CLICK HERE

Sunday, June 21, 2015

Internship : enjoy ~

Assalamualaikum.

Hanya tinggal sisa sisa sahaja baki yang ada sebelum habis internshippp yahoooo ohhhh yeahh. Nampak tak alangkah gembiranya aku di situ. 
Tapi bila fikir fikir balik, rasa macam sekejapp je. Dulu punya lah rasa macam aduhhaiii bila nak habis bila nak habis bila nak habis.

tiba2 rasa sedih lah pulak bila dapat punch card untuk bulan 7 haritu(setiap 20 haribulan akan dapat punch card baru) dan cakap "ini punch card terakhir" . Cewah sedih sebab nak habis intern ke sedih tak dapat elaun dah lepasni lol.

Untuk 2 minggu tak update ni sebab im just doing some random works without any new task. Jadi intern kan, kadang2 kau rasa macam kau dah jadi executive, kadang2 rasa macam kau jadi kerani, kadang2 rasa macam kau jadi operator. Hahh macamtulah. Apa2 kerja yang diorang tak sempat buat/kerja remeh temeh like buat label kat buku(lol), packing BHTsebab tak cukup packing machine, susun fail ke apa "hahh suruh intern buat" . you know that feeling ?! haha.

Aku ada dapat task baru tapi tak start buat lagi. Kalau ada hati nak update pasal internship lagi lepasni, aku update lah sini haha. 
Bila baca balik entry internship, rasa macam tak banyak yg aku update tapi bila dah berserabut nak buat report apahal banyak pulak nak tulis ni =,=

Farewell lunch ! Untuk kak fatin dan Naresh. Ni hari last diorang, so kitorang decide lunch di Brother John Kopitiam - agak pricey sebab diorang taknak makan fast foods. 
Ni cerita dua minggu lepas maklumlah lambat update. 
diorang yg lain semua habis intern bulan 8. Aku sorang je yg habis bulan 7 ni.
so i guess no farewell lunch for me, since skrg bulan ramadhann.

Kak fatin dah habis intern, tetiba dia muncul balik hantar labcoat ke report tah.
Ambik gamba kejap heheh.


tu je nak update.

p/s
enjoy lah sisa sisa terakhir intern ini dengan sebaiknya walaupun rasa macam tak mampu nak teruskan lagi sehari je lagi kalau boleh nak habis harini jugak
kahkah.

Tuesday, June 16, 2015

Ramadhan :)

Assalamualaikum.

Saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga segala amal ibadah yang dilakukan diterima Allah swt dan semoga kita terus dapat istiqamah menjalankan ibadah bukan dalam bulan ramadhan saje ;)

Cepatnya masa berlalu, Ya Allah rasa nak menangis aje bila mengenangkan masa yang dah berlalu hahha. Rasa macam semalam je lagi sambut puasa tahun lepas. Masih segar lagi di ingatan aku buat part time job kat peladang bulan puasa tahun lepas. Bulan puasa tahun ni ? Kat mamee lah jawab ehhh. Tahun depan ? wallahua'lam.
entah ada lagi ke idok hihii.


Happy ibadah everibadi !

Saturday, June 6, 2015

Internship : #week19 : Goodbye

Annyeong ! 

Its already June and we have only about 4 weeks before our industrial training is over. And some of my friends, Fatin, Naresh and Desmon only have one or two weeks for their training, how time flies. 
* I think Desmon dah finish already, everyone is busy yet he is in another department so quite acceptable lah kalau aku pon tak sure dia dah habis ke belum haha

So last week we decided to ate lunch together outside, Pizza Hut !
Keluar je pintu Mamee, ada dua choices nak makan kfc atau pizza haha.

Interns lunch time ! hohoho
Seghonok engkorang yer. Dahh kebetulan pulak big bos cuti pulak kann..so memang tak sempatlah 1 jam makan kat sini. Order punya lah berjam jam. aigoo. Punch card pintu depan pulak rosak, so kitorang tak punch card pon ntok keluar lunch so sebab tu lah ter'rehat' pulak lebih 1 jam. Tapi lebih pun 15 minit jelah..sekali sekala kan..asyik makan lauk kantin je haha.

I upload this picture on ig and someone said macam best je practical life aku. Heii you dont know what im going through for this 19 weeks and onwards. Dont judge my life based on one picture only haha, 

So introducing them,
From left : Janette, me, kak fatin, Kho, Zhi Zhao, Alex, Joanna,
 Pei Hua, Naresh, Desmon.
Ada lagi sorang intern KMM6, Adila. Diorang lupa nak ajak haha lol salah siapaa.

Ramai gila interns kat mamee tapi 10 orang ni jelah yang aku kenal buat masa ni.
Interns sebelum ni ada aku kenal 2,3 orang tapi not rapat enough untuk bergambar sebab diaorang, biasanya diploma intern sekejap je. Tengok2 dah habis intern hahah.

So macam2 yang kitorang borak mengumpat merepek lol lagi2 si desmon merepek tak sudah. And im quite impressed with Naresh. He was already in contact with lecturer from upm to further his master study ! OMO kitorang baca email dia dengan lecturer tu, dah siap diskus tajuk apa yang dia nak ape bende semua. sebab dia lepasni dah habis study terus kan. What a great future plan, I wish U all the best buddy ! Desmon dan kak fatin pon tengah fikir2 untuk cari kerja terus, sebab diorang pon dah habis study lepas intern ni.Yang lain macam aku, lepas intern ada lagi setahun so kitorang tak fikir lagi hahaha cuma nak fokus pada final year projek saje sekarang ni haha. Budak UMS dah dapat supervisor untuk fyp diorang, so all the best lahh untuk semua !

So sekarang ni aku nak siapkan report haha sepanjang hari siap 5 muka surat aje, ape pon tak boleh. Taip sikit dah mengantok pastu tido. Taip sikit hilang idea, tengok korea jap. Taip lagi, taktau nak tulis apa, tidur balik. That cycle pon berulang-ulang lah lol.

Apa pun minggu ni sepatutnya aku kerja hari sabtu, tapi public holiday kannn.

Ini lah mamee chef lontong new flavour yang aku pernah mention dulu ! haha.
Bagi aku rasa dia uwekk tak sedap. Tapi aid cakap sedap, ibu pon cakap sedap. Okay my taste is weird. 
Have a great weekend everyone !