CLICK HERE

Tuesday, January 19, 2016

Chiang Mai Mobility Program 2015 : Farewell :(

Assalamualaikum. 

Akhirnya, tibalah hari terakhir kami di sini sobss:( 
Tapi berjaya jugak habiskan entry Chiangmai sampai habis yeay ! haha.

Untuk last day ni, kitorang ke Waroros Fresh Market.
Shopping buat kali terakhir haha.

Macam pasar payang la lebih kurang..ada 3 tingkat tak silap aku.


Yang paling banyak dijual kat sini adalah dried fruits ! sedappp especially mango heheh. Kalau kat tingkat 1 tu banyak jual makanan2 like dried fruits, tea, spices, foods(porks etc taktau aku pebende haha) dan baaanyak lagi.
Harga pon boleh tahan murahh.
Tingkat 2 ada jual baju2 tradisional, baju sekolah, tshirt, kemeja, kain, barangan cosmetics etc.

\
Lunch.

Next, kami ke Chiangmai Uni campus untuk majlis penutup. Diorang bawak dulu bersiar-siar kat sekitar campus, besaaar sangat kampus diorang, siap ada bank, stesen minyak, kedai sendiri daebakk.
Dan diorang ada sekolah sendiri jugak kat dalam kampus tu, bebudak sekolah situ terus masuk Chiangmai Uni lah kot lepastu. tak sure lak aku haha, maybe ade la kena ambik apa2 test ke.

Tasik Universiti. Saranghae, CMU !



Untuk majlis penutup, macam biasa la. Farewell speech, montaj, minum2 makan biskut dan penyampaian sijil.
Dan juga persembahan dari CMU dan Unisza haha, gigih kitorg berlatih menari belakang blok.

Persembahan dari CMU student.

Tarian tradisional Malaysia from us.
Bebudak thai agak amazed jugak dengan baju kurung yang diorang pakai, first time nampak baju kurung agaknye.

Funky dance from us.
Konon2 pakai topeng taknak bagi orang cam kitorang siapa LOL. bhahaha.

Then bergambar kenangan dengan CMU students and staffs. Thank you so much uolls.




Pakaian formal di Chiangmai University. Tak bestnyee dah masuk U pon kena pakai uniform hihi.

Then straight ke restaurant apa tak ingat nama, for farewell dinner.
Besar dan cantikk sangat restaurant ni!

Candlelight dinner sangat. Makanan semua sedap2 tapi macam kurang kenikmatan sikit sebab makan dalam gelap haha. Aku main belasah je apa2 yang ada depan mata, tak nampak sangat pon makanan yang terhidang kah!
Tomyam sangat sedap ! haih tetiba rasa nak makan lagi tomyam dia wuwuwuu.
*tetiba lapar*

Sambil makan, sambil tengok persembahan.
Tak sure la kalau restaurant ni memang ada buat persembahan setiap malam ke apa.
Macam2 persembahan - tarian kipas, tarian topeng, lakonan etc.





Last persembahan, diorang ajak kitorang menari sama2. Bolehlaa.

Farewell :(
Time salam2 dengan semua, ada yang sampai menangis2 haha. Aku sedih jugak, tapi 80% dari perasaan sedih adalah sedih sebab nak tinggalkan katil sirinart hill dan sedih sebab kena back to reality settle kan assignments, tests etc hahaha.

Apa pun,
Thank you to all CMU's staffs and students. Thank you very much to arrange such a lovely, memorable and outstanding farewell party for us hehe. We all will never forget the fun loving moments of being here and will cherish every moment of it!
Thank you so much and sorry for any inconvenience, come to Malaysia soon ! *macamlah diorang baca haha*

Pagi esoknya, pukul 5 pagi terus ke Chiangmai airport untuk pulang ke tanah air tercinta wahh gitu kan. 


For full entries,

No comments:

Post a Comment