Assalamualaikum.
aku seorang penganggur ,
sementara nak tunggu sambung degree insyaallah bulan 9 ni.
5 bulan tuu cuti.Oleh sebab ayah risau bebenor tengok aku makan tido makan tido je kat rumah,
aku diberi 2 pilihan,pergi kelas menjahit atau pergi carik kerja.
ohhh aku tak nak kerja ! penat ! gaji pun berapa lah sangat kan.
pergi kelas menjahit jelaaa.
terasa kelakar bila terbayang diri sendiri menjahit.Tangan keras aku ni boleh ke nak menjahit?
*belek tangan sendiri*
Tapi mesti best kan kalau kita dapat
beli kain yang kita suka,then jahit baju untuk diri sendiri !
walau aku tak minat nak buat bende2 ni semua,,tapi aku yakin minat boleh dipupuk :)
Lagipun aku risaulah kalau aku gemuk duduk kat rumah tak buat ape2.
haha !
So, esok akan bermula rutin baru.Rutin baru yang menggantikan
aktiviti makan tido makan tido aku.
Tapi kelas ni hari isnin - rabu saja.Aku ambik kelas buat baju kurung,
yuran hanya rm250 saja.Dia akan ajar kita sampai pandai,insyaAllah.
Yang bestnye,informal class.Maksudnya,sukehatilah nak balik pukul berapa pun.
mungkin sehari aku pergi kelas tu 5 jam je.
p/s-kalau pergi kerja,dapat duit dan duit itu akan habis akhirnya.
Kalau pergi kelas kemahiran,dapat ilmu.Dan ilmu itu boleh diaplikasikan untuk
mendapatkan duit :)
cita-cita terbaru : Nak Jadi Kaya ! haha
yeah! sy pon tgh belajar menjahit dgn mak! best! skg ni dalam otak dah fikir design mcm2! hehe! gud luck k..
ReplyDelete