Monday, May 28, 2012

tips penjagaan kanta lekap


Assalamualaikum .

Kali ni, aku nak share tips penjagaan kanta lekap, untuk mereka
yang gunakan kanta lekap. Best tau guna contact lens, tak payah pakai cermin mata.hehe:D
Tapi ade leceh dan pantang larangnya. Tak boleh main redah je,
pasal mata adalah salah satu organ yang paling penting dan kena jaga betul-betul.



Langkah-langkah:-
  • Cuci kanta lekap dengan menggunakan cecair multipurpose solution (MPS). 
  • Gosok  kedua-dua permukaan kanta lekap dengan jari telunjuk. 
  • Bilas kanta lekap dengan MPS.
  • Rendam kanta lekap di dalam MPS semalaman atau sekurang-kurang-nya 4 jam sebelum dipakai semula. Pastikan paras MPS mencukupi seperti yang ditanda dalam bekas rendaman.
  • Sekiranya anda tidak memakai kanta lekap untuk beberapa hari, MPS di dalam bekas rendaman perlu ditukar setiap malam.

 semua pengguna kanta lekap dinasihatkan:
*Jangan sekali-kali memakai kanta lekap melebihi waktu yang disarankan.
*Jangan tidur dengan memakai kanta lekap.
*Menghentikan penggunaan kanta lekap jika berlaku kemerahan pada mata dan segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan jika perlu.
*Pastikan diri dirujuk kepada pakar mata jika berlaku masalah mata merah dan penglihatan terganggu atau semakin kabur.
*Jangan menggunakan kanta lekap yang melebihi tempoh tarikh luputnya.

Bila dah google pasal penjagaan kanta lekap, baru ku sedar banyak lagi yang aku tak tahu
pasal penjagaan contact lens yang betul. Alhamdulillah takda problem
setakat ni. Yang penting, jangan beli kanta lekap kat pasar malam ataupun kanta lekap online.
Dapatkan nasihat dari optometrist(macam best je jadi optometrist.upu fasa 2 tak tuka lagi ni.hehe)

Kalau dah malas sangat, pakai cermin mata jelah senang !
nampak smart , nampak cam budak baik.
kihkih.

tu saje ntok tips copy paste aku. Takde tips peribadi, sebab aku pun bukan
tau sangat. Banyak lagi tips, google je wokeyh.

p/s-ya allah gerun giler result pspm esok . tu yang tenangkan hati, tulis
blog ni. lupe kejap pasal result .







No comments:

Post a Comment