Friday, July 20, 2012

salam ramadhan ;)

Assalamualaikum.

okayy, semua orang sibuk post kat fb,twitter,blog apa sumer.
pasal bulan ramadhan 1433H.
Aku pun taknak ketinggalan. kehkeh.
Alhamdulillah, berkesempatan jumpa ramadhan tahun ni.
Moga amalan pun makin bertambah, seiring dengan peningkatan usia.
Bukan makin tua, makin tak semenggah, ye dak ? ;p

Alhamdulillah sempat bertarawih untuk malam pertama ramadhan ni.
Macam biasalah, hari pertama. Jemaah sungguh ramai, sampai melimpah keluar.
kitorang berempat terasing duduk kat tepi-tepi tu.
muka masing-masing pasrah je.
haha. gituu sekali kauu penangan malam pertama terawih.
Harapnya kekal jemaah yang ada sampai lah malam terakhir. Sebab
biasalah, malam-malam terakhir sepatutnya makin ramai, tapi akhirnya makin lama
tinggal satu baris jemaah je. Yang lain sibuk buat kuih raya agaknye.
Takpun pasang langsir. Takpun jahit baju. Takpun...(hah, sambung sendiri dengan
semua aktiviti ntok raya ;p)

Kebetulan, harini birthday amer yg ke-20 (20/7 )
wahh, dah masuk 20 tahun. no more ''teen''. Dah jadi orang tua. kehkeh.

 sodap giler cheese cake ni. letak je, terus habis.haha.
nampak tak hiperbola di situ ? ;p

Belum raya, tapi makanan macam dah raya dahh.
dengan nasi impit, kuah kacang, rendang bagai . haha.
Bertambah kolesterol dalam badan. 
Apahal makanan sedap2 menggemukkan , hah ? =.=

okay lah, makan buah. kurus balik ;)

Actually nak letak gambar besday boy tapi bila tengok gamba tu, hurmm.
amer duduk depan cermin besar, so bila aku sebagai
orang yg amek gambar, 'termasuk' sekali dalam cermin tu.
termasuklah kitorang yang lain-lain ni, terbias sekali dalam cermin tu.
Kalo masing-masing lawo takpe gak.haha.
hishhhhh. nampak tak silly mistake tu ? bukan sonang nak amek 
gambar mamat sorang tu. kalah artiss you !

okay lah, tujuan aku menghupdate entry ni pun actually
sesaje nak kasi orang yang view page ni time bulan puasa terliur. 
hahaha . fineeee tak lawak =.=

Kepada semua umat islam seluruh dunia,
selamat menyambut ramadhan kareem.
semoga kita semua dapat meningkatkan lagi amalan, 
jadikan ramadhan tahun ni lebih baik dari ramadhan yg lepas.
May Allah bless ;)






1 comment: