Saturday, April 25, 2020

KOREA 2020 : DAY 4

HYE!
Okay ini adalah entry terakhir untuk entry Korea.
Rajin betul aku update banyak entry minggu ni hahaha. Dah tak lalu dah nak tengok movie, drama. Sakit mata, sakit pinggang menghadap drama lol.

First destination untuk harini adalah ke Bukcheon Hanok Village. Actually tempat ni adalah kawasan perumahan orang. Tapi memang ramai pelancong datang sini untuk bergambar. Tak boleh buat bising actually, tapi makcik2 cina bukit bising gila. Ko bayangkan kawasan perumahan ko bising dengan suara pelancong2.

Dulu penduduk situ pernah buat complaint supaya kawasan itu ditutup kepada pelancong. Tapi tak berjaya kot, dan hasil perbincangan tu, pelancong boleh masuk tapi mereka tetapkan syarat supaya pelancong perlu diam dan jangan buat bising. Yela, kena hormat la kawasan rumah orang. 

Bukchon Hanok Village is a Korean traditional village in Seoul with a long history located on the top of a hill between Gyeongbok Palace, Changdeok Palace and Jongmyo Royal Shrine. The traditional village is composed of lots of alleys, hanok and is preserved to show a 600-year-old urban environment. Wikipedia

Kalau siapa ada tengok rancangan realiti show Exo showtime, diorang ada buat penggambaran di sini. So puas hati lah sebab dapat jejak kaki kat tempat DO penah datang LOL.

 Sarapan hotteok. First customer pagi tu, sanggup tunggu sat dia bukak kedai haha. Ktorg beli honey hotteok dengan satu lagi japchae hottoek. Dua2 sedap gila lagi2 makan panas2. 


Pastu bergambar di Bukcheon Hanok Village.




 Ada matahari tapi sejuk gila.
Walaupun sejuk, perlu pakai sunblock jugak. Ni pon burn muka, semata2 nak bergambar nak lighting cantik.






Next, kitorang ke Halal kitchen. Pemilik restaurant ni adalah muslim korea. Nak ke Halal kitchen tu jalan kaki je. Ikut jalan dalam.

 With owner oppa. Haruslah panggil oppa sebab belum kahwin. Kalau dah kahwin kita panggil ahjussi hahaha

Dua menu paling famous.

Ni tea apa tah, onija? omija? hahaha aku tak ingat nama.
Tapi special tea ni sebab ada enam flavour dalam ni. Sweet, sour, salt, pedas lagi apa tah. Bagi aku rasa dia boleh masukla di tekak aku. Depends pada tekak masing2. Sebab aku ngan adah je yang boleh terima rasa dia haha.

Our lunch fuhh. Teringat kesedapan bulgogi tu. Sedap gilers. 

Seterusnya, kitorang ke gyeongbokgung palace untuk pakai hanbok. Tak tahu price sebab dah memang termasuk dalam pakej. Tak silap aku, ktorg pakai hanbok ni dalam dua jam jugak, terpaksa tahan sejuk. Sebab nak nampak cantik, tak pakai glove sebab glove kitorang nampak murahan. hahahha.
Lepastu punya lah bijaksana tinggalkan wintercoat dalam locker. 
 Sampai biru tangan tahan sejuk. Demi beberapa ratus keping gambar! haha.

Kedai ni berhadapan dengan gyengbokgung palace. Betul2 lintas jalan tu. Banyak sangat2 hanbok yang cantik2. Dan staff sangat friendly, disebabkan ktorang pakai tudung, dia akan suggestkan baju warna apa yang sesuai dengan warna tudung kita. Dan tipsnya, elakkan pakai tudung yang terang atau bercorak2. Pakai tudung kaler2 pastel. So lebih sesuai masuk dengan warna hanbok yang ada. Staff situ siap bagi kitorang free lagi cekak untuk bergambar wahhh. Maybe sebab dia dah memang kenal tour guide kitorang kan, so kami sebagai lucky guest dapatla extra accessories haha.






 Yang lawak masa tengah bergambar tu ada satu group budak2 remaja Korea. Memang comel2 lah kan semua. Pastu segan2 nak tangkap gambar, last2 bergambar dengan ahjusshi ni. Lepas ambik gambar tu tanya dia dari mana, dia cakap dia dari Taiwan LOL !




Next, kitorang ke tempat untuk menulis nama dalam tulisan hangul. Tapi aku tak jumpa gambar official hahah. Pendrive aku plak tak jumpa, nanti bila dah jumpa InshaaAllah aku update balik dalam ni haha. So gambar apa yang ada jelah.

 Cheonggyecheon stream.



Malam, singgah lagi kali kedua kat kampungku. Makan ayam goreng yang sedap gila ni.

Sepatutnya ikut itinerari ada tempat lain nak pergi, tapi kitorang ada duit lebih banyak lagi. hahaha. Pastu masing2 tak puas shopping kat Myeongdong street haritu, maka lepas makan repeat lah kali terakhir kat Myeongdong. 

Beli belah kosmetik buat kali terakhir sampailah street tu hampir tutup lol. Singgah kedai farmasi mcm watsons di Malaysia, namanya Olive Young tak silap aku.

To tell the truth, ada produk yang better beli kat shoppee lagi murah (pastikan trusted)
Tapi kalau pergi Korea, memang banyak produk yang memang takde jual kat Malaysia/online. Sekarang pon ada few cosmetics aku yang pakai Korean brand. Lagi berbaloi huhu. Cuma ada bb cream/sunblock dia tak sesuai sangat for my tan skin, dia ada white cast so kena pilih betul2 lah produk tu.

Kalau ada masa, nak review produk pula lah wahhaha.


Esoknya, kitorang naik bas paling awal, sebab flight pukul 9am. Ktorg keluar 6am, sampai airport 7am. Memang kelam kabut sangat2 pagi tu. Kitorang sangat2 terkejar2, sebab ramai gila orang kat airport dan airport dia sangat2 besar. Ini sangat penting ya untuk sentiasa awal dan jangan last minute.
Beratur je dah take time, lepastu masa check in bag tu, staff AA kat kaunter tu bagi ticket and dia beritahu gate berapa dan dia cakap "very far from here".

Rupanya bukan sekadar cakap, memang betul2 jauh. Kena naik train lagi tu untuk pergi ke gate kitorang. Alhamdulillah selamat haha.
Kisah benar, haritu ada orang share kat group Road to Korea, diorang tertinggal flight ya. So untuk jenis yang last minute ni, sila jangan last minit di Incheon airport, sebab kemungkinan flight korang terlepas tu adalah sangat tinggi!


Itu saja story untuk Korea, hope will be helpful untuk sesiapa yang terbaca dan doakan virus corona ini cepat hilang dari dunia, so that akan dapat ke next trip atau mungkin juga akan repeat lagi Korea!



No comments:

Post a Comment