Friday, April 24, 2020

KOREA 2020: DAY 3

Sambungan Korea entry!

Entry kalini banyak gambar ok, sebab memang tujuan berjalan harini adalah untuk bergambar sahaja hahha. 

So untuk hari ketiga, pagi2 lagi ktorg dah keluar, pukul 7 am. SEJUK GILA OKAY. Time ktorg tengah tunggu kat lobi, pintu terbukak je terus terasa angin dari luar fuhh nak pengsan rasa sejuk nau nau haha.
Tapi sepanjang kat sana, aku mandi dua kali macam biasa, walaupun sejuk gila sebab dah terbiasa.
Tak biasa kalau tak mandi pagi, pastu takleh tdo kalau tak mandi euw. Orang korea mesti tak mandi hahaha tengok cte korea, bangun pagi gosok gigi je lol hahaha.

Untuk perjalanan harini, agak jauh so sebabtu keluar awal sikit. Walaupun dah 7am tapi gelap gelita lagi sebab winter kan. Untuk hari ketiga ktorg ke Jade Garden dan Nami Island!
Jauh la jugak, 2 3 kali tukar train. pastu naik bas dan teksi jugak. So sepanjang kat Korea, semua jenis pengangkutan awam dapat rasa. Bas, subway dan teksi uhu. Oh satu lagi naik feri ke nami island. Tu dikira pengangkutan awam ke? hahaha.


Untuk jade garden, ini adalah lokasi rahsia dari pakej ni. 
Jade Garden is home to over 3,000 plant species such as rhododendron, maple trees, irises, blueberry bushes as well as patches of thick, natural forests. The view from the European-influenced building is magnificent throughout the seasons, thus it's famous for being a drama location. - Sumber

Tak ramai yang tahu tempat ni. Dan masa ktorg sampai tu, memang takde orang langsung ok, ktorg je yang ada. Tempat tu sangat2 cantik, macam dalam filem. Sebab apa? sebab memang ianya tempat penggambaran drama2 korea. Antaranya moorim school, full house 2, love rain, that winter the wind blows.
Memang lawa sangat2 tapi aku tak berapa menghayati sangat pemandangannya sebab sejuk gila! hahaha. Target nak rakam video pon tak banyak yang dapat dirakam sebab sejuk haha.
Kat sini suhu turun sehingga -7, tasik semua beku. Teringin plak nak pijak lompat-lompat atas tasik tu tapi takut plak tetiba pecah lol.

Layan gambar. Semua cantik2.













Habis bergambar apa semua, bertolak ke nami island pulak. Kat nami island, ktorg makan nasi goncang, kalau selalu tengok drama korea mesti tahu. Dalam tu ada nasi, kimchi, cheese, telur ngan apa tah lagi kot. Pastu goncang2 dalam bekas mcm bento. 
Peh sedap gila. Sejuk2 dapat makan sup panas, ktorg order nasi goncang dan jugak teoppoki. Lagi tak ingat apa tah nama makanan ni. Sedap gila, aku suka rice cake dan fish cake sedap gila hmm.


Rice cake tu sedap dikunyah rasa kenyal2, terasa pulak di mulut ni haha.


Semua makanan sihat2 belaka. Sebab tu orang korea kurus2. Nasi mangkuk kecik je, lauk2 dan sayur2 je banyak huhu. Aku ada baca, hanya 3% sahaja rakyat korea yang ada masalah berat badan berlebihan. Selain mungkin faktor genetik, pemakanan diorang pon dah tahu macam mana, dan kat sana juga banyak tangga, dan mereka banyak berjalan dan menggunakan pengangkutan awam. Perfect!

Lepastu amal dengan adah bising nak sewa basikal, tak ingat pulak sejam berapa won, and masa sewa tu kena tinggalkan ic/lesen memandu/passport. Acah2 nak main basikal romantik2 mcm dalam cte korea, last2 sejuk tak tahan. Gunakan basikal tu sebagai prop untuk bergambar je! haha.





Ni winter wonderland kat nami island.
Salji buatan je ni, tapi acah2 la dapat rasa salji haha.















Al quran terjemahan dalam bahasa korea.
Kat nami island, ada surau yang sangat besar dan sangat2 selesa.
Memang kagum sangat sebab mereka sangat peka dengan keperluan orang islam, hingga boleh membina surau yang besar mcmtu.
So sepanjang kat sini takyah risau untuk solat, selesa tempat solatnya. Ada telekung lagi.


The famous winter sonata statue.
Walaupun aku layan cte korea, aku tak pernah layan cerita ni hahha. 
Sebab aku minat korea agak lewat jugak, pastu aku layan new drama je tak layan drama lama2.
Tapi ini adalah drama yang memang meletup gila hingga menyebabkan nami island sangat2 femes dalam kalangan pelancong seluruh dunia.
Orang cakap tak sah kalau tak korea kalau tak ke nami island.

Bagi aku, tempat ni agak overrated. Ianya cuma taman untuk jalan2 lah gitu. Worth it kalau pergi time autumn atau time salji tebal memutih memang lawa lah.
Kalau aku duduk korea, takde makna aku nak berjalan2 dalam musim sejuk cmtu. Baik aku berselubung je kat rumah ye dok wakaka.

 Jalan kat nami island sampai dalam 6 pm cmtu pastu terus gerak balik ke hostel. Memang sejuk tak tahan dah masani.

Will continue with last day story, bye! ><





No comments:

Post a Comment