CLICK HERE

Sunday, January 27, 2013

durian crepe, finally !

Assalamualaikum.

Aku dah pernah merasa durian crepe sebelum ni,
dan ianya amatlah tidak sedap sama sekali.
tepung + krim + durian = muntah.
cepat muak.

Hasil hari ini !


Namun, itu tidak sedikit pun memudarkan hasrat aku yang nak
jugak buat sendiri durian crepe nih.
Ibu pun layan je kan permintaan aku yang mengada nih.
apa salahnya mmencuba, ye dak ?

bahan-bahan.

Sepatutnya guna santan, tapi ibu ganti dengan susu sebab 
ibu cakap kena kurangkan kolesterol.
Hahh! ni paling saya setuju.
Well, sebagai perempuan normal, semestinya kolesterol merupakan 
musuh kita. Kalau anda rasa kolesterol tu kawan baik anda, anda bukan perempuan normal.
kahkah.

Langkah-langkah.
Kalau nak tahu resipi, boleh buka blog ibu kat sini - Klik.
Kalau ibu update lahh. Tak kuasa aku nak tulis resipi bagai hahaha.
Atau google je heheh.

Ni ibu yang buat, aku penolong chef jeh heheh.
macam-macam bentuk terhasil maklumlah first time buat.
ada yang panjang, pendek, gemuk, kurus.

Tapi bentuk tak penting pun, masuk perut hilang juga bentuknya.
Kalau nak jual barulah kena buat cecantik. betul tak ?
haha *ayat sedapkan hati*

Lepastu durian crepe cacat nih disejukkan dalam peti ais. Sapa nak makan nihh ?Saya suruh ibu buat bukan untuk makan, untuk saje je. haha punn boleh.
Lalu bagi lah Liah bawak balek asrama, makan sikit, suruh uwan bawak umah atam sikit.
Sedap tak ? kahkah.

Pastu kebetulan pi rumah uwan, tertengok tv1 rancangan usahawan ape tah.
Tengok ada usahawan jual durian crepe.
Macam senang je dia buat.
Cantik je, elok terletak.
untunglah kan pandai buat bentuk cecantik hewhew.


Haritu saya terbaca dalam novel hero tu ajar heroin buat pai epal.
Pastu saya terfikir, ''eh macam sedap je! ''.

Ibu, jomlah buat pai epal pulak !









Thursday, January 24, 2013

Birthday basi

Assalamualaikum.

Kenapa aku mengkategorikan sebagai birthday dah basi ? sebab
dah sebulan berlalu besday aku ( tahun lepas punya pulak tu !) , baru lah dapat kek.
kesian pula kepada diri sendiri.
cupcakes yang di order dari atam.

ibu cakap ni cupcakes sempena besday saya tahun lepas.



Lepas tu saya  tanya,
''lahh kenapa takde tulisan ?
Patutnya letakla huruf2 atas ni. epy besday akak ke, apa ke blablabla''

Lalu ibu pun tulislahh tulisan atas kotak ni.


haha punnn bolehh.
Jadilahh tu.
Dah masuk tahun umur 20 dah, tak perlu nak mengada sangatlah kan.
hahaha.


birthday cupcakes.
coklat + cheese.
nyummmy sangattt.



baby khalisha. omeyyy. haha tembam bam bam.
 omaigod geramnyaaa.



amca budak mengada.
 takut sangat orang nak amek adik dia :P





Wednesday, January 23, 2013

holiday activities

Assalamualaikum.

it's already 2 weeks since semester break.
And it's really a tiring holiday with soo much 'reproductive' activities.


most doing activity - sleeping

visiting nunun, liah, amal sometimes on weekends.
(apa motif pic ni ? takde kena mengena pun)

watching movies all the time.
(memang gaya aku ni ! )
anggap jelah depan cartoon ni lappy aku yang terbukak 24h
sebab nengok korea.

cooking? ohh no no no.
salah insert picture. next .

sometimes.
i'm not washing my clothes everyday.
( tunggu dah penuh sebakul baru basuh )
sebab rumah tengah renovate, basuh baju secara manual 
without washing machine buat sementara waktu! well, actually i'm okay with it.
I'm never used washing machine
since in sharodz until now! clap clap clap.
if u dont believe dat, go ask my friends or my roommates kehkeh.


everyday. i mean, for my room only.
kahkah

kacau aid.
bergaduh dengan aid.
ejek aid.
okay, i'm not officially twenty yet, so 
bolehlah consider masih 'kecik' lol.

gambar hiasan.
( Motif letak gambar kawen ? )



That's all for my holiday activities.


