CLICK HERE

Thursday, July 28, 2016

23 Syawal

Assalamualaikum.

Harini Ummi, Moon dengan Ani datang rumah. Semua classmates masa sekolah dulu. Taktahu lah ni kira datang raya ke apa. Nak kata dah habis raya, syawal belum habis. Nak kata belum habis raya, kira dah lambat sangat ni beraya hahaha. Ada ke patut tanya kuih raya, tinggal balang jela wei haha. Apa pun Ummi memang tak kira masa datang rumah aku, kalau dia rasa nak singgah, dia singgah walaupun bukan hari raya haha. Thank you Ummi ! (masuk list calon menantu terbaik hahahaha)

Yang pasti perangai depa tak ubah langsung ! Moon sampai sekarang masih takut lipas haha, ingat lagi time form 4 kitorang berjaga sampai pukul 2 pagi sebab tak dapat2 nak tangkap lipas dalam dorm LOL. Tiba2 Sab zakaria lalu depan dorm, ktorg mintak tolong dia bunuh lipas. Dia Pap! je lipas tu terus mati. 2 saat je guysss, kitorang 2 jam tak dapat2 bunuh lipas alahaiii. Tu je satu2 nya kenangan yang sangat2 aku ingat dengan Moon hahahahaha.


Ummi, Moon, Ani. Yang pasti semua masih macam dulu, perangai tak ubah langsung. Please dont change, guys, just be yourself :) Ani macam biasa suka cakap sambil gelak2, haha. 

Tapi yang paling aku bahagia adalah, diorang cakap aku dari sekolah sampai sekarang tak berubah langsung! Sikit pon tak berubah, tak tinggi tak pendek tak gemuk tak kurus. MasyaaAllah Alhamdulillah mati2 aku ingat aku gemuk 10 kali ganda dari zaman sekolah, betul ni hahaha. Biasanya bila dah lama tak jumpa baru perasan kan perubahan seseorang tu. Syukur lah tak berubah dan kekal muka 17 tahun lol haha, pastikan kekal sampai tua ok ni over. But the real truth is i gained 5kg in two month! *nangis tepi katil sambil menyesal makan banyak*

Goodluck for your future life korang ! Ani dah dapat kerja alhamdulillah (Ani is a chemist now, congrates!). Moon dah pergi iv dan masih tunggu jawapan (aku doakan Moon dapat jadi Halal executive secret recepi!) dan ummi masih tunggu jawapan (InshaaAllah ada rezeki ummi tak lama lagiii, ummi is a nice person, Allah akan bagi yang terbaik) . 



Berjaya dahh semua kengkawan aku yang geng tidur dalam kelas dulu *lol kenapa aku dah macam a proud mom haha* . Macam biasa mesti tak lari topik pasal kahwin bila dah habis study, tapi diorang cakap belum fikir langsung pasal kahwin, diorang nak kejar kerjaya dulu sampai jadi orang berjaya. Bila diorang cakap macamtu aku terus rasa kagum seriouslyy. Yelah memang sepatutnya fikir pasal kerjaya dan masa depan dulu, ada duit sendiri, dapat balas jasa ibu ayah. Baru fikir pasal benda lain. Ani cakap dia nak ada duit sendiri dulu. Omo ani, bagus betul kauu. Apa pun, aku doakan yang terbaik untuk korang ! xoxo.



Sunday, July 24, 2016

Weekend with Aid

Hai harini kitorang melawat aid si baby yang dah kurus tuu.
Aid dah lagi tinggi dari semua orang kecuali ayah. Amer tak sure, maybe sama tinggi atau pendek sikit dari amer hahaha.

Muka masam. Harini dia baik sebab dia salam tangan akak hahahaha. and tak pukul dak liah. Baikkkknyeeee.

Ayah belikan songkok baru sebab songkok dia dah buruk sangatt.
"test songkok ni!", kata ayah kepada aid.

Tapi aid menolak dengan memberi alasan songkok itu kecik. 
Ok pakai lah ko songkok buruk tu selamanya.

Tidur plak. Dua kakak gorjes haruslah merebut peluang untuk selfie. Maklumlah gambarnya terlalu mahal, kalau dia tak tido tak dapatlah selfie dengan aid.
*Tu sticker cover jerawat dak liah*

As for today, Aid dah berjaya hafal quran hingga muka surat 74.
Alhamdulillah.


Wednesday, July 13, 2016

Resepi Waffle rangup (feat waffle ajaib)

Assalamualaikum.

Selalu beli jeh waffle, kat Besut dulu selalu beli waffle kat luar econjaya tuh pergh sedap! Lagi2 perisa peanut campur coklat. Tapi kalau beli pon harga boleh tahan jugak nokss sampai RM3.80 satu. Tapi selalu tak hiraukan harga pon, lantak ler asalkan ayaq liuq tak meleleh sebab terbau-bau waffle hahaha.

