CLICK HERE

Saturday, May 28, 2011

KMM's orientation week part 2

lorat aje nak ade part 2 . HAHA . saje aje .
ni gamba2 time orientasi .
thx mira .

zack , mira , aku , ina

semua ni classmate aku kat sharodz dulu,ngeh3

hobi time denga taklimat *ini lakonan aje .hehe

ina <3


mira<3

semuanya gamba2 kawan sekolah aku dulu gak .
nampak tudung kitorang yang seragam ?
WAJIB pakai tudung tu .
geram jugak , pakai baju kurung warna ape pon
kene pakai tudung tu . kalo baju hijau , tudung biru camane ?
aisehhh . ape pon ,
orientasi dah habis dah pon . bermula laa minggu kuliah .
excited ni taw!

Friday, May 27, 2011

KMM's orientation week

dah 5 hari aku berada di tempat baru , katil baru dan segala-galanya baru .
di Kolej Matrikulasi Melaka .
dan as a new student , wajiblah ada minggu orientasi .

aku dapat bilik B3.2.5 . aku tak kenal sesaper pon .
rommate aku budak kelantan , seremban and budak melaka .
diorang baik . even baru kenal 5 hari , tapi kitorang
dah rapat . borak macam dah lama kenal aje . alhamdulillah .

first day kat sana , dah kena berkumpul kat depan astaka . Dan aku sgt
terkejut , gile punye terkejut . Terlalu ramai !
ade lebih kurang seribu lebih . oke , maybe takdela ramai sgt tapi sbb aku tak biase
dengan keadaan macam ni . agak terkejut jap . aku rimas ramai org .

lelaki ade 5 blok , perempuan ade 10 blok! ketidakseimbangan alam
yang menakutkan . perempuan sgt ramai . lelaki dah pupus kot .
setiap pagi kena bangun berjemaah kat surau . pastu pukul 8
berkumpul depan astaka . pastu aktiviti sampailah petang . kakak2
dan abang2 fasilitator yg uruskan .

kat sini , susah nak jumpe kengkawan sekolah aku dulu .
kekadang terserempak kat cafe atau kat surau atau kat tengah2 jalan .
sebab kawasan kolej luas dan ramai org .
alhamdulillah , diorang kat sini kebanyakkannya baik -baik .
Ramai yang bertudung labuh . malu jugak . Budak satu praktikum ngan aku
sekolah padang temu tapi tudung labuh . aku skolah
agama pon tak camtu .ngeh3 .

macam biasa laa , taklimat sana , taklimat sini .
penat . Blok nye mengelirukan . selalu tersesat . kahkah .
pegi surau jalan lain , balik dari surau jalan lain pulak . tak taulah jalan yang sebenar .
takpelaa , lama2 bolehla kenal jalan tu kot .

kesimpulannya , aku seronok jugak lah kat sini .
dapat ramai kwn baru . kebanyakkannya dari kelantan, terengganu,Johor .
tak ramai melaka . dan aku jumpe ramai dak sekolah
rendah aku dulu . gile happy .

tapi aku dah stat tensen bile denga taklimat pasal
subjek . satu semester 10 tajuk! gile laa .
seminggu 31 jam belaja ! pengsan jap aku denga . minggu depan dah stat
kuliah . cepatnyeeeeeee .
kena sesuaikan diri secepat mungkin . moga aku dapat belaja
dengan baik,aminn .

oh ye!aku penolong ketua praktikum . cikgu pilih secara rawak ,
ntah kenape aku yang kena . terpaksa redha .
ngeh3 .

Sunday, May 22, 2011

new life!

last entry before aku pegi matrik .
puas sudaa aku berilek-rilek dan bersenang-senang di rumah .
bermula daa hidup
belaja , belaja , belaja ,
makan , tido , belaja lagi . arghhhh .
rancangan tv banyak tak habes tengok lagi ni .
nora elena . Juvana . Asmara 2 .
3 drama tu memang aku addict abes . muahaha .

so,
welcome new life!

Tuesday, May 3, 2011

kplspm interview=)



aku nak citer pengalaman aku gi interview tesl for kplspm
(kursus perguruan lepasan spm)
overall,memang best tapi aku tak berharap pun untuk dapat.persaingan kann banyak.
Aku ni sapelah kan.hanya seorang melayu yg cuba untuk mencelupkan lidah cakap omputih.haha=)
mula-mula sekali pemakaian.Mestila pakai baju kurung dan bertudung.sopan la kann.kasut kasi ade tumit dan bertutup.Baru bergaya.haha.pakaila nametag gak.Berangan kejap jadi cikgu..bawak fail,pakai handbag.style ala-ala cikgu dlm drama gud morning cikgu.haha.berangan sudahh.

aku sampai setengah jam sebelum interview start.mestila datang awal.Penting tuh.kalo lambat,dapat markah lebih.Markah lebih untuk kena reject.Aku tengok senarai nama,ade 16 orang dan hanya 2 orang lelaki.Dahsyat,kan?Nampaknya bidang perguruan hanya dimonopoli oleh kaum wanita.Itu yang aku terfikir time tu.Interview ntok pukul 8 pagi tu ade 8 orang.Dan lagi dahsyat,sorang lelaki dan 7 perempuan.Kesian sungguh aku tengok si lelaki yang mungkin betul2 minat untuk jadi cikgu walaupun tak hensem.
Apa kaitan dengan hensem?haha=)

Kitorang masuk dalam tu,sorang lecture perempuan melayu yg baik hati
suruh kitorg susun dokumen2.Semua orang speaking beb!Tak dengar
langsung penggunaan bahasa melayu.ape ni??kata bahasa jiwa bangsa.haha.
semua orang dalam tu amek tesl,maka terbelitlah lidah aku.
Lecture yang sampai sekarang aku tak tau namanya tuh memang
baik and ade laa gurau2 sikit.Lega aku,butterfly dalam perut hilang seketika.
ehh,,perosak bahasa betul.Gelabah,gementar or whateva hilanglah kejapp.

