CLICK HERE

Thursday, February 27, 2014

Program Cakna Alam

26 Februari 2014.

Kampus Tembila telah mengadakan Program Cakna Alam. First event kot yang agak besar di kampus ni sebab ianya melibatkan orang luar. Aku rasa salah satu cara untuk memperkenalkan kampus baru ni jugak lah kepada orang ramai. Ada pertandingan memancing, memasak, tanam pokok, pameran dan banyak lagi lahh.
Students just terlibat dengan aktiviti menanam pokok je. Yang lain kebanyakkannya orang luar yang terlibat. Contohnya pameran jom masuk U lebih kurang camtu la, untuk bebudak sekolah sekitar Besut. Katanya 20 buah sekolah yang terlibat tapi aku tengok dalam 7/8 sekolah je :P

Dan, bebudak foodtech second year plak bukak gerai berjualan ! muehehe.
Satu-satunya gerai yang dibuka untuk program ni so agak busy sikit lah. Untung nak kata banyak sangat tak lahh tapi alhamdulillah. Dan tak semua yang terlibat dengan bisnes kelas ni. Kami yang terlibat ni hanya separuh je yang berminat, untuk kumpul duit for mobiliti program final year nanti. Dan jujurnya aku tak minat sangat berniaga tapi aku nak berniaga sebab taknak kerja sendiri lepas graduate nanti sebab nak kaya kahkahkah. 
Camni punya orang pon ada. Tapi mana tahu lama2 join benda macamni tetiba timbul minat plak kan haha.
sebab lepasni kitorg akan makin meluaskan empayar perniagaan trolloll.

 Gerai 1. air/roti/buah-buahan.
Mula2 ingatkan gerai kitorang paling tak laku tapi sebab maybe panas kan, sentiasa ada orang datang beli air. Walau air tu tak berapa nak sedap sebab masalah kordial hahaha.Roti pun ada 150 biji, tak sampai 10 biji pun yang tinggal. 

Okay lah first time, lepasni pasti boleh buat lebih baik ;)

Gerai 2.  ayam gunting/hotdog/popcorn ayam.
Takyah nak cakap lah, konfem gerai ni paling laku. 

 Gerai 3. icecream/ice blended.
Yummy sedap. aku beli icecream, ice blended. tetiba time nak habis tu pakcik tu bagi free lak icecream sorang satu. K perut kembung.

 Aku ngan piya datang amek gambar je ngan pokok time program tanam pokok lol.
Lepas wisel ditiup, semua tanam pokok. macam perasmian lah kott.
Panas oo. Moga Tembila makin redup dan sejuk dengan adanya penambahan 700 batang pokok harini haha.
esoknya tengok ada beberapa pokok yang dah mati lol. Panas sangat kot ? 

 sebelah gerai kitorang lak terletaknya pertandingan memasak berasaskan labu dan ubi. Makcik2 tu semua masak kat rumah dan lepastu masakan mereka diadili lah gituu.
Tak leh blah kitorang rasa semua makanan ni sambil buat muka ala2 juri puihhh hahaha. Heaven gila sedap pulak tu. Kreatif dan sedap !
Sampai sakit perut makan banyak sangat hariniiii.
Habis diet kitorang, tapi nak sedapkan hati kitorang cakap 
"takpe harini cheat day. lepasni diet balik". lol.

Tamat.
Terima kasih untuk semuanya harini ;)


Tak banyak sangat gambar sebab busy hahha.


Wednesday, February 19, 2014

sem 4 bermula..

Assalamualaikum.

Tak perlu nak bermula sangat lah kan, dah lama mula dah pun sem 4, nak masuk minggu ketiga. Ke minggu keempat ? *tetiba blur* Malah U aku paling awal sekali start semester baru. And I was like waddehekk lahh baik duduk rumahh pergh. Seriously Besut bosan, sorry to say. Kuala Terengganu is better =,=
Apa pun Melaka is better wkwkwk.

Sem ni sangat sibuk, ada 14 jam kredit je. JE ! 
Tapi seminggu ada 2 hari pergi lab = 4 kali lab = 4 lab report.
Hujung minggu plak ada koku, dapat bayangkan weekend yang busy ? kekeke.
Dan Lab kat kampus tembila ni tak siap lagi, so kitorang still kena pergi kampus kota di Kuala Terengganu.Dapat bayangkan weekdays yang penat ? Keluar pukul 7 pagi, balik 7 malam. Daebakk.
Banyaknya pahala kami berpenat lelah demi ilmu, inshaaAllah ;)
Yang bestnya dapat shopping kat mydin haha. bosan gila econjaya/pasaraya pantai timur kat besut =,=

Kampus Tembila dah ada mesin atm ! Tak perlu lah kami ke bandar lagi semata-mata nak keluar duit je. Dahlah sewa kereta kat sini susah nak dapat, van oren plak naikkan harga. Sorry lah pok, makin tak laku lah van pok tu. kahhhhh

sebelum ni aku ada mention yg kitorang punya fakulti tak siap lagi, so sem ni dah siaplah sikit2. Ada kelas kat sini dah. Tak sabar nak ada lab kat sini. Harap2 dapatlah buat final year project kat lab serba mewah serba besar serba segalanya hahaha.

