Wednesday, April 22, 2020

Sabah 2018

Assalamualaikum.

5 October - 8 October 2018.

Ini adalah antara long awaited trip sebab beli tiket bulan 3 mcmtu, and memang lama gila nak tunggu. Beli tiket dari aku belum berhenti BK lagi. Masa tu tak berapa nak fikir sgt jadi ke tak jadi, sebab dalam masa 7 bulan tu mcm2 boleh jadi.
Tapi alhamdulillah ada rezeki dapat jejak Sabah ehehe.

Farah booking hotel dan kereta sewa.
Total kos untuk flight, kereta sewa dan hotel adalah RM450. Kami berlima.
Dan total duit habis untuk shopping, makan, entrance fee semuanya RM600.
Total semuanya RM1050 for me. hahaha actually boleh kurangkan part shopping. Ikut kemampuan masing2. Aku ni bab shopping selalu melampau-lampau. Tabiat buruk, lepas dah shopping baru menyesal. Menyesal yg tiada gunanya. hahah.

Maybe next time boleh try pergi trip bajet, no souvenirs haha. Sebab kadang2 souvenirs pun merapu je, bagi org pun, org takkan guna hahaha lol. Kalau mcm gelang Sabah ni okay la, sebab mmg benda yg kte guna. Macam keychain bagai tu hmm xyahla. Aku rasa aku xde beli keychain pun kot. More to foods and gelang and tshirt. Hah bab tshirt, aku dah tak nak beli dah kalau pi melancong pasni. Rasa membazir.

Flight ktorg pukul 6.30 pm. Aku tak ambil cuti untuk Jumaat, kerja sampai 4.30 terus shoot naik atas ke departure. Wahh senang betul kerja kat airport. Masalah transport untuk ke airport pon settlee heheh. Tapi flight delay sampai 7.30, mereput jap.
Sampai Kota Kinabalu International Airport (KKIA) pukul 10 mlm mcmtu.

Plan asal nak tidur airport so takde tmpt penginapan pon malam tu(lol not my plan, diorg yg acah2 nak bajet) Tapi lastly ktorg carik je tmpt murah untuk tidur malamtu. Sambil makan kfc sambil search tempat murah dan dekat.

Kena simpan benda alah ni nanti nak balik kena pulang balik. Kalau hilang tak tau lah, mungkin kena stay terus kat Sabah kot ahahah lol.

Geng BK ni semua ahaha. Tapi sorg jelah masih setia ngan BK, yg lain dah babai haha.

Tempat penginapan malam tu. Dua bilik RM80, ktorg bahagi 5. So sorg tak sampai RM20 LOL. What do you expect from RM16 motel, hahaha. Malam tu tido berhimpit 4 org atas katil, toilet kat luar, setiap kali pergi toilet kene berteman.
Dan kena berpakaian sopan. Masa aku ngan Lina dlm toilet, ada lelaki tersalah masuk toilet. Waddeheck terang2 gamba skirt kat pintu toilet tu =,=
But its my first experience duduk tmpt macamni, toilet share hahaha. Walaupun sempit, malam tu sejuk gila masing2 bergaduh selimut haha.

Esoknya, kitorg janji kereta sewa puku 8 am. Tapi 9.30 baru smpai. 
Trip ni, ktorg tak plan. Baru terhegeh nak google pergi mana ahaha. 


Nak pergi akuarium, akuarium tutup HAHAHA. Ni dlm UMS, taktau lah siapa yg google jumpe bende ni pastu nak pegi.

Masjid Kota Kinabalu.


Tiada alasan untuk tidak bersedekah :D




Teluk Likas.
Okay macam aku ckp, semua mcm blur2 kn nak gi mana. So singgah lah pantai yg ktorg jumpa ni. Dekat2 je dengan masjid tadi.


Takda motif pun datang sini, tangkap gamba je ha ha. Tapi tak tahu lah kenapa gambar ni hasilnya begini, siap pakej tgn dari cameraman lagi =,= 


Next destination,
Pasar Filipina.
Shopping kerepek (amplang, kuih cincin, etc) dan gelang mutiara serta kerongsang. Serius lawa2 dan murah. Sebab aku kaki shopping, aku memang rambang mata haha. Kena pandai nego dan survey. Ada penjual yg bagi murah, ada penjual yg takkan bagi harga murah. Ikan bilis, ikan kering, semua banyak kat sini. So depends la uolls nak shopping banyak mana. 