Laa ni ibu beli pulak waffle maker ajaib. Ni kira adik-beradik pemanggang ajaib. Apa yang ajaib aku taktahu ler, tetap kena buat sendiri jugak, ingatkan kita pejam mata je lepastu zam zam ala kazamm dah siap, ajaib lah katakannn. Tapi ibu tak pernah buat waffle pun, dok terperuk ja waffle maker ni dalam lemari, biar aku try buat ler wkwkwk. 

Lagipun time aku puasa ni kan macam2 lah aku terkeliuq. Tetiba teringat ibu penah cakap beli waffle maker. Terus rasa nak makan waffle haha.

Ni lah ghupe waffle ajaib tu. Ada video cara2 penggunaan dan resepi tapi ibu tinggal cd kat sekolah, so aku google jelah mana2 resepi yg aku jumpa.

Bahan-bahan.

2 cawan tepung gandum
3 sudu besar butter (dicairkan)
1 biji telur 
1 sudu besar gula
1/2 sudu garam
2 sudu mauripan (next time buat aku nak kurangkan jadi 1 sudu, bau yeast kuat sgt)
1 cawan susu segar (dutch lady full cream atau sukahati lah brand ape pon)
1 sudu esen vanilla (tak letak pon takpe)
1 cawan air suam

1. Cairkan butter.
2. Campurkan butter yang dah cair dengan semua bahan2 di atas.
3. Blend/mix dalam mixer.
4. Campur air suam sikit2. Sampailah adunan tu agak2 cantik, tak pekat tak cair.

Tuang adunan ke atas waffle maker tu, tutup ketat2 selama 5 minit. Ianya melekat jangan risau sebab ada kuasa magnet lol. Lepastu terbalikkan lagi 5 minit. 

Make sure api kecik, mula2 aku buat api besar sangat haha - hasilnya hangus dan keras sebab adunan pekat.
Pastu baki adunan tu aku adjust bagi cair sikit, tambah air suam sikit2. And sentiasa berjaga-jaga, make sure guna api kecik je. Tak sure lah berapa minit, sebab aku agak2 nampak brown tu kira dah masak lah tu. Dan air kena pepandai adjust lah, aku rasa tak guna sampai secawan air pon tadi. suku je, sebab takut cair sangat.

 Mengikut adunan resepi di atas, aku dapat 18 keping kelopak bunga berbentuk love. 
7 kelopak dah hangus, tinggal lah beberapa kelopak wkwkwk.

Peanut nutella waffle.
Time panas2 memang rangupp, time sejuk dah tak rangup tapi masih mengekalkan kelembutannya alhamdulillah !

Kalau nak bagi laku keras, kena sapu nutella. Kalau sapu jem ke ape, memang tak berapa nak laku. Aku sendiri tak suka jem buah-buahan ni sebab rasa pening bila makan taktahu lah kenapa, aku suka peanut dengan cokelat je hahaha. Ohh ya, peanut butter jenama daisy paling terbaik sebab kacang dia besor2, bila kunyah krup krap krup krap (walaupun ianya lagi murah dari lady's choice, ikut tekak memasing ler).

Lastly, makan apa2 pun berpada-pada lah, one of the key nutrition is eat moderately ! 

Bye.

Sunday, July 10, 2016

Raya 2016 part II

Sambungan cerita raya 2016 part I - Raya 2016: 1&2 syawal.

4 Syawal

Pergi raya rumah atam kat Durian Tunggal. Amal bising nak pergi rumah kelly. Bawak jelah lagipun hari raya duduk saja di rumah bosan jugakk. Kitorg pergi sendiri bertiga, pastu acik dengan cik sarah berserta uwan pon datang jugakk.


Kelly dengan kakak2 team oren.
Kadang2 hari jumaat aku datang main dengan kelly pastu bawak uwan balik kampung terus. Kemain kelly tak panggil ktorg kakak, dia panggil 'awak'. 
"Icah taknak pegi rumah awakk". Macam rakan sebaya pulak haha.


 Kelly, jom ambik gamba.

Eh kejap. Ada lembaga nak masuk bergambar.

Okay dah lembaga tersebut dah masuk dalam frame. Tapi kenapa menyorok belakang ye, adakah nak sorok badan kembang selepas makan tak berhenti ?


 5 syawal

Hantar aid balik Rawang. On the way ke Rawang, singgah rumah Pak lang kat shah alam. Alhamdulillah tak jammed ! Jalan pon lengang jugekk lah. Lepastu malam lepas maghrib hantar amal balik matrik.


Hello kakak, acah hipster ke tu.

Rayo rumah paklang. Ayah acah candid lagi..