baju korporat setiap Ahad. Food Science Students Association.


sem ni lab semua menarik tauu !
Kalau boleh aku nak je update setiap eksperiment yang kitorang buat kat sini kalau ada masa, tapi report pun tak siap lagi ada hati nak update blog haha.
contoh eksperimen food processing 1 - High temperature preservation technique-canning. That means heat is applied in order to extend shelf life of foods ( tahan lama) .
We used fish(low acid food) and pineapple ( high acid food) .
Canning untuk low acid food ( fish/vege/meat etc ) pun berbeza dengan high acid food(pineapple/sauce/etc ) .

Baru aku teringat. Masa sekolah dulu, tak ingat form berapa. Masa tu aku ngan member2 borak pasal future job lah kan (cewaah). Pastu dak A ni cakap, ''si B punya kakak kan kerja kira2 protein/carbo/fat/etc yang ada kat label biskut tu ". 
Masa tu aku takde cita2 tau(lol) lepastu aku pun cakap, "wahh best gila ! Aku nak kerja macamtu gak aa" . 
Dan, siapa sangka aku ambik foodtech, pastu masuk lab food analysis( kira kandungan water/lipid/protein etc dalam certain food samples ).Teringat cerita lama hahha.

Di kampus kota.

dalam kelas. Lupa nak cerita dulu mula2 pakai kerusi buruk je tapi tu dah ada kerusi baru, alhamdulillah. haha unisza banyak kekurangan tapi cuba jugak untuk bersyukur..

Itu je update untuk 3 minggu ni.
Will update more, inshaaAllah.

p/s
Taktahulah yang berkenaan baca ke tak entry ni, ada org tanya kalau pointer matrik 2.6 takkan dapat ke course foodtech ni ?
my answer, sorry im not sure. Kalau intake for my batch semua 3 pointer ( above 3.3 ) .
Tapi kalau bebetul minat try je mintak, kalau ada rezeki, ada lahh :D
Dan foodtech unisza is the best, tak tipuu ><

Sunday, February 9, 2014

First week

A week.

ZzzzzZZZZzzzzzZZZZzzzz.
Ada satu kelas je hari selasa haritu, pastu krikk krikk krikk selama seminggu kat bilik.
Nasib baik ada assignment penghilang bosan.
NASIB BAIK ADA ASSIGNMENT ?!! hahaha.
Mana nak cari student yang mengeluarkan kata2 macamni. Kalau dah bosan apa pon boleh. Cuba kalau waktu biasa tak habis2 merungut kalau ada esaimen lol.

Lastly,

Lolll my EXO.. You are doing it right !


Apa motif entry ni ? =,=





Monday, February 3, 2014

welcome, new semester !

Assalamualaikum.

Walaupun cuti sekejap je sobs, realiti tetap realiti. Lagipun duduk rumah pun banyak membuang masa ada bagusnya juga cuti cepat habis haha.

dan sekarang ni aku berada di unisza Besut yang sejuk haha dan baru bangun dari lena yang panjang akibat jetlag lah sangatt lolll.
Semalam bas sampai lewat 2 jam, kat tiket kul 8 malam, pukul 10 malam baru sampai ! dan dapat bas buruk, sepanjang malam aku takleh tidur sebab sakit belakang dan bunyi berdegang degung perghh. Cisss bengkek je hatiku ini.

Dan baru je boleh daftar kursus. Sem ni tak banyak jam kredit tapi takde lagi subjek yang takde kena mengena dengan foodtech. Terasa sem ni betul2 dah masuk dunia foodtech sebenar hahaha. Tinggal sem ni dan sem depan, pastu dah nak pergi LI.
Takutnyaaa rasa macam baaaanyak sangat ilmu yang tak cukup ;(


yang best duduk unisza ni, tak pening kepala time daftar kursus. Jadual pon U yang aturkan. Kursus2 ni pun kita tick aje, takpayah pening nak fikir sem ni nak ambik apa erk blabla. Sebab students tak ramai, kalau dia bagi kebebasan kat kita nak pilih sendiri subjek elektif nanti dia yang pening kepala balik sebab mungkin satu2 subjek tu akan ada 3 orang je yang nak ambik, subjek lain tu plak berlambak orang nak ambik. so tak seimbang. Bagusss takpayah den poning kepalo hahhhaaa.

so, welcome semester 4 !
Please be nice to me ;)
Alhamdulillah result setiap sem setakat ni meningkat, result sem 3 > sem 2 > sem 1 ;)
Aku takde spesifik target, cuma aku harap result aku akan meningkat/maintain je.
Taknak turun, dan untuk memastikan result takkan turun, ofcourse setiap sem kena lipatgandakan usaha memandangkan subjek makin lama makin susah.

Kepada kawan-kawan semua,
fighting ! ><