Pukul 2 pm, check in hotel. Hotel ni tengah2 bandar. Lepak jap dlm bilik, tetiba hujan. LOL so lepak jelah dlm bilik sambil dorg layan hindustan, dalam pukul 5 pm baru keluar balik untuk makan.

Makan goreng pisang dan popia, to tell you the truth, ada banyak tikus yang sangat besar di kedai ni. SANGAT BESAR K. I NEVER SEE ANY RATS BIGGER THAN THAT.
Euw kembang tekak nak makan (tapi makan gak). Aku rasa diorg memang dah biasa dengan tikus2 itu, sebab diorg nampak semua buat bodoh. Ktorg je yang sibuk2 angkat2 kaki bagai takot tikus tu dtg kah.


Todak in the city.

Kembang pula tekak tengok gambar ni sebab terbayang tikus besar ahhaha.

Lagi satu, anjing kat sana macam kucing kat sini. Bersepah-sepah anjing. Mula2 tu aku takut jugaklah, diorg tahu aku paling penakut awal2 dah pesan "QILA KAU JANGAN LARI" so aku pon buat biasa je sambil mengucap dalam hati(mengucap ke menyumpah haha). Tapi lama2 aku pandang anjing tu biasa je, dah tak takut dah hahaha.

Lastly, dinner kat dataran Todak. 
BANYAK SANGAT K SEAFOODS yang tak pernah aku lihat. OMG seriously fun gila.
Tapi aku kurang makan seafood, diorg order lobster, udang dan ikan apa tah tak ingat nama plak. Bukan ikan yg selalu kte makan laa.






Banyak gerai2 kat sini, bila kita lalu je diorg akan panggil kita ke gerai diorg smpai tak tahu nak gi gerai mana. Tapi we chose kedai yg ramai org recommend. Member aku duduk Sabah ckp, kena pandai pilih gerai sebabnya dia banyak kali diarrhea makan kat dataran todak ni hahhaa.
Alhamdulillah tak ada food poisoning walaupun jujurnya aku meragui kebersihan gerai2 di sana. kihkih. Masa last day dtg sini lg, Farah nampak ada lobster jatuh, kakak penjual selamba angkat balik letak kat tempat pemanggang.
Ko ghase?

DAY 2.
Plan nak pergi pulau, tapi cancel sebab masa tak cukup dan mahal sgt.
Luckily cancel, sebab memang musim hujan, petang je hujan. 
Janji pukul 7, tapi 7 am baru semua bangun hahaha. Akhirnya 8 am baru keluar, Hykal sorg dah terpacak kat luar kul 7 am. Haha namanya janji melayu.

So kitorg decide untuk terus ke Kundasang. From KK ke Kundasang dalam 2 jam perjalanan. On the way ke Kundasang, singgah ke rumah terbalik. Ini adalah rumah terbalik pertama di Malaysia. Ada 3D art museum jugak, tp kitorg tak masuk.
Entrance fee RM 12 tak silap.





Dalam rumah tu tak boleh ambil gambar, akan ada sorg guide akan guide kite by group. Dia akan explain satu2 rumah tu termasuklah adat dan budaya suku kaum Kadazan ke Bajau ke apa aku lupa hahaha. Tak boleh ambil gambar sebab rumah itu adalah rumah persendirian, mereka nak mengekalkan rahsia dalam rumah tu. So orang yg tak pernah masuk akan tertanya-tanya, apa yg ada dlm rumah terbalik ni. Tapi memang nice, segalanya terbalik! haha. Macam kt Melaka ada je rumah terbalik tapi tak pernah pergi, Ni first time lah pergi rumah terbalik.

Tapi kat luar diorg sediakan gallery untuk bergambar. 

Kami teruskan perjalanan sampailah ke pekan Kundasang. Sepanjang perjalanan mcm nak ke Cameron la, berbukit dan curam. So be careful. Di pekan Kundasang, pelbagai sayuran dan buah-buahan dijual. Dah mula rasa sejuk. Walaupun panas matahari, rasa dingin je. Memang lawaaa sangat pemandangan kat sini.


