CLICK HERE

Thursday, May 19, 2016

Last Memory (Part I)

Assalamualaikum.

Im home ! Selamanya haha. Alhamdulillah, habis dah pun degree selama 4 tahun di UniSZA. Rasa macam tak percaya pun ada, rasa macam baru je semalam daftar haha. Sedih memang sedih, tapi itu dah memang perkara biasa la, and life must go on hahh. 
Banyak benda yang tak sempat update haritu sebab final exam yang study last minute tu haha. Taktahulah kenapa maybe sebab dah last2 ni feeling tu lain sikit, maka sehari sebelum exam baru lah terhegeh nak baca bebetul kah.

Few things that we were doing last study week:

Went to Pasar Besut for the last time, haha. Disebabkan dah nak habis kan, semua yang kitorang buat mesti ada "dah last". Contohnya "jom pergi pasar besut, dah last ni". "Jom makan sama2, dah last ni". "Bila lagi nak ambik gambar kat sini, dah last ni". (That feeling though). Will miss Pasar Besut! sobs.



Selalunya kitorang beli benda yang sama je, nasi bungkus bersama ayam/ikan. Pastu ade lah tambah air bekas besar gedabak tu plus kuih2. Lepastu mesti bergaduh siapa nak habiskan makanan terlebih tu haha. 



Celebrating Wani's Birthday (15 May 2016), and also spent time together watching horror movies (plus merepek-repek. Korang ingat tak tajuk apa yang kita cakap malamtu ? haha)


Next, Pre-graduation photoshoot. Gigih ko pegi pantai dengan hard bound thesis LOL. Pantai ni kat belakang kampus je, best photoshoot kat sini sebab takde orang. Kalau kat Bukit Keluang ramai gila orang sejak dah viral, tak syok ambik gamba situ (dan sampah pun makin banyak). Hope keindahan pantai belakang unisza ini akan terus kekal tanpa dicemari oleh tangan2 manusia. 






Class photoshoot after last payyperr ever, Food science forensic.
Last exam ! 


Group FYP. Masing2 buat tajuk lain2 tapi kami share sv yang sama, tu je haha. 

With Prof Hussin dan Prof Che lah, our lecturers for Forensic subject. Macam biasa, prof hussin suka bawak makanan time kelas, hari last exam ni pun ada makanan untuk kitorang jugak heheh. Thank you prof!

 The whole class, Foodtech batch 6, 2012-2016.
*missing kak ana dan kak ya*


Our faculty, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan. 



To be continue..

P/s, One of my classsmate's mother passed away this morning. And that friend sangat sangat tabah, aku kagum dengan dia. walaupun mama dia sakit selama ni, dia sentiasa ceria dan jarang sekali tunjukkan rasa sedih dia (maybe teman rapat tahu la). Ingat lagi 2 hari lepas, kitorang buat preparations untuk games sama2, dia ceria je even masa tu mama dia tengah tenat :( Aku tak rasa aku mampu setabah dia kalau aku berada di tempat dia. Keep strong, Aina ! Terima kasih sebab kau dah tunjukkan kat kitorang erti tabah yang sebenar. Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNYA yang kuat dan tabah, InshaaAllah. Tolong doakan agar kawan saya terus tabah :)
Semoga arwah mama Aina ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman, Al fatihah..


No comments:

Post a Comment