CLICK HERE

Friday, January 27, 2017

Life update

Assalamualaikum.

Gong xi fa cai ! Untunglah semua orang bercuti. Balik kampung la, ape la. Kat rumah tinggallah aku sorang hadap kerja yang tak pernah habis. Nanti masa raya lagi sunyi agaknya hahaha. Hadap customers, training crews dan prepare for audit, paperworks dah menimbun takde masa nak buat Hmmm. Tapi apa pon i love my job hehhe. Bukan senang nak dapat kerja, bukan senang nak dapat experiences macam aku dapat. Apa pun pengalaman itu jelaa yang penting. 

Sepanjang 4 bulan dalam dunia pekerjaan, i learned a lot! I got a lot of experiences, tak kira lah dari segi kerja atau dari segi mengenali pelbagai perangai manusia. Yang sebelum ni tak pernah aku harungi, tak pernah aku jumpa haha.

Contohnya, orang pinjam duit tapi tak pulang2 dan lesap macamtu je. Ada orang pinjam duit, tapi dia pulangkan balik. Bulan depan tu dia nak pinjam makin banyak pulak duit aku sampai beratus. Nasib baik masa tu aku dah tak hati tisu, aku buat derk je. hahaha sebab aku ni kadang2 cepat kesian, orang nak pinjam duit. Aku bagi. Lepastu hilang. hampeh! Sia2 aku kesian kat orang.

Lagi satu kes. Aku hantar staff aku balik rumah sebab kesian kat dia yang dia kena balik naik bas tengah2 malam. Dah tiba2 family budak tu ingatkan aku ni suka lepak tengah malam, hantar anak dia balik lewat malam. MashaaAllah niat aku baik kot, aku cuma hantar dia balik rumah. Aku tak pernah ajak dia melepak. Kalau siapa yang kenal aku, diorang tahu aku mana ada suka keluar! Tanya jelah housemates aku, time cuti je aku duduk melongo kat rumah sampai diorang tanya aku tak bosan ke duk rumah. Balik kerja aku terus balik rumah sebab aku tak berapa berani drive malam. Kakak dia mesej, "tak payah susah2 hantar adik dia balik lagi, sejak kerja BK adik dia selalu balik lewat" dan macam2 lagi. Tapi aku tak salahkan kakak dia, aku dapat rasakan yang mungkin budak tu keluar lewat malam taktahu dengan siapa, lepastu dia guna nama aku, cakap aku ajak lepak. 

Pui! Lepasni aku nak jadi hati kering dan pentingkan diri sendiri, lantak kau lah. Buat apa lah aku nak kesian kat orang, orang bukan nampak pon kebaikan yang ko buat. Kadang2 aku percaya, bila kita buat baik dengan orang, InshaaAllah orang lain akan baik dengan kita. MALANGNYA niat aku disalahertikan. So time cuti je aku duduk jelah rumah wakaka dan kadang2 keluar jugak dengan Adah. Dia jelah kawan kat Putrajaya ni kahkah. Housemates semua macam aku jugak, busy women, memang takde makna lah nak lepak dengan diorang. Umur macamni pon tak payah nak lepak sangat, baik duduk rumah fikir tentang masa depan dan benda berfaedah. Hahaha. (Bila tah nak belajar masak, tak boleh beli barang masak, peti ais penuh hahaha alasan)

Tengok wayang cerita Monster truck (lawak gila!). Adah belanja hanbing (sedap!) dan makan steamboat. Adah paham aku, dia tahu setiap kali aku cuti je terperuk duk rumah so awal2 dia tanya aku cuti bila pastu roger aku ajak tgk wayang hahaha.

