CLICK HERE

Sunday, August 25, 2013

wedding : syud's sister

Assalamualaikum. 

Hari ini dalam sejarah sebab aku 
DRIVE SORANG-SORANG dari Lubok Cina ke Alor Gajah HAHAH. 
Hanya Allah je yang tahu gementar dan takutnya aku. Alhamdulillah okay je semua huhu ;)
Bangga pula dengan diri ini sebab berjaya juga akhirnya bawak kereta manual pulak tu hahaha.
Aku memang nak try bawak sebab nak mengasah driving skill aku. Habistu sampai bila nak penakut bawak kete ye dak ? huhu.

Kakak ketiga Syud kahwin. Cantikk sangat akak dia, abang ipar dia pun hensem hewhew. Aku pergi dengan nureen. Segan lah pulok kan nak datang sensorang.

Dapat juga jumpa syud. syima pon ada sekali :P

Ni bakal pengantin tahun depan mungkin ? hahaha.

nureen dan syud.

ni je gambar pengantin paling terbaik aku sempat snap lolll.

Love muchh ! photobooth yang cute !

with pengantin yang cantikk ><
semoga kekal hingga ke akhir hayat :)

with syud yang gorjes gilaa haha.
Terima kasih daun keladi, ada umur kita jumpa lagi :)
Nanti engko kawen aku cop jadi pengapit haha :P

Wedding akak syud ni comel gilaa tau. 
Photobooth cute, kerusi meja tetamu pun cute. Pelamin cantekk.
Doorgifts pun cecomel. Bunga telur diganti dengan grape jelly yang comey. Kat depan pintu masuk ada cute decorations, boleh tinggalkan signature kite kat situ sambil ucap congratulations kat pengantin. Dan ada lollipop. Tapi semua aku tak snap haha.
Tengok pelamin + photobooth tu dah tahu beribu riban juga ongkosnyaa :P


sekian wassalam.

p/s - arghh malasnyaa nak balik Terengganu. 
Nak sebulan cuti lagi boleh dak ? hoho.

Tuesday, August 20, 2013

new baby


dear my new baby boo, 
 satu je harapan saya.
harap awak sihat sejahtera sampai saya habis belajar.
stay healthy ya even u got me as your owner haha :D

hello, i'm newbie !
aku terkebelakang beberapa tahun sebab baru nak guna android LOL.
so check out this new app on dodol pop .

wahhhh love this app ! 
setiap masa boleh dengar suara Kyungsoo oppa. kahkah.


Sunday, August 18, 2013

Diari syawal part 3

apa yang saya buat sepanjang raya ? HAHA.

5 syawal

- Hantar nunun balik Beranang. Kurang sorang ahli kat rumah.
- Raya rumah pak long @ Port Dickson

6-8 syawal

duduk goyang kaki kat rumah sambil sambung kembali berpuasa. Puasa enam mempunyai pahala ganjaran sama dengan ganjaran pahala untuk mereka yang berpuasa selama setahun wallahua'lam. 
Dari segi kesihatan pula of course untuk menstabilkan kembali keadaan digestive system yang penat bekerja tak berhenti-henti sejak dari malam raya lagi. Apa tidaknya pagi petang siang malam jalan raya. Tak makan karang kecik pula hati tuan rumah. Kat rumah pula melambak balang kuih depan mata. Rasa tak lapar pun asyik rasa nak mengunyah je haha.

9 syawal

Raya rumah sedara mara sekitar Melaka.

10 syawal

Raya rumah sedara mara sekitar KL.


Aku ngan ibu tershopping sehelai jubah LOL !
Tapi ibu yang nak beli bukan aku yang nak hehehehehehe.

11 syawal

Kemuncak raya. 
Akhirnya Liah balik selandar, amal balik sharodz. 

Balik singgah raya rumah atam.

Tamat sudah hari raya.

