Monday, July 2, 2012

akibat tak makan sayur

Assalamualaikum.

entry pertama di bulan Julai.
Sebab aku kekurangan vitamin akibat tak makan sayur (tahu pun!),
kulit jadi tak cantik dan sensitif.
Tak boleh garu sikit. Garu sikit je pun akan meninggalkan kesan parut.
Seingat aku, dulu kecik2 lagi teruk.

Sebab tu aku benci nyamuk. Bila nyamuk gigit kaki aku lalu menghisap darah aku 
yang menurut pemeriksaan darah ialah jenis A(perlu ke bagitau woi!), 
kaki aku akan
kegatalan. Bila kegatalan, mula nak menggaru.
Bila menggaru akan meninggalkan kesan parut. 

Aku penah try sapu lidah buaya.
Memang berkesan lah orang cakap, tapi tak sampai seminggu aku tak tahan.
Sebab lidah buaya dahlah busuk, pastu bila dah sapu kat kulit
jadi gatal-gatal. Bila gatal, aku nak garu. Bila garu, mula berparut balik.
Aku pulak jenis yg 'gatal', tak boleh tahan-tahan.
Nak garu jugakk.

Maka bio-oil ialah inisiatif terakhir.
Kalau tak berkesan jugak tak taulah woiii. Buang duit je beli mahal2.


So? perbanyakkanlah makan sayur-sayuran dan buah-buahan 
agar kulit lebih cantik, licin, gebu dan jelita. hoho.

PERHATIAN!!!

MINGGU KE-2 JULAI - STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/ MATRIKULASI / ASASI / DIPLOMA / SETARAF (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2012/2013

ewah nak gempak je pengumuman tu.

entah mana-mana lah aku bakal dicampakkan.
Apa pun keputusan upu next week, aku harap Allah akan ikhlaskan
hati aku untuk menuntut ilmu walau apa yang aku dapat tu
mungkin bukan pilihan hati aku.


No comments:

Post a Comment