CLICK HERE

Monday, December 29, 2014

final sem 5

Dah habis satu paper pon.
ada lagi 5 paper.

Cepatlah habiss. Nak balik rumahh. Haha.
harap2 tak terkandas sebab LPT dah banjir, kemaman pon da tutupp.
ottokee. Jalan lain adalah terpaksa naik flight.  

Doakan untuk 5 papers lagi ni !

Quick update. Final kali ni dahlah x banyak gap lepastu rasa sepanjang study week dah study tapi rasa macam sekejap pastu pening kenapa macam banyak x study lagi hahaha.


#prayformalaysia

Wednesday, December 24, 2014

Birthday Wishes : Thank You !!

Alhamdulillah.
Genap 21 ;)
Taktahu lah umur ni sampai bila.
For those yang doakan aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, aku aminnn banyak2. 

Since I dont get that much wishes ( maklumlah tak popular )
I can printscreen all the wishes i get.
Alhamdulillah ada orang ingat kat aku lol and im more touched if they personally msj me ;)








Piya bagi. Tq ;)

Gambar paling win from Pika ! haha.
Legend gilo gamba ni. 
Tak silap masa ni sebelum balik kampung kan, ogh datang depan kelas kau dan kite bergambar sama2 lol.
Miss our old times ;(

Ibu bagi. tacing ;(

Dan kawan-kawan fesbuk , tq so much !

Allah Bless You !

P/s
countdown for final exam. 

Friday, December 19, 2014

Bakery Day

Annyeonghaseyo !
Kemain korea kau.

Actually, Bakery Day ni dah lama berlalu cuma aku takde masa nak update. Lupa sebenarnya hihi. Tapi nak update jugakk sebab panjang perjalanan Bakery Day ktorg nih. Ceritanya macamni..Dr Ho bagi assignment untuk buat apa2 produk bakery. So untuk memudahkan kerja, aku sekumpulan dengan housemates aku(sebelum masuk asrama dulu) so senang nak discuss. Then Dr Ho suruh buat analysis ntok produk yg kitorang buat tu, that means kena check water content, protein, fat, etc semua lah.

So nak memudahkan kerja, kami pilih bakery product yang kering, iaitu cookies. Senang nak buat analysis kalau in dry basis, shelf life pun lebih lama kalau nak compare dengan kek atau roti. Tetiba ada masalah apa benda ntah malas pulak nak cerita haha, food analysis itu ditukar dengan "Bakery Day". 
kami kena jual produk yg kami buat tu alahhhai. sebabnya semua kos adalah dari kami sendiri. Masa lama jugaklah dari awal sampai habis sem.
So kami berlima ni dahlah tak rajin ke dapur buat cookies biskut lah ape bende. Aku lagi lah tak payah cerita pegang tepung pon tak pernah kahkah tipu gilo. So memang merumitkan sungguh lah ! First time buat cookies lah kata kan. Maka bermulalah sesi membaking dari orang terlajak pro membaking -,-

First trial : Keras macam batu bak hang ! Gigi tak cukup kalsium haruslah jangan berani mati nak cuba cookies batu kami kahhhhkahhh. Sebab terlebih tepung. Kitorg jumpa lecturer, so kesalahan kami adalah, bantai mix je ingredients lain without alter another ingredients. for eg we add oats without add amount of water. Ko ghase ? Oats absorb more water so, keras ler jadinya. Dahlah lupa letak garam. aptb.



Second trial : Modified the recipe with the guide from pn syikin. Aku tak ingatlah apa jadi tapi cookies tu still "kejung" macamtu. Kitorang menyalahkan corn flour haha tak memasal je si tepung tu yg salah.
Gamba lebih kurang sama je ngan atas, cuma tak berapa keras sangat.

Third trial : Modified lagi recipe. Kalini kitorang ikut resipi dari lab, add shortening. Tapi nak lagi menarik kitorang beli pulak coloring ! Nak buat ala-ala rainbow cookies. Banyak gaklah coloring yang ktorang beli. Kekonon nak jadi menarik.
Tak failed pun, tapi sebab apa tah kitorang tak teruskan buat dengan resipi ni. Agaknya jadi pelik kot dan kitorang tak reti nak bahagikan batter tu sebelum letak coloring.

warna kusam sebab terlebih bake kahkah. tapi rasa okay cuma ada yg manis, ade tak lol.

Fourth trial : Kitorang beli tepung premixed ! Ko nampak tak punya lah putus asa tuh. Sebab masa tu dah kesuntukan masa, banyak test lagi, mano ada masa nak tertonggeng lagi buat cookies kat lab hahaha. Dan kos pun dah saaangat banyak keluar. Memang kitorang kayooo. haha. Tapi Dr Ho reject cookies ktorang, she said this is not cookies but biscuit, then she gave another recipe, her recipe. using superfine flour, milk powder blabla which add another costs! Then ingredients used using recipe sebelum ni buang gitu je lah ?
 Huwaaa time tu rasa nak nangis je. Dahlah habis kelas terus buat cookies, pastu kena reject. aigoo.


Fifth trial : Alhamdulillah menjadi haha.
Apa beza cookies dan biskut ? Cookies melt dalam mulut, macam tart nenas hari raya tu. Kan melt dalam mulut dan mesti handle with care kalau tak hancur lahh. Biskut plak texture lebih keras, cthnya biskut oat crunch. Kracker plak lebih nipis dan cepat patah cthnya macam kraker jacobs tuh.
Unofficial name for bakery day ni saje. Soul's byte cookies ni takde terdaftar di mana2, hanya khayalan semata-mata lol.



Memang penat tapi cuba fikir positif. Haritu ada product development by final year students, borak2 dengan kakak2 seniors. Diorang cerita tentang hardships sepanjang sem tu haha. Diorang lagi susah, dahlah kena fikir produk baru, kena reject, buat banyak kali tak jadi blabla. So aku kira pengalaman buat berulang kali ni untuk 'latihan' sebelum final year nanti. Ini baru sikit kalau nak dibandingkan dengan akan datang. 


B-day.
(Bakery Day lol)

Kitorang target buat 150 bungkus bak hangg sebab kos banyak keluar, kitorang nak balik modal terpaksa buat banyak. Tapi last2 penat so lebih kurang 80 ++ bungkus je buat.
Tak larat mak nakk. Ada lebihan bahan x habis, kitorang simpan then habis bakery day sambung buat lagi. Sampai berpinar kepala tengok cookies hahahaha.

Groupmates/classmates/courmates/ex housemates haha

Terima kasih kepada semua customers tak kisahlah korang membeli kerana memang teringin nak try atau sebab kesian.
kekekeke.
Alhamdulillah habis jugak cuma last2 paket tu terpaksa lelong sebab dah hancur2. Tapi diorg cakap sedap, harapnya ikhlas lah cakap sedap tu haha. Disebabkan cookies dibuat tanpa menggunakan air, so lebih dari 2 minggu jugak shelf lifenya.

Tobat den nak buat cookies lagi =,=




study week

Assalamualaikum.
study week untuk sem 5 bermula tapi nampaknya banyak perkara tak settle dan mengganggu fikiran aku cewah. 

Bagi aku, setiap benda yang Allah telah tentukan itulah yang terbaik. Kenapa Allah bagi rezeki itu kepada dia, bukan pada aku? Kerana Allah telah tentukan rezeki lain kepada aku. Setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya. Bukan saja suka suka DIA beri sesuatu ujian itu kepada hambanya.

Why im writing this ? Haha sebab aku taktahu apa pandangan orang. Aku tak tahu jika ada orang yang iri hati atau kurang senang dengan aku sedangkan mereka tidak tahu duduk perkara yang sebenar. Im not saying anyone cuma in case kalau ada.

Cuma percaya lah. Apa yang aku dapat. Apa yang aku ada. Semuanya ujian dari Allah, rezeki dari Allah. Renung kembali diri kalian, apa yang kalian ada, tapi aku tiada ? Itu berbalik pada Dia, Dia akan beri kerana Dia tahu setiap kemampuan hambanya. Dia tahu hikmah di sebaliknya. Cuma kita akan tahu sekiranya kita nilai dengan mata hati, bukannya dibiarkan diri dikuasai iri semata mata.

So goodluck final exam anyone !
lepasni tak jumpa dah sebab memasing dah pergi LI sobsobs. Dan aku tak jadi li kat nilai. Hahh kan dah cakap perancangan Allah itu. Tak pernah terbayang pon akan dpt tempat lain. Tapi dapat sebab mungkin ada hikmahnya. Entahlah. Praktikal ni buat aku serabut gila weii.