Selamat kembali bersekolah bebudak sekolah haha. Teringat pula zaman skolah, sekarang ni mesti surau tengah bising suara masing2 bercerita pasal raya. memekak time bacaan mathurat pulak tuh, pastu budak badar mula mengamuk. Dah tahu buat bising dalam surau itu salah, tetap degil memasing hahha.
Dan waktu prep mesti makan ramai2. Pastu kelas senyap sunyi sebab homework satu apa pun tak siap lagi LOL !
Balik dorm sambung pulak makan lagi, makanan bebudak dorm pula =,=

Tinggal lah aku dengan aid kat rumah macam biasa. 
waktu siang tinggal aku krikk krikk krikk macam biasa kat rumah.
Everybody back to normal life.

Harap jumpa lagi syawal tahun depan :)

p/s- 
best je tengok masing2 raya dari rumah ke rumah. Rumah aku ni dahlah kat hujung dunia, aku pulak bukan kaki berjalan. sumpah malas nak keluar.
lagi 2,3 tahun engkorang kawen baru aku jumpa engkorang. haha.


Sunday, August 11, 2013

Diari syawal 2 : girls day out

Assalamualaikum.

First time kitorang adik beradik keluar hangout berempat tanpa ibu dengan ayah ! 
Kalini aku terpaksa mengawal dua orang budak hingusan iaitu dak amal dengan liah haha. Aku terpaksa bagi amaran jangan buat perkara2 yang boleh memalukan keluarga :P

Cadangnya dak amer yang akan bawak kitorang tapi tak jadi. last last ayah yang hantar kitorang. Takpe, tahun depan konfem aku pulak yang bawak kete okayh. kita ronda satu melaka kahkahkah. apehal ntah aku ni lembab nau bab2 driving skill ni.
Nak naik bas macam tak standard lah pulok orang zaman sekarang semua bawak kereta hahahahahaha.

Adalah lebih kurang 5 jam kitorang jalan.


Nasiblah gamba ko takde nun, ko yang terdelete gamba ko sendiri =,=

Nampaknya keadaan terkawal dan tiada perkara memalukan terjadi. Cuma dak liah asyik berangan orang pergi kanan dia pergi kiri lol.  Kat satu kedai ni, tetiber kitorang terdengar bunyi kentut yang sangat kuat. Yang tak boleh blah dak amal tanya kuat2 kat aku, ''AKAK KAU KENTUT KE ?'' bhahaahaha. tetiber makcik cina sebelah tu buat pandangan 'kaupahalmemangakuyangkentutsowhat?' kat kitorang. HAHAHAHA. sampai balik aku takleh berenti gelak.


Harapnya tahun depan waktu semua orang ada macamni, bolehlah kita hangout lagi haha. Ada duit raya, habiskan jelahh. Simpan pun nak buatpe hewhew.
ni yang best ada ramai adik beradik perempuan tau, kau tidak perlu menelefon sana sini mencari teman untuk pergi shopping.

p/s,
Jangan lupa dapatkan epop keluaran august 2013. Ada dapat free sampul raya Exo/super junior/snsd/infinite and many more ! sukeeeee ! 
Akhirnya dapat juga gambar exo lol.

Saturday, August 10, 2013

Diari syawal 2013 ( part I )

Assalamualaikum.

Ewahh siap nak ada bebanyak part haha. sebenarnya dengan terwujudnya part I tak semestinya ada part II kahkah. Depends pada how i'm enjoying my raya LOL.

1 syawal

Macam biasa, bangun pagi gosok gigi baju apa semua pastu siap2. Pastu makan. 
Lepastu bergambar kat rumah atau lebih popular dikenali sebagai 'studio Hasan' LOL ! Lepas bergambar pergi kubur lepastu pergi rumah uwan bersalam-salaman. Lepas makan dan duduk lepak2 jap, balik rumah siap2 nak balik Bukit Piatu pulak. Haha. syok tak cerita raya aku ? ;P
Aku rasa raya kat Bukit Piatu lagi best, sebab suasana lain sikitlahh. Kat sini sebab rumah sendiri kan, feeling raya tu takdee. 
sejak dah duduk Lubok china ni, malas dah nak beraya muahaha.