Rasa kejap lah pulak cuti sebulan nih.
Kalau ada time machine kan bagus!
*sambil nyanyi lagu snsd-time machine*
lol

woahh lama tak buat entry bergambar macam ni hewhew.

Lastly,

"sesungguhnya apa yang kudambakan adalah cinta Allah yang Esa.
Kerana cinta kepada rasulullah bererti cinta kepada Allah."

salam maulidur rasul :)














Friday, January 18, 2013

download video dari dramacrazy.net

Assalamualaikum.

Bagi aku, kalau tengok drama online tak syok sebab kita tak boleh buat koleksi.
pastu kalau drama best2, tak boleh nak ulang tayang semula.
haha.
Ada hati nak ulang tayang, yang ada ni pun tak tertengok lagi actually.

selama ni,
 taktahu nak download cemana dari site nih. Hanya mampu memandang saja.
wahh sedih betul ayat aku.

Akhirnya, saya jumpa blog ini - Klik.
Blogger ni terangkan satu persatu cemana nak download video dari dramacrazy.
Baiknyaaa!
Terima kasihh bangatt.

Dramacrazy.net memang terbaikk. Taip je nak drama korea apa,
inshaallah semua ada.
Drama taiwan, jepun, cina pun ada.

Untuk download video dari dramacrazy, we need to intall ,



gigih aku install semua ni.
Oh ya, kena guna mozilla firefox sahaja :)
Baru perasan aku takde mozilla. poor me ;(

Tapi sebab kelajuan internet kat rumah ni yang maksima, sekejap jeh dah siap
download dan install semua.
wahh heaven. takpayah lah copy dari kengkawan lagi.
Habis bervirus sebab harddisk tu dipassing ke sana ke mari.

masa untuk mendownload !


bayangkanlah, aku duk tengok movie tapi internet terpasang.
 laju pulak tu! sejak duk unisza ni,
aku sangat menghargai wifi yang laju ni. sebab unisza punya wifi
macam siput.
Dahlah kat rumah ni mostly aku je yg guna kan.
ohh rugi rugi.
ada baiknya manfaatkan sebaiknya dengan mendownload sehabis banyak 
drama korea.
kannnn ? !

amboi alasan.


Tuesday, January 15, 2013

Dari dapur uwan : lempeng pisang.

Assalamualaikum.

 Macam biasalah, kalau hujung minggu. Overnight kat umah uwan.
Di malam yang hening,

Uwan tanya aku : "Nak uwan buatkan cekodok pisang ? "

semestinya aku nak sebab
bila uwan sebut cekodok pisang, tetiber terasa nak makan sebab dah lama
tak makan cekodok pisang.
sedihnya hidup di perantauan :P

Kusangkakan 'cekodok', rupanya lempeng pisang.
sedapp bangat.

 taddaaa. inilah lempeng pisang untuk saya dari uwan.
macam roti canai pun ada gak nih.

Aku pun pi lah tengok cara cemana nak masak lempeng pisang ni.
Lol noob gila kau qila oi.

 uwan letak lempeng tu tengah2 daun pisang lepastu hempap
dengan benda berat, eg : cerek berisi air.
uwan cakap nak bagi lebih rasa sedap akibat aroma dari daun pisang tu.
betul ke?
betullah sedap, yang penting aku makan sepinggan. burrrrppp.
taktahulah habis sepinggan sebab sedap sangat ke sebab lapar sangat bhaha.

Lepastu bagi Aid rasa.
Aid cakap ,





hahaha.
hiperbola sungguh si mok mok ni.
ayat jujur atau ayat bodek mungkin ? :P


Semoga uwan dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang
baik selalu, aminn.

*Nanti nak bagitahu uwan, lempeng pisang uwan masuk blog kiteww*
hewhew.





Thursday, January 10, 2013

Holiday ;)

Assalamualaikum.

Fuhh dah hari kesebelas untuk tahun baru. Aku belum lagi mengucapkan
Happy New Year 2013
kepada blog ini. haha perlu ke? -.-

pepaham jelahhh kebizian melanda sempena final exam.
Usah ditanya okay ke tidak. senang atau susah.
Ini bukannya soalan tadika, yang senang belaka.
hahaha okay tak lawak pon.
tapi alhamdulillah dapat jawab walaupun macam biasa,
jawab esei ntah apa yang aku merepek pun taktahu lah.
Mohon dilembutkan hati pensyarah, aminn ;)
Fasa tawakal je sekarang ni huhui.