And im sorry.
aku serba salah dengan korg tapi dalam masa yang sama aku nak senangkan hati org lain. Pastu dalam dilema. Tuhan saja yang tahu aku nangis ke gembira ke haha. Last2 hati sendiri yang berkecai. Lol. Apa pun aku sayang semua. Winkkk.

Bye -,-

Monday, December 15, 2014

Hari Kita

Annyeong !
Sehari selepas dinner, ada program Hari Kita pulakk.
Ini hanya melibatkan pelajar foodtech sahaja.
Ala ala family day gituu.

Aktiviti nya ialah explorace , students + lecturer. Memang bagus buat program macamni sekali sekala sebab time ni lahh nak kenal senior/junior memasing. 
Overall gamenya biasa2 jer haha tapi yg best sbb ada lecturer yang sporting join kot hihi.

Tak banyak gambar sebabnya sibuk main game dan malas haha.
Yang aku tak letak remark tu kredit pada fb ira dan Dr Kamarul.


Baju ni nampak pelik tapi bila pakai ramai2 takdelah pelik sangat.
Tapi besor gedabak haha. 
Baju biar besar jangan kecik haha.

 Third year with lecturers. 
Spot the young, energetic and cute lecturers !
Mesti tak nampak mana satu lecturers kan ?
Maklumlah lecturers foodtech semua muda2 belaka lol :P
Ke kitorang yang nampak matang taktaulah haha.


Foodtech family !
Love uolls.

Lepas habis makan kat kafe, ramai2 jalan kaki masuk hutan nak ke pantai. Tapi sebijik sekeping gambar pon tak sempat ambik. Sebab takde mood nak bergambar hahaha. 
Tak semua yang join, certain yang rajin saje.
Jauhnya lahhaiii dengan panas gila. Kalau ku tahu jauhnya sebegitu ada baiknya aku rehat santai saja kat bilik. Bila nampak jalan keluar tu lega pergh. Ingatkan dah jalan sampai Melaka lah tadi :P kot2 tetiba sampai rumah nampak ibu tengah nak sediakan lunch ke lol.

 Nak dijadikan cerita boleh pulak sakit perut tengah2 hutan tu aptb. 
Okay stop sampai sini saja cerita aku kahkah.
I dont know what is wrong with my digestive system since 2,3 hari tu asyik sakit perut sampai sakit kepala.
Menyesal aku masuk hutan dengan keadaan sakit gitu. Padahal awal2 perut daa bagi amaran. Gelojoh benor tuan mu ini wahai perut.
Tapi best lahh :D




apa pun pengalaman itu penting haktuihhh.


P/s
Musim sejuk dah tiba ! Ohmaigod dugaan sungguh nak dekat study week ni alahhai.

Saturday, December 13, 2014

Dinner Fakulti

Assalamualaikum.

Buat julung kalinya kitorang join dinner fakulti besar - Fakulti Biosumber dan
 Industri makanan.
Sebelum ni ada jugak tapi kitorang tak join. Tapi kali ni bagi support lah ye dakk. haha.

 Diadakan di hotel Dewan MRSM Besut. aptb.
Hambar gila hahaha lol.


Tablemates.

With prof yang sporting. Kena la upload gamba dengan prof. Selain prof baca blog saya, prof jugak dapat anugerah King Of The Night. Kelassss gitu haha.Tahniah lah prof ;P

Anugerah Dekan.
Ni abe senior yang ambikkan gambo hampeh tol hahaha.
Tapi bolehlaa nampak baju gak lol.
Tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya!
Alhamdulillah, di kesempatan ini, saya nak mengucapkan syukur kepada Allah, kepada ibubapa, keluarga, pensyarah dan kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi saya susah dan senang ecewah.
Doakan kejayaan saya ;)


Budak lima orang ni wajiblah ambik gambo sesama.
Muka pucat semacam sebab lighting cerah benor.

Dengan seniors. Kemain rancak borak gelak-gelak, 
di akhir perbualan tanya, "eh siapa nama akak tu" lol. 
Tempat ni paling best sebab boleh buat bising dan paling dekat ngan makanan hahaha.


Baju pinjam ibu, tudung pinjam kat mummy.
(Mummy tu roommate aku aka classmate , bukan mak tiri aku kahhh.
I dont have maktiri anyway.

Goodluck final exam semester 5 kengkawan semua !
Tinggal seminggu je lagi kelas, lepastu kita semua dah berpisah ntok pergi praktikal pulakkk :(
Bapak ah sedih gila.

