan kerja sorang2 kot ? haha.
ketiga, keyakinan. First time berniaga utk org yg not so friendly(macam aku boleh kot haha), "aku nak buat muka cemana dengan customer ni" . "nak cakap apa ni". blabla.
Dah terbiasa lama2 lepastu, customer lagi sebatu pon boleh panggil lollllll.
 dan banyak lagi... dan paling penting melatih tangan tak reti buat kerja aku ni hahah.

 kitorang beli sendiri bahan2 untuk berjualan. Untuk group aku jual
ice blended, air, koktail, dadih etc. Dan paling penting dadih tu buat sendiri.
haha bangun pepagi bebb buat dadih 69 cawan lepastu jual. Alhamdulillah hari terakhir
akhirnya cawan terakhir pun habis dijual..hehe. Sebenarnya banyak budak kelas yang beli sendiri,aku sendiri beli berapa cawan tah kahkah. Tapi asalkan habis dahla, usah hiraukan
pembelinya siapa hahahaahaha.

 Kitorang masuk hunger food game ! Satu-satunya game yang kitorang join. 
Dan paling tak sangka boleh menang ! Tempat pertama pulak tu !
Bayangkanlah kena lawan dengan group2 lelaki yang besar umpama gergasi yang apabila
mereka lapar kitorang pon diorang boleh makan haha. K tipu je takdelah macam
gergasi tapi aku cuma bandingkan jelah, lelaki kan kuat makan. 
Malangnya tak dapat pula aku rakam reaksi kitorang bila diumumkan sebagai pemenang.
Ambik hamper macam menang pertandingan bertaraf dunia pula haha.

Foodtecheroes ! Memang heroes habis, sebab kitorang almost girls. Bukan almost lah, ALL girls. Macam2 kitorang angkat, fridge,kotak2 etc. Terpaksa sebab kekurangan tenage lelaki. Berurat dah tangan ni *belek belek tangan*

Sebelum aku mengakhiri entry ini, 27 March 2014. tidak dilupakan celebrate birthday Dayah a.k.a mummy.
haha lama tak panggil dayah, sampaikan haritu ada budak kelas panggil Dayah and i was like hahhh siapa Dayahhh ?! Kita ada budak kelas baru keee ?! haha gituuu. Bila otak dah okay baru lah ohhh mummy rupanya ! lol

Walau busy, aku dengan piya lari jap pegi pekan beli kek dan barang2 untuk party kecil-kecilan haha.Pastu buat surprise malam tu untuk mummy. Tahniah dah 21 tahun mummy, tolonglah matang. Ikhlas dari anak-anakmu :D 

sori sikitlah background belakang tak berapa nak grand. Tak sempat nak buat backdrop, ampaian pon bolehlaa haha. Muka pon berminyak melekat bak hangg maklumlah peniaga.
Siang study, malam bekerja. Life is soo hard you knowww hahaha.



Okay, selamat bercuti kawan-kawan ! 
Naik cuti jangan lupa timbang berat kekeke.