Wednesday, April 29, 2020

BOGWY OUTING

Hye!

Bulan 12 tahun lepas, ibu ayah takde dekat rumah sebab bercuti ke India. So aku bawa balik 4 orang staff bermalam di rumah haha. Mula2 tanya diorang, nak pergi jalan bandar Melaka atau mandi waterworld. Boleh pilih salah satu je sebab rumah aku ke bandar melaka jauh, memang tak sempatla kalau nak ke bandar melaka. Sebab diorang tidur rumah sehari je. Masa tu ajak bebudak yang cuti isnin, tapi nita pon nak ikot gak so dia cuti haha. 

Kadang2 kesian kat bebudak sabah ni dah lebih 5 tahun duduk semenanjung tapi tak pernah berjalan.

So lepas hantar ibu ayah kat airport, balik lubok china tapi sebelum tu singgah our favourite place lol, MPO. Kitorang selalu sangat gi mpo sebab tu je yg dekat ngan rumah hahaha. Tbh barang2 kat mpo kadang2 stok lama sebab bukannya laku sangat pon kat situ. Kalau weekdays tu memang krik krik la. Ni PKP lagilah krik krik, mahu tutup terus agaknye adoi.





Esoknya pergi waterworld.
Yang tak bestnya, hujan turun. Agak lebat lah jugak dan ada attractions yang ditutup atas faktor keselamatan. Tapi yang bestnya sebab cuaca tak berapa panas sangat, so takdelah terbakar muka kan haha.
Lucky us sebab hujan turun lebat kejap je, pastu dah berhenti mendung2 gitu. So dapat jugak naik haha. Ice cream attraction paling legend, kitorang naik dua kali sebab tak puas naik haha. Best gila! teringat bawak bebudak unisza dulu, Piya menjerit macam org gila hahaha.

Ada attraction baru, wahhaha apa tah nama dia lol. Tu paling best sampai terbalik pelampung dibuatnya. lol.
Apa pun enjoy gila, kalau nak tiket murah beli di wonderfly secara online okay. Dapat murah sikit.











Makan cucur udang Alor Gajah.
Biasanya orang luar akan cakap sedap, si Nita siap nak datang Alor Gajah semata nak repeat cucur udang ni lagi lol.
Tapi bagi aku, aku dah biasa makan dari kecik. So macam entahlah takdelah sedap mana hahaha.

Esoknya sebelum balik, singgah gerobok salai. Makan the famous daging salai masak lemak cili api. Pergh sedapnyaa. Terbayang pula sekarang ni haha.

The end :P



No comments:

Post a Comment