Monday, December 8, 2014

pesta konvo unisza


Gigih mengangkat segala benda alah untuk menjual ayam gunting dari tembila-KT KT-Tembila selama 2 hari di pesta konvo unisza heheh.
nasib baiklah habis juga dijual sebelum pukul 9 malam. Alhamdulillah :)
kitorg jual 2 hari je. Turn aku hari Sabtu, gamba pon x banyak kekonon busy. Busy usha benda apa nak beli cewah.
last2 terbeli jugak sehelai baju lol.

Tu je nak update :p

Tahniah kepada seniors yang dah graduate!
kengkawan sekolah aku pon ada je yg konvo kali ni, bebudak dip. Hanim, chamed, waina, neka etc. Tapi sorg pon x terjumpa.
tahniah semuanya !

Annyeong !

Monday, December 1, 2014

Konvo Amer

Assalamualaikum.


Tahniah Amer ! Dah graduate ! Wargh seronok gila tengok orang ambik ijazah. Jeles haha. Lagi 2 tahun lagi tenanglah wahai hatiiii.


Amer with ayah and ibu.

Dan aku tak pergi pon konvo Amer. Sebab konvo hari Ahad, aku ada kelas hari Ahad tu. Khamis malam ayah ambik aku kat Tembila, then Sabtu petang aku balik sini semula. Bila ayah cakap "ayah hantar hari sabtu" aku terus ikutkan je tanpa membantah sebab minggu tu berderet test, kuiz dan kena submit assignment. Kalau free minggu tu memang aku bantah menangis habis habisan nak tengok amer konvo hahaha.

Sementara tu, berjalan lah di Kuala Terengganu. Ingatkan nak pergi Kelantan tapi tak sempat. Kitorang tido satu malam kat Hotel Seri Malaysia, pastu esoknya jalan kaki sepanjang chinatown then pergi pasar payang, ibu nak beli batik sutera.

Baru aku tahu tempat diorang selalu ambik gambar ni padahal dulu tak habis2 pergi Pasar Payang lol.



Chinatown.

Letak sekeping gambar dak amal aka kambing. Bosan asyik dengan dak beng je hahaha.

Untuk malam seterusnya sampailah diorang balik Melaka semula, kitorang tinggal kat 5 stars hotel(ecewah) TH Hotel & Convention Centre kat Gong Badak. Dibelanja oleh Amer hahaha. Amer kan kaya sekarang lol, dah ada duit sendiri boleh belanja family kann. Harapnya masa aku konvo nanti, aku pon dah ada kerja bolehlah belanja semua orang hehe.

Kalau aku tahu kolam renang sebesar seluas dan sebest ini, aku bawak baju renang siap2. Gituuu kau.


Budak ni lah tak habis2 nak mandi kolam. Tido jelah dalam kolam tu senang cerita haha.

Female swimming pool. Takde orang pon ! Tapi dah last day baru aku perasan ada kawasan ni kat sebelah tempat aku duduk je pun (lol) Tah apa aku pandang sampai tak perasan ponn tak tahu lah haha.

Apa pun hotel ni memang syok dan best. Ada gym, spa etc. Google lah sendiri kalau nak tahu tentang TH Hotel ni. Sebab sebenarnya aku tak sangka kat Terengganu ada hotel mewah kahkah. Taklah mewah gilo tapi aku ingatkan hotel paling better pon Hotel Sri Malaysia haha. Kat TH ni akan ada orang yang tolong angkatkan beg ala2 tetamu VVIP gitu kann. Dan banyak lagi kemudahan2 lain. Masa ni jugak ada persidangan ulama2 peringkat antarabangsa, masa tu terpinga je tengok orang pakai jubah ramai2 dengan reporter lol.
Dan tetamu VIP UMT pon ada kat sini amboii sangat tau.
Thankyou Amer ;) 
Ada tak hotel lagi mahal dan best dari Tabung Haji Hotel ni ? Maklumlah nak survey ntok aku punya konvo nanti lol. Kalau den dah kerja lah kahkah.

First time ibu ngan ayah datang Tembila sejak aku pindah heee. Kesian ibu ngan ayah sesat. hihihi.

Gambar last dari ws family.

To Amer, semoga success selalu dan cepat2 lah beli kereta. Pastu beli rumah pastu cepat2 lah kawen. Aku terasa nak anak buah lah pulak, kawan2 aku semua dah ada anak buah lolll.

Bye esok ada kuiz food safety ! 
haha.