Maka, 
dengan berakhirnya final exam, berakhirlah semester 1
yang penuh suka dan duka, onak dan duri.
lol ayat tak boleh blah.
sekejappp sangat rasa semester ni.
maka, selepas 2 bulan tak balik melaka ( Ya Allah kentalnya jiwa kami yang dapat bertahan selama 2 bulan! )
 sampailah hari yang amat
ditunggu-tunggu, cuti sem. sebulan. 
syokkk gilaaa ;)

sebelum berpisah. walau gembira nak balik, sedih lah sikit
nak berpisah dengan makcik2 kepoh semua ni.
hahha.
pictures credit to : wahida :P
malas lak aku nak edit gamba lain.

selepas 11 jam dalam bas, sampailah aku di desa tercinta,
melaka ;)

aktiviti masa cuti aku adalah,

tidur, online, watching movies.
Banyaknyaaa lahhhaiii 'homework' movies yang aku kena tengok.
copy drama n movies terlalu banyak sampaikan rasa tak keruan nak tengok yang mana satu dulu. hahaha.

lol nampak tak hidup tanpa tujuan aku nih ? -.-

Happy Holiday, guys!
buat kerja2 berfaedah yer, jangan dok buang masa je 
kejenye.

Lol,
Qilanisa



Friday, January 4, 2013

playful kiss | korean drama review


Description: Playful Kiss is about a popular and genius male student named Baek Sueng-jo who has a stand-offish personality and Oh Hani who is a female student who makes up for being not-so-genius by always being smiling and happy. An earthquake destroys the girl's home and she and her dad end up living with the boy's family. The girl has kept this boy in her heart but she has never received any assurances of her love being reciprocated. Fun and groans ensue as they interact and rub off on each other. How will this drama end?
Episodes: 16 Year: 2010
 Casts : Kim Hyun Joong & Jung So Min

mula2 tengok cerita ni bolehlah tahan. Lama2 aku bosan lah pulak dengan perangai heroin tuh.
Dah nampak sangat hero tak suka kat dia, dahlah kan. Tapi asyik nak terhege-hegeh. Cehh
menyampah aku tengok. Tapi actually laki tu suka gakk kat dia. Buat2 jual mahal je.

Pun, aku menyampah jugak. haha. bila laki tu buat derk je kat dia, dia akan putus asa. Dia cakap taknak harap lagi kat laki tu. Tapi tengok2 dia mengendeng lagi kat laki tuh. eiiii serius menyampah gila tengok cerita ni. hahaha emosi.

apa pun, aku tak habis tengok 5 episod akhir cerita ni sebab aku dah malas nak sambung.
Tapi dah tengok last episod , diorang kawen jugak. Happy ending k. Entah macam mana hero
boleh terpikat kat heroin aku pun taktau. hahaha.


Rooftop prince | korean drama review

Assalamualaikum.



Description: After the death of the Crown Prince Lee Kak's wife, the Crown Prince transports 300 years into the future and arrives in 21st century Seoul, South Korea with his retainers. In the present day Seoul, the Crown Prince meets Joo Se-Na, who has an uncanny resemblance to his deceased Princess.
Episodes: 20  Year: 2012

Mula-mula, aku ingatkan drama ni tentang Joseon Dynasty bagai. Tu yg malas nak tengok.
Tapi dah ramai cakap best, aku pun tengok jelaa. Yess ! sangat sangat best dan kelakar cerita ni.
Kalau siapa yang tak suka drama macam cerita dulu2 tu, cerita ni hanya episod 1 dan episod 20 je
yang ada pada zaman 300 tahun dahulu. Selebihnya, zaman sekarang. haha

Tentang perjalanan masa, so lawak gilaa lah kan bila raja dan pengawal2 dari zaman dulu
datang ke zaman sekarang. Tercangak-cangak tengok henfon, bangunan, kereta dll.
Cerita ni jugak tentang reincarnation ( kelahiran semula ). kepercayaan mereka kot.
Maksudnya situasi zaman dahulu ada pada zaman sekarang. Cuma mereka tak dapat
ingat zaman mereka yang dulu tu. hahh macam tu lahh. 

Very good story, jalan cerita pun lain dari yang lain. Serius best.
Lawak, suspen, romantik, semuaa ada hahah.
Lagi2 watak pengawal2 dia tu ohh comel gilaa kot. haha



Siapa yang minat korea wajib tengok cerita nii. tak menyesal punyaa.

Sebab aku tengok cerita ni punyalah khusyuk sampai tak sedar dah sampai episod berbelas-belas hewhew.