Staff indon aku ada yang dah tamat kontrak dan balik indonesia, ada yang sambung kontrak tapi diorang dipindahkan ke KLIA2. Memang sangat terasa kehilangan ewah2 kemain ko. Sejak diorang takde, aku rasa kerja makin penat. Indon staffs sangat bagus yelah sebab dah kerja 2 tahun kan, semua diorang tahu! Tak payah suruh pon diorang buat, memang kadang2 aku dtg kerja tak payah dah nak check store okay ke tak. Aku nak tinggal store sekejap untuk solat contohnya, tak risau pon sebab tahu diorang boleh handle dan semuanya dalam keadaan baik. Honestly aku belajar dengan diorang, sebab masa aku training, tak semua benda aku sempat belajar. 

Now, kalau shift pagi contohnya, pagi2 dah penat sebab di samping kena mengajar crew baru, aku kena check satu2 supaya diorang takde buat silap. Pastu diorang kerja kena bersuruh, tak suruh memang tak bergerak lah kerja. adui. Tak masuk lagi satu hari berapa kali nak kena refund order sebab crew baru tersilap ambil order stress aku haha.


Sejak Dodo takde, semua sunyi je takde mulut celupar dodo hahaha. 

Kawan gaduh

Dodo, ismanto, Eko.
Semua ni orang hebat BK, hahaha kalau diorang local, dah lama bole jadi manager hahha.
Diorang ni sempat train crew local, hasilnya bebudak local aku memang hebat dan laju buat burger, semua benda diorang tahu. Tanpa mereka, aku taktahu lah, sebab ktorg manager tak sempat nak train crews properly. Ktorang pon banyak kerja maa.
Laa ni biasalah bebudak lepasan spm kerja nak berseronok je. Elok dah tahu buat burger, boleh ambil order, boleh open dan closing kitchen. Tetiba nak berhenti pulak. Sampai ktorg terpaksa pujuk2 sorang2 jangan berenti hahaha.


Last dinner together.

Itu je life update aku. Selamat bercuti semua!
(Saya tak cuti, esok kerja tapi saya belanja entry baru sempena chinese new year pui).

Ohh ya, terima kasih burgerking sebab beri bonus, alhamdulillah. Dapatlaa shopping sikit LOL.



Thursday, January 5, 2017

Hello 2017

Assalamualaikum.

Hello 2017! (Lambat sangat tak kalau nak wish happy new year kat blog ni?haha)

Tahun 2016 yang banyak kenangan, malas nak throwback satu2 ya sebab boleh throwback je kat entry lama2 ehehehe.
Dari busy fyp tak cukup tidur, sampai rasa nak menangis, sampailah dah habis viva dan presentation. Tamat study, mereput 2 bulan kat rumah lepastu bercuti ke Jepun. Balik bercuti terus dapat offer kerja dan lepastu terus kerja dengan burgerking sampai lah sekarang, and officially tamat study, konvo! Tak percaya rasanya semua benda tu dah tamat, dulu masa sekolah selalu bayangkan macam mana lah dengan masa depan aku nih. Dapat masuk universiti tak, dapat kerja ke tak.  Tup tup dalam busy dengan kerja dah habis 2016.

Tak sempat nak update banyak bende sebab busy ya amat.
Busy yer, busy. Paperworks berlambak, crews ponteng kerja (hangin aku!) products and stocks banyak yang out of stock, too many broken equipments and outlet problems, pening kepala aku. Stresssss. Dan terbaru, semua foreigners akan berpindah keluar, so kena cari local crews dan kena training bebudak baru, dengan REV audit yang akan start bulan ini. pergh. Tapi dah namanya kerja, mana yang tak stress kan. Study stress, kerja stress, lepasni kalau dah berumah tangga stress lagi agaknya, hidup ini penuh dengan stress hahaha. (Cepat tua lah nampaknya aku ni hmm)
Dan effective from this month, boss ktorg dah tukar. Boss lama senyap dan baik, rilek dan simple orangnya, boss yang baru ni, pergh! memang cerewet giler, kadang2 aku dtg kerja terus moody kahkahkah. Sorang staff aku yang mulut lepas tu cakap "Hahh perempuan macam tu lahh, moody aja manjang tiap bulan" wakaka. Hape2 jelahhh korang taktahu stress miss engkorang nih zzz.


