Friday, April 24, 2020

Family Day BOGWY

Assalamualaikum.

Bagaimana boleh bermulanya plan family day ini? Hah, ceritanya begini. Masa tu bulan 12, that means penghujung tahun lah kan. Masa tu mana2 company sana sini buat annual dinner. Dan kitorang mana ada annual dinner sebab kedai sentiasa buka kan, kalau nak buat dinner pon tak semua yang boleh join. Yelah, tutup kedai pon dah 10pm.

So aku saje borak2 dengan Pika masatu. Nak buat majlis macam annual dinner la, plan nak buat kat mcd la kfc la. So to cut the long story short, ktorg plan nak buat kat Bagan Lalang. Tapi bebudak ni plak cakap better pergi PD je, sebab jarak ke PD lebih kurang sama je macam jarak nak ke Bagan Lalang. Mula2 nak buat dinner, pastu dok merapu2 akhirnya jadi lah plan Family Day sambil2 celebrate new year.

Disebabkan mastermind adalah PIC, ktorg plan buat aktiviti, plan beli hamper, tempah bilik etc. Memang agak busy la masatu settlekan benda ni je, hahaha nampak sangat ke PIC takde keje ni ???? hahaha.
Then ktorg siap bahagikan diorg kepada 5 kumpulan. Diorg kena buat persembahan tarian. Setiap group lain2 persembahan.
Ada juga hadiah2 untuk pemenang, ada games, ada cabutan bertuah dan ada juga anugerah king and queen. 

Ktorg start majlis pukul 12am sebab kedai tutup 10pm, habis majlis pukul 4am. 
Bertekak jugaklah dengan pak guard tu sebab lampu kena tutup hahaha.
Memang esoknya masing2 barai lah lagi2 yang kerja pagi, bayangkan tdo sejam lebih je hahaha.

 Glory Beach Resort, Port Dickson.
Tema : Baju tidur haha. Takyah susah2 mencari baju lagi. Pakai baju tidur terus.

Luckily memang malam new year, tempat tu memang meriah so takdelah kami je yang buat bising haha.
Memang sampai pagi ramai berparty, india mabuk2 bagai haha.

Group hindustan.
Selain kitorang, ramai jugak pengunjung lain yang stop nak tengok persembahan diorang ni hahah. Nasib korang lah ye tahan malu haha.

 Group dangdut. Tak tahulah kenapa pakai baju kelawar mak ni...
hahaha lawak gila.

 Group sexobeat.

Group kpop.

Group lagu melayu, Temberang.



King and queen of the night, semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin LOL.

 With geng cashiers :D

Juara kumpulan :D

 Group no 2.



Cabutan bertuah, tak tahu lah tiber laki si ziela yang jadi penyampai hadiah hahaha.


01.01 celebrate birthday Fikri dengan Afik, tapi Afik tak join. Tak guna betol hahaha.
So celebrate besday Riri jelah, bila diorang dah start baling2 tepung bagai ni hah yang malasss. Orang lain yang birthday, habis semua dibalingnya tepung.

Maka terjadilah pesta tepung dan telur dalam kalangan budak laki semua malam tu. Pepandai korangla gilir2 nak mandi nanti.

 Till forever :D

Geng kerja petang.

Half lagi mintak cuti pergi sambung berjalan ke melaka
hahaha lol.

Ada buat button tapi tak jumpa plak mana gambar tu hahah.

Takpelah kan, setahun sekali je, lepasni taktahu lah ada lagi ke tak buat macamni. Sebab aku pon dah pindah outlet, lepasni kalau nak buat lagi susah sikitlah kalau aku nak join sebab dah jauh. Apa pun, aktiviti macamni bagusla jugak, boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Yela, takdelah kejeee je kan. Ada jugak bab happy2. 

Kira macam family day ni salah satu usaha PIC untuk menggembirakan staff2 kitorang, walaupun diorang degil juga kadang2, tidak dinafikan staff lah yang membantu PIC, tanpa mereka, kitorang pon susah jugak. Yela satu team kan huhu. Kita sebagai orang atasan, kena sentiasa menghargai staff2 bawahan kita, sebab mereka lah yang tolong senangkan kerja kita.

To be honest staff2 kat Klia2 memang semuanya boleh diharap, kebanyakkan yang agak degil dan peningkan kepala kami dah resign. Tinggal yang jenis faham bahasa dan ikut arahan, sebab tu agak sedih bila kena pindah outlet. Baru je aku nak senang lenang dah kena hadap staff lain yang tak tahu pula perangai diorang macam mana huhu.


No comments:

Post a Comment