CLICK HERE

Friday, March 14, 2014

Dekan dan Ikan


sebenarnya malas nak update sebab malas (lol) tapi update lah sikit, 
sbg kenang-kenangan di hari tua.
Nanti boleh cerita kat cucu kehidupan nenek di universiti.
K mengarut gila.

14 March 2014.
Majlis Anugerah Dekan Fakulti Pertanian Bioteknologi dan Sains Makanan.

kami yg dapat dean's list.
Alhamdulillah tahniah lah semuanyaa.
Harapnya dapatlah kekal atas pentas tu sampai final year kekeke.
buat kesekian kalinya jangan ditanya mana boys =,=

Disebabkan dah ada instagram, malas nak upload gambar bebanyak. 
Blog ni tak private anyway.
pepaham jelah, this world is scary. wkwkw.

12 March 2014.
Melawat fish landing port di Besut.
Actually kitorang belajar tentang preservation of foods by lowering temperature.
Maknanya chilling/freezing lah. Dan ikan adalah salah satu food commodity yang perlukan freezing untuk bagi segar/tahan lama.

ramai gilaaaa orang. Semua lelaki lak tu, yelah nelayan2 dan penjual2 semua ada kat sini pagi2 tu. Tetiba je segerombolan gadis datang berboot kuning.
Tak ke segan ? hahaha.

Nampak tak tangan aku yang membengkak ?haha siap buatkan arrow lol.
sebab aku terduduk kat sarang penyengat hahaha. Sedapp je kena serang. Dua2 belah tangan pulak tu. Terbaikk.

Kitorang dapat tengok bilik sejuk (-18 degree celcius ) utk penyimpanan ikan sementara.
Pastu tengok mesin untuk pecahkan ais, boat yang ada tempat simpan ais untuk letak ikan etc etc. 
Sempat jugaklahh belajar jenis2 ikan dengan pakcik2 nelayan haha. Manalah iolls tahu jenis2 ikan, pergi pasar pon tak pernah haha. Pegi sini pun dah pening kepala haha haihh cemana nak jadi surirumah ni -,-

Prof belanja makan ikan mentah.
haha ikan ni fresh lagi, so takdelah bau hanyir ;)
Memanglah geli tapi aku try lah jugak sepotong haha :P
Tapi dah rasa sekali tidak mungkin nak rasa kali kedua. Nak muntah dibuatnya haha.
ni kalau bakar kan bagus, sodapp jugakk =,=

Okay sekian update tentang dekan dan ikan haha.
Get ready plak untuk test yang dah mula menjengah mulai minggu depan. Tak lama lagi kan dah nak midsem, cepatnyaa masa berlalu.
Aduhai malasnyaa nak study kahkah.










Wednesday, March 5, 2014

Kuala Terengganu lagi ...

Assalamualaikum.

Selasa, Rabu, Khamis nak dipendekkan cerita takde kelas langsung. 
Koku Jumaat pun ditangguhkan.
Maka ramailah bebudak yang balik rumah. Aku pun hampir2 nak balik rumah tapi akhirnya tak jadi sebab malas. Aku bukan tak suka balik tapi nak menempuh perjalanan tu perghh !
Menguji kesabaran sungguh. Penat tau dak duduk dalam bas 10 jam.

Lagipun aku ni ada masa2 tertentu je homesick. Aku akan homesick time aku tension study. Biasanya time hujung sem, time nak final exam. Time tu Ya Allah rindu dengan rumah dan family tak boleh diungkap dengan kata2 hahaha! Tapi ni baru awal sem, final exam jauh lagi, test pun ada lagi beberapa minggu, tension tu takde lah. Cuma kena buat report je. So takdelah aku homesick :P

Tiket pergi balik pun dah RM100, baik duit tu guna untuk shopping. Betul tak ? hahha.
mula2 nak pergi Pulau Perhentian tapi disebabkan semua balik, tinggal kitorang bertiga je, pulau apanya weh. Krikkrikkrik lah jawabnya, so lastly pergi KT jelah.
Mesti kena berjalan gak sehari dua, sebab kalau duduk bilik je akan bosan dan masa tu mula lah perasaan menyesal tak balik akan menjelma. So nak elakkan perasaan menyesal tu, kena lah berjalan ;P


 Siapa cakap diet tak boleh makan kfc ? hahaha :D
Tahun 2014 adalah tahun sihat dan cantik, marilah berdiet kahkah.

 Jumpa Khai, junior sekolah dulu. merangkap adik angkat ? haha 
Dan jumpa Aswanis gak, ex classmate KMM. dedua ni budak UMT.
Borak2 tepi pantai jap. 
Jumpa lagi tau korang! Kalau den rajin nak pi KT lagi haha.

 Makan steamboat kat D'Ganu Kafe, Pulau Duyong.
murah ! Hidangan untuk 6 orang RM32 sahaja ;)
Sedap pon bolehlaa. Aku rasa lagi better makan macamni dari bayar pastu boleh makan puas2. Banyak mana lah yg kita mampu makan, tak makan banyak karang rugi kann haha.
Tapi yang ni okay laa, makan tu takdelah kenyang sampai takleh bangun 
atau tak kenyang langsung. Selesa lah perut haha.

Ya, aku ajak dak amer join skali. Ingatkan nak suruh dia belanja last2 aku yang belanja. Hape tak gentleman nye abang hahaha. Tapi sekali sekala, lepasni takdolah den nak belanja lagi kahkah. 
Dak amer tanya ''Buatpe lah ko datang KT ni. takde apa pun".
Dan jawapan aku, ''habistu kat Besut tu nak buat apa ?" .
haha aku okay lagi duduk Besut tu. cuba letak dak amer kat kampus aku, baru ko tau. Mati kutu ko taktau nak buat apa hahaha :P

So total malam tadi RM50 je campur air, 2 mangkuk french fries dengan nasi siap lauk. Murahh kann ? aku ada baca pasal kafe ni service lembab lah ape lah, tapi malam tadi tak sampai 2 minit dah sampai. Ke sebab tak ramai orang, taktau lah.
Sebab selalunya kedai ni ramai orang, kalau waktu cuti atau weekend biasanya kena booking meja dulu.

esoknya, pagi2 dah keluar, kekonon nak panjat bukit puteri sebelum nak sarapan nasi lemak hahaha.
Tapi sebab datang terlalu awal, bukit puteri tak bukak lagi. Ambik gambar jelah depan pintu masuk =,= Pastu pergi makan nasi lemak berserta kuih karipap tepi pantai batu burok.
yeah terbaik. Nikmat tau makan nasi lemak, lama dah tak makan haha ;P

Okay lupa nak cerita lagi satu, kitorang pergi pantai unisza.
Pantai ni dekat sangat ngan unisza besut, tapi agak pendalaman. Kena masuk dalam hutan untuk sampai ke pantai tu. berjungle trekking lah kitorang haha. Yang ni kitorang pergi kejap je, beriadah petang sebab dah mati kutu sangat duduk kat bilik hee.
Tempat ni cantik sangat, tapi tak dikomersialkan. Kalau buat taman rekreasi ke kan bagus.




Habis sudah berjimba dan bermain-main haha.
Lepasni takdelah nak jenjalan lagi. Yeke ? ahaha.
Okay, masa yang tinggal ni guna  untuk menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran, 
sem ni subjek pergh. Killer.
Tapi boleh pula berileks lagi =,=