Monday, February 25, 2013

Lelaki Kacak.


Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
 Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
 Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : “Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!” Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi” Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat – malaikat dari syurga”.
 Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
teringin untuk ditemani lelaki kacak ini. kannnn ? :D
Saya menulis bukan kerana saya baik. Saya mengingatkan bukan kerana saya cukup solehah.Kerana saya cuma insan biasa yang setiap saat dan setiap ketika melakukan maksiat dan dosa. Saya cuma berkongsi dengan harapan perkongsian yang sedikit inilah yang mampu memberi manfaat kepada orang lain inshaallah. 
Wallahua'lam.
p/s-
I like this very very much and i'm hoping that one day i'll be able to meet this 'lelaki kacak'..
instead of keep dreaming about 'bakal imamku' lols.


2 comments:

  1. aku pon ingin lelaki kacak ini menemaniku seusai sakaratulmaut menjemputku :)
    jazakallahu khairan kathira :D

    ReplyDelete