CLICK HERE

Saturday, March 21, 2015

Happy 12th birthday, Aid !

My only baby bro yang besar dan demuk telah membesar dengan jaya dan sihatnya apabila beliau genap 12 tahun 20 Mac 2015.
Time flies so fast,

Aid's transformation jejejengggg ! aku rasa kecik2 dulu aid comel je tapi sekarang bila dah besar rasa macam monster plak, macam gambar bawah ni.
So janganlah terpedaya kalau nampak baby comel2, sebab naturally semua baby comel. Ko tengoklah bila dia dah besar nanti kahkah. jkjk

cute monster. Kitorang paksa amer jawab kat whatsapp aid comel dan cute ke tak.
Last2 amer jawab "iye aid cute" <------- heartless.="">

Dah nak dekat sama tinggi ngan akak. Muka dia masam sebab sempat lagi bergaduh masa nak ambik gamba haha, aku suka carik gaduh ngan si demuk. Ada sekali tu, dia baling botol kat muka aku, aku marah si demuk tapi tak sampai 3 hari lepastu aku dah bosan tak cakap ngan aid haha.

Favourite foods aid mengikut turutan:
1) ayam bob
2)ayam goreng tepung yakni kfc
3)ayam kari
4)ayam goreng
5)ayam masak merah
6)sup ayam
7)nasi goreng ayam
8)nasi lauk ayam
9)bihun sup ayam
10)maggi kari

so now you know the reason why he's the only one fatty in our family ! HAHAHA.

Interesting facts about aid,
-Lebih berat 7 kg dari amer
-boleh pakai baju ayah
-gemuk 

tapi...
everyone treats him like a baby !

You will always a baby in our hearts haha,

Selamat hari lahir Ahmad Mujahid !
Moga dilindungi Allah, jadi anak yang soleh dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

Amin ;)

Saturday, March 14, 2015

Internship : #week7

Assalamualaikum.

So minggu ni aku buat macam2 kerja including 5S, update files, data compiling, sensory test, update soup samples,alpha test etc. Semua keje den buat, bila aku dah free je kerja terus datang boom boom kat kepala aku. Haha.
Tapi jujurnya aku suka banyak kerja, biar cepat masa berlalu. Macam minggu ni, tak terasa pun seminggu berlalu. Tup tup dah habis seminggu hihi.


.........
.........
..........
..........
..........




errr..


tiba2 taktau nak tulis apa.

Ada member yang dah ada lecturer datang kat tempat intern diorg, tapi takde lecturer call aku pon lagi huwaaa.




Friday, March 6, 2015

Internship : #week6

HOLLA !
cewah kena buat intro happy sikit sebab harini jumaat, hari sabtu boleh perabis duit elaun pi shopping lol dan tido puas2 hari Ahad. mengikut perancangan begitulahh haha. So minggu ni takde projek baru pon, aku bukanlah taknak story apa aktiviti aku buat, masalahnya memang buat benda yang sama aje ! hahaha.

Setakat ni aku masih bahagian online, so aku monitor fried noodle cake weight (highlight mana yang tak follow spec) dan monitor oven temperature. Sekali sekala adalah jugak update data pest control, cleaning checklist etc. Pergh banyak gila tugas QA ni, rasa macam tak cukup je 24 jam sehari haha. Ceritanya macamni - kat QA ni ada 3 bahagian - online, incoming dan lab. Setakat ni aku diletakkan bahagian online tapi aku key in data dalam lab. So 2 in 1 lah lebih kurang, sebab takkan 24 jam aku key in data je kan, so alang2 tu aku dapat blaja skali dalam lab tuh. Microbe pon ada jugak kat dalam lab tu, so kena pandai2 lah curi2 masa nak blaja semua benda. Takde test yang complicated pon dalam lab tu, cuma check oil content je aku belum blaja sebab ambik masa yang lama. Microbe pon belum sempat nak tengok diorang buat test apa, kerja online berlambak maa. Cuma bahagian incoming aku belum berkesempatan lagi nak pergi. Dan mungkin aku nak try mintak seminggu atau 2,3 hari kat bahagian QA group, bahagian Halal. Pastu buat filing, sebab dah masuk bulan 3, lagipun tak lama lagi ada audit. Element no 24 in quality system- Quality auditing. To make sure agreed procedure and systems are being followed. 
Dan aku baru tahu, takde RnD pon kat mamee melaka ni, diorang punya rnd kat Subang.
So inshaaAllah sempat kot 6 bulan nak try semua tempat haha.

Dan aku dapat ramai kawan baru minggu ni heheh. Budak uitm dah habis intern, so tinggal aku paling senior lol. Pastu masuk budak ukm, upm, umt, dan ums. Dan semuanya chinese and sorang indian, aku ngan kak fatin aje yang melayu tulen loll. As expected, ko pegi kilang cina ko expect nak tengok melayu ke haha. ramai gila budak intern, ada satu hari tu lebih kurang 20 orang budak intern baru termasuk semua bahagian. 
Tapi they are soooo nice and friendly ! 
Especially Desmont, sebab aku jarang pergi lunch sebab nak tido kat surau haha. Tapi ada sekali tu aku join diorang lunch. First time join terus borak macam lama kenal, then esoknya aku tak pergi lunch, kak fatin cakap Desmont asyik tanya kenapa aku tak lunch. Esoknya pon Desmont tanya lagi, dia cakap tak boleh skip lunch, dia suruh kak fatin ajak aku pegi lunch jugakk haha im so touched :D
Yang lain tu Janet, teh hwa, zhi zhao etc (aku tak mampu nak menghafal nama diorang haha). Diorang very nice jugak, semua suka berborak tak macam typical chinese yang skema selalu aku jumpa haha.
Satu malaysia sangat kat sini, dalam lab aku paling rapat ngan Kak Usha (indian) dan Janet (chinese). Dengan kak fatin bahagian incoming, tapi ngan dia memang rapat lah, dia tumpang kereta aku pergi balik. 

Tapi memang berbeza bila kerja dengan melayu vs chinese/indian.
Contohnya bila kita dapat projek 1 , kita bekerjasama dengan melayu. Dapat projek 2, dengan chinese pulak. 
memang berbezaaaa :D

hehe.

Have a nice weekend everibadi !