Assalamualaikum.
Salam jumaat :)
Berikut ada sedikit perkongsian yang rasanya ramai dah pernah baca,
dan ramai yang dah tahu tapi masih tak mengamalkannya ,
termasuklah aku yang kadangkala terlupa.
Dan,
dosa orang yang tahu tapi tak mengamalkannya lebih besar
dari dosa orang yang tak tahu dan tak mengamalkannya.
na'uzubillah .
Kesilapan wanita tentang aurat :)
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT:
ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)
nota kaki : sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri . Always trying my best to be a good muslimah, insyaAllah :)
amin... nak jadi muslimah yg betul betul muslimah juga, amin.... :')
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete