CLICK HERE

Sunday, April 9, 2017

Japan 2016 part 8: Osaka Day 1

Assalamualaikum.
Hai ! Lagi satu part je lagi sebelum officially habis update japan entry hahah. Ajet2 busy padahal tak busy pon, malas je sebenarnya zzz. Actually taktahu nak start dengan apa sebab honestly dah macam ingat2 lupa hahah. Takpelah, update jelah apa yang ingat kan.

Like I told previously, selama 2 hari kitorang kat Osaka, kami menggunakan Osaka Amazing pass. Memang sangat2 amazing sebab jimat sangat2. Ada banyak tempat yang kita boleh masuk secara percuma, dan sangat banyak tempat yang dapat diskaun. Memang tak sempatlah kalau nak pergi ke semua tempat, so kena select lah tempat yang kitorang nak pergi. Kitorang pilih yang free je heheh. 

Osaka Amazing pass: 3000 Yen. Mari kira berapa banyak penjimatan yang akan kita dapat kalau menggunakan pass ini. Semua tempat yang ktorg pergi ini free sahaja menggunakan Osaka Amazing pass!

First destination, Umeda sky building floating garden observatory.
(Fee:800 yen) Yang silapnya, ktorang datang waktu siang. Kalau waktu malam, memang cantik sangat2. So kalau datang siang, dapat apa? Dapat penat je hahahaha. Dahlah panas, ktorg naik kejap je, ambik gamba pastu gerak untuk ke tmpt lain pulak. 


Get ready untuk naik atass!

Amazing bulding!

Osaka City view!



Kat sini ada padlock, alah macam kat penang atau kat korea tu. Kita lock love atau relationship kita kat situ kononnya ia akan kekal selamanya hahh gitu.


Selepas puas menikmati pemandangan hahaha, kitorang gerak pulak ke next destination. Gerak pulak ke HEP Five Ferris Wheel (Fee: 500 yen). Aku dah tak ingat ktorg naik train ke jalan kaki untuk ke setiap destination hahha. Tapi sepanjang kat Jepun naik turun train dan berjalan kaki adalah rutin kami, memang aku rasa dah turun 5kg dah duduk 10 hari kat sini. heheh. Kalau beli amazing pass, akan dapat sekali buku panduan. Kat situ akan tercatat semua info2, termasuklah nak naik train apa semua. Siap ada suggestion map skali. So easy for tourists. 

HEP Five ni adalah sebuah shopping complex yang pelbagai fashion dan makanan dan kat shopping complex ni ada ferris wheel. So ktorg akan naik ferris wheel ini lahhh. Tapi ktorg dtg target nak naik ferris wheel aje, so tak shopping pun. Lagipun mahal bhai barang kat Jepun ni. Kejadahnya keychain pun sampai 40 hengget kalau convert wakaka.





15 minit 'skywalk'. Lebih kurang sama je macam floating observatory tadi, kita menikmati pemandangan Osaka city dari atas hahaha, cuma ini lebih thrill lah kot sebab seram wei bila gondola tu berhenti tengah2 kat atas tu wahhaha.

Next, ktorg ke Osaka Science Museum (Fee: 400 yen). Yang ni liah yang nak sangat pergi, ikutkan hati aku, memang tak lah nak jadi macam bebudak rombongan sekolah ke museum hahaha. Dak liah nak pergi, ikutkan jelah.

Lawak gila, bila pergi museum ni, everything in Japan! LOL. Nunun dengan member dia paham lah, aku dengan liah dah tercangak tak paham ape bende. Ibaratkan macam kau masuk pusat sains negara atau petrosains, tapi semuanya dalam tulisan jepun, termasuklah shows pon in Japan. Haha abah dia dahlah ramai bebudak je. Tapi bagi aku takdelah advance sangat science museum dia, tahap bebudak sekolah rendah jelah contohnya tentang magnet, tarikan gravity etc etc. 


Haha kantoi kan berat si mok cun..



Selepas pengalaman yang mengantukkan di Science museum, gerak pula ke Osaka museum of housing and living (Fee: 600 Yen). Museum ni kira macam kita back in time to the late Edo period in Osaka, atau bahasa lainnya mengalami sendiri zaman dahulu kala di Osaka. Kat sini aku jumpa ramai org Korea hehehe, sebab dengar bahasa diorg. Ewah, banyak nau tengok drama korea, tak boleh blah masa dalam lif ada two koreans borak2, I was amazed by myself when I understood 50% of their conversations! hahaha, not fully understand tapi aku boleh faham diorg borak pasal apa LOL. Tak sia2 kan aku tengok drama korea automatiknya paham plak :p Pergh bila nak gi korea ni haha. 
The amazing thing ialah museum ni dalam bangunan tapi suasana nya macam betul2 ada kat perkampungan Osaka. 





Impian aku ialah nak berkimono kat sini dan jalan2 pakai terompah(??) . Malangnya kimono semua habis dah ada orang sewa pastu yang orang beratur nak pakai kimono pon ramai. Malas mak nak tunggu, maka tengok jelahh. Huwaaa. Dan menyesalnya tak ambil gambar dengan mereka yang pakai kimono sebab.. segan? LOL.

Seterusnya..kitorang jalan2 kat Dotonbori. Kat sini tengok lifestyle org Osaka, ada joget2 ke apa tah kat tepi sungai tu. Sambil naik Tombori River Cruise (Fee: 900 yen). Sambil menyusur sungai, sambil tengok pemandangan hahaa. 

