CLICK HERE

Wednesday, November 2, 2016

Japan 2016 part 7 : Kyoto dan Arashiyama

Assalamualaikum.

Finally baru off day! Serius lah sampai housemates aku cakap, "qilah ni bilanya cuti?Hari2 kerja". hahaha. Yelahh, harini akhirnya dapat cuti berehat-rehat kat rumah. Bosan giler ade member kat sini tapi semua kerja Zzzzz. So aktiviti cuti ialah, mengemas bilik dan membasuh kereta yang dah sebulan lebih tak basuh kahh! Lepastu hadap laptop nak update blogg. Nak keluar shopping gaji pulak tak keluar lagi wakaka. Okay nak update entry jepun yang tergendala.

Previous entry, aku ade cerita tentang ktorg bermalam di airport. Hahh lepastu terus bertolak ke Kyoto ! Kitorang ada masa sehari je so memang pergi tempat yang tertentu jelah. Padahal kat kyoto sebenarnya banyak gak tempat2 menarik untuk dilawati. Antara yang termasuk dalam to-go-list aku ialah golden pavilion, nijo castle dan nishiki market. Tapi tak sempat, maka di Kyoto ktorg hanya ke Fushimi Inari Shrine dan Arashiyama bamboo groove. Kira macam tempat tumpuan pelancong kalau ke Kyoto.

Datang untuk bergambar je, panasnya hanya tuhan yang tahu zzzzz. 

 Inari station. Station ni agak unik dan antik sikit. Kira lain sikit la dari station2 biasa yg ktorg slalu naik.

Sepanjang ke temple tu ada la jualan2 souvenirs. Ktorg tengok macamtu2 je. Selain cuaca panas dan ramai orang, ktorg jugak sedang berjimat cermat sebab duit semakin susut kahkahkah. Poyo je bercuti ke jepun konon tapi duit takde puih.
So korang janganlah jeles sangat dengan member2 korang yang melancong ke overseas tu. Diorang tu entah2 bukan ada duit sangat pon kehkehkeh LOL jangan sentap.




Kat sini susah nak dapatkan shot terbaik sebab ramai orang. Penat gila tunggu sampai orang betul2 takde.

 Ada je orang menyibuk kat belakang. Blah semua bole takkk nak bergamboo ni. hahah.

Dapat ponnn. time kat sini tak ramai orang sangat so kena cepat2 snap.
Silap betul hari tu aku pakai baju oren. Dah macam tiang pulak..

watasiwarimoto ajino moto cong ceng tak paham.



Aku bukanlah orang yang suka history2 ni atau jiwang punya orang nak menghayati nature ke apa bhahaha. So kunjungan ke sini bagi aku agak membosankan. Serba sikit yang aku baca, setiap torii atau tiang yang warna oren tu didermakan oleh Japanese business. Hmmm errr so? Layan gambar jelah, seriously taktahu nak explain apa wkwkwk.

Lepastu, mencari halal ramen restaurant. Nak pengsan mencarinya, dengan panas membahang. Like i mentioned before, suhu di Kyoto sangat panas, lebih panas dari Tokyo. Berapa botol air tah yang ktorg beli dari vending machine, heol! Sebotol paling murah 100 yen tapi masa kat sana 100 yen (RM4) tu rasa macam seringgit je so memang beli jelahh kalau asyik nak convert mati dehydration la jawabnye bhahaha.


Jumpa pon restaurant ni selepas berpusing pusing cari. Siap tanya orang lagi tuu. Kat sini ada surau skali. Tak ingat ape tah nama kedai ni. Kalau nak order guna machine ni jee. Layan diri erk.

 Ktorang order ramen dengan nasi ape tah ni. Ada campur ayam2 macamtu. Sedappp! Tapi ramen tu pergh seriously tak sedap. Dua kali aku makan ramen kat jepun, dedua kali aku rasa nak terbeluerk. hahahaha. Ikutla kot tekak masing2.

Then, gerak ke Arashiyama. Apa yang popular di sini semestinya bamboo groove! Lawaa sangattt. Masuk sini ambik2 gambo lepastu terus balik haha. Tak larattt. 
Masa plan tu kemain lah kan konon2 tak nak berehat. Hari2 nak jalan, kalau tak rugi je sampai dari jauh. Hakikatnya badan sendiri yang merana sebab nakk jugak ikut plan hahaha.



Sini pon ramai orang, nak dapat shot tu susah jugak ah. Kena tunggu reramai orang tu blah.



Then, pulang ke namba station yang sampai tersesat-sesat tu. Last minit cancel plan ke Nara sebab dah terlampau penat. Bayangkanlah dalam train tu tengah berdiri pon boleh tersengguk tido haha. Takde rezeki nak ke sana, maybe next time InshaaAllah.
Uuu padahal dah berangan nak bagi deer makan kat nara deer park. hihihi yelah tu kan, entah2 nampak je rusa terus melompat takut haha.

Next entry kite sambung ke Osaka pulak, stay tuned!
*Tunggu next off day hahah*

Read previous entry : Welcome to Osaka