Kitorg makan KFC untuk lunch, mungkin sebab hari Ahad, ada pasar kat situ. Bungkus nasi sekali untuk makan malam terus. Dan sedikit buah-buahan. Lepas melantak KFC, kami ke Memorial war Kundasang.

Entrance fee RM2.





Datang untuk tengok2 dan bergambar je, uolls rasa kami menghayati ke sejarah2 di situ ehehe. Tapi ada la sikit2 aku baca. Sebagai memperingati seramai 2,428 tentera Australia dan British yang terkorban semasa Perang Dunia Ke II di Kem Tahanan Perang Sandakan serta mereka yang terbunuh di dalam tiga perbarisan maut tahanan perang yang dikenali sebagai 'Sandakan Death March' oleh tentera Jepun, yang bermula dari Sandakan ke Ranau sejauh 265 km meredah hutan hujan tebal tropika. Dalam beribu tu, hanya 6 org sahaja yang terselamat. So sad!





Nak check in, kena tunggu pukul 2 jugak. Plan asal nak pergi Desa Dairy Farm esok pagi2 subuh haha, tp ada banyak masa lagi so kitorg decide untuk pergi haritu jugak. Kalau nak pergi Ranau, jauh and takut tak sempat balik semula sebelum malam.

Perjalanan untuk ke Desa Dairy Farm sangatlah mendebarkan! Terlalu curam jalannya dan kereta mcm tak bergerak untuk naik ke atas. Slow gila hahaha masa tu memang cuak gilaa. Farah yg berani pon jadi cuakk haha. Alhamdulillah selamat smpai atas hehehe.
Kitorg sewa Bezza. So tak pasti la kalau mcm Axia aku larat ke tak naik atas kihkih. Lagipun kereta memang agak berat sebab kami belum check in, beg semua penuh kat bonet so bertabahlah driver. Tabik spring to superwoman Fararah haha.

Sesampai di sana, aku tak tahu apa yg org lain kejar dahulu but for us, terus berlari cari icecream! Sebab penat gila k dan haus gila and tekak terasa nak sesuatu yg sejuk eheh. Yg ada masa tu hanya satu jenis je, ice cream yogurt ni secawan RM 5.70.
Kitorg share je. Selebihnya bergambar dan menikmati pemandangan yg cukup indah di sini!
Orang ramai menggelarnya "New Zealand Malaysia" dahlah lembunya hitam putih.
Serius lawa sangat sangat Subhanallah. Breathtaking view aku taktahu la nak ungkap cemana lagi LOL.







Tapi seriously aku tak puas datang sini. Kitorg singgah dalam sejam camtu, terus pergi check in kat Ayana resort. Plan asal, esok pagi kitorg nak naik lagi ke sini. So takdelah berlama sgt kat Dairy Farm tu. But esoknya plan bertukar so tak dtg lagi sanaa. Huwaaa. Aku tak beli pon susu lembu lol. Kitorg nak ke Ranau and naik atas tu mcm scary so tak singgah dah ahaha. Waduh.

Selepas pulang dari Desa Dairy Farm, kami check in. Mula2 masuk resort tu, terus cari aircond sebab tengah berpeluh. And guess what, kipas dan aircond takde! Hykal dah maki2 WOI MANA AIRCOND PANAS LA SIAAA.
(Aku yakin dia menyesal maki mana aircond bila tiba malam hari hahaha)

Tapi tahu tak, semakin petang, semakin sejuk! Hujan pon turun menambahkan lagi kesejukan. Kundasang lagi sejuk dari Cameron di waktu malam. So kitorg hanya duduk dlm bilik melepak makan2 dan layan movie. Malam takde aktiviti and driver tak berani drive malam, lagipun Kundasang tak 'hidup' pada waktu malam.



Kitorg makan malam sama2 kat luar resort. Pehh sejuknya hanya tuhan yg tahu. Makan laju2 tak sabar nak masuk bilik berselubung haha. Setiap dua jam, aku terjaga tak boleh tidur sebab sejuk sangat. First time dlm hidup, kitorang menunggu pagi! haha. Masing2 asyik terjaga, pastu tengok jam "wehh baru 3 pagi ke. Cepatlaa pagi woi!!" hahahahha.
So 5 pagi kitorg dah bangun, kul 6 start bersiap2 dan tepat 7 am dah terpacak di luar resort untuk check out okay! haha. 