Sakit hati jugaklah sebab aid taknak bergambar. Ni aku ambik video lepastu printscreen. Dasyat sungguh. Aid cakap dengan ibu, kenapa setiap kali dia balik mesti nak bergambar, macamlah aid ni budak Thailand. HAHAHAA. Kiranya dia nak cakaplaa yang bukan jauh sangat pon, bukannya selalu tak balik macam budak Thailand. Adohh.

Nak suruh bergambar pon susah, adoiyai. Setiap gambar ade kenangan, pernah tak kadang2 terfikir satu2 kenangan lepastu terasa alahhh, kan best kalau ada gambar! Masa tu nak menyesal tadak guna, time muda ni bolehlah ingat semua benda, esok2 dah tua nyanyok satu hapak pon tak ingat. Rugilah semua kenangan lenyap macam tuu je. 
Time muda ni pon kadang2 banyak benda dah lupa, bila tengok entry lama2 atau gambar lama2 baru teringat balik.

6 syawal, duduk rumah saja sambung puasa enam. Lagipun ibu ayah dah kerja, tinggal aku dengan liah mereput kat rumah. What a life ! haha.



Friday, July 8, 2016

Raya 2016 : 1 & 2 syawal

Assalamualaikum.
HAI LAMA TAK UPDATE !
haha sebab bulan puasa ni kan tadop wat mende pong. Alhamdulillah dapat menyambut raya dengan family tahun ini (macamlah selama ni tak dpt bersama family lols) Yelahh kan kot2 lah tahun depan raya dengan family mertua pulak lewls. Cuma tahun ini nunun je takde, ibu cakap jangan upload gamba makanan2 kesian kat nunun kahkahhh. Nasib ko lah nakkk.

1 syawal

Tahun ni kitorang raya pertama di Bukit Piatu. Petang 1 syawal, baru ktorg pulang semula ke Lubok China. Sejak pindah sepenuhnya di Lubok China, ktorg memang tak pernah dah 1 syawal kat Bukit Piatu. Ade lebih kurang 9 ke 10 tahun kot tak raya di Bukit Piatu. 

selfie keluarga. Muka kena censored sebab beso sangat hahaha!

bersalam-salaman.

Reaksi dua orang boys bila disuruh ambik gambar sama-sama. Buat taktau je !

Dua orang boys akhirnya kena marah lalu dipaksa ambik gambar. Ni satu-satunya gambar diorang. Nasib baik muka ada senyum sikit. The boys pakai kurta macam bangla hahaha. 
Ceritanya, ibu beli kurta untuk amer saiz M, aid saiz L . Kurta jimatlah sebab budak 2 orang ni memang tak suka pakai baju melayu, so membazir beli satu set. Jadilah dua beradik pakai kurta di pagi raya, sorang pakai dengan tracksuit sorang lagi pakai dengan seluar tahun lepas haha! Takde rasa nak bergaya langsung pelik haku.
Nasib baik ibu tak belikan jubah, mampuih diorang taknak pakai agaknye hahaha.

The girls. Tahun ni takde kaler sedondon, hantam saja lah apa yang ada, and 100% ibu yang belikan jubah, pilihkan tudung. Kitorang buat tak kisah je nak kaler ape nak gaya apa, ikut lah ibu haha. Ibu knows better, kalau kasi aku yg pilih sendiri takkan ade baju lah nampaknya dek sibuk membuat pilihan pusing satu mall pon takde baju yang berkenan.

With ibu and ayah. Takde satu pon gambar ayah pandang kamera kbye.

Ayah, ibu, nenek. Ni ayah minum air pulak. Ayah memang suka acah-acah candid kot LOL.

Nunun beraya kat embassy tokyo. Jangan sedih ! haha. Ktorg video call je di pagi raya. Bebudak study oversea zaman skrg kan, time cuti je ko nampak muka dia kat Malaysia so takde lah feeling sgt pon, bulan depan pon nunun balik Malaysia kot! Cuma mungkin sedih tu sebab tak dpt raya sama2 lah, tu je. Paling syahdu lepas pergi embassy tu some of them terus pergi kelas haha what sumpah sedih orang di malaysia riang ria raya makan ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi ehh ternyanyi plak.


Seingat aku, raya pertama di Bukit Piatu paling meriah sebab awal2 pagi bebudak serta family jiran2 terdekat akan datang bersalam-salaman. Masa aku kecik2 dulu, banyak rumah kasi duit syiling dan paling banyak pon RM1. Best ! Tapi ni dah zaman paling kurang pon RM3 amboi sgt kan bebudak skrggg. Dan tradisi tu masih ada sampai skrg, cuma kami dah besar tak join lagi lah, dahlah orang datang rumah nenek nak bersalam-salaman ktorg baru terhegeh nak mandi ahahaha. Tapi ramai gila budak2 yang datang dengan parents diorang, ada yang datang sendiri. Lebih seratus orang budak taktahu mana datang. Sebab aku duduk sebelah nenek, nenek bagi sorang RM1 and RM100 telah dihabiskan (nenek tukar RM1 100 keping). Lepas aku bagi tukar duit dengan nenek pon still tak cukup, last2 nenek standby duit syiling hahah. 


Yesss dapat duit raya dari amer! keje bank kalo tak dapat duit raya taktau lah den. Tapi aku ni dah bebesar panjang ni takdelah mengharapkan duit rayo dah, rasa malu pula untuk menerima duit raya haha. Tapi still ada mak ayah sedara dan abang yang penyayang lagi pemurah hulur duit, takkan nak tolak. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari kiki. 

Selain itu, cewah pagi raya juga hujan turun dengan lebatnya! Basah kuyup kasut ktorg semua, nasib aku agak baik sebab malam raya tu sempat keluar beli kasut last minit lol. Pastu ibu dengan ayah je pi kubur, sebab malas dah hujan lepastu buntu nak pakai selipar apa pon takdak kahkah alasan sgt.

Sebelum balik Lubok china, singgah rumah nenek saudara kat Bukit Beruang. On the way balik, zuhur di Batu Berendam dan shooting raya kejap. Alasannya tak dpt cari pemandangan yang best kat rumah nenek. Cadangnya nak ambik gambar berempat (ibu, aku, liah, amal) tapi ayah dengan aid dua2 tak memberi kerjasama, taknak ambikkan gambar kitorg. LOL bosan kan org lelaki rumah aku, semuanya tak suka bergambar cis. Tahun ni pon takde ambik gamba kat studio mcm tahun2 sebelumnya sebab nunun takde, baju pon tak sedondon kiki.

Photoshoot kat masjid Batu Berendam pon bolehlah.

Sampai rumah uwan lubok china, dah petang dan semua saudara mara dah pun terbaring tidur dah tukar baju. So takde dah sesi bergambar. Tamat cerita raya 1 syawal hehe.

2 syawal

Bangun pagi, bersiap pakai baju kurung bagai dan pergi menziarahi kubur. Teringat arwah atuk, masa baca yaasin tu terbayang pulak hari atuk meninggal. Sebabnya aku baca batu nisan tu, tertulis 21 Ogos 2003, jam 6.50 petang. Masih segar di ingatanku (ayat novel sgt), masa tu hari khamis, aku baru darjah 4, baru balik dari sekolah agama lalu tidur. Bangun2 je tidur aku pandang jam dah nak dekat maghrib, ibu tengah cakap telefon sambil menangis, aku dengar ibu cakap dengan sape tah, abah meninggal. Pastu aku tanya, "ibu, atuk meninggal ke?" . 

Masa tu terus rasa tak percayaa. Malam tu balik kampung, masa tu arbaayah my best friend pon ikut sekali. Dia cakap nak ikut sebab memang Baayah kenal semua saudara mara aku termasuklah uwan atuk semua. Laa ni Baayah langsung tak contact aku dah, i tried few times contact dia, tapi selalu dia tak balas dan ignore aku maybe dia ada lah masalah sendiri kot. Lalu akhirnya ktorg lost contact yelah, aku pon busy lah dgn study apa semua.  Tadi ingat kat arwah atuk, tetiba Baayah pulak? haha.

Apa pun kehilangan tu sangat terasa, uwan and atuk lah yang jaga kitorang masa ibu masuk maktab dulu. Masa aku tadika, arwah atuk selalu tertidur dan lupa ambik aku dari tadika, lalu aku menangis hahaha (masa kecik aku cengeng gila). Alfatihah untuk arwah atuk :(

Thank you to Aniq tolong ambikkan gamba gegirlss! Aniq dahlah comel tembam baik lak tu kahkah.

Baju kurung tahun lepas, tapi baru siap tahun ni. haha. Yang tengah tu bajet tinggi je, padahal songlap wedges aku.

Sedara sebelah ibu dtg rumah, kelly paling tantek!

Cousinss.

Aku kalau takde org calling mengajak raya tahun ni, malas aku nak keluar rumah hahaha. Oh ya tapi aku sangat mengalu-alu kan kawan2 datang ke rumahku yeay! Biasanya Ummi yang rajin beraya, kalau takde dia, tak bergeraklah semua haha.

Itu sahaja cerita raya tahun ini, kalau ada cerita lagi adelah part II nye. Takde tu maknanya aku hanya duduk jelah di rumah meraikan syawal yang sangat indah ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pembaca belog ini.
Moga anda semua bahagia di samping keluarga tercinta.