Thursday, January 26, 2012

wahai wanita solehah !


''Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang mengada-ngada, pada pujuk
rayu wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.
Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu sedang membina 
sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu, kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan adam
yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu''.

p/s-perkongsian daripada Yati, charlie company kem plkn teluk sari 2011:)

Friday, January 20, 2012

contact lens:)



tetiber nak buat entry pasal contact lens sebab aku dah jadi antara
mereka yang memakainyaa .
kahhkahh .

rabun aku memang agak teruk, makin teruk bila aku
on off pakai speck.kejap pakai,kejap
tak pakai.Dan sekarang power mata aku agak tinggi ,
375 dua-dua belah mata.silau aku pulak , zero.
orang yang rabun taulah cemane ye.

Dua minggu lepas,roomate aku, Nad.
ajak beli contact lens, sebab AXIS ade buat promotion kat
kolej kitorang. Aku pon takut-takut berani
beli je la kan.
aku beli contact lens yg ntok sebulan punyee , niat nak try aje .

mula-mula , memang susah nak masuk dalam mata.
sampai nak nanges aku dibuatnye . haha .
lama-lama , oke lah .
best jugakk tak yah pakai speck especially bila time kawad. Takdelah
berkabus speck dengan peluh,ye dak ?

tapi speck masih digunakan, bila time aku terlambat.
agak leceh laa, kang termasuk plak dalam lubang idong time kelam
kabut tuu kan . hahahaha .
*okeh,tak lawak langsung=.=

so, sesiapa yang tak boleh melihat tanpa alat bantuan
melihat, tak penah try lagi , bolehlah try pakai contact lense ni.
aku pakai yang colourless je.
murah sangat.satu kotak RM25, ade 3 keping .
beli 2 kotak , bole pakai 3 bulan sebab satu keping tahan
selama 30 hari saja.i'm not sure if ada contact lens yang kekal punye.
means tak payah buang lepas sebulan.mungkin ade.

oh ye , aku pakai brand carevue.
setakat ni,alhamdulillah.oke .
mata aku masih berfungsi dengan normal.

p/s-apesal shoutmix aku tak berfungsi ?
shoutmix ade exp date jugakk kee?
warghhh!




Friday, January 6, 2012

whoaaa :O


tak tahu nak update apa . Seriously keje aku banyak gile .
research english tak siap lagi .
Tutorials yang banyak tak buat lagi .
quiz tiap2 minggu nak menyibuk.
ujian pertengahan semester is around da corner .
do pray for us :)

Monday, January 2, 2012

December Holidayy :) part II

erkk .

masjid terapung , Terengganu :)
candid oleh aid si photographer 

love this picture :)
thanks pada dua org photographer . haha .

masjid Kristal Kuala Terengganu .

no caption

pantai Batu Burok . Ombak sangat kuat .
itu dak Liah , congrate ye sebab dapat 9A pmr 2011,
walau kau hapak . kahhhkahh .

seronok laa jenjalan kali ni , ye dak ?

banyak sehh layang-layang .
hahhh , gambar di atas ialah 
sambungan daripada entry INI .
sebab haritu ngantok dan penat dan tak larat nak update . 
hehe .

23/12/2011 .
percutian akhir tahun kitorang satu family . tahun ni kebetulan amer duk kat UMT .
sambil menyelam sambil minum air laa .
percutian kita kali ini ialah ke Terengganu . lalalala Ganu kitaa .


 ''22/12 adalah besday saya . Shawl itu hadiah dari someone special yang telah di pos ke rumah saya ''.
*credit pada orang itu . hikhik

Homestay Teluk Ketapang , dekat sangat dengan lapangan terbang .

Homestay cik timah . Dua tingkat . tingkat bawah batu , tingkat atas kayu .
excited tau kitorang main lompat-lompat atas kayu .haha .

*baju putih tu hadiah dari ibu . hehe


dekat universiti dak amer .best gile U ni , dekat dengan pantai . untunglaa .
belajo pepandai yer amer *yg ekau bajet makcik2 kenapo??
time ni , banyak kereta lalu lalang.diorang semua segan nak ambek gamba kat sini,
aku je buat muke tak malu . haha .

tu jela yang aku larat nak tulis . dan gamba yang aku rajin nak
upload . entah kenapa mood menulis harini terasa hambar .
Gambar agak berserabut tanpa disusun mengikut kronologi . Tapi memang enjoyy
gile , Disember yang penuh dengan kegembiraan .


nanti tahun depan kita pegi luar negara pulakk tauu !
hahaha.






Sunday, January 1, 2012

babai 2011 , welcome 2012 !


first entry ntok tahun 2012 . 
Salam tahun baru 2012 . Moga hidup kita akan lebih dilimpahi berkat ,
redha dan rahmat Allah .
azam tahun baru aku ?? hurmmmm . 
Nak jadi lebih rajin belajar . kehhkehhh . nak dapat 4flat sem 2 nii . aminn :)
kalau nak senaraikan azam aku , memang takk ahh kan .
moga jadi lebih baik dari tahun 2011 lahh kann .

Imbasan  tahun 2011 !

mehh aku bagitahu , 2 peristiwa yang menemukan aku dengan pengalaman baru ,
suasana baru dan segala-galanya baru .

1) Jan-Mac 2011 : masuk PLKN kem teluk Sari , Mersing , Johor 

kenangan pahit manis di kem teluk sari takkan dilupakan selagi hayat dikandung badan .
Banyak ilmu yg aku dapat . Semakin bertambah rakan di facebook .
haha .

rindunyee kat Zura !

2) 23 Mei 2011 : masuk KMM 

lepas gagal dalam temuduga KPLspm , aku daftar jelaa
Kolej Matrikulasi Melaka . Time ni semangat giler lahh kan nak dapat 4flat .
*impian setiap pelajar kott . haha


Tinggal lagi 3 bulan lebih di matrik , insyaallah .
pasni tak tahu mana hala tuju aku .
terus berusaha , berdoa , dan bertawakkal kepadaNYA .
hanya DIA yang tahu apa terbaik untuk kita .

welcome 2012 ! moga tahun ni lebih cemerlang , 
gemilang dan terbilang . haha .

p/s: rindu nak sekolah . rindu sharodz. huwaaa .