Assalamualaikum.
macam biasa, dah takde idea tulis blog. aku buat review novel.
sinopsis
Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.
Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.
Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.
penulis : Maya Rasyidah
Price : RM19.00
Dalam novel ni, watak utama ( Syira ) berketurunan melayu Brunei. So memang 30% bahasa
dalam novel ni bahasa brunei . Kelemahan novel ni adalah,
no translation. serius aku langkau je baca bila tyme syira nak nikah tu. 100% dialog bahasa
brunei sebab time tu sedara mara semua datang nak raikan pernikahan syira.
So dah sah-sah la diorang bercakap bahasa brunei.lolz.
antara dialog melayu brunei:
( no translation, sorry.i'm not really understand the meaning)
''inda lawakah ma tua gubahanku ani ?''
''cuba tah mun kana tarima.Sudah urang kan kawin.baru tah
sibukkan mau.tu ada kusung lagi a'ah .''
''jangan dipaduli kurapak bisidia atu.bisidia atu inda pandai
sangal.payah saja mun dipikirkan''
pahammm ? haha;p
serious tak paham sampai aku hilang minat nak baca.
Dan nenek syira menerangkan adat brunei , dalam bahasa melayu brunei.
mana aku pahamm nenek oii.
But still this novel quite interesting too.
boleh blaja bahasa melayu brunei dan adat2 melayu brunei.
tapi aku rasa, watak syira digambarkan agak keterlaluan.
cantik, pandai memasak, pandai menjahit,pandai cakap banyak bahasa,
pandai mengaji, pandai berzanji, baik, alim, pandai(syira seorang doktor).
aku terfikir, ada ke orang yang perfecto macam ni ?
wataknya digambarkan sungguh perfect, sungguh bodoh lelaki yang menolaknya.
haha:D
rating for this novel : 6/10
i dont like the way dat writer explained the story.
tak banyak dialog.
Lebih pada penerangan.
so mengantuk nak habiskan. kalau novel best, sehari je aku mampu habiskan.
tapi novel ni sampai 3 hari baru aku habis baca.padahal tak tebal pon.
bolehlahhh .
betul sangat Qila...perfecto sangat..dah ler berpinar biji mata dgn bhs brunei tu(takde translation)...baca main skip..skip
ReplyDelete