Tapi check out pukul 9am, sementara tunggu 9 am, kami gerak ke Kinabalu Park untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu, gunung yg tertinggi di Malaysia malah di Asia Tenggara juga.
Kinabalu park ni juga adalah tempat untuk para pendaki mendaki gunung. Kitorg cuma dtg utk dapatkan port lawa sambil menunggu masa utk check out ehehe.
Dapat bergambar depan gunung kinabalu!
Teringin nak panjat (Mimpi jelaaa)






Selepas check out, kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Dalam setengah jam lah jugak. Kitorg breakfast roti dan air kotak je, beli kat Petronas pekan ranau. Makanan agak susah la nak dpt, kalau otw dari KK ke Kundasang tu pun make sure tangki minyak penuh sebab stesen minyak seterusnya ada di Ranau saje, lebih kurang 40km dari Kundasang.

Misteri teko terapung :D

Di Ranau, kami singgah ke Tagal Sg Moroli, Kg Luanti Baru untuk fish spa! Boleh mandi bersama ikan (RM10) atau rendam kaki je (RM5).
Itu 15 minit sajaa k. So sad sebab sampai ke sudah aku tak berani nak rendam kaki hahaha. Ikan besar gila wei! Like seriously very big memang tak berani nak rendam kaki.
So hanya duduk di tepi bagi ikan makan(time nak masuk boleh beli makanan ikan 20 sen). haha rugi tak rugi memang geli laa nak celup kaki. 


Besar gila memang tak la nak rendam kaki dalamni hahah.



Next, kitorg ke ladang teh sabah. Tapi ladang teh ni takdelah selawa di Cameron Highlands hahah. Kitorg bergambar je and beli sedikit teh kat kedai cenderamata.





Then, kami dah buntu tak tau nak pergi mana haha. Masih banyak masa. So hykal nak main flying fox. Kami singgah laa Kundasang Mount Valley recreation. Kat sini ada resort, and ada few games macam archery, flying fox and wonderland.
Tengok org main je, tak kuasa mak nak flying fox haha.



Then, terus gerak balik ke Kota Kinabalu.
Di KK, singgah ke Ulu kionsom, member nak main air terjun. Memandangkan masing2 pon takde idea dah nak gi mana, ikut jelaa hahaha. 
Entrance fee RM2. Wow kat Sabah ni nak pergi masuk mana2 semuanya berbayar =,=
Air terjun pon kena bayar waduh.
Masa kitorg kat sini, org2 Sabah tanya mana tahu tentang tempat tu, sebab tak ramai yg tahu haha. Kitorg tahu melalui google and memang ramai yg tak tahu. 



Before that, singgah kembali ke Dataran Todak. Ambik gambar di sign I love KK dan makan nasi, takut lapar nak tunggu sampai malam. Best lah pasar KK, banyak sangattt seafoods and memang murah. Ketam dan sotong besar2 celup tepung sebungkus RM5 je. Ikan pon dah siap panggang, memang murah. Boleh je kalau nak yg belum panggang. Tapi tak habis pon makan ahahha sbb banyak pastu rasa x selera plak nak makan. 



Seterusnya, flight pukul 10 malam tapi ktorg nak check in luggage, pulangkan semula kereta sewa dlm pukul 6pm mcmtu kat airport. Tetiba dpt mesej yg flight delay sampai pukul 12.30 pm. Masing2 dah stress hahaha masa tu aku memang letih and takde mood dah. So melepak jelah sampai pukul 10 lebih, time nak check in tu staff air asia ckp flight ktorg lambat sgt. Ada flight pukul 11 pm, boleh tukar flight.

Uish, tak tahu plak flight pon boleh tuka2 haha. So ktorg dpt tuka flight awal sikit, and ktorg dpt hot seat! hahaha. Mungkin hot seat je yg ada kosong, so kitorg dptlaa duduk kat depan skali wakaka.

Muka penat dah jom balik :p

Sampai KLIA2 pukul 2 pagi, sampai rumah pukul 3pagi jugaklaa. Nasib baik aku masih cuti utk Selasa tu. Boleh balik rumah jap hahha.
Overall Sabah memang best, sangat2 best terutama di Kundasang.

One of the best place in Malaysia yang aku rasa nak pergi lagi! hehe.

No comments:

Post a Comment