My 23rd birthday.

Alhamdulillah, genap 23 tahun pada 22 December 2016. Alhamdulillah di usia ini, Allah telah beri aku rezeki dan nikmat yang pelbagai. Alhamdulillah atas nikmat sihat tubuh badan, nikmat rezeki yang halal, keluarga yang bahagia, kawan2 yang baik2 dan sebagainya. Ampunkan aku Ya Allah jika kadang2 aku terlupa untuk ucap syukur atas segala nikmat kurniaanMU. 

Takde apa yang special, ibu belikan kek hahaha(aku suruh beli wakaka). Hakikatnya aku dah tak berapa nak kisah tentang birthday sendiri dah tua2 ni. Terima kasih kepada keluarga dan kawan2 yang ingat untuk wish birthday aku, May Allah bless you all. Tahun ini aku tak sempat nak screencap semua wish2, hehe. 



Goodbye nina dan shafiq.

Manager kat tempat aku, Nina dah dinaikkan pangkat dan keluar dari Alamanda. Maka tinggallah kami manager2 yang masih baru. Sejak nina takde, semua benda kami kena pandai2 settle kan. Sebab tu sekarang aku makin pening dan kerja rasa makin terhempuk atas kepala hahaha. Takpelah, slow2 lah dan kena pandai menyelesaikan masalah.
Shafiq pulak crew yang dah lama kerja kat alamanda, dia pon dah quit dan dapat kerja lain. Best of luck to both of you.

Nina baik sangat, banyak ajar aku time aku mula2 masuk dulu. Ada kadang2 RM yang kerek gila, tapi nina tak kerek langsung, lembut je dia. Masa mula2 aku kerja dulu, kadang2 tengah2 malam aku call dia kalau ada problem dengan closing report ke, atau ada apa2 problem kalau time aku closing shift. Pagi2 pon aku selalu call taktahu itu, taktahu ini. hahaha. Kesian Nina. Time kasih Nina ! 

Rindu nak kerja bertiga as a team ! Team yang baru ni macam ^$^$^%^&%&^&. Haha lol.

With Nina and shafiq, Byebye, all the best!
Shafiq peneman setia, selalu teman aku time closing memalam. Haha ni dia takde, sape lah teman aku nanti haha hmm.

Byebye miss nina.

Indon crews dah takde tak lama lagi, makin terasa bahang stress. Sedihlah jugak bila diorang dah takde nanti. Suka merepek dan gurau2 dengan diorang. Sedihhh wei lagi2 aku rapat dengan dodo narimo. Suka merepek dengan dodo. Mesti bosan kalau dodo dah takde nanti hahaha. Kerja di burgerking ni, memang common lah akan transfer2 outlet. Memang kau akan kenal ramai orang, dan kau akan sedih banyak kali sebab kena berpisah UUUU.

Tahun baru 2017.

Tahun baru disambut dengan makan roti depan tv kat rumah dengan housemates sambil tengok bunga api live kat TV1 LOL. Sebabnya aku malas nak keluar sebab jammed dan taknak balik lewat malam even bebudak store pujuk2 aku banyak kali. Seriously malas! Baik aku tidur hahaha.

Tapi malam sebelumnya, aku sempat keluar dengan Adah ke pesta lampu putrajaya.
Adah bagi hadiah birthday dan sepotong kek haha, terharu sangatt. Moga kau semakin dimurahkan rezeki !
Gigihlah jugak beli cekak mickey lip lap atas kepala tu, semata-mata untu bergambar je hahaha. Geram tengok sebab banyak gila jual kat pesta tu kahkah.

Bajet comel lew tu.

Thank you untuk kek dan tudung! (kaler pastel lak tu, my fav!)



Tu jelah update yang terbaru. Will update more (kalau ada masa hahah). Banyak keje tak settle woi !