Famous glico sign. Orang kata tak sah kalau tak ambil gambar dengan sign ni kalau ke Osaka hahha.

Banyak jual ais batu ni.

Its just ice with syrup LOL.
Tapi musim panas2 ni memang laku lah bendalah ni. Untuk melegakan tekak fuhh.


Dinner at kennyasia, kedai makanan orang malaysia. Menu pon macam menu di malaysia, nasi lemak ada, nasi goreng ada, sambal2 ada. Harga sepinggan nasi goreng kalau convert RM40..
Gambar ni aku ambil dari facebook page Kennyasia, setiap kali ada orang Malaysia makan kat sini, owner kedai tu akan ambil gambar dan letak di facebook page sebagai kenangan. Thank you!


Ni river cruise yang ktorang naik tu. Sambil2 tengok sunset :D

Atas boat. Maafkan jelah muka tak berbedak masing2 kahkah. Selekeh gila.

Pastu, balik rumah dan tidoqqq. 
Esoknya ialah hari terakhir untuk berjalan di Osaka.

Stay tuned !



Sunday, April 2, 2017

Two months story

Assalamualaikum.

Rasa macam tak percaya. Dah 2 bulan aku tak update apa2 langsung kat blog ni. Seriously time flies so fast! Bermacam macam dah benda berlaku dalam 2 bulan ini. Tak tahu nak update mana satu dulu hahaha. Salah satu faktor aku tak update blog sebab internet kat rumah sewa tu rosak lepastu i cant connect with the wifi. Pastu bila aku balik rumah je, aku tak bawa balik laptop sampailah lama2 aku terlupa.

Dan disebabkan aku nak clear handphone aku dengan gambar2 yang melambak ni, aku update blog hahah. Nak delete sayang plak, nak transfer malas, maka letak kat blog. Ade lah jugak kenangan. Bagi aku setiap gambar ada story tersendiri ecececehhh.

Firstly, first time aku bercuti 3 hari, sebab audit for first quarter dah selesai. Dah boleh menarik nafas lega! Ceritanya, we failed the first audit because of some issues and auditor came for re-visit after about a month, and we got good result, Alhamdulillah. Only Allah knows after we failed the first audit, everyday we need to fix all the things and trained crews properly. Nak cuti pun takut takut risau kalau auditor datang, hari2 prepare untuk audit, dan terpaksa bekerja lebih masa (managers dont have overtime, so we need to work hard to fix things). Alhamdulillah mungkin kerana berkat usaha keras kami, dapat juga result yang baik. Lepasni target yang lebih baik untuk next audit InshaaAllah.

Itu cerita tentang kerja,lah.

Untuk life update, takde apa sangat kot. Aku masih macam ini lah, forever alone dan kuat tidur LOL. 

Makan dengan housemates aka roommates. Kak fatin dan kak qila dua2 roommate aku, ni first time ktorg keluar makan sama2. Kitorg makan kat The Pancake House, IOI City Mall sebab kak qila manager kat situ. So dapatlah merasa pancake yang sedap gila! dan tako yang sedap sangat hehee. Sedap sebab first, memang sedap lahh dan second mestilahh sedap sebab free wakaka.

Disebabkan kekampungan aku, first time ke IKEA. LOL. Kak fatin yang ajak ke Cheras, aku ikut je. Selama ni aku wonder jugak kenapa orang suka ke ikea, aku masuk dalam tu siap menguap lagi. Bosan gila hahaha, yelah mungkin sebab belum di usia yang minat perabot ke pinggan mangkuk ke apa, rumah sendiri pun tak ada haha. Dan semestinya makan meatball. Sedap !

Macam biasa, family visit hahaha.
Setiap kali pegi kat kitty mesti singgah Alamanda, hantar nunun ke klia haritu pon singgah Alamanda, diorang kat store ckp family aku suka datang hahaha. Biar lahhh kan.

Ni plak bebudak ni hanta kat wasap. Aku nak delete so letak la sini buat kenang kenangan hahaha. Banyak selfie time closing, mana taknya kul 1 pagi baru siap keje luls. Letih dah nak membebel, kadang2 layan jelah perangai diorang.

My bestfriend, Ummi Kalthum got married secara mengejut, haha. Mengejut sebab dia tak bagitahu apa2 tiba-tiba dah jemput kenduri. and aku tak sempat ke kenduri kahwin dia. Maka aku dengan syud melawat ummi a week after her kenduri. Maaflahh, ramai sangat kawan2 kahwin aku tak dapat pergi :( Because of my work, time weekend mana boleh cuti sangat kecuali ada hal2 penting. 


Aku doakan kebahagiaan ummi dunia akhirat, aminn :D Tak percaya ummi dah kahwin dan ada hidup sendiri, terbayang balik kisah kita yang suka merepek repek dulu haha. Syud pon sama.

Untuk kawan2 lain pun sama, ramai sangat aku tak pergi kenduri, huwaaaa maaflah. Risau kenduri aku tak ada orang datang kahkahkah. 

Kak tikah, our cousin also got married on 1 April. Semoga rumah tangga yang baru dibina dirahmati Allah dan kekal hingga ke akhir hayat.

Itu sahaja update untuk kali ini. Haha. Rasa macam ada entry yang tertangguh, iaitu entry Jepun hahah.