Pastu temuduga dijalankan dalam 4 peringkat:

1)essay
ni ntok tesl saje yer adik2.Kalo subjek lain,3 peringkat saje.Kitorg diberi 3 tajuk
dan aku pilih tajuk ''My expectations if i am qualified as a teacher''.
Memang best tajuk ni dan aku pon merepek dan mencarut selama
setengah jam.Idea mengarut macam air mencurah-curah.hua3.
Takla,ekceli penyataan hasrat aku in english.So i just recall da contents.
semuanya aku tulis.Yang paling merepek,,
''as a good teacher i will bring my students to da eye of world''.
oke,aku tau itu hiperbola.melampau betul semangat aku ni.haha.

2)ujian INSAK
Ni ujian yang memerlukan kejujuran utk menguji keperibadian kita.135 soalan
dalam masa setengah jam.ada 2 jerk pilihan jawapan.Tapi,
takkanlah aku nak jawab jujur plak kan.Kelentong habis laa.
Alah aku sure takde sape yg 100% jawab jujur.for example,

saya ketawa apabila mendengar lawak berusur lucah
(A)Ya
(B)Tidak

Jawapan jujur,mestilah A.kan?Tapi takkanlah aku nak jawab camtu plak.
Maka dengan hati yang bajet mulia suci bersih tanpe otak kuning
aku jawab B.hahaha.

3)Grouping interview
Then,interview berkumpulan.Buat separuh bulatan.Kitorang diberi tajuk,
''Discuss about ur fav teacher and how that particular teacher
help u to excel in studies''.
Menarik tu.Kat sini,penilaian dibuat mengikut saper yg banyak cakap,
idea bernas,keyakinan diri.Kitorang diberi masa setengah jam.Time ni buat2 tak nampakla
lecture yg tengah memantau tu kann.Anggap je mcm buat discussion group
masa klas CB.haha.Aku ape lagi,dengan muke penuh yakin even
broken english pon lantakla.Yang penting konfiden.Aku citer pasal teacher Lila.
sebab aku amek english kann .

Aku geram ngan cina sorang tuh.Dia aje nak bercakap.So,da conclusion here is
we need to grab da chance,jgn kasi org lain bercakap.Agak kejam.haha.
kene banyak bersabar di sini,haha.Dan jgn pedulikkan speking yang berterabur.

4)individual interview
Ni lagi best dari grouping.Baru aku bole cakap puas2.Aku time ni
dah tak rase takut sebab lecture tu baik even agak strict sikit.
Ada 2 orang yg interview aku,sorang laki and lagi sorang lecture tadi laa.
Dengan bismillah,ketuk pintu and duduk sopan.ceewahh.
Bertubi-tubi soalan ntok aku.So far so good.Alhamdulillah aku bole jawab.
Aku membebel pasal National Service..
meleret-leret cerita aku.Tak puas rasa nak cerita.haha.
berbelit-belit gak lidah aku.

Tapi kantoi time die tnye psl current issues.Aku cakap psl tsunami in Japan.
Aku telah menunjukkan bangang aku di situ bila aku cakap
tsunami=big and high wave.Aku tawu la salah,kan.Aku ckp
psl radioactive tu ponn main hentam je.Dan tanpa
sengaja aku tersebut ''explosive'' .Yang sepatutnya
''explosion''.Tapi even salah,cakap aje yg penting
konfiden.Isu pendidikan plak,aku semangat nk citer pasal ppsmi.
Die ckp,''ppsmi was a long time ago issue.Another issue?
what about ppip?pipp?''
kantoi.pelan induk blablabla.waduhh.Dengan muke bajet nye kan
aku cakap,
''ohh,i know about that issue.But i don't
know how to explain more.For me that issue too complicated,blablabla''.
kahkah.Padahal aku tak tau pon.Tak nak laa tunjuk bodo sgt.
So die tanye plak isu pendidikan lain yg aku tau.Maka,

aku cerita pasal murid gemuk,guru kene make sure murid nye
BMI stabil.Aku pon dah lupa ayat mcm mane aku
gune.Yg aku tau,aku explain cmne kire BMI dan ape BMI yg stabil.

Tu jela kot experience aku.So sesaper yg
nak pegi interview tu,get ready laa.amek tau pasal isu semasa.
Aku terkilan gak tak dapat explain panjang lebar
sebab aku just amek tau tapi tak mendalami dan menghayati.hua3.
kesimpulannya,best gile experience ni.Tapi
aku tak berharap pon ntok dapat.Bagi aku,kalau tak dapat yang ni
maybe ade yg lebih baik ntok aku.
ciao~