Kami bersama ibu dan ayah.

with uwan.

photoshoot.

the parents.

 The girls.

the BOYS.
dua orang boys yang tak bersifat kemelayuan. Patutnya pakailah sampin dengan songkok sekali.
Nak kata omputih tak putih pun, nak kata korea jauh sekali =,=

siblings. abaikan muka poker dak amer hahaha.

1 syawal diakhiri dengan ke Bukit Piatu sambil makan ketupat siap rendang tambah 2 kali.
Apa nak jadi oiiiiiii. serius raya ketiga/keempat kena start puasa balik.
Pastu nak diet balekkkk. gemukkk dah guwe.

2 syawal

Terasa raya sikit sebab pergi beraya kat rumah sedara mara ayah kat Bukit Beruang.
Tu pun dah petang baru pergi beraya, maghrib baru balik rumah.
Ambik gambar sikit je, tu pun punya tak malu berposing kat rumah orang kekeke.
Sampai LC singgah rumah uwan kejap, lepastu balik rumah boommm.




dark purple poppy dari thepoplook! Baju ni buat aku nampak gemuk lah. haha. Dah diri sendiri gemuk, nak salahkan baju pula :P

 3 syawal

Harini sedara belah ibu datang rumah. Ramai jugaklah, so harini first time blaja 
potong ayam blergh kahkah.
Tahun ni aku rajin sikit :P


uwan bersama cucu-cucunya.
adik beradik kitorang je ramai perempuan, yang lain majority lelaki hahha.

selekeh :P


Petang, macam biasa pergi studio sebenar kat Alor Gajah. Ini kali ke-10 kitorang amik gambar family setiap tahun. First time amik gambar masa tu aku baru darjah empat. masa tu aid kecik je, skarang dah macam gergasi kehkeh.
Dulu selekeh je, sekarang masing2 dah tahu bersolek sendiri haha.


Cukuplah dahulu untuk kali ini. Aku akan sambung lagi inshaaAllah.




Wednesday, August 7, 2013

Entry hari raya

Assalamualaikum.

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca belog mine LOL !
Raya tahun ni tiada beza macam raya tahun sebelumnya, still sama.
Raya pertama di Lubok China, raya kedua di Bukit Piatu.
Malam raya takde main bunga api mercun bagai, hanya duduk rumah menonton korea.
Lagipun aku tak suka main mercun sebab aku takut api. Pegang bunga api pun terkial-kial. Memang tak heran langsung dengan mercun bagai ni. Tumpang dengar jelah orang kampung berdentam dentum.

For me, hari raya aku takde apa pun. 
Nak kata dah tua sangat taklah juga tapi rasa eksaited tu takde macam dedulu haha.
Yang best cuma ada baju baru dan kelengkapan lain yang baru alhamdulillah dan makan bebanyak hehe.
Diet aku pun musnah, sebab sayang kalau tak makan bebanyak setahun sekali kannn.
Duit raya pun entah dapat ke tak lagi kann dah tetua macamni. Kalau dapat, terima jelah. Tak dapat, like i care. tak kisah pun haha.

Jalan raya pun malas lah nak keluar .Kengkawan iolls kalau rajin meh datang rumah iolls k. 

selamat hari rayaa. 

#updatekpop
check out exo's new song and mv on youtube SM channel - Growl !

also check out amal's new entry about exo - Group comel.
ko takde keje eh amal dengan liah. Ingat sikit korang tu nak exam wkwkwkw.

My new passion : EXO.
Dont worry super junior, you are always my baby. Fighting for both !
Fighting my boys kekeke.







Thursday, August 1, 2013